:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label resepiku;. Show all posts
Showing posts with label resepiku;. Show all posts

Monday, September 29, 2014

Resepi karipap

Assalamualaikum

Lama menyepi. Iolss busy sket macam2 urusan di dalam dan di luar negeri yang perlu di settlekan. Bluwerkkk.. ntahla.. busy pun yer.. byk benda tak urus. InsyaAllah next month ( November ) naik keje balik. Moga urusan di permudahkan dan kesihatan bertambah baik hendaknye,

Hari ni nak tepek resepi karipap. Kot2 resepi2 yang aku dah save dalam note 8 aku ni kaput ke kan, ada la back up kat sini. Simpan lam paler otak ni tak jamin la sbb kadang sel sel otak aku tak berhunung gak. Meh la layan...


" KARIPAP CRISPY INTI DAGING "

KULIT KARIPAP

Bahan:
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak - dipanaskan
2 sudu planta
1 cawan air sejuk + 2-3 ketul ais batu di campur sesudu teh garam (larutkan)

Cara penyediaan:
- Gaul rata planta dgn tepung
- curah minyak yg tlh di panaskan
- Gaul rata menggunakan senduk
- Uli tepung dgn mencampurkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat
- rehatkan 1/2 jam dan tutup adunan dengan tuala lembab yg bersih @ plastik wrap

===============================

INTI KARIPAP

Bahan2nye:-
4 biji kentang (saiz besar2) - potong dadu
Daging / Ayam cincang
6 ulas bwg merah - kisar kasar
3 ulas bwg putih - kisar kasar
1/2 inci halia - hiris
2 biji bawabg besar - potong dadu
1 pkt kecil serbuk kari - bacuh jadikan pes
2 tangkai daun kari
Daun sup - hiris halus
Garam, gula secukup rasa

Cara penyediaan:
- Tumis bwg merah, bwg putih & halia 
- Masukkan daun kari & pes kari. Tumis hingga pecah minyak
- Masukkan bawang besar yg di dadu tadi
- Masukkan daging/ Ayam. Tunggu hingga empuk
- Masukkan kentang. Tambah air jika perlu 
- Perasa kan bahan perasa
- keringkan inti
- sebelum tutup api, masukkan daun sup

Siap! Adunan ni boleh dapat dalam 45- 50+ biji karipap ikut besor mane korang nak uli. Aku buat hyk ni sbb pehtu frozenkan. Cara aku froEnkan, lepas siap kelim karipap tu buh lam freezer dalam 30 minit then boleh la simpan lam tupperware. Nak gireng nanti defrost 2 minit then goreng api sederhana. Kalo api panas naik jerawat kulit karipap tu. 

Or cara 1 lagi tuk frozenkan karipap ni, just goreng sekejab semua karipap tu. Then leh la simpan lam freezer.

sekian.

Wednesday, September 10, 2014

1/2 kg Karipap Rindu

Salam semua.

Selamat Pagi!

Awal aku bebel pagi. Sebabnye.. perut pepagi dah mintak di isi. So pagi ni breakfast Karipap Terlanjur Rangup. Actually aku dah taip resepi separuh tadi. tetibe hang plak. Kalau rajin aku buh lagi skali eh

Actually ni 1st time aku buat karipap dari scratch. Harini hari ke 40 arwah mak. RINDU sgt! Al fatihah.... Sambil buat kelim karipap tu teringat moment bersama2 arwah. Selama ni nak makan apa semua arwah mak sediakan. Sekarang dah takde kene la usaha sendiri kan.

INTI KENTANG & DAGING

DOH KULIT KARIPAP TERLAJAK RAPUH

Hasil seni gentelan kelim Karipap

My morning Breakfast!

"Karipap Terlanjur Rapuh"

Perut sudah kenyang.. Miam!! 

Nanti i share resepi k!

Monday, July 21, 2014

Roti Boyan @ Bawean

Salam semua

Eceh.. otomatis belog di bulan Ramadan jadi blog masak memasak. Tapi aku suka je.. sebab dengan cara ni in future lupa resepi.. haaa kebek balik belog ni je. Refer untuk diri sendiri..
Menu berbuka hari Sabtu. Nasi Lemak & Roti Boyan

Punyalahhhh teringin nak nasi lemak. Kat Param area umah aku taderk jual. Sakit hati kita tawww. Nak masak sendiri memang tak reti. Jenuh google and tanya kawan. Bukan ape... aku ni sepanjang umur 32 tahun ni memang tak pernah masak nasi selain dari nasi goreng & nasi harian. Mak pulak memang sangat lemah sekarang. Pepandai aku la..

So... How was my first Nasi Lemak? 

Sambal tu sukses! yeayyyy tapi pedas aku rase cili kering yang jenis pedas tu kot. Siap kacang & ikan bilis yang rangup! Telur rebus tu lembut je.. cantik elok bila di kupaass... (lempang nakkkk??). Timun besor sket sebab tu laki aku beli. haha.. aoe ke poyo sangat aku citer ni?!!

Nasi Lemak???

Aku paling gabra bab nasi. Sebab tak pandai nak agak santan & lemak masin tu. So plannye guna santan kotak. Tapi aritu blogger ada promote Santan Serbuk Pandan brand M&S ni... so mari coba! 


Kemain LEMAK nasi aku! hahaha.. nasi 1 pot sentengah je. Aku buh semua serbuk santan ni. betul betul lemak. yang penting memang rasa NASI LEMAK sebab ada bau pandan. Aku rase next time kene bancuh separuh je laa.. sebab makan bertiga je pun. Apepun keseluruhan SUKSES! Nasi lemak aku lengkap & tidak "telanjang". Opsss!

ROTI BOYAN @ BAWEAN

Roti ni asalnye kalau tak silap dari Singapore. Aku tak berapa pasti tapi arwah nenek and one of my nenek sedara masih buat roti ni. Roti ni favorite arwah abah aku. Dulu2 masa arwah abah ada nenek sedara aku ni tiap kali visit kitorang or kitorang pegi rumah dia mesti dia buat untuk abah. Selalu limited sangat roti ni. Ye laa kuderat orang lama mana larat nak uli banyak kan. Aku plak since dah duduk rumah.. takde keje dok google la kot ada makanan yang aku teringin nak makan.

Nak RESEPI ROTI BOYAN? Nahhh cuba lah! 


Refer gambar bawah ni. Lipat macam apam balik ni. Senang tak kotor tangan sebab ada lapik plastik roti ni. Macam buat karipap jugak. tapi tak payh nak kelim2 ye. Cantum ajer.

Dah siap bubuh inti, boleh frozen kan buat stok. Kalau nak goreng.. aku simpan kejab dalam freezer sebab pastry roti prata ni cepat lembik susah nak tanggalkan dari plastik. Kalau baru kuar freezer senang je tanggalkan plastik dia. So goreng la dengan sedikit minyak.

Sebenarnya ada je resepi bahan roti asal dia. Aku malas.. so nak cepat kita pakai yang segera je la.. Makan dengan sambal tumis ikan bilis. So yummylicious. Tapi aku suka makan macam tu sahaja! 

Hero of the day! Komen laki & Adik aku.. 

"Double Thumbs Up"!!

Ketuk - ketuk Ramadhonnnn... Alhamdulillahhh ;))

Monday, July 14, 2014

Rona Roni Makaroni

As salam

Bulan puasa ni asek citer masak je kan? Tahun ni pulak aku berpuasa sebagai suri rumah sepenuh masa. Tapi tadek la aku hari hari nak masak. Kadang aku sihat memang aku masak lauk yang simple2 je la... kalo tak sihat masak nasik pon tak mau!

Aritu kemas kabinet dapur nampak ada makaroni gemuk gemuk. Kat rumah ni memang suka makan makaroni gemuk sebab rase puas sket. Pagi tu pikir nak masak apa.. congak2 bahan.. okey sume ade. Jom lah goreng makaroni. Ringkas pon ringkas. Laki aku buka memang makan nasi. Aku masak sebab fikir nak pulangkan pinggan nenek aku aritu.


Resepi Makaroni Goreng

Bahan2:

Makaroni 1 mug - tambah 1 sk garam & sesudu minyak, rebus hingga empuk & toskan

4 biji cili merah *di kisar*
2 ulas bawang putih *di kisar*
2 ulas bawang merah *di kisar*

1/2 batang Carrot - sagat kasar
1 keping daging kisar
3 biji Cendawan butang - hiris kasar
1 sudu sos tiram
Garam & perisa secukup rasa
Daun sup

Cara penyediaan:
- Tumiskan bahan kisar hingga garing
- Masukkan daging kisar dan tunggu hingga empuk
- Masukkan carrot & cendawan butang. 
- Masukkan sos tiram, garan & perasa. Tambah air jika perlu
- Goreng makaroni sehingga masak.
- Tabur daun sup & gaul rata

Puas hati dapat makan makaroni goreng citarasa sendiri. Nikmat sangat! poyos je ayat kann? Esoknya tengok ada balance semangkuk kecik. Nak buang sayang. Tengok kat fridge ada bahan lain. Jom laa kita alter makanan ni dari membazir.

Gigih nak tunjuk loyang!

Baked Makaroni
Makaroni balance semalam, pecahkan telur sebijik, chicken loaf sekeping (toast 10minit) & kemudian potong ikut suka - Gaulkan semua

Sekeping cheese koyakkan, Mayonis, Cili Sos & daun sup pon tabur ikut suka

Bakar 200'c 15-20minit

Siap!
Makan panas panas.. eh tersedap plak! #perasan . 
Jangan bazir makanan ye kawan2. 

Bubye!

Thursday, July 3, 2014

Lisa SuriRumah

As salam...

Ramadhan kali ni aku duk rumah je. So ni la 1st time aku jadik FULL TIME HOUSEWIFE di bulan puasa bagi tahun ni. Aku still cuti and now mak pulak tak berapa sihat. So dia pon tak larat puasa. Kerja aku masak dan masak! Letih gak kan jd surirumah ni. Kadang keje mcm tak abis2 je.

Sejak mak sakit ni aku TERAJIN g dapur. Kahhh.. dulu masa sihat kadang2 je aku masak. Sangattt jarang! Sebulan sekali pon kadang tak pegang sudip kuali tau. Ee slalu la ckp kt aku kalo kdg aku ngeluh penat... "Mak tu dah 40 tahun bagi awak makan yang"... hellooooo brader, yg 40 tahun bagi makan kat anak tu mak you. Aku baru 32 tahun kot! Saje nak tua kan aku.

Basically dalam rumah ni aku masak lauk aku ngan mak sbb pemakan kami serupa. Untuk laki aku sonang yooo... nak sambal cili padi or sambal biasa tu je. Hari2 pon tak pe kata dia. Phewww senang sket.. cuma bulan posa ni aku suh dia blk keje beli apa yg dia nak makan kt param. For sahur aku masak la sket.


Koleksi Resepi

Kahhh... gigih ke tidhok? Aku google yang simple je. Ada resepi aku yang biasa masak tapi aku ni lemah sket memori tang bahan dan sukatan. Selalu lupaa... maklom la selalu sesat tak jumpa dapor! Senang kot nak masak boleh plan bahan dulu ke apa kann... but for sure bukan la masak hari2. Macam wiken aritu dah siap2 beli barang.. kupas2 bawang camtu. And sambal cili api ni mmg aku masak ekstra. Aku simpan wat stok. Sbb sahur adik no.2 tu aku suh dia tapau tp untuk laki aku masaklah.. so sambal ni penyelamat.. 

Gambar ulang tayang... hihi.. terpaling faberet laki aku.

Nah.. aku terrajin bagi resepi basic SAMBAL CILI API

Bahan-bahannya:
 * Setengah ulas bawang besar 
* 3 biji cili merah 
* 20 batang cili padi (ikut suka nk pedas mana) 
1 inci belacan 
(Bahan bertanda * - di kisar) 

2 kpg asam keping 
1 sk garam 
1 sb gula
 Serenjis ajinomotoo 
==========

Cara memasak: 
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga garing 
2. Masukkan sedikut air & asam keping 
3. Dah hampir kering masukkan garam & gula 
4. Dah masak. Sejukkan. 
5. Masukkan bahan yang hendak di gaulkan bersama. Seeloknya goreng terlebih dahulu. Contohnya jering, ikan bilis, terung, hati pedal ayam ke kan?.. ikut suka lah. Gaul rata.

Selamat Mencoba!


Tuesday, November 1, 2011

P.a.V.L.o.V.a

Salam "1.11.11" u olsss!!


Lama kan blog aku ni ala2 bersawang segan2, bukan ape, awal bulan aritu bz giler, ni dah suam2 kuku pon malas gak nak hapdet. Hari ni dah 1hb, so kejab2 lagi mula lahhhh busyyyyyy!! so sebelum busy, meh ler aku naikkan cerita sket.


aku rase dah sebulan kot aku dok meroyan nak makan PAVLOVA. Dok la kebek blog Kak Nani Rostam, nak order jauh di Shah Alam. So dok google resepi, tapi cara tak tau,.ku gedik2 mintak laki bawak g Alexis, tapi ada je hal. tapi di suatu hari tu tak jadi ke Alexis Bangsar, so g Alexis GE Mall je sbb dkt. tapiiii... hampe! ee ajak g carik kat Ben's and The Apartment KLCC , aku dah tak kuasa sbb dah penat!


At last last week download kat Joy's of Baking cara wat Pavlova... ni ler hasilnyaaa!! meletops tak?? tapi aku buat lebar sgt, so jadik cetekkk je "merinque" nih. Hasilnya... luar rapuh, dalam nye supposed rase cam marshmallow, tp dh rase2 caramel chewy2 gitew! kahhhh....




Aku masih tak puas ati sbb tak rase PAVLOVA yg sebenar. kalau dah dpt rase sure la dah leh agak rupa and structure sebenar Pavlova ni kan? haihhh.. bila la nak merasa eh?PAVLOVa ni rase nye manisssss sgt!! dalam resepi buh 1 cawan gula, aku buh 1/2 cawan pon manis. but sgt balance dgn rase buah2 yg masam tuuuuuu. aummmm PAVLOVA!!


Wednesday, August 17, 2011

Nutella Butterscotch!


Perghhh tukar nama siot! Padahal "Bread Butter Pudding" je ponnnn. Hahahah.. Lepas sahur td menggigih buat sbb dah janji ngan dak opis nak buka sama. Derang request puding roti. Kali ni aku pakai roti Gardenia Butterscotch tu and sapu ngan Nutella cekelat tu. Urmmm dapnyeeee. (Cer korang bygkan.. Sedap di makan begitu sahaja!)


NUTELLA BUTTERSCOTCH


Bahan2 (untuk 4-5 org makan)
5-6 kpg roti butterscotch (di sapu nutella)
6 sudu gula/setengah cawan gula
1 cawan susu UHT
1 cawan susu sejat
1 biji telur
1 sk esen vanilla
Kismis
Choc Chips

Cara2nya:
- Roti yg dah di sapu dgn nutella tu di potong 4
- Susun dalam loyang (size comel)
- Selang selikan dgn kismis
- Pukul telur + gula + Susu UHT + Susu sejat & esen Vanilla
- Tuang adunan dalam susunan roti tadi
- Biarkan sampai roti betul2 kembang (dlm 15 miinit)
- Sebelum kukus/ bakar boleh taburkan kismis & choc chips.

* kukus - 30 minit or hingga elok masaknye (I pakai steamer letrik 45minit)

Sekian resepi campak2 dari ahkak chef diva! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 25, 2011

Caramel Jariku Lecur

Salam pagi Jumaat!

Saje je la nak share resepi caramel ni. bulan puasa aku suka sgt caramel yg jual kat param Melawati. sepotong RM3, mesti la beli 2 kan? dah RM6. One day g tgk blog Jue, dia buh resepi ni. aku tgk cam senang je. aku balik terus la cuba, tp aku wat half adunan je. for first time jadik! . mmg senang giler and sedap plak tu! Mase gathering aritu dok fikir2 nk bawak dessert ape, teringat caramel ni.

So for gathering ni adalah FIRST TIME aku buat 1 adunan. and first time aku buat gula caramel tu. tu pasal aku kasik ini resepi punya nama CARAMEL JARI HANGUS. kahhhh.. malam tu dah blend adunan, then buat sendiri la gula caramel tu. selalu mak aku buatkan. tetibe malam tu semua nak buat sendiri.... sbb kan first time aku cuak2 la takut terhangus kang pahit plak gula caramel tu.

Gabra la bila bau cam hangit aku pon cecah jari dalam non stick pan tu . dah la cucuh jari lam tu.. siap letak kat bibir. perghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! nasib mulut kene sipi, tp jari mak berdenyut nokkk! terus cepat2 tuang lam bekas and onkan steamer. set 45 minit, terus rendam jari lam air batu then buh colgate. tertidur aku dalam kesakitan. Bijakkan?

Esok tu bergathering la aku ngan jari terangkat! nasib la caramel ni kawan2 suka.. so aku pon suka la nak tepek sini. mana tau esok lusa aku lupa resepi ni, leh la refer balik.


Bahan2:
1 tin susu cair
6 sudu gula
2 sudu kastard
6 biji telur
Secubit garam
2 st vanilla essen
[blend semua di atas]

Caramel (gula hangus)
2 senduk gula
- Masak atas api sederharna sehingga keperangan

Cara:

Tuang Caramel dlm bekas/ Loyang. Then tuang adunan yg telah di blend ke atas caramel tu.
Kukus 45 minit

Selamat mencubaaaa
Notes: Tahniah pada Jue Sekeluarga yg selamat menerima kehadiran Baby Boy pagi semalam.

Wednesday, March 9, 2011

Resepi: Butter Cake

Khas buat Jue yg dah nak bersalin tu…

Bahan2:
250 gram planta / butter
¾ cawan gula (alyn buh ½ cawan je)
¾ cawan tepung naik sendiri – ayakkan (tak buat sbb MALAS hahhaha)
4 Biji telur
2 sk esen vanilla
½ cawan susu pekat manis

Cara2:
Pukul planta/butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan esen vanilla dan pukul rata
Masukkan tepung
akhir sekali masukkan susu pekat manis.
Panaskan oven 170’celcius.
Lapikkan loyang dgn baking paper or kertas minyak. (aku pki kertas buku amali sains adik aku kahhh)
Tuang adunan dan ratakan.
Bakar selama 45minit.

Sekian. Selamat Mencobaaaaa!

Monday, February 28, 2011

Resepi plak

Strawberry cheese kek
Bahan Based25 keping biskut marie
- ramas / blend hingga halus and gaul dgn butter hingga boleh kepal. Then terap/tekan2 dalam loyang. Bakar dlm 10 minit. Than keluarkan, bubuh filling yg dah di blend

Bahan Filling250 gram Cream cheese (brand tartura RM 6.00+ / Philadelphia RM10+)
135 ml yogurt brand dutch Lady berperisa strawberry
100 gram gula halus
2 biji telur
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastad
*Blend semua sampai sebati*

Cara-caraPanaskan oven 160 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas keliling dgn aluminium foil
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang and marblekan dgn filling strawberry (sukati ikut creative.
bakar selama 30 minit
Setelah hampir masak atau selepas 20 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan merekah
6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Nota chekgu alyn:

1. Kalau tak de strawberry leh tukar ke Oreo
2. Yogurt strawberry – tukar ke yogurt perisa asli
3. Oreo tu potong dadu or memanjang and tabur dalam adunan sebelum bakar.
4. Base leh tukar biskut oreo gak

SELAMAT MENCOBA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 25, 2011

Projek Malam Jumaat


Kita BAKO ! Kita BAKO!

Hahahahhaha…. Mula la nak jadi Usin Weecha! Kahhhh… Dari kelmarin aku dok teringin nak buar cheese kek sbb masa pastime aku buat aritu si tukang kasik resepi lupa tulis bubuh GULA. Kahhh… tawaq hebehhhhhh naaaaa

Kelmarin and semalam rajin plak kengkawan mengomen pasal cheese kek kat FB aku, membuak2 aku nak buat. Semalam balik awal so sempat la zasss g Hero beli bahan. Maka balik terus bersilat buat cheese kek ni. Kali ni berperasaan Strawberry. Sbb aku rase best plak, maybe sbb dah boring ngan blueberry la kowt.


Ni la ropenyer ciskek akak ko neh… lepas kuar oven, ngan gelojos aku gatal bukak spring form tu.. haaaa merekah cam gempa bumi ciskek mak nok! Kekonon nak masuk fridge la dulu esok baru potong. Tak sempat-sempat okeh! Adik aku selamba je potong sambil nyanyi HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU USOP versi Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lempanggg kangg!!

Tuesday, December 21, 2010

Apam yg sepatutnya gebus tp x gebus sgt.

Jumaat malam tu saje2 gatai nk buat apam ni. Dgn bahan x cukup.. main belasah je buat, keh3. hasilnyer seperti di bawah ni. Pes time buat, ok lah kan? Tu ler ropenyer.. tgh2 buat, blueberry tu yg hado saki baki je. Pehtu, aku buh coklat chips je ganti blueberry. Layan jugak.. maka siap la apam ni tepat jam 12mlm. Maka, aku nk tukar apam ni jadik APAM CINDERELLA leh??

APAM BlOSSOM

(*_*)

Thursday, October 28, 2010

Pisang BoG3L

Resepi 3 keturunan u olssss.

Hahahahah... betul weiii, aku ingat kecik2 dulu time cuti sekolah aku ngan kazen2 aku akan berkampong kt umah nenek ku yg terchenta di Kg Dato' Keramat. Kalo petang2, nenek aku mesti goreng pisang ni, maybe sbb mudah di sediakan untuk cucu2 yg sebatalion tu.kehkehkeh..

Pisang ni senang di sediakan. tp kene la pisang nangka yg betul2 masak, baru ler mkn lembik2 manis gitew. eh pisang camni kan, aku penah mkn kat cafe butik kat klcc. dlm ati aku, " laaaa.... comercial ek pisang bogel ni. sampai kat klcc" . rege dia RM17 sepiring. huhuhu... nasib org yg banje.

Resepi Pisang BoG3L
Pisang Nangka di belah 2-4 bhgn
Minyak untuk menggoreng (deep fried)
Gula pasir or Gula perang
Cara: Goreng pisang cara deep fried.
Then dah nampak golden brown, kuarkan dan toskan.
Tabur gula atas pisang tu.
Dah siapppp!!

Thursday, October 14, 2010

Sambal Jerrrrrrrrrrrr

Tu diaa....lepas kawen terus soka mkn lauk ni. padahal dulu hengennn. skrg mau gila carik mende ni kat pasar. Aku start mkn mende ni makcik ku yg ajar. dia ckp jering ni rase cam kentang. so 1 hri tu mak masak kan tuk laki aku. tp lepas da rebus, aku amik 2-3 keping n goreng. nk try betul ke makcik aku ckp cm kentang. perghh... mmg cm kentang, tp pahit2 sket and ada bau sket, leh telan la.. mak aku masakkan SAMBAL JERING CILI API MELETOP. mgg giler kentang nyer taste lahhh.. terus aku laki bini giler mkn menda ni. hahahahah.. Laki aku kalo mkn lauk ni sesado leh 3 pinggan! aku pon dah terror msk sambl ni. hehehehe... aku tepek resepi eh. bahan sambal ni kalo buat nasik goreng pon sedapppp!

Jering tua (direbus hingga empuk)
Ikan bilis di goreng garing.
===
* Segengam cili padi
* Setengah ulas bawang besar
* 3 biji cili merah
* 1 inci belacan
(Bahan * - di kisar)
===
2 kpg asam keping
1 sk garam
1 sb gula,
===
Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar hingga garing
2. Masukkan sedikut air & asam keping
3. Dah hampir kering masukkan garam & gula
4. Dah masak. Sejukkan.
5. Masukkan jering & ikan bilis. Gaul rata.
===
Tips:
Ada org kata jering ni busukkan? Mak aku selalunye lepas beli jering ni dia belah 2 dan di rendam bbp hari, Selalu2 tukar air tu. Then rebus hngga empuk. toskn dan tumbuk jering tu. Gerenti jering ni x de or kurang bau menyengat. Selamat mencobaaa...

Wednesday, July 21, 2010

BB Cistart ala Burma

adoiyaiiiii
Ni la hasil Blueberry cis tart aku smlm. Semalam kecoh kes amukan antara blogger, x tenteram aku nk buat pastry. ko tgk sampai kulit pastry aku ni dah jadik kaler ala2 Burma. (Burma - x de kene mengena ngan kes amukan blogger). Camne nk tenteram, sambil buat pastry, mata hadap screen lappy. ni ler jadiknyer... abissss hangit. ape pon tetap mantop. Sukatan pastry pon caca marba, sbb sambil sukat sambil larik menaip kat lappy. chaiyok2!!

HAsil BB Cistat aku ala2 rentung.... tapi rase nyer mantop. khas tuk mkn2 bday nenek aku smlm. hihihihiiiii

Monday, November 30, 2009

Try2 jer

Aku tak tau nk ckp ape dah... Aura ape yg dah masuk dalam badan aku neh. Nak kata main Cafe World x layan pon... tp lately ni aku sgt rajin nk mencuba dan terus mencuba... asal teringin je, terus membuak2 nak buat mknn yg ku teringin.. sabtu lepas aku g beli brg tuk buat beef pie untuk gathering Sabtu depan tp x de jual daging. Alasannyer sbb musim korban, akut x de org nk bli.. ape da.... (sian kami yg x dpt pon secebis daging qurban). Sampai je rumah, tetiba aku teringin nk mkn BREAD BUTTER PUDDING + VANILLA SOS. Terus besilat kat dapor jam2 tu jugak.

Taraaaaaaaaaaaa!!!
Alhamdulillah.. menjadik walaupon FIRST TRY. Aku ni memanjang je "1st try..". nampak sgt aku jarang2 dan kadang2 je masuk dapor...

1 x hua...
2 x hua...
3 x hua...
huaaahuaahhhuahhhh

Thursday, November 19, 2009

1st try lagik

Kan entry lepas aku ckp sbb meroyan aku membaking kan? kali ni aku buat "Blackpepper Beef & Mushoom Pie".




Bahan Pastry:
· 2 peket Pastry Puff (brand Kawan – 1 peket 10pcs)
(di potong 2 bahagian = 40pcs)

Bahan Inti:
· 1 biji Bawang besar (potong dadu)
· 2 ulas bawang putih (dicincang)
· 2 sudu makan majerin
· 1 peket rempah Blackpepper Maggi (dibancuh dgn 3 sudu besar air panas)
· 150 gram daging (rebus dulu bg elakkan daging liat & potong kecil2)
· 10 biji cendawan butang (di hiris)
· 2 biji kentang (rebus hingga empuk & dipotong dadu kecil2)
· 1 mangkuk kecil mix veggie

Cara Membuatnya:
1. Panaskan majerin hingga cair. Tumiskan bawang besar & bwang putih
2. Masukkan daging dan goreng hingga masak
3. Masukkan cendawan, kentang & mix vegie. Gaul rata.
4. Tuangkan rempah blackpepper. (kalau pekat leh tambah air sket, tak perlu tambah garam, adunan rempah sudah cukup rase)
5. Sedia untuk di gulung bersama pastry.
6. Bakar 20-30 minit dalam suhu 200F

Nota:
1. Inti akan rase masin sikit. Tp biarkan sbb kentang akan serap rase garam tersebut.
2. Lebihan inti boleh di buat inti sandwich roll

Tuesday, November 10, 2009

1st try

Tu dia... mood membaking dah mai... hahahahah.. eley tu pon nak tunjuk kat blog. ada aku kesah? maklum la.. aku kan jarang masuk dapor, so bila aku buat something teruja okehhh!! kali ni aku buat Strudel Apple.. teringin dr bulan puasa tu, tp malas.. so, sabtu yg amat bosan, dlm ujan2 lebat tu aku smgt okeh nk try buat menda ni,.. alhamdulillah jadik. walaupon rupenyer sgt ler buruk, tp yg penting inti nyer sgt mantop!


Strudel Apple (10pcs)

Bahan A:
1 peket ready made pastry filo (10pcs) - brand KAWAN

Bahan B:
2 biji apple hijau (buang kuli & potong dadu)
1 sudu teh cinnamon powder
3 sudu besar gula
(option - ni aku tambah sendiri)
1 sudu kismis
1 sudu buah campuan
1 sudu badam cincang
1 sudu coklat chips **

Cara-caranyer:
1. Semua bahan B di gaul rata dan di masak atas api perlahan 3-5 minit (kecuali coklat chips)
2. Dah siap masak, masukkan choc chips ke dalam aduna. kacau rata
3. Letak 1 sudu adunan atas filo pastry dan gulung kemas2
4. Kelimkan hujung pastry (seperti gmbr di bawah)
5. Bakar selama 20-25minit dgn suhu 200C


(sediakan untuk di bakar/di frozenkan)

Lebihan pastry tu, aku twistkan & bubuh gula & butter atas pastry tu. then bakar. Sedap dicicah dgn mushroom/chicken soup. Selamat mencubaaaaa

Tuesday, September 15, 2009

Mem[BAKING]

(Laporan Ahad, 13 Sep 09)
Xtvt bulan pose... golek golek golek
x de buat ape pon
semua keje dah siap
Laundry pon dah settle
ke kebun pon sudah
click situ sana sini
bosan
tetiba dtg smgt
google "Cream Puff"
yeszaaaa....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Hasil membaking
Chaiyok chaiyokk!!

Monday, September 7, 2009

Meriah Merier!

Kali ni kami berbuka bersama nenek dan 4 keluarga lain...dans etiap keluarga diberikan Menu2 yg perlu dibawa. (bukan ape, penah sekali ada 2 menu yg sama) tu yg kene bg tau nk bwk ape. Di sbbkan aku sgt lupa mengambil gmbar, so aku listkan makanan & minuman ape yg ada mlm td keh.

Pak Tam n Co.
- Air Soda Gumbira
- Kueh: karipap & pisang bogel
- Karemal, buah kabung, bubur kacang

Mak Teh n Co.
- Mee KAri
- Nasi Goreng

Cik Nah n Co.
- Jus Mangga
- Spaggeti bolognese

Alyn n Co.
- Murtabak singapore
- Roti Puri
- Sambal tumis ikan bilis
- Kari daging tetel
- Tapai pulut (sedap giler oke!)

Meh aku share story pasal Puri... aku dpt resepi dr makcik aku. So, Jumaat tu mak aku uli la PURI ni. (MAK AKU OKEH!!)... then hari buka pose together2 tu, dpt sambutan okeh! peloh aku menggoreng PURI ni. sedap okehhhh... lebihan tepung tu semua mintak sorang sikit.. hambik! hambik! korang nak? kat bawah ni aku bg resepinyer okeh!



Bahan-bahan ROTI PURI (lebih kurang 30+ keping)
- 1/2 kilo tepung gandum
- 1 sudu makan majerin/planta
- Air panas
- garam secukup rasa

Caranya:
1. Tepung dan majerin diramas hingga rata
2. dah rata, masukkan air panas + garam (digaul terlebih dulu) ke dalam adunan tepung td.
3. uli sampai jadik doh (cam buat karipap tu)
4. rehat kan
5. Bulat2kan kecil2 speti kuih onde2
6. canaikan doh hingga nipis senipisnya
7. goreng di api yg panas hingga kekuningan. lebih lama akan jadik rangup

Puri leh dimakan dgn kuah kari, asam peda or sambal tumis. dan jugers ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA! kalau anak korang suka roti canai... ni boleh gak korang sediakan untuk anak korang. sedap!

sekian... dr Chef Diva (^-^). Selamat Mencoba!

Nota: adunan yg berlebihan boleh disimpan di dlm freezer.