:: Mr & Mrs Ee ::

Tuesday, February 2, 2016

Teringin...

As salam

Sihat ke korang? Aku je tak brape sihat sampai semalam terpaksa skip buat dialysis. Tu la gateiii sangat makan prune abis di flushnye perut kome.. Dah la dari petang ahad tu aku sakit kepala teruk rase nak hempas ke dinding, pastu tengah malam start ler "chair red bear red" tak kesudahan sampai tengah hari semalam baru lega. Sadis tul. 


Berkoyok bagai.. Serious mmg sakit kepala sampai nak terkeluar bijik mata! 

Eh lari tajuk plak... Aku nak cerita pasal MAKANAN. Makanan yang aku teringin la yang lamaa aku tak makan. Bukan makanan mahal2 pun. Makanan yang senang dapat tapi kadang x ada jual pulak.

Dari semenjak sakit aku tersangat2 nak makan NASI AYAM CLAYPOT. Padahal bersepah je kot orang jual tp tak kene dengan tekak aku, last aku makan 2013 kat foodcourt Pavillion yang mmg sedap kat tekak aku. Selalu aku order mesti add on cendawan lebih pastu skrg dah takde jual plak. I is sad u know?

Finally jumpa gak kat FoodCourt KLCC.. Boleh tahan sedap terus 2 minggu berturut aku menggigih laki bini makan lat situ, Laki aku nak ajak makan kat Chiilis pun aku tak nak. Nasi kicap ni jugak yang aku idamkan.

Pasar Malam Melawati

Next aku nak PUTU MAYAM. Dulu masa aku kerja, otw lalu kat satu taman perumahan ada uncle naik motor jual. Tapi selalu selisih dengan motor tu pukul 8 pagi. Mampu tengok telan telan ailior je la nak tahan takut terlewat g keje. Last2 jumpa gak org jual kat sini. Aku ingat2 lupa mmg ada gerai ni dulu tapi minggu sebelumnya tak jumpa plak.


Selain tu MURTABAK.. Lastvaku makan bulan puasa tahun lepas... Almost everyday bulan puasa tu aku mesti ada menu ni. Kat bawah rumah brother ni jual bulan puasa je.. Akhirnya kat pasar malam melawati gak jumpa...2 minggu berturut dah aku mai beli murtabak nyums nyums..

 Gambar dari sharinginfiz.blogspot.com

Satu lagi ROJAK TAMAN TASIK TITIWANGSA ni... Oh my, zaman dulu selalu datang dengan arwah abah and mak. Dedulu dia jual kat bawah pokok dekat dengan simpang nak ke arah TM Point situ. Dah berapa tahun takde. Baru ni tanya kat Pak Tam aku mana new port mamak rojak ni, and last week balik check up kat HKL laki aku cakap jom cati rojak. Makanye kita pun pergi as info pun dah dapat. Jumpa!! Pindah kat parking lot depan sekolah/asrama 1 Malaysia (formerly sekolah kebangsaan).


Dapat pun makan rojak dan pasti sekali cendol jangan di lupa... Rase dia so so jela bagi aku. Tapi cendol dia thorbaik. Kami sampai tu star hujan tapi x lebat, takkan nak berhujan bawah poko so berkelah la kami dalam kereta. So lomentik gitew.


Prosperity Burger wajib la kan sebab time CNY je ada ni. 3x dah aku repeat  takat ni.


Alahai sedapnye Puteri Ayu ni... Berkurun jugak tak makan. Haritu pegi KLCC ternampak kueh ni... Grab 1 pek ada 8 ketul. Subhanallah sedap betul. Bau pandan dia lemak dia manis masin dia cukup perfect! Dalam kereta aku sesah 4 ketul! Kat rumah 2 ketul lagi 2 ketul adik aku makan. Sedap sangat!


Okay ni aku teringin Jus Alpukat... Dah serahub tak minum. Baru ni g Waroeng Penyet The Curve tak de stok avacado plak.. Yang ni je belum dapat lagi. Aihhh terasa lemak2 avacado and manis chocolate nye tuuu..

Oklah tu je cerita keteringinan aku... Aku ni bukan macam orang lain semua boleh bedal. Semua makan minum kene control. So berpada lah makan tu. Same goes to uollsss, jangan berlebih lebihan k!

Yang tengah tunggu check up,

Aellynn Zack
Oftamology, HKL
2/2/2016











2 comments:

Indra Jaya Kurniawan said...

wow jajanan yang menarik nih kak.. kalau ingin tahu tentang cara membuat toko online yukk disini saja.. terimakasih

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)