:: Mr & Mrs Ee ::

Monday, January 5, 2015

SENJYU Japanese Restaurant

Sabtu - 3 Januari 2015

As salam..

Hari tu laki aku cakap ada supplier nak bagi voucher Japanese food. Tunggu punya tunggu last week baru dapat voucher tu. Bila Ee cakap restaurant SENJYU terus aku gigih la menggoogle lokasi dan food review kat sini. Siap2 jot down nak order apa nanti supaya tak nampak macam #VillagePeople kekdahnye. Kihkihkih

So Sabtu tu we all ke Senjyu Bangsar Village 2. Ada outlet satu lagi kt eCurve.. kang jenuh nak cari. Alhamdulillah walau leh tahan hazabedah nak dapat parking kat area #OrangKayaKaya ni tapi rezeki #RakyatMarhaen senang pulak time kitorang sampai. Pastu naik je lift terus jumpa Senjyu ni.

Voucher dalam ada RM300++

Masuk2 Senjyu ni cosy je.. lampu pun romantic gitew. Ala ala Watami Jepanese Restaurant kat Pavi. Tapi ni lagi ekslusif la.. selain yang aku dah jot down nak order apa... bila tengok menu semua macam nakkkk. Maklom la makan free *LibasTudung*. Sini kene order.. tak de conveyer tray yang kita leh panjang kan leher sambil jeling sushi yang bergerak atas tu.


Being laki aku perut melayu of coz nak makan nasik! Masa kitorang sampai pun dah kul 5 petang kot, lunch pun belum lagi. Lapar weh..

CHICKEN TERRIYAKI SET
Ini memang sesuai tuk laki iolss. Sebab dia memang tak minat makanan Jepun. Kalo aku nak makan memang dia tak layannn. Tapi sebab restaurant ni macam best dia pergi la. Kang supplier tanya ape dia jawab plak kan? Ee cakap ayam dia sedap lembut sangat. Bole pulaak dia komen.. "ayang sedap ayam ni. Ala macam AYAM MASAK KICAP versi Jepun"'. Pesal #VillagePeople sangat ni B?! Hahahah.. Aku pun tak de plak heran nak rasa.

CHAWANMUSHI
Cilok dari set terriyaki Ee. Dia tu mana gheti. Ya allah sedappppnyee.. laju je aku menyudu slurpp slurppp abesss!

AGADESHII TOFU
Soft tofu yang digoreng dan di hidang dengan soya sos kot. Siap ada cendawan dalam tu dan bahan2 lain. Sangat sedap! Ee pun makan dengan nasik. Melayu sangat tekak laki aku

SOFT SHELL KANI KARAAGE
Gemok ketam kulit lembut ni. Aku suka kurus2.. sebab kalo kurus goreng tempura sedap krup krap crunchy. Yang ni aku makan agak lewat, barangkali bila hidang kene terus makan panas2 kot. Tapi oklah.. sebab Ee tak pernah makan soft shell crab ni. Dia suka je.

SALMON TEMAKI
Hoi ni pon sedappp! Masa memula gigit salmon dia.. mak aihhh fresh giler! Terbaiklahhhh compare dengan raw salmon yang lain. Pejam2 mata makan, pastu dalam tu ada telur2 ikan. Oh maiiiiii... letop2 dalam mulut. Sampai la ni terasa2 fresh salmon dengan telur letop2 tu.. next time aku pegi makan lagi aku close up gambar eh!

SHAKE (SALMON) SASHIMI
Ya Allah.. sedap sangat. Fresh gilaaaa! HERO OF THE DAY!! Sumpah sedap! Sejuk je lalu kat tekak ni. Makan pejam2 mata okeh! 5 slices yang leh tahan gemok. Kalo kat tempat lain nipis je sampai aku panggil 5 helai sashimi instead 5 ketul! Ini memang betul2 puas hati sampai ada baki 2 slices aku dah tak larat nak abiskan tapi sebabkan sayang aku gagah kan jugak!

VANILLA ICE CREAM
cehh ingat Green tea ais krim. Yang ni include dalam set teppanyaki tadi. Nak order lain pun ada, tapi aku tak leh masuk dah. Kenyang sangat. So kita share makan suap2 la eh, baru la romantic!

SUMMARY OF THE DAY
Hehehhe... Menu2 yang kami makan.. Ee minum watermelon juice, aku minum bottomless hot green tea. Total bill RM 122.55 sahaja. Guna voucher RM100, just bayar RM22.55 ajer.. reasonable price dengan kualiti food terbaik! Ambience restaurant yang ekslusif.. portion yang tak kedekut. Next month datang lagi. Ada balance voucher tuu #DasarNakMakanMurahTapiSedap! Lolz
Perempuan kekenyangan dengan suami yang berpura pura kenyang. Haha sebab lepas makan jalan jalan dia nak Starbucks plak. Layannnn... alhamdulillah rezeki.

Saturday, January 3, 2015

Happy New Year 2015

As salam..

Selamat Tahun Baruuuuu 2015!

Alhamdulillah... kita sekarang berada di tahun baru. biarpun 2014 meninggalkan 1001 kenangan pahit dan kedukaan pada aku sekeluarga namun kita sebagai manusia haruslah akur dengan ketentuan ilahi. Sesunggguhnya dia tidak akan menduga umatnya di luar kemampuan seseorang. Nikmat menanti di sebalik setiap kedukaan.

Dugaan kesihatan aku di hujung tahun 2013 bagaikan sesuatu yang di luar jangkauan setiap orang sekeliling. Terbaring di katil selama beberapa minggu.. pakai pampers.. tak mampu urus diri.. ya allah, sesuatu yang aku rasa seperti insan yang tak berguna. Sebelum di uji... segala tugasan harian dan.tanggunggjawab pada keluarga terutama bonda tercinta aku galas. Bila di tarik sebuah nikmat aku rapuh.. tak daya melawan kehendak takdir.

Aku tau husband and arwah emak pilu dgn keadaan aku. Family jugak macam tu. Teringat kala bapa dan ibu saudara aku datang melawat aku di hospital. Keduanya  menangis sebak melihat keadaan aku. Sampaikan salah seorang pakcik aku jatuh sakit mengenangkan keadaan aku.

Alhamdulillah kini aku kembali sihat.. ya Allah terima kasih dia atas sisa semangat ini. Walau aku rapuh kala kehilangan bonda tercinta. Tapi demi suami.. adik adik.. dan saudara mara yang ingin aku kembali bersemangat, aku keep on positive walau pedih untuk teruskan.

InsyaAllah.. 12/1/2015 aku akan mula.bertugas semula. Mencari kekuatan ... mencari rezeki.. doakan aku kembali sihat. Kuat semangat.. tak terbayang macam.mana aku nak mulakan langkah mencari rezeki semula. Setahun 3 bulan aku cuti bekerja. Mampu ke aku??


Shopping di tahun baru.. memandangkan sekarang aku dah berimej baru.. amik mood sket la.. beli baju kerja baruu sehh

K lahh. Apa azam baru korang?
Asal tahun baru je berazam
Asal berazam je tahun baru!

Saturday, December 27, 2014

Bantuan Banjir

As salam

Sedih and amat menyedihkan. Pilu sebak baca berita rasmi dan keratan text dari mangsa atau waris mangsa yang terlibat. Tak terbayang keadaan mereka yang melalui saat getir beberapa hari ni.. Bayangkan di saat ini mereka hanya perlu memikirkan keselamatan ahli keluarga.. harta benda memang langsung lenyap punah. Hanyut bersama bah..

Tak terbayanv sengsara yang mereka hadapi. Menghadap banjir berhari hari... bila banjir dah surut nak bersihkan rumah. Selut pasir lumpur kesan banjir. Perabot dan pekakas habis rosak. Bagaimana mereka hendak mulakan kembali kehidupan seperti sediakala? Ya allah.. tak tertanggung rasanya dugaan hebat yang mereka lalui...

Kejadian macam ni masih ada yang nak.menuding jari... kita perlu bersatu untuk bantu semua mangsa. Mulut bercakap lebih tajam dari mata pisau. Ada yang kecam cakap "Dah tau banjir tiap tahun.. bersedialah simpan stok makanan dan keperluan lain. Jangan la harap orang bantu..."

Ye kata kau! Aku rase diorang yang saban tahun hadap banjir memang dah bersedia. Takkan bodoh benar nak nganga.. nak kebuluran kan? Tapi kali ni memang banjir besar yang tak di sangka2 melibatkan lebih 100,000 mangsa. Penempatan mangsa banjir pun hampir tenggelam. Air naik begitu cepat. Allahuakhbar!!

Serius aku tak bleh blah dengan orang yang cakap tak fikir panjang ni. Ok laa.. aku tau bulan Disember memang musim hujan and banjir tahap2 betis je. So sebelum tu aku dah load brg makanan dan keperluan 3 troli. Tup tup hujan mencurah curah and cukup3 hari banjir naik paras dada. Boat penyelamat datang nak selamatkan aku dan keluarga. Kau ghaserrr ada masa tak aku nak pack angkut skali brg 3 troli yang aku dah beli tu naik boat pindah ke pusat pemindahan??

So please la jangan cakap apa2. Kita tak lalui apa yang mangsa3 hadapi jangan cakap sesuka hati je. Even.ada kes yang kaum keluarga mati lemas depan mata. Kita doakan supaya mereka tabah dan sabar dengan dugaan ni. Marilah sama sama hulurkan bantuan untuk semua mangsa banjir yang sedang melanda negara kita ni.