:: Mr & Mrs Ee ::

Wednesday, September 28, 2011

Malang tak berbau



Last week, ptg tu aku cabut on time sbb nak jumpa agent kat lobi hantar dokumen. So plan, terus balik. Si polan tu baru keluar kereta baru, ajak aku teman dia keluar makan. So kami g la ke Pavi dgn merasmikan tempat duduk penumpang yg bini dia pon lom sempat naik lagik. hehehhe amik berkat, mane la tau ada rejeki lagi leh la merasa pakai Camry jugak kan! #berangan.itu.free. beh kurang kul 7mlm aku gerak balik dgn makcik aku sekali.


sedappp bau kete baruuuu


7.30malam camtu aku pon sampai la kawasan rumah aku. Aku bebel2 sbb org park double. Owh.. baru tingat kalo mlm Jumaat mmg byk kete double parking sbb g surau ni. Dan dan aku sampai guard hse, org tahan tak kasik masuk and ada budak ketuk cermin kete . “kak, kete adik akak terbakar!” . aku terkejut giler babas, gegel2 dah lutut. Dan dan tu gak kete berderet belakang kete aku nak masuk basement. Nak masuk camne , mmg tak leh masuk dah sbb area tu dah terbakar. So time2 tu gak kawasan jadik sesak depan tuh. Terus call mak aku, mak aku plak baru sampai umah nenek aku sbb keluar amik adik aku balik tuition kul 7 tu and terus balik umah nenek aku.



Dalam gelabah2 tu, dgn sesak kete byk sangkut, gelabah2 aku nak reverse kebetulan pakcik aku amik anak dia. Dia dtg ke kete aku ckp dia dah suh org pecahkan tingkat kete adik aku and alih ke depan. So di sebabkan kete tu dah di kalihkan tu pasalla kete semua tak leh masuk basement, dah blocking jalan masuk basement, tapi aku lega la sbb kete tu dah di alihkan, sbb aku takut sgt kalau kete tu ENJIN or TANK Minyak leh meletop! Takut seyh… mase aku kalih kete , bomba pon sampai… “bomba datang berlumba-lumba!”. Hehehhe



Sebenarnya…. Kete adik aku tu dia park betul2 kat muka pintu rumah sampah. And sebenarnya rumah sampah tu yg terbakar. So api dah sambar sebelah driver and penumpang belakang kete adik aku tuh. So pakcik aku suh pecahkan cermin then turunkan handbreak and tolak kete tu ke depan. Adoiyaiii… yg best part dalam kejadian tu ADIK AKU TIDUR MAMPOS! Dia ada kat rumah, org dah call rumah, call hp, ketuk pintu rumah cam nak roboh dia tak sedar!!! Kalo dia sedar kereta dia tak terbakar kan? Agaknya both hp dia berdering2 dia pon bgn, tp dia ni jenis bangun tapi MENGIGAU pulak!! Org call ckp kete dia terbakar and dia jenguk kt balkoni and marah kawan dia ckp kete dia elok je tak terbakar, ishhh tension kan? Then dia dah turun pon masih mamai lagik. Yg best giler, lepas kawan dia tlg alihkan kereta tu org semua bersurai tanpa menghiraukan rumah sampah yg terbakar tuh. Hahahhaha

According to nenek aku (nenek belah mum dok tkt 5, aku tkt 8 same block). Maghrib tu dia dgr org bakar mercun dalam rumah sampah tu. Cibai tul bebudak yg membakar tu, tak pasal je rumah sampah tempat org buang sampat kat situ dah renting tong2 yg dah disediakan tu? kalau ada CCTv , dpt aku budak tu mampos aku bakar umah dia. Eh aku plak naik angin. Aku bukan marah sbb adik aku jadik mangsa tapi sbb budak tu bingai nak mampos! Tak fikir ke dia dah rosakkan hak guna sama masyarakat setempat? Tak fikir kalo lah keluarga dia yg kene? Kan? Bengong!!

Sian adik aku.. kete tu sepatutnya ada org nak beli malam tu. Bila dia bagitau org tu kete tu dah tebakar sebahagian org tu tak percaya. Tp alhamduilillah la org tu still nak lagi. Cuma adik aku kurangkan harga RM2,000 sbb tak nak repair cermin and cat yg terbakar tu. And org t upon setuju, huh lega! Seksa ok nak bela kete ni, sblum puasa haritu hilang kene curik, la ni terbakar plak. Sengaja tak de rezeki la kan adik aku tu. Sbb kalau aku tak singgah Pavi sure aku dah sampai rumah lebih awal and selalunya mak aku tak ambil adik aku tuition tapi kari tu mak aku keluar plak. Mudah mudahan ada rezeki lain untuk dia, nasib ni 2nd car dia yg kena , kalau satria GTI dia terbakar mau meraungsssssss!!



1 comment:

A.I said...

Ya Allah! sib bek dowang alihkan. kalau x, dah hangus kete tu...huhu