:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label KIB Activities. Show all posts
Showing posts with label KIB Activities. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Sabtu di Midvalley!

Sabtu lepas,aku laki bini pagi2 dah keluar. Aku ke Midvalley, dia ke Nilai for meeting. Aku whole day dah planned nak berjimba dgn kawan2 opis.  Patutnya ada Bowling Tournament anjuran Group of Company. Perghh semangat nak main. Kul 9am dah sampai MV. Game start kul 10am. Sampai2 terus breakfast kat Mc Donalds. Lepas breakfast berkumpul la kat Cosmic Bowl, Mid Valley. Ceh buang duit je bf kat Mekdi, sbb ada di sediakan breakfast. Lepas settle registration, semua dah siap pakai kasut, pilih bola bagai. Dalam kul 10 pagi urusetia bg sket kata2 aluan… “selamat pagi semua.. sebentar lagi kita akan mulakan permainan bowling kita. Sekiranya terdapat pertukaran para pemain, sila berhubung dgn pihak urusetia…”. Then senyappp… lampu terpadam! Aku plak “wahhh giler gempak siap surprised2 tutup2 lampu bagai”.
 Sekali…  rupanya black out !! puiiii. Satu Midvalley katanya.. sampai jem la kat luar tu sbb palang parking tak berfungsi. Lepas2 tu dah ok, but kat area Cosmic Bowl ngan tempat game masih blackout. At last.. lepas sejam setengah keep waiting, urusetia buat announcement bowling game ni tunda ke 11 April, cuti pertabalan nanti.
Mampu bergambar dalam gelap!
Posing kat GSC
Setelah pengumuman di buat, lantas kami terus beli tix citer “SEEFOOD”. Nasib ptg sebelumnya Sofea dah booking. Arill dgn Zue dtg tuk support bowling and lepas tu join tgk muvee bersama. So lepas amik ticket, terus g Food Junction for lunch. Aku makan chawanmushi je. Yg lain2 makan mknn Korea. Tgh2 makan, plan nak g RedBox The Garden plak. Sambil2 lunch aku call and book.
Kami berENAM jahanam beronok-ronok
 Muvee kul 1.15pm, abis dlm kul 3. So aku booked karok sessi 3-7mlm. Kalo tak jadik leh je cancel kan. Laki aku plak BBM ckp meeting dah abis, so bininya yg comel terus ckp “B, ayang tgh tgk movie ni, B g la mancing eh” cewahhhh baik ati eh bini dia? kehkehkehSEEFOOD Time!!

So menonton la kami movie buatan Malaysia” SeeFood” tu… malangnya, kami “tumpas” semasa menonton citer tu. Memula aku dulu yg Zzzz, pastu Sofea, then Liza, then Lyana.. berganti2 kami duk bgn tisur bgn tidur. Citer tu tak la buhsan… maybe sbb sabtu tu kami bgn awal and terkocoh2 nak g Midvalley, so ngantuk la agaknye kan? Dgn cuaca sejuknye lagi.. Cuma Zue and Arill je bersungguh menontonnya.. actually takde la boring sgt, Cuma pendapat aku 1st half tu bit slow la.. tp lepas tu dah ok. Takde la aku tidur sepanjang movie tu. Ape pun, SEEFOOD mmg best!
.
Abis je SEEFOOD, Arill ngan Zue pun balik, kami meneruskan aktiviti dgn melalak! Ke RedBox ler kiter! Elok la aku tgh ahri tu pun tak makan lagi, just mkn chawanmushi je. So balunnnn la makan. Amik pakej makan dan melalak from 3-7mlm, RM35++, Sofea ngan Liza untung la tunjuk student kan dpt RM24++ ajer. Maka bernyanyi dan bergumbira la kami2 semua.
Kul 4 my laki BBM ckp dah on the way ke kolam pancing kat Klang. Yihaaa! Bergumbira la sang bini! Puas kami melalak kali ni. Sampai serak2 suara! Budget2 kul 7 dah stop nyanyi, sekali kul 7.30malam pun masih boleh teruskan nyanyian!! Giler generous la RB Garden ni, kalo RB Plus nan hado, even ko masuk lambat, ko tetap kene berambus kul 7 malam!
Feeling sgt mak kau nih!
terasa macam rakan sebaya bila bersama mereka!
Hei Sofea, dah macam nenek Amir Khan!

Tuesday, January 31, 2012

Cerita Hari Selasa

Hari ni Selasa. subuh tadi hujan. Best je kan? Sambil membayangkan kalau la hari ni 1hb February Hari Wilayah... angan je la.. dah siap2 g je keje. *membayangkan alangkah nikmatnye tarik selimut balik*

Well kat ofis ni busy manjang. draft tuk Vietnam dah siap, kene punya kekuatan tuk hapload. grhhh... Tapi its good gaklah.. takde la melanguk tak de keje, tau2 busy2 tu dah siap semua keja. bukan kah itu suatu berita gembira?

Actually hari ni ada "Lion Dance". menunggu punya menunggu sampai meeting pun kene tunda. elok2 meeting start kul 10.30am kene tunda sehingga ketibaan "Lion Dance" yg akhirnya tiba di floor kami tkt 12 hampir jam 12 tgh hari!. hew hew hew...*perlu ke gelak camtu?*.

Ini Lion kat department aku. kene pusing semua sudut katanya. then kene kasik penampau ang pau! tapi department aku takde chinese? kene la akak bos kasik angpauuuuu

then aku g tgk dung dung cheng kat main entrance opis aku. ape ke jad laaaaa... Encek boss dah cam tukun kat sitew. 2 ekor lion ni tg kupas orange. semerbak bau orange tu. aku giler oranje! (pas ni pls la buat kenduri da selamat pulak ye!)
Lepas abis Lion Dance, kami ahli pantry g tapau. as agreed Lyana masak lemak cili api udang + sambal belacan power. perghhh!! sodap!! Aku suppose bawak sambal cili api terung. tapi biase la... impian tinggal kenangan.. kahhhh aku turun tapau kat food court bawah je. Terung 6 sambal keping and telur sambal 3 biji... tau tak berapa hengget? RM3.00 ajer! murah kan?
Tu dia si gadis berbaju merah yg masak lomak cili api meletop ni! Zue belanja nasik. tadi tapau nasik 5 bungkus + sayur + ulam total RM9 ajer! murah... bersyukur dgn penjimatan ini. Arill the only guy buat air asam boi, my trainee sorang abwak karipap, sorang lagi bwk ayam KFC. alhamdulillah.. rezeki hari ni....

Esok Hari Wilayah. aku cuti. tapi hubby takde di sisi, nak g Melaka pon tak syiok, sbb Ee masuk site kul 8 and abis keje lepas maghrib. aih.... buhsan ahhh!

Happy holiday tuk warga Wil. Persekutuan and Happy working warga2 negeri lain!

Thursday, August 4, 2011

Team Building – Day 2 (Part 1)


LOVELY MORNING


Kul 6.30 dah bangun… huarghhh nantokkkk! Bila 2 pompuan ni bersiap harus la lama2 kan? Pompuan yg rambut panjang ni lagi laaaa… saket jiwa aku tunggu dia. Semua lotion dia duk angkut, dari ujung rambut sampai ujung kaki! Sudah nya kul 8.15am baru terhegeh2 nak g bekpes.



WE LOVE OUR 'SWEET CAKE' !!


Makanan kat sini so so je la… tak la byk option sgt. Lepas makan naik ke Ballroom for another session. Kat sini kene duduk berpecah2, maksudnya kene la campur2 ngan staff dr KK and kuching. Aku pon gedik2 nak duk ngan bebudak kuching. Hahahhaa… rindu kamek org semuaaa!!





Di mulakan dgn icebreaking and director’s briefing. then pembahagian kumpulan. More on strategi of the company la.. Misi visi company gitu. Bila dah capai target, baru la naik gaji byk2, dpt bonus bulan bintang, segala mak datok naik la kan. Kalo hancus korang dok la situ menlangut sampai lebam! Hahhahahaaaaaa Sempot!!… punya la lamaaa sampai dekat kul 2 ptg baru lunch!! Eh sebelum tu amik group foto! Yeppieeee!!!



YEAYYYYY!!!



KELAPARANNNSSSS


Wednesday, August 3, 2011

Team Building – Day 1

Terhegeh2 nak update cerita Team building hari tu. busy ler kan, but curik masa tepek kat blog sbb nak kenang2 kendian hari. hehehhe... layan...

---------------------------------------------------------


Hari Jumaat (22 July 2011) tu kami keje mcm tak keje la. Aku pon masuk lambat. Kul 9.30 baru sampai opis. Kawan2 dr Kuching ngan KK pon dah sampai. So bila dah sampai, aku pon sibuk la nak berpeluk ciom ngan kengkawan. Me buat2 sibuk je lah. Hahahhaaa… lepas makan kami bertolak dr KL office lebih kurang jam 2.30ptg.


Suasana di opis sblm bertolak



Perjalanan kali ni sgt mencabar. Bas yg sepatutnya selesa seperti yg kami naik ke trip Pangkor hari tu tapi bertukar jadi bas yg tak best! Dengan driver tak tau jalan, asik borak kat telefon, ngan ngantuknyaa… seremmmm. Akhirnya tiba di Swiss Garden Damai Laut pukul 7.30mlm! 5 jam okeh!! Kami yg dari KL ni penat, apatah lagi kawan2 dr Kuching ngan KK tu.

So sampai2 terus check in, mandi2 siap2 then turun dinner. Lepas makan ada la aktiviti sampai kul 11.30mlm. perghhh penat seyh!! Lucky la xtvt malam tu fun jugak. Abis aktiviti balik bilik terus zzzzzz.



ada Magic show.. boring!!



aktiviti berkumpulan


aktiviti gedik santai


Lepas dinner and aktiviti berkumpulan, sambung layan Live Band plak sampai kul 2.00am. letih siot!! but Fun!!

Monday, July 25, 2011

We're Back!!!

KIB Get Together


22 - 24 July, 2011


Swiss Garden, Damai Laut, Lumut



Salam u olssss!!


Kitorang dah balik semalam. It's a longggg journey!! Lepas team building have to rush back to Kl. nak catch flight staff kuching pukul 8 malam and KK kul 9.30 malam. ngeee... letihhhh.. montot naik nak melecet dalam bas lama sangat. Depart from hotel at 1.30pm. balik via Kuala Selangor terus ke LCCT and kul 7.30 selamat sampai office KL. Later2 aku update eh. sbb kali ni mmg tak amik gambar sbb guna camera teropong comittee je.

Apepon... mmg enjoy sgt2!!!!!! tapi saat berpisah dgn kawan2 dr Kuching and KK la paling sedih. walau pon jauh, tapi sgt dekat di hati. Mudah-mudahan "sales" makin masyukkkkk! Thanks to our Director yg menyusulkan kami mangadakan trip ni. and Universal Studio Singapore will be next. insya'allah....