:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Rancang percutian 2015

Salam.. selamat tengah hari!

Dah lunch ke? Aku belum.. biase la dok umah bermalasan nak masak. Bukan lapar sangat pon. Bising laki aku sebab makan tak on yime. Pastu gastrik manjang. Insyaallah dah keje akan makan secara teratur. Azam 2015 nih...

Selain azam, impian, matlamat, cita-cita... what so ever lah kannn... CUTI pun agenda penting kan? Hahaha.. orang ada kampung leh la balik jengah family.. yang berduit leh la g bercuti cuti malaysia or ke luar negera. Orang berkeadaan macam aku ni g Port Dickson sudahhhhh... hahaha. Eh Melaka pun ok. So meh la kita share cuti cuti yang menguntung kan bagi sessi 2015.


==============================================


Rancang CUTI anda 2015

Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. 


Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti

Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Slot #10 ( #10 ) : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.

Jimat cuti tahunan!!


Baru je nak start keje 12/01/2015.. dah dapat email 3 minggu lepas boss aku mintak tentative planned leave untuk 1st quater. Terus lemah longlai je lutut aku. Kahhhhhh.. calendar ni aku forward ke whatsapp group office terus kene carut. Ye laaa lom masuk keje dah cakap pasal CUTI. Eh lantaklah.. job scope baru aku nanti salah satunya APPROVED kan cuti staff. Hagaga.. #GelakSetan

So rancang percutian anda. Rancang kewangan pon sempat. Kalo tak pergi Pprt Dickson je laa.. tak pon Sungai Congkak sudahhh. Pun syiok jugak. Bersyukurlahhh

Friday, February 3, 2012

Otomen Mummy!

Cuti Hari Wilayah tu tak de bende nak buat (walaupon kain byk nak cuci) tapi aku malas nk dok umah. kang melanguk je rindu kat laki. buhsan seh. nak g melaka tak guna gak sbb Ee keje kat site. maka ptg Selasa tu aku tepon mak ajak g PD je esok. so mak pon kata ok, dia terus g beli bahan nak buat kueh bakar tuk ibu Adam yg tgh preggy ngidam kat kueh bakar mak aku.

Nyum nyum kueh mak aku wehhhh... pagi kul 9.00 camtu g breakfast dulu, layan lontong la ape lagi kan? nyam nyam lagiii. eh makan je kojo eh! lepas tu baru la gerak, isi pert kete siap2 dulu. kul 10.45 aku dah sampai kat Petronas Port Dickson tu. aku tak ingat jalan masuk taman perumahan dia. maklom la dah setahun tak dtg! weeeeehuuuuu.... and Ee yg drive. yu pasal la lupa jalan nyer. aku suh K.Ina amik kat tepi petronas tu. . mak pon nyinggah pasar tani tepi tu. menyempat ajer.
Adam obses Ultramen. sikit2 men.. sikit2 men... melayan je la kerenah dak manje ni.. lagi 2 bulan dia nak jadik abg dah, tu yang ngades lebih. lagi pon Adam demam. sian dia asik muntah je, tp tetap nak main. cer aku layan dia elok je main. org tak layan mula la cranky.

Ni dia nampak aku snap gambar, terus suh aku amik lagi gambar dia.
"mi.. mi... men ni! "


pehhh hensem2 otomen ni mummy susun kan Adam?


Cuaca kat PD panas bahang, but still aku leh tahan. sampai2 je minum jab pastu aku landing. Ibu Adam ngan mum aku masak. Aku tergolek2 jer. Tghari tu masak lauk Tom Yam, yang ni aku rikues. ngidam sgt nak makan Tom Yam. pastu ada sambal sotong and ikan cencaru sumbat. perghhh.. sedappppppp giler! bertambah2 aku makan. selalu makan sikit je, tp hari tu semangat giler! (gmbr mknn 1 pon tak snap, gila lahappppp makan!!)

Aku gerak balik KL kul 5.30ptg. and sampai kat kedai mamak belakang rumah kul 6.45ptg, amd terusn dinner. alhamdulillah.. selamat perjalanan kami. First time aku drive g PD. aku ni penakut nak drive. sejak pakai Forte aku mcm ada phobia sket nak drive. bawak laju 140km pun dah gigil2. eh bukan had laju 110km je ke? Kalau dulu pakai waja g UiTM tau2 dah 160km. mcm racer dolu2. skrg gigil jahhhhh!