:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label my 2nd pregnancy. Show all posts
Showing posts with label my 2nd pregnancy. Show all posts

Monday, July 19, 2010

D&C kali ke 2

Sebelum aku teruskan kisah D&C aku kali ke 2 ni, molek la kowang baca catatan kali pertama ni PENGALAMAN D&C YG PERTAMA . Jalan cerita beh kurang je. tp ada sket2 la lain dr yg pertama tu. So sila baca yg dulu punye eh. x mo baca pon x pe...

Add on storynyer:
  • Di sbb kan aku di nasihatkan untuk cuci dan bukan la keguguran secara semulajadi, so doktor masukkan sejenis ubat ke dlm faraj untuk bukakan pintu rahim. Lepas masukkan ubat tu, selama sejam x leh bergerak, so kene baring selama sejam. Lepas sejam tu... start perut memulas cam sengugut tu. so aku pon g toilet sbb rase x selesa. tgk dah start bleeding. tp x byk laa.. aku buang air tgk kat bowl tu dah ada ketul darah. x baper byk laa.
  • Pukul 5.00 ptg, nurse dtg suh tukar baju and get ready nk g OT. aku dah x sabar nk g cuci, sbb dah ler puasa, pehtu dah start bleeding. aku dah start lemah. tu yg aku nk cepat je g cuci. sekali leh plak ada emergency, so kene tunggu plak. kul 6.15 ptg, derang anta g OT.
  • kali ni x de la berdebar, sbb dah ada pengalaman. dah tau camne prosedure semua tu kan.. so, jimat mase. x yah nk explain pjg. ewahh... eksen nyer ko!!
  • So kita mulakan dgn doktor bius. aku mmg nk half body je. so, kene injection la kn kat tulang belikat ni. tp x sakit plakkkk.. heheheh rezeki! tp cam lambat plak kebas. sbb aku lom totally kebas, mamat tu dah angkat kaki aku kat tiang besi tu. haihhh... cuak aku. mase derang dah start buat keje, aku masih rase la .. leh garu pusat lagi... aku siap ckp kat doktor tu.. "doktor jgn start dulu. i lom rase kebas sepenuhnyaaaa". boleh gitu???
  • Bila dah betul kebas, baru doktor yg cuci tu mulakan proses. kali ni dalam 10 minit je derang buat D&C ni... syukur x rase sakit ke hape... tp aku rase doktor yg buat D&C ni HANDSOME laa... hahahahah. buleyhhh???
  • Kali ni kan.. dlm bilik OT tu siap ada pasang muzik lagi, giler babai x rase mcm ko kene siang dlm OT. hahahhahahahaaaa
  • Kali ni aku rase lebih sihat berbanding yg pertama kali. ye laa yg 1st tu sbb dah tumpah darah. so aku dah lemah sblm D&C proses. kali ke pulak, aku tgh sijat dan kuat. So lepas abis bius tu, terus aku segar bugar. tu la bezanyer proses D&C dgn keadaan yg berbeza.

:: Get ready to OT. pucat muka sbb pose ::


:: Bahagia je mkn cikedis depan bini.. grhhhh ::

Syukur.. walaupon kandungan ni x dpt di teruskan, aku dan suami redha. Alhamdulillah, aku x de rase sakit melampau dgn kedua2 proses D&C yg dah aku lalui. Semua urusan di permudahkan. alhamdulillah.

Berita Sedeyyyy

Salam semuaaa

Pagi ni ada berita sedih sikit nk aku sampaikan. mungkin ada yg dah tau melalui fesbuk. Tp nk aku sampai dan coretkan di sini sbg kenangan peribadi aku dan tatapan kawan yg setia membaca blog yg kadang update kadang tak. hehheheh.. aku akui dgn berblogging ni sekurangnya dpt aku luahkan benda2 atau cerita yg nk aku kongsikan. at least pada masa akan dtg, aku leh kebek balik entry2 lama.

Buat pengetahuan di luar sana my baby dah x ada. bukan rezeki kami lagi kali ni. The Choronology... Jumaat lepas, 16hb ada appointment ngan O&G kat Hospital Ampang. So sesampainya kat sana, jumpa doktor dan diminta buat scan. masa scan tu x nampak, cuak dah aku time ni. so try scan dr jalan bawah. so, baru laa nampak. Lega jugak, tp... HEARTBEAT baby dah x de. So aku cam sedih... Sedih lahhhhh okeyh!

Kuar dr bilik scan tu air mata aku dah start bergenang. aku try calm down, tp mase Ee pandang aku serta merta air mata aku tumpahhhh!!! Ya allah... x tau nak kata bila pandang muka dia. Masa tu au rase bersalah sgt kat Ee. Rase kesian. Rase sedih... semua bercampur aduk. then ee ckp..."takpe, bukab rezeki kita lagi syg. jgn laa sedih. jgn la nangis k." Mase tu jugak cam nak je peluk Ee kat sini. aku rase down sgt time tu sbb kecewakan suami aku.
Then doktor panggil tuk ekplain. aku dah cooldown. then doktor advised suh buat D&C. Aku setuju je.. sbb kalo simpan pon, bukan baby growth pon kan. Aku redha dgn ketentuan kali ni. Terus warded time tu jugak. kali ni aku releks je. masuk wad pon cool je. aku x de la takut kene cuci ke hape kan sbb dah ada pengalaman aritu. Cuma risau sikit fikirkan mcm mane proses kali ni sbb aku buat D&C bukan sbb keguguran tp nk cuci kandungan yg masih elok dlm rahim aku.
D&C schedule hari Sabtu pukul 4ptg. So sblm aku proceed dgn kisah D&C aku, aku tepekkan gmbr scan aritu. Gudbye sayang.... Sob..sob... sobb

:: Fetus ::

8 weeks - 10.4 mm CRL

Note: aku discharged tgh hari smlm :D

Monday, June 28, 2010

Rezeki

Salam semua
Allahamdulillah
Sekali lagi di berikan rezeki dan peluang untuk mengandung. Kali ni lebih rase relaks walaucamne pon, kadang terasa trauma jugak dgn dugaan lalu, Tp aku perlu kuat dan tabah hadapi lagi sekali. semoga diberikan kekuatan, kesihatan dan di pemudahkan urusan kali ini. Insya'allah.

Test yg ke 2: baru aku puas ati

1st Test : samar je. x pueh ati tul.