:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label apa-apa aje. Show all posts
Showing posts with label apa-apa aje. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Keguguran...rambut

Salam Jumaat Uolss...


Ramai di luar sana yg happy sbb of coz la kan hari ni hari jumaat, esok rehat cuti lalalallalaaa... Ada yg tunggu kelahiran anak, samada normal or C-sec kan. ada yg menikah tarikh ni. huiiii lenguh tangan tok kadi!


Aku plak ada masalah 11 helai rambut yg gugur... huhuhu... sebenarnya byk!! dalam seminggu baru aku pasan banyak helaian rambut atas katil . lelama naik risau lah! maunye tak risau. korang ada sugesstion tak? syampoo or minyak2 ke kan?


Kawan2 aku cakap sbb aku selalu blow rambut ngan hair dryer. Ee plak cakp sbb tukar2 shampoo. huhuhu... kalau tgk betul2 byk anak2 rambut tumbuh,. sama byk dgn rambut yang gugur tuh. naik risau.. ngadu ngan laki aku. dia ckp camni


"Itu petanda ayang dah kene pakai tudung!"


huhuhuuu.. meresap ke QALBUUUUUU !


BTW, hari ni 11.11.2011 adalah sweet birthday Kak Ai! and juga along abg iparku.. ngehhh ngehh ngehh! Happy birthdays uolsss!


Happy Weekend tuk uolsss jugeks!

Wednesday, November 9, 2011

8 hours a day!

Topik pagi ni kat Hot.fm pasal kerja melebihi 8 jam sehari. Tersenyum aku dgr tajuk ni. Why? Sbb aku penah lalui semua ni. Since December last year, aku take over some report dr my collegues due to few person left the company. Start aku take over report tu, setiap hari aku balik paling awal pukul 7.30mlm, paling lambat kul 9.00 malam.


Then lepas company merger and kita pindah duduk dalam satu office (dedulu lain bangunan, lain floor) makin busy. Sabtu ahad datang kerja, tak siap kene bawak balik and stay up lagi buat kerja sampai kul 2-3am kat rumah. Sampai balik rumah stress sgt! Best part aku tak pernah claim OT, meal allowance, parking and mileage(sabtu and ahad jeboleh)!! Busy sgt sampai tak sempat nak buat claim tu semua…. tsk tsk tsk! (sbb aku happy sgt kot sbb dpt bonus 3 bulan and naik gaji 2 kali tahun ni… Alhamdulillah)

Until la aku miscarriage kali ke 3! I was crying because salah satu musababnye sbb kesibukan kerja ni. Damn stress, tertekan, serabut! Takde life!! Dan di saat aku keguguran that time aku masih fikir kerja2 aku yg berlambak tu. Start dari situ aku try minimize kan masa aku kat office.

And now … Alhamdulillah, aku manage balik life aku sebab… sebab…

Some report aku dah musnahkan! Kahhhhhh… aku akdang tak paham some report yg boleh generate dalam system tapi ko susahkan hidup aku untuk key in manual. Hahhahahah… then some report dah di taken over dr bhgn operation. Alghamdulillah.. lega. Sbb aku bahagian client services nape perlu aku buat2 report tu kan? And sepatutnya aku kene focus servicing client and agent to fulfill their needs.

Makanyaa.. amatlah happy aku sekarang dtg 8.30am , balik 5.30… dan jam 6 aku dah bergolek2 atas katil tunggu Upin and Ipin! kahkahkahhhh


Happyyy sgt balik on time! and of coz la haku datang pasti ontimeeee!! weeeee

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru

Hari ni hari terakhir bagi tahun 2010. Corat coret tahun ni cam org lain. Ada suak duka kan. Adatlah kehidupan kita ni kan ada masam manisnya. Hopefully tahun 2011 akan lebih dr tahun ni.


Coret Coret aku sepanjang 2010.

1. Berkereta baru
2. 1st time preggy
3. Urusan pembelian rumah untuk keluarga akhirnya settle setelah berjuang selama 2 tahun
4. Keguguran kali pertama
5. Mak dianosed Breast Cancer
6. Mak Operation buang breast kiri
7. Preggy 2nd time
8. 2nd D&C due to baby no heart beat
9. Mak undergo Chemo
10.Mak admitted spital



Rasenyer ni je la yg terkesan di hati aku. Overall, byk yg menyedihkan.. tp aku pasti ada hikmah di sebalik kejadian yg berlaku. Insya’allah. Untuk Azam, eh.. perlu ke azam? As for me x kira tiap mase, of course nak perbaiki diri jadi lebih baik, mempertingkatkan kualiti kerja dan juga kehidupan, ada rezeki nak ada baby lagi (walaupon still takut, tp akan terus cuba :P) , semoga di berikan kesihatan yg baik untuk diri, keluarga dan especially untuk mak supaya dia terus sihat. Ada rezeki nak g holiday and hopefully umah kami siap seperti dalam perancangan. Aminnnn.


Selamat Tahun Baru 2011


Monday, December 20, 2010

Malam - Malam

Sebelum tidur, ada habit susun mende alah ni sebelah bantal. ntah pape je.. dulu siap ada GPS sekalik. keh3. laki aku ckp nape ? aku ckp "kalo ada GPS ni senang, kot2 mimpi g travel leh guna. x ler sesat" . kah2 sengal bini dia neh.

HP - terjaga tgh2 malam, leh tgk time. pehtu leh balas or komen2 fb tgh2 mlm.

Remote Aircond - sblm tidur on kipas + aircond 1 jam je. kot2 terjaga, leh set lagi sejam dan sejam dan sejam lagik. keh2.

Remote TV - Selalu sebelum tidur suka pasnag tv. layan citer Exora la.. Adamaya la.. Kadang tertidur, kadang dah set timer. kadang terjaga tgh malam, leh ON je tv tu. malas nk bgn.

Wednesday, December 15, 2010

Tapi.. tapi...

Lama x update
Nak update
Balik berkobar2 nak update
Pehtu malas
Pehtu ada je benda nk buat
Pehtu x daya
Penat plak
Kabel camera mane letak
Card reader ada , malas plak nk transfer
Jawabnyer x koser laaahhhh aihh
Ketemuk lagi nanti..
Daaaaa...

Sunday, November 14, 2010

Grade ‘A’ ajerrrr

Aku nk share sket la.. dlm kehidupan kita sehari2 ni kan. Ada mcm ragam manusia ni. Salah satu citer nk aku share kan pasal makcik yg tolong bela mak aku kat spital. Alahai.. makcik ni mmg baik. Tp asik dia la yg “A”! mcm citer cerekarama kat Tv3 mlm tadi

Antara dialog makcik ni yg x leh blah

Makcik: anak awak dtg naik ape?
Mak aku: dia drive.
Makcik: dia drive kete ape?
Mak aku: laki dia belikan kereta Naza Kia
Makcik: ooo anak saya ada 3 bijik kereta Naza Kia
Mak aku: oo anak akak yg pompuan tu dtg drive la yea?
Makcik: tak la.. dia naik teksi


(kete 3 bijik tp dg naik teksi)

----------------------------------------------------------

Makcik: comelnyer anak artis ni
Aku: a’ah comelkan anak dia?
Makcik: Dia ni beranak kat prince court
Aku: aah. Anak sulung dia yg meninggal aritu pon kat situ
Makcik: ko tau tak hospital prince court tu mahal tau. Artis2 , datok datin, sultan2 je pergi situ.
Aku: a’ah.. menantu makcik nurse ke kat situ?
Makcik: x la.. dia tukang amik2 nama jer


(ish.. poyo tul makcik ni)

---------------------------------------------------------

Makcik: ni la adik. anak makcik yg belajar kat universiti tu
(sambil salam2 ngan kami. tp anak dia bagus, diam je)
Makcik: adik ni tgh amik degree. lepas ni sambung master , sambung PHD

(ish poyo.. sampai andartu la anak ko makcik kalo sambung terus ke PHD)

Tuesday, October 26, 2010

Bertukar!!!!!!!!!!!

Sambungan citer "Flat"... lepas settle tukar tayar yg flat,kami ke kedai2 letrik ahseng tuk carik lcd tv yg murah2 tuk laki aku nk buat main PS3 dia. Sian dia... x feel nk main Ps3 kat tv cinonet yg x de HDMI tu. hahahahahha..
pilih punya pilih, amik yg RM1199 aje udah. LCD 32" Toshiba ajork. fikir2 cam nk beli je 40" cam tv mak aku tu je sbb nanti pindah x yah beli lgi tv. ape jadah LCD 32" sampai 2 bijik kan nanti? eceli dah ada 32" gak kat umah mil. dalam bilik Ee, tv yg jarang di buka, buka time nk main Ps2 je.

SEBELUM - sesak pemandangan

SELEPAS - sesak ruang. asal leh selit sudahhh
Yeayyyy... baru syiok tgk tv lam bilik. dulu cinonet tu x puas tgk. Plan nk psg 2nd decoder Byond. tapiiiiiiiiiiii... mak aku bising. ckp nanti dok memerap lam bilik x kuar2. kwang3

Friday, October 22, 2010

F.L.A.T

Alahai.. sian laki aku. Ahad tu, dah la bgn lambat sbb balik mancing kul 4am. pehtu ahad pagi ada undangan ke Kota Damansara. Ee park kete kat luar, So mase kuar dr kawasan umah kitorang dia dah nampak tayar dia sudah flat.


Balik dr KD, anta mum & nanny terus aku turun kan dia kat kereta. siannyer.. dah ler tukar tayar sorang2, pehtu skru tayar tu mak aihh ketat sampai ee maki2 cine kedai tayar yg buat dulu, keh2. sabar yang... sabar....
Aku ni jakun benornyer.. x penah tgk org tukar tayar. so sbb cuaca panas, aku berenak2 duk lam kete ngan ekon pasang kuat2. hehehehhe... Syabas B! awak mmg gagah perkasa!! ecehhhhhhhhh... jual ler Waja tu... awak beli KALDINA (bkn nama sebenar) bg ayang pakai, pehtu abg amik la FORTE (mmg nama sbnr).. kehkehkehhh... kalo x mamfu... kita beli KELDAI je la..
Next: Misi mencari sesuatu yg FLAT

Sekilo RM 4.00

Itu DUKONG. Sekilo RM4.00.. jgn kowang ingat aku sekilo RM4.00 plaks.. heheheh... eceli ni buah peberet aku. suka giler ngan buah ni. Tp kali ni aku pandang je. padahal park kete betul2 sebelah lorry brader ni.
Sbb ape aku x terkinja2 nk beli?? sbb 3 minggu lepas, aku ada mkn buah ni. pehtu jari jemari, tapak tgn semua gatal merenyam. bkn tanda2 nk kuar duit or dpt duit. tp merenyam nyer sampai kene rendam ngan air panas. eceli dulu pon kene gak, aku x tau sbb ape. tanya doktor, doktor ckp aku ada alahan.. lama dah kene.
Then mase tu baru aku tauuuuuuuuuuuuuu. aku x leh pegang buah2 dusun ni. bkn buah ni je, baru ni aku kupas kulit pisang pon dah merenyam2. huhuhu.. sungguh tuan puteri la kan. baru aku tau.. skrg aku x mkn, terus mati selera aku kat buah feveret aku. alahaiii....

Saturday, October 9, 2010

Hari ni adalah...

Hari ni adalah hari Sabtu

Hari ni adalah hari berehat dan berhibur

Hari ni adalah Hari tanpa beg Platik

Sekian untuk hari ini.

Friday, October 8, 2010

T.G.i.F

Alhamdulillah… Lega dah JUMAAT!! 3 hari lepas… tetibe je kuar arahan kene stayback. Giler! Sbb x biase tu aku rase cam #%%^. Sekarang ni opis agak bz. Sbb bos baru masuk, sbb company aku dah di beli oleh company lain. So… byk mende nk kene buat. Tukar logo, letterhead, business card, handle client dan mcm mcm mcm mcm lagiii….Pening lalat aku di buatnyer… skrg opis sgt busy! Huhuhuuu

:: aci tak buh gmbr dolu-doulu? ::

Aku lega hari ni dah jumaat. Just nak siapkan keje2 yg berlambak tu. Pehtu esok dah leh rest! Sejak raya, sampai la ni x de rest! Sibuk ke open hse je kan. Esok aku dah book nk tgk wayang kat Midvalley. Untuk esok, aku dah book MAGIKA ngan JPBC2. yg penting aku nk tgk MAGIKA. JPBC2 tu laki aku yg suh booking, kalo x mo leh je cancel. Hehhehehe… finally esok hari berhibur. Ilang kan segala stress. Kowang plan ape esok?

Happy weekend u olsssss!!

Monday, August 23, 2010

Bkn DENSO tp DAISO

Ralat.. eceh.. N3 lepas ada citer pasal stoking jari kan? aceli name kedai tu DAISO, bukan DENSO. hahahhaah.. maceh pada kawan ku Mummy Zira yg membetulkan nama kedai tu. kabut sungguh la kan aku neh ...

So leh ler yg berminat serbu ke DAISO. Murah dan berbaloi2. cuma according to mummy, kaler dia x byk choice dah, kalo kowang rajin, g ler DAISO kat JUSCO MELAKA. ajer giler kan? lain la kampung kowang kat sana ke, or saje2 jalan2 sana kan leh ler singgah.

Thursday, July 22, 2010

Projek x siap2!

Cer kowang tgk Wedding ticker aku kat atas. aku kawen dah 1 year 3 m0nths+. Aritu aku cuci gmbr2 dr CD2 kawen aku. masae aku cuti gugur dulu aku spend time pilih gmbr dr CD2 tu then print. ada dlm 300+ aku print. album dr photog mmg ada dah.. ni yg aku pilih dr cd2 tu laa.. ya rabbiii nk pilih pon naik pitam. sbb byk sgt okeh! ada 4 CD! mau x muntah aku dok telek gmbr2 aku yg cun tu... (ekekkeke.... pasannnn)

bila dah print, aku x susun lam album. naik muntah nak susun plak. ni aku try. gmbr sanding almost siap. gmbr nikah je aku lom start susun. adoiyaiiiiiiiiiii. ni baru paart album, gambar yg dah kak moon photog framekan pon lom gantung lagi. konon2 nk tunggu umh siap kekdahnyer. ekeekek... more to come, gmbr photoshoot plak.... ape nk buat, suka sgt bergambar. hhehhehehe

Tuesday, June 22, 2010

Baru-baru belaka

ewah kooooo
x leh blah tajuk.
Tetiba kennnnn blog akak bertukar
ape yg baru eh?
1. kaler lebih ceriaaa - i loike it so much!
2. ada 3 column sudahhhh - lama kuidamkan
3. sudah boleh KOMEN - x tau silap tang mane aihhh

Friday, June 4, 2010

Ringkas

Salam...

waaaa... tetiba rindu nk berblogging. TETIBE okeh! waakakkaa... ok secara ringkaasnyer...

My mum kene breast cancer, dah operate. skrg berehat di rumah. Dia sihat2 aje. So, skrg aku jadik surirumah time balik keje... phewwww fenat tau! sbb x biase wakakakaka... ok2, jgn kutuk mak ok! ayat2 biase "OMG! ALyn dah memasak".. yer yer.. sy masak, membasuh, mengemas... gaga u lala...

ok.. guguk gagak alyn bersambung lagiii

Tuesday, February 9, 2010

Mencarik sesuatu...

Adeh... berjalan sesado je aku ngan laki aku neh.. kali ni jalan2 cari sesuatu la.. merata2 tempat aku g usha benda nih.. nk compare rege la konon... naik sakit kaki2 aku.


Sila telan air liur kalo teringin.

Kuar spital ni.. mcm2 ler teringin itu ini kan. sampai Jusco Au2, laju je kaki aku g Big Apple. hahahaha... seperti laju nyer aku menuju ke Subway sehari lepas kuar dr spital aritu.. kahhhhh.. "eh, pantang ke idak ni?" adeh... kira halal laaa.. eh, aku mkn jamu gak! aduhai... tekakkk .. tekakkk....



Bulat oh bulat....
perot yg bulat, muka yg bulat & donut bulat2 ada di situ..
Benda alah ni la yg aku carikkkk

_ _ _ _ _ _ _

_ _ _ _ _ _

_ _ _ _ _

_ _ _ _

_ _ _

_ _

_




WAter Heater (JEt Pump)

Puas survey.. rege beh kurang je.. at last, Ee ckp g je kedai letrik bodow2. ... dpt gak murah sket dr kedai2 lain.. ni rege nyer RM599. dpt ler diskaun RM50. boley la.. awat mahal?? sbb kononnyer ada function mengepam air kalo pressure air rendah. umah aku mmg ada dah, tp rosak.. so, tekanan air pon mmg rendah.. aku harap, dgn kuasa JET PUMP.... fuyohhh fuyooohhhh ni leh ler beri kepuasan maksimum bila guna kan nanti.

Monday, February 8, 2010

Keluar lagik

Kalo dah duduk rumah tu kan.. bukan reti dok diam2. Dah pakai bengkung pon masih leh je jalan okeh. Ni next day nyer pulak... nak carik Healin Gamat. Konon g dekat2 sudah.. g Jusco Au2, Ee naik aku dlm kete la kan.. hampas kelapa! kedai bukak tp x de org okeh. then zas g Carrefour Wangsa Maju... mmg confirm ada.. tp di sebab kan tempat2 yg dituju tu amat la berdekatan, jadik secara otomatisnyer laki aku saje jalan2 jauh sket. hahahha.. gedik sungguh la you syg!

Sebelum pergi Jusco tu, dok singgah beli Blackpepper Pau. dr kuar spital tu aku nk mkn, tp abis.. kali ni dpt la mkn pau.. ko tgk muka aku laki bini pon dah cam pauuu.. hahhahahah. abaikan muka serabai aku tu.malas nk mekap2...

Ni kaki sapa yg pakai stoking ni? stoking Mat Kacau ke?? bukannnn... ini stoking Minah Jiwa Kacau. hhahaahhahaaaa.... kaki ni kalo sehari x pijak tanah, leh stress... aku keluar ni siap pakai bengkung tau! tp dok dlm kete je la. tp ada hati nk singgah kedai mamak nk makan tosei garing. wakakakakaka! tu yg aku ckp jiwa kacau tu...asereheyyy!!

Friday, November 27, 2009

Weekend Wifey lahhh

Minggu ni dah 4 weeks aku jadik Weekend desperate Wife. EE my hubby g dok Melaka settlekan projct kat sana. So friday ptg dia balik la KL. !!so idop skrg amat mencabar okeh! x mcm dulu, senang lenang, jadik Madam jer... skrg? merase laaa...

DULU turun je lift.. kete dah ready. balik tunggu call je, kereta dah ready for pick up. balik arah nak makan ape? nak g mane? nak shopping? sebut je laaa kan... g keje masuk pon cam bos je... mesti kul 9 lebey ke atas. kul 8.45am baru nk g keje.
SEKARANG, mendapat laaaa.... Kul 8.00 - 8.15am mesti dah kene kuar, kene drive sendiriiii.. mendapat laa dgn jammed, dgn ujan.. balik terus x de singgah mane2. Sampai umah... PENAT la sgt kan?? So bila aku ngadap lappy je, aku pon mula la tersengguk dpn lappyyyy... adeh...
Oh yaea.. di kala aku kebosanan tu.. aku layan FB, baca2 blog korang, main2 game, layan Sims 3 kat hp.. asal leh ilangkan bosan, aku layankan je... sebelum Ee g Melaka dia belikan lappy nih tuk aku... so, kmbali cam org bercinta plak... dr pagi sampai ke malam asik Ee dok ym aku. time keje ajak on webcam.. rindu me kah lalink?? bukan ape.. laki aku ni sgt mlas berYM. tp sejak berjauhan ni .. ewah2 la kaannnn

Thursday, October 22, 2009

Bersawang

aku tak pasti ape masalah yg aku lalui sampai blog aku nak berkulat dah... hahahahah! sepatutnya last weekend aku nk hapdet... tp EE je pakai lappy tgk DVD je. aku pon cam angin2 malas... so biar je la...

byk bahan nk citer, tp ala2 basi je.. maleh ler nk update citer basi... ye lah, muak jugak kan balik2 citer raya.. raya dah abis pong! raya Deepavali dah lepas pown.. adeh... bz giler pompuan neh! ok, next2 story ni aku autopublish je la ek.. (gigih eh ko pompuan nk autopublish bagai)

see ya!

Saturday, September 19, 2009

Kemas-kemas

Esok Raya
Hari ni ada yg masak-masak
Ada yg dlm perjalan pulang ke kampung
Ada yg tgh pack2 kain baju
Ada yg tidur (cam hubby aku)
Ada yg g memancing (tu laki aku gak)
Ada yg g Farmville (check tanaman + ternakan b4 blk kg)
Ada yg x tau nak buat ape (itu mungkin aku)
Ape yg PENTING??
" K - E - R - J - A - S - A - M - A "
** aku kene pakai topeng kala membersihkan rumah **
kalo tak.. siap!! aku semputttt!!!
lalalalalalalal
Selamat Hari Raya u olssss!!!