:: Mr & Mrs Ee ::

Tuesday, February 2, 2016

Teringin...

As salam

Sihat ke korang? Aku je tak brape sihat sampai semalam terpaksa skip buat dialysis. Tu la gateiii sangat makan prune abis di flushnye perut kome.. Dah la dari petang ahad tu aku sakit kepala teruk rase nak hempas ke dinding, pastu tengah malam start ler "chair red bear red" tak kesudahan sampai tengah hari semalam baru lega. Sadis tul. 


Berkoyok bagai.. Serious mmg sakit kepala sampai nak terkeluar bijik mata! 

Eh lari tajuk plak... Aku nak cerita pasal MAKANAN. Makanan yang aku teringin la yang lamaa aku tak makan. Bukan makanan mahal2 pun. Makanan yang senang dapat tapi kadang x ada jual pulak.

Dari semenjak sakit aku tersangat2 nak makan NASI AYAM CLAYPOT. Padahal bersepah je kot orang jual tp tak kene dengan tekak aku, last aku makan 2013 kat foodcourt Pavillion yang mmg sedap kat tekak aku. Selalu aku order mesti add on cendawan lebih pastu skrg dah takde jual plak. I is sad u know?

Finally jumpa gak kat FoodCourt KLCC.. Boleh tahan sedap terus 2 minggu berturut aku menggigih laki bini makan lat situ, Laki aku nak ajak makan kat Chiilis pun aku tak nak. Nasi kicap ni jugak yang aku idamkan.

Pasar Malam Melawati

Next aku nak PUTU MAYAM. Dulu masa aku kerja, otw lalu kat satu taman perumahan ada uncle naik motor jual. Tapi selalu selisih dengan motor tu pukul 8 pagi. Mampu tengok telan telan ailior je la nak tahan takut terlewat g keje. Last2 jumpa gak org jual kat sini. Aku ingat2 lupa mmg ada gerai ni dulu tapi minggu sebelumnya tak jumpa plak.


Selain tu MURTABAK.. Lastvaku makan bulan puasa tahun lepas... Almost everyday bulan puasa tu aku mesti ada menu ni. Kat bawah rumah brother ni jual bulan puasa je.. Akhirnya kat pasar malam melawati gak jumpa...2 minggu berturut dah aku mai beli murtabak nyums nyums..

 Gambar dari sharinginfiz.blogspot.com

Satu lagi ROJAK TAMAN TASIK TITIWANGSA ni... Oh my, zaman dulu selalu datang dengan arwah abah and mak. Dedulu dia jual kat bawah pokok dekat dengan simpang nak ke arah TM Point situ. Dah berapa tahun takde. Baru ni tanya kat Pak Tam aku mana new port mamak rojak ni, and last week balik check up kat HKL laki aku cakap jom cati rojak. Makanye kita pun pergi as info pun dah dapat. Jumpa!! Pindah kat parking lot depan sekolah/asrama 1 Malaysia (formerly sekolah kebangsaan).


Dapat pun makan rojak dan pasti sekali cendol jangan di lupa... Rase dia so so jela bagi aku. Tapi cendol dia thorbaik. Kami sampai tu star hujan tapi x lebat, takkan nak berhujan bawah poko so berkelah la kami dalam kereta. So lomentik gitew.


Prosperity Burger wajib la kan sebab time CNY je ada ni. 3x dah aku repeat  takat ni.


Alahai sedapnye Puteri Ayu ni... Berkurun jugak tak makan. Haritu pegi KLCC ternampak kueh ni... Grab 1 pek ada 8 ketul. Subhanallah sedap betul. Bau pandan dia lemak dia manis masin dia cukup perfect! Dalam kereta aku sesah 4 ketul! Kat rumah 2 ketul lagi 2 ketul adik aku makan. Sedap sangat!


Okay ni aku teringin Jus Alpukat... Dah serahub tak minum. Baru ni g Waroeng Penyet The Curve tak de stok avacado plak.. Yang ni je belum dapat lagi. Aihhh terasa lemak2 avacado and manis chocolate nye tuuu..

Oklah tu je cerita keteringinan aku... Aku ni bukan macam orang lain semua boleh bedal. Semua makan minum kene control. So berpada lah makan tu. Same goes to uollsss, jangan berlebih lebihan k!

Yang tengah tunggu check up,

Aellynn Zack
Oftamology, HKL
2/2/2016











Friday, January 29, 2016

Happy Long Weekend!

Salam Jumaat!

Huntunglaaa engkirang orang kerje kat Wilayah Persekutuan Isnin coti weyhhh... Kalo aku still kerja memang terpaling laa seronok maklum laa al femalas nak kerja keh keh keh. So korang bercuti ke mana? 

Aku dari bulan November tahun lepas memang dah cuti 2 bulan sebelum official release minggu lepas and now hari2 guwe cuti. husband aku plak 2 bulan MC lepas operate bulan december lepas sampai ler bulan depan.. So di kesempatan ini marilah kita bercuti ke Melaka!


Ke Melaka ke kita? Ngade je sekor rabbit kesayangan tu hahaha.. Rabbit tu dapat free mada CNY 2010 tahun rabbit masa tu.  Kaler plak pink aku buh hias kt meja kerja je laaa pastu bila benti tea ladt aku berani plak nak rebut rabbit aku tu. Sekarang dah berti keje kita buh dia dalam kete je laa..


Patutnya pagi tu singgah UiTM Alor Gajah dulu nak jenguk and hantar barang kat adik bongsu. Sekali boleh plak dia midnite tengok wayang malam tadi pastu tidur umah kawan dia kt town. So kita je sini je lajh dulu. Mujur lah kebetulan sampai je terus hujan, elok je berpayung dari patking ke pintu masuk hujan pon berhenti. So cuaca di dalam adalah suam suam kuku..


Taraaaa dah sampai ler kami kat AMSTERDAM, Malacca, Malaysia! Gitewwww.. Dalam aku baru nak recover dari Low HB and laki pon lutut operation aritu pun blom baik lagi gigih lak bini berjalan bertawaf kat MPO tu. Tak banyak kedai kami masuk sebab tak berapa interesting sangat. Furthermore barang dia takde la murah sangat . Branded items pon so so je la. Boleh la orang kata cuci2 mata.


Kedai ada yang belum bukak tapi mostly dah penuh gak la.. Foodcourt ada kat awal2 entrance tapi kami tak pergi makan situ sebab dah hujung2 aku rase nak pitam so ada Paparich je kt tengah tu. So lets masuk! Laki aku order laksa tapi sedeyhhh sebab dia served laksa ang kuah semata! What the hell?? Tadek sayur telor bawang cili macam yg selalu kami order kat outlet lain. Picture not taken. Laki aku dia jenis tak komplen, kalau aku ? Ikut mood gak kadang aku komplen kadang aku buat derk je. Konsepnye... "Kalau bad service and low quality food next time tak kan datang lagi outlet tu".. Pilihan di tangan kita. Nasib la aku order dimsum je and ok taste dia. TAPI penat nak berperang dengan LALAT!!!!! Grhhh aku confuse aku sebenarnya ada kat Paparich MPO atau kat RNR Machap yang well known dengan belaan LALAT?!!

Lepas makan jalan seround lagi dapat plak sandal yang sesuai dgn kaki aku. Hubby plak dapat 2 psg kasut Crocs, promotion 2 pairs RM 199. Itu je lah yang dapat kita grab kat MPO.. Jadikla kenangan basah2 ketiak pusing MPO kayenyer. Elok nak balik tu hujannnn, nasiblah datang tadi berpayung so balik tu leh terus ke kereta dan gerak ke hotel.


Kali ni stay kat Swiss Garden .. Request nak level yang tinggi jer.. Hah amek ko tingkat 37! Meggigil kaki aku kengkonon nak selfie kat balkoni tu. Sekali hah kauuu rase nak terbunuh diri. Tak sampai 5 minit aku kat balkoni tu terus rase nak tercabut kaki and pitam terus bhahahahha!

Swiss Garden ni attached dengan shopping mall The Shore. Agak letih la bagi kami yang tak berapa gagah nak berjalan ni sebab haritu kami park keta kat tower one. Dari tiwer one turun ke level 3A pastu kene tukar lift kat tower 2 dari situ baru ke lobby hotel kat Ground floor. Dah dapat kunci kene tukar2 lagi lift ke tower 1 untuk ke bilik kami plak. Semput guwe laki bini. Actually hotel ni best tapi facilities tu kami tak perlukan mcm gym or swimming pool tu. Just we all suka try hotel2 baru. 


Malam tu turun dinner kat The Shore tu... Ada foodcourt jugak tapi aku tak lalu dalam erti kata lain tekak sangat mengade! Ada Seoul Garden, Sake Sushi, Nandos, La Bodega, Starbucks so kompem la laki aku nak makan Nandos! Aku tak lalu nak makan hayam so aku order keledek goreng (kau mampu makan keledek kat Nandos?) ngan kekacang tu je..tu la mengada sangat tekak tu. Balik singgah kedai serbaneka beli maggi cup ngan milo sachet buat breakfast esok pagi. 

Kali ni masa booking hotel aku tak perasan "not included breakfast" so marilah kita masak megi minum milo je. Sadissss, tapi nasib la aku dah get reqdy semua tu malam tadi singgah beli maggi milo kan? 


Kul 12 check out... Hambek ko nak sangat duk tinggi2 kannn setengah jam tahan lift penuh sesaje! Hotel ni tak silap ada 42 ke 45 tingkat camtu kot. So kengkonon stay kat atas2 senang dapat lift sekali nan hado! Lift ada 4 je , satu dah derang konker tuk kegunaan hotel so tinggal 3 ketul je. Org dari floor bawah pun tekan lift naik atas dulu. Tiap kali kita dpt lift tapi tak lepas maka melepas je laa.. Last2 aku fed up cakap kat laki jon kita masuk bilik balik tengok melodi dilu, lepas tu baru check out!


Melayan Melodi sambil gigit kuku laki aku tuhhh... Nasib la aku beli food malam tadi and breakfast lewat jugak pagi tu. Kalo tak mau strended kebuluran laki bini! Kul 1:30 baru check out and elok je lift kosong and kat lobi pun lengang. Yeahh..   Dari lobi tu ada access terus ke ground floor The Shore so kita linch dulu laa..


Terkulat2 muka laki aku makan ape benda ntah ni ada sotong ngan nasik. Aku makan sushi cam biase . Malam sebelum tu aku nak sushi dia nak nandos and dia promise lepas check out makan sushi so hadap la sape so promise padahal aku nak makan kat kedai luar luar tu je kahhhh... Sebelum balik tapau chat timw tuk adik kesayangan...


Otw dari Hotel ke uitm tu hujan tapi x lebat sangat la..elok la sejuk je perjalanan. Sampai kolej adik aku kita borak2 la kejab kan.. Motip ke melaka kali ni selain gedik nak tidur hotel gedik nak tengok MPO ada lah seminggu sebelum tu adik aku ni call aku tengah2 malam nangis2 sbb assignement dia 3 kali kene reject. Down giler dia so aku tak sedap hati la sebab lagipon dia dah sebulan tak balik KL. lega la aku rase bila dapat tengok dia and bagi moral support sket. 

Hailahhhh adik, kerana kasih kakak turutkan...

Yang sedang dialisis,

Aellynn Zack 
29/01/2016












Wednesday, January 27, 2016

Salam 2016

Assalam semua..

Ada lagi ke yang singgah sini? Konon nye azam tahun ni nak rajin sket update untuk kenangan sendiri la.. Seronok bila kebek balik kisah yang lalu... Owh aku pergi sini aku buat itu aku makan itu ini.. Especially bila memori dengan orang yang kita sayang kannnn


Oh yea mulai January 2016 aku officially dah berhenti kerja dan mulai bulan ini aku adalah penerima pencen ilat Socso! Alhamdulillah perancangan aku untuk berhenti kerja dalam masa setahun leps aku kembali bekerja semula tahun lepas Allah permudahkan.

Banyak dugaan aku dalam 3 tahun ni tapi redha adalah yang terbaik. Allah tak akan duga kita di luar kemampuan. Betapa hebatnya dugaan ini tapi Allah itu adil... Rezeki yang dikurniakan jugak Allahuuu sangat dasyat bak sungai yang mengalir tanpa henti...

Semoga tahun ini dan tahun mendatang aku terus sihat.. Later2 aku menulis lagi, byk gambar gone sebab handphone lama kaput! So stay with me! Muahhh ciket!!

Yang sedang dialisis,
Aellynn Zack
27/01/2016