:: Mr & Mrs Ee ::

Friday, September 30, 2011

Esya Anak Shiape?

Lama kan tak bubuh my buchuk2 masham ni. Skrg dah byk akal. Ini budak byk garang, suka bergaduh and suka mengamuk. (Huh mcm perangai aku gaks!). Tapi nasib ko cute. Kalo tak pangggggg sekalik!

Ramai org ingat Esya anak aku. Kat FB ada 1 album khas tuk Esya. Ibu dia ckp dia sendiri tak de album khas tuk Esya. Kihkihkih .. Raya aritu aku tarik telinga minah ni and ckp "Esya dah besar jgn lorat eh ngan mummy". Terpinga2 je minah ni. Kejam dowh mummy dia.

Aritu aku saiko dgn mak long dia nak ckp camni kat Esya bila dia dah besar and faham sket...

"Esya nak tau tak sebenarnya Esya anak mummy bukan anak Ibu. Cuba tgk kakak ngan abg Esya kurus, ibu ayah kurus kulit tak putih. Cuba Esya tgk Esya ni debab putih cam mummy kan?"

Hahahha.. Agak2nye Esya nangis tak ngan statement camni? Yelaa korang perasan tak joke ni aku rase semua tau. Dalam family bila ada sorang cam lain sket kita ckp dia anak angkat la, jumpa kat tong sampah la, masa lahir tertukar la.. Kan?

Ok Esya get ready nak kene sakat soon ye!! Xoxo

Happy Weekend u ollsss!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 28, 2011

Malang tak berbau



Last week, ptg tu aku cabut on time sbb nak jumpa agent kat lobi hantar dokumen. So plan, terus balik. Si polan tu baru keluar kereta baru, ajak aku teman dia keluar makan. So kami g la ke Pavi dgn merasmikan tempat duduk penumpang yg bini dia pon lom sempat naik lagik. hehehhe amik berkat, mane la tau ada rejeki lagi leh la merasa pakai Camry jugak kan! #berangan.itu.free. beh kurang kul 7mlm aku gerak balik dgn makcik aku sekali.


sedappp bau kete baruuuu


7.30malam camtu aku pon sampai la kawasan rumah aku. Aku bebel2 sbb org park double. Owh.. baru tingat kalo mlm Jumaat mmg byk kete double parking sbb g surau ni. Dan dan aku sampai guard hse, org tahan tak kasik masuk and ada budak ketuk cermin kete . “kak, kete adik akak terbakar!” . aku terkejut giler babas, gegel2 dah lutut. Dan dan tu gak kete berderet belakang kete aku nak masuk basement. Nak masuk camne , mmg tak leh masuk dah sbb area tu dah terbakar. So time2 tu gak kawasan jadik sesak depan tuh. Terus call mak aku, mak aku plak baru sampai umah nenek aku sbb keluar amik adik aku balik tuition kul 7 tu and terus balik umah nenek aku.



Dalam gelabah2 tu, dgn sesak kete byk sangkut, gelabah2 aku nak reverse kebetulan pakcik aku amik anak dia. Dia dtg ke kete aku ckp dia dah suh org pecahkan tingkat kete adik aku and alih ke depan. So di sebabkan kete tu dah di kalihkan tu pasalla kete semua tak leh masuk basement, dah blocking jalan masuk basement, tapi aku lega la sbb kete tu dah di alihkan, sbb aku takut sgt kalau kete tu ENJIN or TANK Minyak leh meletop! Takut seyh… mase aku kalih kete , bomba pon sampai… “bomba datang berlumba-lumba!”. Hehehhe



Sebenarnya…. Kete adik aku tu dia park betul2 kat muka pintu rumah sampah. And sebenarnya rumah sampah tu yg terbakar. So api dah sambar sebelah driver and penumpang belakang kete adik aku tuh. So pakcik aku suh pecahkan cermin then turunkan handbreak and tolak kete tu ke depan. Adoiyaiii… yg best part dalam kejadian tu ADIK AKU TIDUR MAMPOS! Dia ada kat rumah, org dah call rumah, call hp, ketuk pintu rumah cam nak roboh dia tak sedar!!! Kalo dia sedar kereta dia tak terbakar kan? Agaknya both hp dia berdering2 dia pon bgn, tp dia ni jenis bangun tapi MENGIGAU pulak!! Org call ckp kete dia terbakar and dia jenguk kt balkoni and marah kawan dia ckp kete dia elok je tak terbakar, ishhh tension kan? Then dia dah turun pon masih mamai lagik. Yg best giler, lepas kawan dia tlg alihkan kereta tu org semua bersurai tanpa menghiraukan rumah sampah yg terbakar tuh. Hahahhaha

According to nenek aku (nenek belah mum dok tkt 5, aku tkt 8 same block). Maghrib tu dia dgr org bakar mercun dalam rumah sampah tu. Cibai tul bebudak yg membakar tu, tak pasal je rumah sampah tempat org buang sampat kat situ dah renting tong2 yg dah disediakan tu? kalau ada CCTv , dpt aku budak tu mampos aku bakar umah dia. Eh aku plak naik angin. Aku bukan marah sbb adik aku jadik mangsa tapi sbb budak tu bingai nak mampos! Tak fikir ke dia dah rosakkan hak guna sama masyarakat setempat? Tak fikir kalo lah keluarga dia yg kene? Kan? Bengong!!

Sian adik aku.. kete tu sepatutnya ada org nak beli malam tu. Bila dia bagitau org tu kete tu dah tebakar sebahagian org tu tak percaya. Tp alhamduilillah la org tu still nak lagi. Cuma adik aku kurangkan harga RM2,000 sbb tak nak repair cermin and cat yg terbakar tu. And org t upon setuju, huh lega! Seksa ok nak bela kete ni, sblum puasa haritu hilang kene curik, la ni terbakar plak. Sengaja tak de rezeki la kan adik aku tu. Sbb kalau aku tak singgah Pavi sure aku dah sampai rumah lebih awal and selalunya mak aku tak ambil adik aku tuition tapi kari tu mak aku keluar plak. Mudah mudahan ada rezeki lain untuk dia, nasib ni 2nd car dia yg kena , kalau satria GTI dia terbakar mau meraungsssssss!!



Penutup Syawal

Salam uolsss,

Hadoiyaiiiii

Dah abis raya baru terhegeh2 nak naikkan gambar raya. Sungguh kemalasan membuak2 raya kali ni. Entahla.. mcm takde mood betul raya ni. Hmmm… Pagi raya tu emo betul. Hati rase hiba je tgk muka Ee. Sbb pagi tu aku spot air mata Ee bergenang. Aku dpt rasa apa yg dia fikir and perasaan dia. Kenangkan Ee camtu air mata aku asik mengalir tak henti2. Di tambah plak raya kali ni pertama kalinya raya tanpa arwah nenek. So semua rasa sayu je. Sampai salam ngan Ee pon tak keluar suara! (heheh byk eh dosa ko kek laki?!!).




Purple lagik thn ni!






My beloved O.H.A.N.A




Kazen aku yg menumpang beraya. Adik badik dia semua dah kawen. abah dia balik kampung belah mak tiri dia. so tinggal la dia sorang kat sini menumpang kasih. ok gak leh kawankan mak aku masak.


So di penutup raya , aku kasik mood naik sket la supaya pas ni lebih rerajin menghapdet. Thanks u olss yg berkunjung ke belog aku yg bersawang sepanjang raya nih. Cayang korang!

Psst:
Kak Moon… santek tak langsir raya and sarung kusyen dari "The Globe by Sarah Hughes" itew?

Sunday, September 11, 2011

Oldiesssss

Comel tak gmbr kt atas? Korang sure leh teka mana satu aku kan? Cumel je aku ngan kazen2 aku. Time ni arwah mak ngah aku mmg rajin bwk kami jalan2. Maklum la parent aku kan tak de kereta. So aku wajib la kene angkut tuk beronok2 bersama kazen2 aku. Heheheh.. Oldies je kan?

Quick update:
Lama tak hapdet blog kan? Me super duper busy last week. Maklom la baru naik keje, awal bulan kejar report, then selasa memontengkan diri sbb kepala pusing2 + cerybery! Then masuk keje kejarkan report plus nak prepare flight, hotel and presentation tuk bosses ke kuching this week. Haaaaa sempot kooo!

Esok derang tak de, leh la aku curik2 update citer2 yg tertinggal!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 6, 2011

Seluk2 poket!

Bulan raya ni byk tul bekanja kan? Aku yg duk berdua and family ni pon terasa gak. Macam air je keluar. Td kemas seluk seluk poket seluar dpt la RM45+. Ok la kan leh wat belanja tis week.

Esok keje and wednesday adalah hari bosannnnn sbb weekly long meeting for our dept. Owh tensi sudahhh!

Sent from My Android for Samsung Galaxy Tab®

Bertukar!

Jab eh anak2. Mak kt salon nih. Gigih kerat rambut. Panas la nak g beraya! Lencunnnnn...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hello u ollsss

Salamm Syawal semuaaa!

Tak berhapdet blog ni musim2 raya. Hari ni mek tak keje. MC kata pada boss. Tp malas plak nk g klinik. Tgh golek2 lagi ni. Sat2 lagi nak g cuci kete yg dah 3 minggu tak cuci. Bercapok2 ko berjalan raya ni.

Nak potong rambut lg. Rimas plak rambut cecah bahu neh. Nak rebonding and kaler pon takdok pitih. Menten je la cenggini. Gambar raya tak byk pon. Tapi entah berkurun la aku nak upload ke FB and naikkan citer kt blog neh.

Korang update la yer citer raya. Aku suka terjah blog2 raya korang!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 2, 2011

Biskut RM1.00

- Biskut Raya Azwan Ali -

Actually tak tau apa nama biskut raya neh. But my aunty ckp anak dia (kazen tiri) haaa mampu bertiri-tiri? Anak dia beli dr Azwan Ali. Sebijik RM1.00! kauuu mampu??

Let me describe rase biskut ni.
Cebisan pertama: yg nampak cam kaler cekelat tu rasenye cheese yg di bakar tu.
Cebisan kedua: halus cam makmur or suji gitu. Taste sgt confuse!
Cebisan akhir: inti cam nenas. Basah2 gitu.

Conclusion: serious tak tau taste apa biskut ni. Confuse mak nyahhhh! Maybe tak kene ngan level tekak aku kot. Kelasss ko makan biskut buatan artis! Ko hado?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.