:: Mr & Mrs Ee ::

Friday, April 17, 2015

Bayaran sebuah kedukaan

Salam Jumaat!


3 hari lepas HR call nak jumpa. Aku cuak! Ye la dah la aku ni dah kategori pesakit kurang upaya. Tahun lepas setahun tiga bulan aku cuti kerja. Bila naik keje asek MC and EL je. Kau ghaserrr? Previous entry aku ada aku luahkan ape yg aku rase sejak naik keje.

Bila HR call cakap nak jumpa pagi tu kecut3 perut la.. eh nak suh aku berhenti keje ke? Naksuh amik VSS ke? Takut wehhhh.. chat punya chat lebih kurang tup tup dia kuarkan sekeping kertas dari envelope. 

Gulp! 

Telan ailior aku bila dia mention amount cheque untuk aku. Ohh rupanya dapat duhet insurance kampeni yg 6 bulan lepas aku submit.. ingat tak dapat apa2... alhamdulillah, saat aku mencari jalan keluar Allah maha mendengar. Sungguhpun amount ni cukup besar untuk aku namun tak dapat menggantikan kebahagiaan aku seperti sebelum ini. 


Bila dapat payment ni.. satu perasaan sedih aku. Selalu share dengan arwah mak.. sekarang rase kosong je. Biase mmg apa2 aku akan bagi tau arwah dulu.. sekarang suami, tapi feel tu lain! Alfatihah mak abah...

Aku plan nak berhenti kerja.. now slow2 plan settlekan semua hutang or komitment bank dulu. Then ada duit simpanan terpijak ni kita dikit2 la ye.. bulan2 laki bg duhet belanja pepandai la.. eh bole ke and cukup ke kalo dok umah dgn duhet laki je? insyaallah cukup kalau kita beringat. Ye takk? Eceh cehhhhh...


Thursday, April 9, 2015

Serba salah!

Salam

Lama tak.bergundah gulana dalam ni. Sejak kembali bekerja macam x cukup masa je rasa. Kendian kesihatan aku x berapa stabil.lately ni . Haihhhh... mc berminggu2.  Aku naik segan dah nak pergi kerja

Serius rase serba tak Kene je skrang. Dulu teamwork aku sangat memahami. Masa tu aku belum sakit. Skrg team baru dgn keadaan dah la sakit.. kerja kejab mc la EL la.. segan. Korang faham tak apa yang aku rase?

Ikutkan nak je dok umah.. benti. Tapi aku belum bole berhenti lagi. Aku tgh cari jalan camne nak settle komitment bank aku bulan2 skrg. Huhuhu... ya allah bukakan jalan pintu rezekiku.

Serius aku rase sedih.. rase letih sangat nak harung kehidupan aku skrg. Ntah ke mana perginya semangat aku yang kuat dulu...