:: Mr & Mrs Ee ::

Thursday, October 27, 2011

Dinner malam Jumaat

- Nasi Goreng + Burger + Sosej -

Pagi tadi Ee g Kemaman. Sepatutnya smlm, tp "Mr.Gout" dia dtg beraya dgn dia. Dah kene jab sedasss kat vontot smlm! Kahhhh.. Lucky pagi tadi dah ok, so berangkatlah dia g la Kemaman anta tender. Kul 5 dah sampai umah. Giler cepat laki aku bwk kete! Huhu.. Maka terus laaa bini dia berjanji nak masak. #pujuknaktab la tuhhh

Yesssszaaa! Bini diakan rajin. Lately ni rajinnnnn sgt masak! Tp hari ni simple2 je la eh. But masa nak balik tadi.. My conversation with my trainee...

Aku : ok adik2, dah 5.30 nak balik sbb dah janji nak masak tuk husband akak.

Sofea : eh akak nak balik masak? *muka kagum*

Lieza : betul ke akak nak masak ni? Ke masak kat GAME kat tab tuh?

Aku : #sentaphatimak kau ni nak!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 24, 2011

Tab1 Tab! Tab!

Sabtu baru ni merayap ke Low Yatt lagi. Ee ckp nak belikan aku tab lagi satu sbb dia nak pakai tab yg aku pakai skrg ni sbb kecik sket. so far mmg aku suka la pakai Samsung Galacy tab 7" ni. senang, kecil, mudah, ringan... yg penting aku tak sangap kalo kemana2, ada je benda nak kebek. sgt2 berjasa!!



So dari rumah Ee dok ckp nak belikan Samsung Galaxy tab 10.1" ni pulak. sbb besar dia kata leceh nak bwk sbb dah ada lappy. so dia perlukan yg kecik tu untuk browse or bwk g site tuk submit any immediate report. yea.. itu kata2 sebelum sampai Low Yatt yeahhh.



Sampai sana.. usha2 Acer Iconia ni pulak. actually features dia bagus gak. sbb support pendrive and hard disk, HDMI cabel and support tuk projector. So sesuai kalo org yg jenis keluar wat presentation la kan... compared to Samsung only support for pendrive je. tu pon kene beli external cabel tuk cucuk pendrive.



Masalahnya... Ee nak swap tab ni ngan aku. tapi aku prefer Samsung tab 10.1" tu... sbb nipis je. sbb gambar lagi cantek, sbb bateri lebih tahan lama, sebab ringan and sebab... banyakkkkk lebihhhhhhh nyer !!! compared Iconia tab ni mmg bagus cuma sbb dia nye bateri tahan 4-5 jam je, ianya BERAT and bulky!! hahahha ngada di situ!!


Lelama aku dah sentap kat situ!! Ee nak Acer Iconia , bini nak Samsung tab 10.1" !! Sampai salesman tu serba salah nak jual mana satu. boleh?? aku sentap nak nangis owhh di sitew jugak!! at last... laki aku ajak balikkkk!!! kahhhhhhhhhhh...

Topic ni masih dalam perbincangan... hadoiyaipooonnnnnn... aku tak paham laki aku neh, buatkan dia nak wat sales presentation pon. at start dia nak tab kecik, tetibe berubah hati. pangggggggg sekalik! pehtu nak kasik aku hayun ke hulur ke hilir bwk menatang bulky tuh! grhhhhh


Sunday, October 23, 2011

Chicken Roasted ala2 Fillanie

Resepi dr blog kak Fillanie (http://kasihaleeya.blogspot.com)

Heheheheh.. Ni malam tadi punya masakan. Chaiyok la my new oven! Sgt membanggakan prestasi kamoo! First time bako ayam lam oven tu.

Smlm brunch kul 12.30 tghari! Tu pon mkn nasi goreng sesenduk je. Then ptg g Low Yatt usha tab lagi seketul. Sampi sana dah kul 6 ptg, terus menggelupor lapar. Makan chicken rice claypot. Balik tu aku ckp kt Ee jgn mkn mlm ni, sbb kul 6 consider our dinner.

Kul 10.30 mlm aku takde la lapar tp tgk blog kak Filla nyer ayam panggang tu punya la lelehhhhh SEBAB resepi dia ringkas! Terus zasss ke dapur. Amik 1/4 ayam je, tak perap pon terus bako!

Haaaaa.. Hasilnya seperti di atas. Lembut gilerrrrrr ayam dia. Tapi kalo perappp lagi besh. Tp sayur aku tak hadooo. Kentang pon takde. Belasah gitu jeee! Sedappp gilerrr!! So sape rajin2 manje sila coba yerrr!!

Untuk resepi asli leh g blog kak Fillanie yer. Ni sukatan aku smlm beh kurang camni.

Bahan2:
1/4 ayam (bhgn peha)
1 sb kicap ABC
1 sb kicap manis kipas udang
1 sb sos blackpepper
1 sb sos tiram
1 sb madu
1 sb serbuk blackpepper (suka pedas lebihkan)
1 sk lada sulah
(Perapkan 30min, tp aku tak buat sbb gelojos ;p )

Bakar guna oven, api belah atas aje, suhu 230'c, 40minit. Lepas 20minit, terbalikkan ayam tu bagi rata masak. Sekiannnn, dari dapur yg lama tak berasappppp!

Happy Wiken u ollsss!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.