:: Mr & Mrs Ee ::

Friday, May 16, 2014

TQ Teacher!

SELAMAT HARI GURU
HAPPY TEACHER'S DAY


Salam...

Aku masih belum sihat sepenuhnya. Tapi nak sibuk jugak wish 
SELAMAT HARI PENDIDIK. Gitu... sebab mana aci hari guru je kan? Abis tu pensyarah kita kat university pon kene raikan!

ok tu je nak ngomel. Selamat berhujung minggu semuaaaaa...

-Bubye-

Sunday, May 11, 2014

Terima kasih mak!


As salam

HAPPY MOTHER'S DAY
SELAMAT HARI IBU

Alhamdulillah..  masih di beri kesempatan bersama emak tersayang. Terima kasih ya Allah berikan kesempatan ini. Panjangkan usia ibu ku hingga ke saat ini. Hingga aku seusia 32 tahun emak masih depan mata aku. Setiap hari makan masakan mak. Mak jaga aku sejak lahir sampai lah dah berlaki. 

Tahun lepas saat aku rapuh.. mak la yang beri kekuatan. Jaga aku masa sakit walaupun mak tengah kimo masa tu. Mak refused nak duduk hospital and menangis merayu kat doktor supaya dia tak duduk wad sebab nak jaga aku sedang sakit masa tu. Mak memang hebat! 

Ada sekali mak terpaksa duduk wad sbb kekurangan darah. Mak selalu call aku tanya mcm mana. Menangis fikirkan keadaan aku yang masih lemah. Tapi Allah tu ada. Dia yang menguji kita dan dia juga yang memberi laluan hidup kita. Tak dapat membayangkan kehidupan aku tanpa mak.

aihh sedih sgt. Banyak benda aku nak tulis tapi bbrp kali terhenti. Taip je menitis air mata. Kalau kita seorang yanh terpaling kaya pon kita boleh beli apa je yang kita nak. Tapi mak ayah kita mmg x ada galang gantinya.. tak ada sampai bila bila.. Moga Allah berikan aku kesempatan untuk menjaga and imembahagiakan mak hingga le akhir hayatnya. InsyaAllah..

Wednesday, May 7, 2014

Dendam!

As salam

Ni kisah semalam. Kemain bertekad nak makan Japanese Food. Ni Suraya Sulatin la ni asek tayang salmon saje. Maka memaksa mak ngan adik aku ke Sushi King walaupun aku tak suka makan kat Sushi King. Tapi sebab dekat dengan rumah maka boleh la layan kan kan kannn.. sobs!

Kalau makan sushi aku tak suka amik dari conveyer tray ni... Sebab rase macam tak fresh. Nanti part pembalut sushi yang seaweed tu liat. Tapi kat sini aku tgk agak fresh laa dia asek buat je kan. kalo kat Sakae Sushi aku suka order. Sebab fresh.. Seaweed tu pon still rangup. 

Actually aku lebih prefer Sakae Sushi (sbb murah2), and ada satu kt Pavillion tu dan dan lupa nama sbb situ Sushi dia gemok2! Nak makan yang kat Pavi je ko nih!


Salmon Carpacio - 5 helai nipis2 je salmon ni. tapi boleh la kan buat hilang teringin sangat nak makan sashimi gini. 1 plate RM9.90


Ini amik 2 plates - RM5 hengget per plate. Ada diskaun 20%. Mata ni nak jeling yang plate merah RM5 jee. Tapi rase tak puaass. Kalo.makan.kat buffet yang ni ajer dah 10 ketul aku sesah!


Yang ni Agedeshi Tofu RM4.90 & Moriowase Tempura RM11.90 order kan untuk mak. ada lagi..Garlic Chicken fried rice. Sedapppp! Tapi lambat tiba, kosser nak snap gambar. Aku tengah stim tutup2 mata makan salmon tuh. Ada lagi beberapa plates sushi aku ngan adik bedal. Tak ler byk dlm 7 plates je pon.


Datang time Happy Hour.. Diskaun untuk sepertin yang tertera di atas. Total makan RM74 hengget. Mak ckp mahal and kenyang celah gigi je. haha.. tapi mmg betul pon. bek makan kat Kenny Rogers. 3 org makan tak sampai RM50. Tak pe laa.. teringin Salmon punya pasal. 

Petang asben call. Maka mengadu mengades la cakap kat laki kene RM74 hengget. Pastu mintak dia bayar balik duit makan tadi. Haha.. chanteq muka ko!

Seriously aku tak.puas makan! kalo makan katJapanese Buffet memang puas ler tenyeh salmon.. siap ada soft shells crab lagik.. ada oyster lagik! Mahal but berbaloi la kan... Next target nak makan fresh oyster!! Ph my baby oyster...please come to.mommy!!

-Bubye-

Tuesday, May 6, 2014

Ngintai?

As salam..

Korang dah lunch? Aku mandi pon blum! Eii busyukkkk... hahhahaha.. nak siap la nii.. nak g Jasko jab nak makan salmon kt Sushi King ngan nak beli barang dapor sket. Indahnya idup tak bekerja ni kan?? Plus gaji jalannn bulan2 cukup bulan korek kat dinding! haihh... rase macam tak mo keje dah. amboihh ko hingat laki ko gaji RM20k! Kalo ye memang aku takmo keje.. nak tadahhh je kt laki. kihkihkih

Korang... nak ngadu sket. Last week aku sakit mata. macam ada ketumbit memula... *haa ngintai laki sape la tuhhh...*. pastu lelama besor sakit siot! Macam gini...


Masa ni macam tak masak lagi tu.. aku dok call doktor2 aku semua cuti plus siap tutup clinic plak tu. ye la cuti panjang sempena hari buruhkan.. End up Jumaat tu nasib ada 1 doktor aku bertugas. Dia pon x nak risiko suh aku g spital. Aku takut la kan sebab belum masak ranum kang di kerat mata aku tuh. So aku mintak ubat surut bengkak and antibiotik and cream sapu. 

Bukan tamo g spital benonye.. sbb dah janji nak g PD bbq ngan kazen2 aku.. dah la aku yang tukang buat kuah mushroom blackpepper ngan mashed potato. Tak bermakna kalo 2 bahan ni takde. kesian sebab dah berjanji ngan srmua kan. ku gagahkan kesakitan ini jebat!


Ni lepas bbq. Aku balik hotel cuci luka tu then balut. kalo tak balut asik tenyeh je mata. kuman tuhh!! esok nye.. kemain semua nanah darah semua memancut. haaa pueh ati! dah benar2 masak! Jenuh aku menahan hazab sakit bisol ketumbit nih! rimas ngan mata berbalut ... sampai bbq tu satu gmbr pon aku x amik. sebab dah la sakit. mata bertutup. mood pon ke laut PD join Pesta Air PD. hahahhaha


Walaupon mata berbalut.. tetap nak mendiva kan? kondpiden dgn diri sendiri lantas mengupload gambar sedemikian rhope kt Fesbuk! apa ko hingat nak upload yang cantik je kt FB? Getik aku org yang upload gambar NAK CANTIKKKK je kt FB walaupon diri tu tak la cantik naw naw. eh terkutuk plak!


Kita ngan shuben kita yang wangiiii... suka cium dia sbb dia bau kedai dobi! hahahha.. kata baju dia semua aku pack anta dobi!! hahahha fuhhh kilat kuku bini dia! APTB lah bini dia nihh!

Sekian... Dari pompuan yang suka ngitaiiiiii!


-Bubye-

Monday, May 5, 2014

Pagi Karipap!

As salam

Selamat pagi Isnin! Sebenarnya nak cakap SELAMAT PAGI KARIPAP! Pasal apa karipap??


Pasal karipap ni begitu menarik perhatian! Elok masa nak snap gambar karipap ni kemain memancor lightingnye. Terus nampak mengelerakan.

Description karipap: Karipap daging.. gemuk gubus gebas.. isi padat.. ada daging besor kat tengah.. goreng api pelahan.. goreng dengan kasih sayang. Memang sedap!

korang dah breakfast?

-Bubye-

Thursday, May 1, 2014

Omelan Di Hari Buruh


1 MAY
SELAMAT HARI PEKERJA!

Wah gaya nak boss je. Macam la boss!
Hehehhe... korang g mana cuti2 ni? Aku bosan sebab dari semalam laki aku g memancing sampai la hari ni. eiiii bosannnn!! Naik confuse aku, hari ni hari pekerja ke or hati pemancing?? Balik ni kalau ngadu sakit kaki la.. terpeleot la.. pening la.. siap! Aku sebat dengan batang penggaruk badan tu.



MEJA BETA
Rindu kat meja paling berselerakkkk kt dept aku neh. Maklumlaa meja staff paling dedikasi.. pulak tu cemerlang lagi! Mana nak dapat staff cam aku? Dah la peramahhh... eh? tak silap aku ni rope meja aku dah siap kemas sebab aku nak coti half month g Korea. nampak la kemas bersih teratur.

Now almost 7 months aku tak kerja. kejab je rasanue. ewahhh! Baru ni ada la g opis jab. Saje kasik kezutan kat semua. hahahha.. ya rabbi.. boleh plak PC aku x leh bukak! What da fishhhh! Aku kutip docs penting je. Nak bayar duit PTPTN tak leh sbb password ada lam diary kt opis. So kutip segala payslip, medical form, claim form semua.. tapi nak komplen MEJA AKU BERHABUK! Sentap aku ngan kak cleaner ni. Rajin kat tempat yang org nampak je yeh?  Biasa tuuuuu!!


Eh panjang melalut! Andai kata anda seorang CEO or orang atasan.. pandang lahh orang2 bawahan ni. Tanpa orang bawahan ni kerja2 orang di atas tak akan smooth. Takkan la bos nak p buat despatch kan? takkan nak jawab call? takkan nak jadi kerani or penyambut tetamu? So setiap level pekerjaan ada tugas yang harus di jalankan dengan penuh rase tanggungjawab dari sekecil2 tugas hingga ke level yang tertinggi.

So bekerja la kita dengan keikhlasan dan penuh rasa tanggungjawab. Jangan nak gaji banyak.. tapi masuk keje lambat.. alasan LRT penuh la.. tayar pancit la.. anta anak g klinik la... walaupon itu kategori emergency sekali pun.. takkan la seminggu 2-3 kali asekkkk la ko jeeee yang ada hal kecemasan! *eh emo plak hakuuu



Ok.. tu je nak bebel. Elok2 nak wish Labour Day je.. terperamah nak citer panjang panjang. Ini semua ciri ciri kebosanan melampau. Suara dari sudut hari yang kecil ini. Eh eh? Terimalah sekeping selfie tuan blog berkonsepkan kerusi opis!

-Bubye-