:: Mr & Mrs Ee ::

Friday, November 14, 2008

14 Nov 2006 in Memories...



14 November....

2 tahun lepas... pada tarikh 14/11/2006 (Selasa), saya admiited kat Spital Selayang selepas menanggung sakit selama hampir sebulan. Tidak di ketahui punca saya sakit berterusan. Sekejab baik, sekejab x sihat...

Seminggu sebelum arwah abah pergi, saya ada mendapat tawaran kerja di tempat kerja lama arwah abah. Arwah gembira walaupun masa tu dia dalam keadaan kesakitan.Siapa sangka arwah pergi di bulan yg pernuh keberkatan. Selepas arwah abah meninggal pada 8 Oct 2006 (bersamaan 15 ramadhan), saya pun letak jawatan. dlm pada persiapan untuk pergi ke tempat baru, saya mula sakit2. bermula dgn pada hari raya pertama, saya demam selama seminggu. kemuadian baik sekejab, dan demam sehingga tak mampu menyelesaikan tugasan2 akhir di office. berulang alik ke klinik & hospital KL, ujian darah cuma mengatakan "kuman di tekak", bg injection di subuh hari, siangnyer segar bugar. Kala malam menjengah... sakit teruk balik.

13/Nov/2006 - Di subuh hari menerima rawatan kecemasan. Saya pengsan masa tu. Doktor cuma bagi injection, dah saya segar seperti biasa. Sepatutnyer hari ni saya mula melapor diri tempat baru. Saya dpt mc, dan call tempat baru tu & mintak lewatkan beberapa hari...

14/11/2006 - Pagi tu.. saya mmg x larat sgt. badan semua sakit2, makan dah x lalu... nak ke tandas pun kene merangkak. saya mm x laratttt... sy menangis je time tu. Mak dah risau nangis2 time tu.. Dia x de cara lain, dia call my kazen yg Doktor kat Spital Selayang tu. Mak hantar saya ke sana. Mase tu saya takut sgt.

Sampai je, terus daftar. Then my kazen turun terus bawak masuk. ( x payah Q ok! ). terus masuk air, amik darah, buat mcm2 test. Saya terus di bawak masuk wad. Oh tidakkkk... Fikiran saya bercelaru... Yeala.. memikirkan saya dah berhenti keje, sepatutnya saya lapor diri kerja tempat baru, memikirkan penyakit apa yg saya hidapi, fikirkan keluarga saya dan saya admitted pada genap 35hari arwah abah meninggal.. SEDIH tak terkata!! Saya dimasukkan ke wad sbb keadaan saya agak teruk masa tu. Demam mmg x kebah2.. darah setiap hari diambil untuk pelbagai ujian. X-ray & scanning dibuat. Keputusan? Hati membengkak.. paru2 hampir membengkak, Tekak infection.. means... Dlm badan saya dah kene infection dan menyebabkan HATI,PARU-PARU & TEKAK sudah dijangkiti kuman.

Selama 2 minggu keadaan saya masih begitu sungguh pun para doktor dah merawat saya sebaik mungkin. Selepas 2 minggu... keputusan di ambil, saya harus menjalani CT SCANNING. ala.. benda alah yg mcm trowong tu.. Takut.... sbb mcm2 org ckp kalau kita menjalani ujian imbasan ni. mcm2 effect katanya... SEtelah immbasan dibuat, hasilnya... Sekeliling buah pinggang sebelah kanan ada nanah yg berkumpul. Macam mana tu? entah la.. sbb apa pun saya tak tau.. cuma Doktor ckp ada infection di sekeliling my right kidney... selepas beberapa hari... saya menjalani pembedahan kecil untuk membuang nanah yg berada di dalam badan. Sebaik saja operation selesai.. Saya terus kebah dr demam, segala yg sakit2 sebelum ni hilang begitu saja... Tp saya harus tinggal di Hospital sehingga nanah2 di sekeliling buah pinggang tu clear....

Selepas 26 hari tinggal di Hospital, Saya dibenarkan pulang... alhamdulillah. Skrg saya sudah sihat, cuma x boleh terover lasak..