:: Mr & Mrs Ee ::

Thursday, June 26, 2014

Habang Korea

As salam semua

Korang dah lunch? Aku tengah bako ayam. Kelmarin check freezer kemain banyak binatang yang dah kene frozen dengan Elsa. kahhh.. nampak ada ayam, sotong, isi2 ayam, kepala ikan, ikan2 ntah bila kurun. Lets la bakar ayam.

Kemain rajin aku arini. kul 6:30pagi dah bangun goreng nasi. Demi habang Korea. sapo laeiii? Shuben kesayangan den laaa... Pagi tadi dia g keje lewat sket. Tanya nak nasi goreng tak? Jawabnye boleh ajerrr. Baiklah dinda ke dapor sekarang ye kanda..

Semalam dia touchdown KL dari Korea. Flight delayed sket. So sampai KLIA 2 dah kul 10:30mlm. dan dan gelupur cakap 3 hari tak makan nasik! poyo la ko bang. Dia g meeting 3 hari je kat sana.. fly Isnin, meeting Selasa and Rabu dah balik. pakkallah keadaan aku tak mengizinkan untuk fly buat masa ni. kalo tak sure aku extend 3-4 hari jalan2 kt sana.
Shuben whatsapp gambar kat sana. Ni kat Insadong... ada tempat gantung2 kunci katanya. Ape ke ruginya laki aku ni g Seoul tak mo jalan langsung. Sedeyh idop laki mak nok. dia meeting half day je Selasa tu.. leh je Isnin malam tu g Myeong-dong ke? Namdae-mon ke? Dongdae-mon ke kannn? dari hotel dia stay tu naik cab like ₩3,000 - 5,000 je pon. lepas meeting leh je g kejab naik Namsan Tower tempat kunci2 tu. APTB la laki aku neh. Dia tak tau bini dia punya la terkinja2 feeling moment masa kat sana.

Haaa.. ni bini Habang Korea! nak jugak selit! kihkih...  InsyaAllah bila aku dah fulky recover and Ee ada meeting kat sana lagi aku nak ikot! kahh dasar gedik. kihkih.. 

Ni nak cerita sket. Laki aku ni selalu outstation tp dalam Malaysia je. Meeting pon kalo oversea Singapore je pon. Ni la pestime paling jauh aku rase  dia  kene kerja. Sebelum ni trip paling jauj dia fly g Umrah la tahun 2007. Kalo sape yang rajin baca blog aku ( eh ada ke?) aku ngan hubby tak pernah travel nek katebang sama2. Kesian kan? sepangjang kawen dah 5 tahun ni tak pernah fly somewhere over the rainbow jah! Tau tak sebab apa? Laki aku tak suka travel sebab selalu sgt outstation.. tak suka naik flight lama2.. and tak bole idop tanpa nasik!!

ha kawwwww! Dia fly g Korea ni aku punya la risau dia lapar. siap suh dia g makannkat muslim Restauran kt area Itaewon tu. Agak jauh dari Hotel dia dlm 40minit camtu naik teksi. Naik Tren lagi la harommmm dia nak try. So dia bawak bekal meggi. Kat sana ada fastfood leh je makan. Maybe laki aku ni jenis tak biasa. Poyo je bila dia touch down cakap LAPAR NASIK DAH 3 HARI TAK JUMPA NASIK! chaittt. Isnin pagi fly to Incheon dalam flihht dah makan NASI LEMAK. Selasa tak jumpa nasik. Rabu balik Mesia makan NASI AYAM. Touchdownn je ckp gelupor nasik. Astagaaaaa... baru 3 hari je away kot! next time kalo travel ngan dia aku kene bawak periok nasi, beras skalik! haihhh.. mengalahkan aku yanh travel 2 minggu ke Korea last year tu. Dia ckp..ei tobat la nak g sini.. carik makan susah. Kahhhhhh

2 comments:

A.I said...

takpe. ada rezeki sok, kowang gi le fly2 over the rainbow smp lobam ^___^

Alyn Aellynn said...

Kahh ko k.ai.. jerebus ninx de rainbow.. hotel rainbow kt genting kalo dpt oegi dah syukur bykk!