:: Mr & Mrs Ee ::

Thursday, March 8, 2012

Speechless Wednesday!


Salam u olss!


Semalam Rabu, dah masuk keje. Dah sihat tp kepala still ting tong lagi sket2. Selasa kan aku Mc. Masa aku tgh shopping kat KL Festival Mall si Lyana call tanya esok nak masak apa. Aku kan pelupa, org jarang amsuk dapur mmg la cenggini. Aku lupa yg Rabu adalah Pantry Day. So kene bwk masakan masing2 and kongsi2 makan. Those yg tak masak kene la beli lauk tambah like sayur, ulam and nasik. Aku just masak hati & pedal masak sambal cili api je. Tu pun elok je lepas rebus2 mendalah tu, mak aku ckp gas abis! Adoi nasib la sambal jenis mak aku dah siap2 masak tinggal nak campak2 je. So gigih aku masak dalam rice cooker subuh tadi.
So lauk semalam adalah sambal udang & petai oleh Lyana, aku lauk sambal cilia pi, yg lain lauk tunjuk kat food court bawah je iaitu Sambal tempe + kentang, ulam and sayur pucuk manis + labu. Korum makin bertambah, ahli asal ada 5-6 org je. Tapi semalam dah jadik 10 org! yang best tu, masa makan boss la lalu, manager2, head of department.. director pun duk jengan kami kat pantry. Huhuhu… malu. Bukan malu sbb menapau, malu kot tak ajak sekali. nak ajak mende, td kami makan pun sorang sikit! Tapi kenyang! Up plak ngan custard caramel instant caramel dari brand Amway. Tu pun laku!!

Sebelum makan tu aku dah tunggu lama. Aku bebel2 lagi “dah tau ada makan2 camni, sibuk nak pergi cuci rambut la haper. Esok2 macam tak boleh ke?”. Si Lyana pun kene marah. Sebab aku sorang2 panaskan lauk, buat air, kuarkan pinggan, susun makanan semua bagai. Sentap la mak kan!

 
Lepas makan… Tgh2 melayan caramel aku bebel2 kat Lyana and budak2 trainee ni. Sbb lepas makan semua blah. Sentap la mak di situ, kan nak gosip2. jeng jeng jeng…
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ada plak surprised!


It’s my birthday celebration! Speechless mak yuholsss! Ye la aku mcm syak2 je, tp mmg tak ketara sgt. Maklom la aku kan perasan lebey! Hahhahaha… rupanya.. adik-adik ku itew berlari2 ke Pavillion pergi beli kek! Huarghhh mak speechless okeh! Anyway, thanks korang!
3 Series dah yuholsss!!
Thanks my trainee. yg baju hitam tu Sofea, and yg bertudung merah si Liza

tiuppp! blur plak! gmbr guna tab ajer!
alollolooo suweetnyer manjer!
Laku karamel aku! licin kan Aril?
Lepas makan... kemas pantry yer!! tu  kat belakang tu Arill, dia la paling rajin cuci and kemas pantry. Takkan ko dah menyedap then suh kakak tea lady kemas kan?

Bless ada di kelilingi kawan2 yg baek hati!

Tuesday, March 6, 2012

MC - Alergik ke?

"Begitu mudah dgn ada nya Medical Card!"

Alhamdulillah, awal thn 2012 kami di beri lagi satu kemudahan iaitu Medical Card - Outpatient+ Inpatient+Specialist. Cover utk diri sendiri, suami dan anak2. Alhamdulillah.. Outpatient dpt dlm RM5k.. Yg lain ikut gred staff. Syukurlah..

Now nak g klinik tunjuk je kad tu, Ee pun sama juger. Beronok-ronok la ko g Klinik. Hehehe.. Hari ni saya MC u olsss!

Kisahnye semalam aku makan kacang sebelum lunch. Sebelum tu kepala aku dok berdenyut2. Lepas tu ada uncle jual kacang dtg. Aku beli sepeket hat kacang yg selalu ada time raya. Ntah apa ke nama nye punnn.

Elok je aku 2-3 ngap, tetibe 2 belah mata gatal, tekak gatal, time2 la selsema. Then kwn aku dtg tegur nape mata aku merah mcm bijik saga tu! Hadoiii.. Tp ptg sket lepas lunch mcm dah ok. ALERGIK ke? Malam balik lepas maghrib terus tidur sampai ke pagi.

Pagi tadi still sakit kepala sgt2!! Sampai tgh hari baru aku g klinik. Tu pun drive melilau2. Ye la dgn dgn kepala pening, dgn cuaca panas. Tapi kan.. Tapi.. Lepas lunch elok plak mak ajak keluar berjalan aku ok je. Elok je sihat. Wakakakkaka

Monday, March 5, 2012

I'm Not Single !

"Me... Alone"

Smlm kan birthday gegurls uolss! So mmg takde upacara apa2 pun. Takde plan apa2 smlm. Takde sambutan ape2 (tak sanggup je nak celebrate angka *3+* sebenarnya.) Well, apa ada dgn umur? Ecececehh... Yg penting aku enjoy!

Smlm aku attend wedding my classmate. And dia laaaa budak perempuan yg terakhir kawin. Yg lelaki ramai lg kot yg belum. Aku sure la yakin n pasti sbb aku kan ketua kelas! Harus la aku giler kuase di sitew! * kak Pretty Rina, mmg saya la kat majlis tu!*

Sebelum tu.. Aku dgn Ee tgh golek2 top up kasih syg la katakan. Then my bff Eliz and Mel call wish birthday and ajak g wedding Aju. Aku macam... Pfffttt! Ajak Ee mati2 dia tak nak. Siap tarik selimut bungkus diri macam kueh ketayap. Ok aku sentapppp lahhh! Ye la aku kan dh kawen, asik jalan single je mcm org takde laki kan? Tekad aku g sengsorang. Bkn jauh pun, satu kawasan perumahan je pun.

So siap laju2, sampai sana berpusing carik parking. Aku kan wanita lemah, kalo ada laki main tunjuk2 arah2 jew. Menapak gak la panas2 tu. Nak pakai sunglasses mcm Diva sgt plak. Kang org ingat aku budget retis plak. Dengan pakai heels, mcm ayam berak kapur berjalan terkedek2. Nampak je Eliz, terus aku jerit panggil! *ilang kesopanan aku time tu*

Sampai je elok Mel dh cop tempat tuk kami. Jumpa Aju dulu, amboi kemain tinggi melampai2 dia ni. Cantik dlm persalinan biru Fizz firus. Then g makan, chit chat, jumpa kawan2 sekolah. Sweet je nampak kengkawan lelaki dukung anak masing2. Wahhh "bapak-bapak" sgt korang ni! Yg perempuan anak semua dah 2 org kecuali Mel baru ada si Seif je la. Aku belum ada rezeki lg. Hiks!

Diam tak diam umur makin bertambah, lama dah tinggalkan zaman sekolah. But ok gak laki aku takde, kalo ada sure nak cepat2 balik. Hahahahaha... Ada rezki kita get together la eh! Windu korang semuaaaa...

Daaaaa...

Galaxy note: gambar panten takde! Gitew la kann. Camera aku Ee pakai kat site, kamera gedabak malas nak angkut.