Tuesday, September 18, 2012
I'm backkkk!
Wah speaking terus! Ekekekeke... Saya sudah pulang dari bercutiii. It was fun walau pun perjalanan sgt laaaaa jauh. Maklum la naik bas kan? 4 bas plak tu. Mcm2 peel sepanjang perjalanan.
Lucky hari ni amik cuti. Flat giler haku ni. Perjalanan 10 jam! Check out kul 9pagi, dr Jeti Kg Genting bertolak 9.45am, then singgah 1 jetty lagi 30minit. Then baru jalan.. Sudahnya 12.15tghari baru smpi Jeti Tg Gemok tempat bas tunggu kami. Berhenti makan minum, solat and membuang bagai. Kul 9 malam baru tiba kt KL office. Penat gilerrr! Kejang cramp2 1 badan.
Eh ok la nanti sambung eh. Mak dah panggil breakfast...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, September 14, 2012
Heading to the beach!!
Happy Malaysian Day everyone!
Enjoy ur long weekend!
Pulun abis penghujung syawal!
Let's injoyyyyyyy!
*alamak terlebih sudahhhh!*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, September 12, 2012
Part 1: Kisah mak...
Salam semua..
Hari ni nak story pasal mak. Kan dah tau yg mak di serang cancer kali ke 2, 2 bulan selepas selesai 17 sesi rawatan KIMO HERCEPTIN. Mcm tak boleh terima apa yg dah berlaku. Sbb rawatan 'Kimo Herceptin' ni salah satu cara untuk prevent kan cancer. Tapi siapa kita nak lawan dugaan yg mendatang kan?
Mak selesai Kimo herceptin bulan April. Masa kitorang g Singapore 30 June mak mcm tak selesa and bg tau yg tempat yg operate dulu yakni breast sebelah kiri terasa panas and berdenyut. Then 2 weeks lepas tu ada g check up and test dkt HKL and Hospital Ampang. Result 14 Aug 2012 = Positive!
So 30hb Aug follow up doktor pakar @ HKL. Time ni aku follow mak. Doktor ckp kene immediate buat kimo. So decide 4hb Sept masuk wad sbb this time kene masuk 2 dos kimo. Then kene amik appt tuk Bone Scan plak. 1/2 hari kt HKL then g Hospital Ampang kene amik test darah, and appt tuk Scan mamogram plak. Letih sgt! Nasib aku tergerak hati nk cuti. Ada hikmah rupanya, supaya dpt uruskan hal kesihatan mak. Syukur ya Allah!
3hb Sept 2012 - Mak kene admit hospital. Selama ni kimo kt Day Care je. Pepagi antar, tgh hari amik. This time doktor ckp sbb masuk 2 dos kimo, so kene admit jugak. Pagi tu adik lelaki aku yg antar mak. Ye la adik beradik tak ramai, bapak dah tak de. Kene la gilir2 jaga mak. Day 1 tu pagi2 tu cam biasa procedure sblm kimo, amik darah, check jantung bagai. Tunggu result, then baru proceed dgn kimo. Tp punya la lambat, esoknye kul 4.30 ptg baru masuk kimo. Mak abis kimo hari Selasa malam kul 11.30mlm camtu. Kul 12tghmlm kami adik beradik amik mak kat spital. Kelakar tul, mcm curi pesakit bwk lariiiii!!
Rabu tu mak kene g dressing kt KK. Kazen aku yg teman, siap ke Carrefour bagai. Lupa yg dia baru lepas kimo. Khamis and Jumaat drive sendiri pergi buat dressing. But Sabtu tu mak dah start. Maybe effect kimo dah mai. Sabtu tu pagi still nak g mesyuarat blok sini. Malam ada jamuan raya kt block ni dia turun. Tp muka dah merah2 mcm org nk pensan. Makan pun tak. Haihhh.
Ahad 630am aku dh jenguk dia. Mmg nampak tak ok. Kul 8 dia call aku. (Kitorang kt rumah mmg camni, communicate thru phone/sms/whatsapp). Dia ckp kepala dia pening berpusing2. 2 kali try bgn tak boleh. Terus aku bancuhkan Nesvita. Abis 1 mug tuh. Aku ckp maybe sbb mkn tak betul, tak cukup rehat jadi camni. Pastu muntahhhh tak henti2. Sampai dia kata kalau smpi mlm tk ok nak mintak kami admit kt dia kt wad.
Tgh hari aku masakkan bubur. Alhamdulillah abis gak la dia makan. Bagi buah pun dpt makan. Tapi pastu muntah dan muntah lagi! Dh dkt maghrib dia mintak aku pimpin g toilet nak solat. Lepas solat, nak makan. Alhamdulillah. Kali ni dia makan berganda dr lunch tadi.. Seharian Ahad tu aku mmg monitor dia makan. Dkt 6 kali kot dia mkn, walau sikit2 tp biar byk kali. Kalau muntah pun, biar perut berisi. Jangan muntah dgn perut kosong.
4am hari Isnin. Dgr dia gosok gigi. Kelam kabut aku bgn. Ye la takut dia jatuh kan? Pastu tgk dia buat roti sapu butter and jem. Buat air milo. Ok, I sambg la tidur. Kepala aku pon ting tong, badan pun lemau. Kita kalau jaga org sakit leh jadi ting tong jugak. Hehehhehe... Isnin mak looks better. Aku nak pastikan dia stabil sblm Kimo ke 3 esoknye...
Eh smbg nanti eh.. Pjg sgt! Hujan lebat ribut petir la skrg ni nyehhhh...
Tunggu tawwww!! Next entry!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, September 10, 2012
Raya
Lama tak update kan? Entah laa mood swing lah lately ni. Hari ni aku EL, curi mood nak update sket. Oh ini je gmbr raya yg aku ada. Pg raya thn ni takde gmbr2 raya. Very kelam kabut but sgt meriah di pagi 1 syawal. Thn ni lain sket giliran raya. Selalu balik Keramat dulu. Tp thn ni raya kt rumah nenek aku kt tkt 5 ni, then lepas tu semua raya umah aku sblm semua bersurai ke kampung masing2.
Gigih masak! Mak ler bersemangat. Menu pg raya Nasi minyak, Ayam masak merah, daging dendeng, kuah kacang, sambal goreng, rendang campur daging+hati+limpa and lontong. Perghhh kenyang betul! Thanks mak sbb masak sedap2!
Plannye lepas zuhur balik keramat. Sekali pukul 4 baru tetamu balik! Rase derhaka sgt smpi dh petg2 syawal. Kehkehkeh..
Seminggu raya ni sakan la beraya semua sedara mara. Alhamdulillah, dlm minggu tu settle 70% rumah dh settle berziarah. Senang hati aku. Sbb fikirkan hujung raya aku dah nak ke Tioman. Baek beraya siap2.
Oh ye, thn ni raya aku rasa 'suram' sket. Kan sblm raya aritu kan dah ku inform yg mak punya result biopsy tu mmg confirm kanser kan? Masa minggu raya aritu, ramai family aku masuk hospital. Sebelah arwah abah, makcik aku punya suami masuk hospital 1st day ptg raya sakit jantung kt PPUM, then lepas dia keluar esoknya anak dia pulak masuk hospital sbb baby dh engage mcm nak bersalin tp baru 34 weeks. Then adik mak aku hampir stroke malam raya ke 3, and adik ipar dia kene potong ibu jari kaki raya ke 5. Hurm..macam2 kan? Puas la jugak kitorang berziarah ke spital.
Aku rase tu je takat ni cerita pasal raya yang dh settle dlm masa 2 weeks je. Hehehhehe... Later on aku update pasal mak aku yg tgh buat KIMO skrg. Jab jan lagi la eh...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.