:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, February 2, 2014

Happy CNY!

As salam semua..

Xin Nian Kuai Ler! (Selamat Tahun Baru)

Wah cuti panjang ni for sure ramai yg bercuti sakan. Aku mmg hado la nk berjalan.. mcm2 berlaku few months ni. Bermula dgn keadaan aku sendiri.. kendian mak mertua sakit tua.. awal tahun aritu 6/1/2014 mak mertua meninggal... then lepas tu adik  no. 2 mcm2 hal. Baru reda dia and mak masuk hospital pd hari yg sama. Kelam kabut aku laki bini,

Mak last kimo 2 minggu lepas.. time last ni pulak kene effect naw naw! Memula demam.. pastu tetibe tgn kanan x bole gerak. Takut aku! Dia x nk masuk hospital sbb mase tu adik aku x bole berjalan. Tetibe kaki kanan bengkak. Yg adik x nk msk spital sbb mak tgh sakit.

Ko x pening jahh?

Laki aku pun serba salah nk g keje n segan dia nk cuti. Ye laa since aku sakit bulan November last year.. then arwah mil sakit.. mmg dia selalu cuti, aku pon risau la kan? Tp dia terpaksa cuti sbb aku pun tgh demam teruk time tu... mmg aku paksa both msk spital. Mak wad kt HKL, adik kt Spital Ampang. Ye laa sakit kt dlm kita tak tau kan? Mana la aku laki binimx serabut. Next day result, doctor ckp adik just kene infection & mom effect kimo tu kacau saraf dia.

Jumaat baru ni adik discharge. Then terus mkn besar kononnye.. adik bongsu pon blk cuti.. mom pulak sbb KL cuti,so doctor dia nk tgk progress Selasa ni. Maybe paling cepat discharge Selasa or Rabu. Suppose Khamis aku bwk mom holiday g Kuching. Tp terpaksa la cancel sbb aku pon blom ready to fly and keadaan x mengizinkan buat masa ni.. insyaAllah ada rezeki kami di lain waktu.

Eh terpanjang plak bebel...

Xoxo
Aellynn

Wednesday, September 28, 2011

Malang tak berbau



Last week, ptg tu aku cabut on time sbb nak jumpa agent kat lobi hantar dokumen. So plan, terus balik. Si polan tu baru keluar kereta baru, ajak aku teman dia keluar makan. So kami g la ke Pavi dgn merasmikan tempat duduk penumpang yg bini dia pon lom sempat naik lagik. hehehhe amik berkat, mane la tau ada rejeki lagi leh la merasa pakai Camry jugak kan! #berangan.itu.free. beh kurang kul 7mlm aku gerak balik dgn makcik aku sekali.


sedappp bau kete baruuuu


7.30malam camtu aku pon sampai la kawasan rumah aku. Aku bebel2 sbb org park double. Owh.. baru tingat kalo mlm Jumaat mmg byk kete double parking sbb g surau ni. Dan dan aku sampai guard hse, org tahan tak kasik masuk and ada budak ketuk cermin kete . “kak, kete adik akak terbakar!” . aku terkejut giler babas, gegel2 dah lutut. Dan dan tu gak kete berderet belakang kete aku nak masuk basement. Nak masuk camne , mmg tak leh masuk dah sbb area tu dah terbakar. So time2 tu gak kawasan jadik sesak depan tuh. Terus call mak aku, mak aku plak baru sampai umah nenek aku sbb keluar amik adik aku balik tuition kul 7 tu and terus balik umah nenek aku.



Dalam gelabah2 tu, dgn sesak kete byk sangkut, gelabah2 aku nak reverse kebetulan pakcik aku amik anak dia. Dia dtg ke kete aku ckp dia dah suh org pecahkan tingkat kete adik aku and alih ke depan. So di sebabkan kete tu dah di kalihkan tu pasalla kete semua tak leh masuk basement, dah blocking jalan masuk basement, tapi aku lega la sbb kete tu dah di alihkan, sbb aku takut sgt kalau kete tu ENJIN or TANK Minyak leh meletop! Takut seyh… mase aku kalih kete , bomba pon sampai… “bomba datang berlumba-lumba!”. Hehehhe



Sebenarnya…. Kete adik aku tu dia park betul2 kat muka pintu rumah sampah. And sebenarnya rumah sampah tu yg terbakar. So api dah sambar sebelah driver and penumpang belakang kete adik aku tuh. So pakcik aku suh pecahkan cermin then turunkan handbreak and tolak kete tu ke depan. Adoiyaiii… yg best part dalam kejadian tu ADIK AKU TIDUR MAMPOS! Dia ada kat rumah, org dah call rumah, call hp, ketuk pintu rumah cam nak roboh dia tak sedar!!! Kalo dia sedar kereta dia tak terbakar kan? Agaknya both hp dia berdering2 dia pon bgn, tp dia ni jenis bangun tapi MENGIGAU pulak!! Org call ckp kete dia terbakar and dia jenguk kt balkoni and marah kawan dia ckp kete dia elok je tak terbakar, ishhh tension kan? Then dia dah turun pon masih mamai lagik. Yg best giler, lepas kawan dia tlg alihkan kereta tu org semua bersurai tanpa menghiraukan rumah sampah yg terbakar tuh. Hahahhaha

According to nenek aku (nenek belah mum dok tkt 5, aku tkt 8 same block). Maghrib tu dia dgr org bakar mercun dalam rumah sampah tu. Cibai tul bebudak yg membakar tu, tak pasal je rumah sampah tempat org buang sampat kat situ dah renting tong2 yg dah disediakan tu? kalau ada CCTv , dpt aku budak tu mampos aku bakar umah dia. Eh aku plak naik angin. Aku bukan marah sbb adik aku jadik mangsa tapi sbb budak tu bingai nak mampos! Tak fikir ke dia dah rosakkan hak guna sama masyarakat setempat? Tak fikir kalo lah keluarga dia yg kene? Kan? Bengong!!

Sian adik aku.. kete tu sepatutnya ada org nak beli malam tu. Bila dia bagitau org tu kete tu dah tebakar sebahagian org tu tak percaya. Tp alhamduilillah la org tu still nak lagi. Cuma adik aku kurangkan harga RM2,000 sbb tak nak repair cermin and cat yg terbakar tu. And org t upon setuju, huh lega! Seksa ok nak bela kete ni, sblum puasa haritu hilang kene curik, la ni terbakar plak. Sengaja tak de rezeki la kan adik aku tu. Sbb kalau aku tak singgah Pavi sure aku dah sampai rumah lebih awal and selalunya mak aku tak ambil adik aku tuition tapi kari tu mak aku keluar plak. Mudah mudahan ada rezeki lain untuk dia, nasib ni 2nd car dia yg kena , kalau satria GTI dia terbakar mau meraungsssssss!!



Tuesday, August 24, 2010

MAK & ABAH

Salam Ramadhan semua…

Lama sgt x menulis. Tetiba hari ni nak tulis. Curik masa gak. Pagi td tetibe rase sebak, hiba… teringat
MAK & ABAH.

EMAK
3 minggu lepas, mak dah buat 1st KIMO... Nampak mak ok. Cuma dia ckp ubat tu mmg kuat sampai menangkap kat otak kata dia. So lepas balik kimo, dia masih ok and sempat abiskan sebungkus nasik paprik. Petang tu dia dah start muntah. 3 hari dia camtu.. lepas tu dia ok, sihat .. dia pon happy jugak. Aku suh dia minum air byk2, aku suggest dia minum air ECPI je. Minum banyak2 selagi dia mampu.

Seminggu lepas kimo kita dah start puasa, Mak semangat tul nk puasa. Masak tuk sahur, tuk berbuka, g terawikh. Maklom la thn ni dia dah x sibuk mcm thn2 sebelumnya. Dulu2 dia sibuk dgn tempahan jahitan dia, thn ni dia spend byk masa ngan anak2 dan hal2 rumah. Punya la smgt kan… Tpi tewas, esoknya mak dah mula demam sampai seminggu. Sampai dia mandi sehari 7-8 kali sehari. Sian mak.. so aku ckp, x perlu la puasa. Minum air byk2, rehat byk.. dia perlu sihat sebelum next kimo. Dan dlm 3-4 hari ni, rambut dia dah mula gugur… huhuhuuu..

Hari ni mak g Kimo untuk kali ke 2 kat Radiologi, HKL. Kali ni adik aku plak anta. Kene la take turn kan jaga mak.. Mudah-mudahan… hmmm… ada another 4 times to go.. L Semoga Mak terus kuat jalani treatment ni. Insya’allah


ABAH
Esok, 15 Ramadhan… dah 4 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga. Sebak, hiba, sayu je hati ni. Al Fatihah buat arwah abah. Semoga rohnya di cucuri rahmatNya.


Semoga di berikan kekuatan buat kami sekeluarga untuk harungi semuanya. Amin.

Wednesday, July 7, 2010

Benjo Ayam Satu!!!

Alkisahhhnyer kan... Pakcik aku baru sebulan buka stall burger depan simpang umah nenek aku kat Keramat tu (Just next pasar baru tuh, opposite Damai Station). Pembantu stall dia org indonesia yg dok menyewa belakang umah nenek aku nun la kan. alhamdulillah, setakat ni pulangan amat memberangsangkan. so kami sanak saudara ni setiap minggu akan dtg umah nenek dan beli burger pakcik aku la. ye la support la business dia kan? ada diskaun lagi...

:: Kazen aku tgh kusyuk tolong apaknyer ::
::yg bertenggek tu si opet, penyibuk gerai ::
eh tu bukan yg aku nk citer, Di sebabkan kawasan keramat ni ramai pendatang asing tinggal menyewa kan (x tau la haram ke halal ke derang ni), so aku leh simpulkan yg gerai burger pakcik aku ni dikunjungi oleh "pelancong2 dr Indonesia" la... power kan? keh keh keh.. nak2 pulak, pembantu dia pon org Indonesia gak kan.. so lagi senang la pelancong2 ni nk berurusan dgn pembantu pakcik aku. Tp ada jugak penduduk tempatan yg singgah beli, terutamanya yg baru balik dr keje, maklom la dekat nga LRT stattion kan.

One day ada seorang minah ni 1st time dtg.. ngomong2 , baca2 menu situ.. so dia pon nk order la burgerkan (dialog telah di alih bahasa ke Bahasa Melayu)

Minah: Bang, saya mau BENJO AYAM
P'bantu: BENJO AYAM? benjo ayam x ada. BENJO sahaja ada jual
Minah: Ini.. dalam menu ada
P'bantu: Kalo benjo - roti + telur shj. telur tu telur ayam
Minah: ye ke? tp sy mau BENJO AYAM
P'bantu: (tergelak2).. camni. saya buatkan BURGER AYAM SPECIAL. ada roti + telur + burger ayam.. tp burger di balut dgn telur
Minah: (Blur) .. buat ape je la bang...

Wakakak... ye la derang ni mengikut citer makcik aku x penah merasa nk mkn fast food ni. burger pon x reti nk order or mkn. So bagus gak pembantu gerai tu org indonesia, at least warga2 negara tersebut boleh ngomong2 dan pembantu leh terangkan ape benda tu. TAPI.. kowang jgn pandang derang ni jakun. sungguhpon x reti, NOW dah terror. camne derang order? Tgk menu then ADD-ON. mcm2 kooooo... bukan burger special je. dah jadik cam MC'D dah tau.. derang suh tambah itu, tambah ini.. so burger derang jadik rege mahal ok. contoh derang order and Add-On maka terhasil la DOUBLE CHEESE BURGER, BIGMAG, SUPER SPECIAL, DOUBLE SPECIAL, SUPER DUPER SPECIAL. kalo order x main la sebijik... 2 bijik terus kooo.. SIAPA LAGI KAYA skrg? rakyat kita or derang?? Ape pon,, syukur la.. perniagaan kecil- kecilan pakcik aku yg di jalankan secara sampingan membuahkan
hasil. alhamdulillahhhh...

Saturday, November 29, 2008

B'Day Arwah Abah

Hari ni B'day Arwah Abah... Kalau masih hidup usianya skrg - 58thn.





Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..