:: Mr & Mrs Ee ::

Wednesday, August 27, 2014

Kuching 2013 - Day 01


Assalamualaikum

Ini kisah percutian #THROWBACK version katanya. Maklom laaaa last year memang aku busy sangat sampai tak berupdate blog. Semperna aku sedang bercuti ni dan kekurangan kerja meh la aku buh memory percutiamn kelam kelibut dengan geng ofis aku ni. Memory pon ingat2 lupa camtu.. arghh belasah la.. janji memori untuk kenangan masa depan. Kot rindu leh kebek2 blog imbas memori silam gitu.

Ke Kuching Ke Kita !!
Trip : 15 - 17 May 2013

Trip ni terjadi bila compamy aku bought over 1 lagi fund house lain. Dulu HQ office kitorang asalnya kat Kuching. So... we growth bigger and now KL dah jadi HQ.. Kuching salah satu branch la. During merger ni, the new fund house yang kita bought over team dia memang byk staff and banyak branch. So di kebaikan bersama staff dari certain dept kene la amik VSS. Officially close 31 July 2013.

Atas dasar semangat setiakawan, walaupon bekerja jarak jauh tapi kitorang sangat sangat close! Ntah camne kitorang bincang2 atas inisiatif sendiri kita pergi visit Kawan kawan kita kat sana sebelum officially tutup. Ye laaa tak semua mampu fly ke KL bercuti. Maybe pasni lansung tak jumpa ke kan? Why not? But rasa sangat berbaloi dpt fly jumpa all of them. Sobsss..


Kita gerak dari office kul 4:30 petang... kelam kabut sangat. Ye laaa.. aku ngan Arill punya closing processing kul 4.00ptg. Patut kuar sharp kul 4 ptg dari office, tp nk gerak tu kemain byk pesanan dari bos2 and kawan2 lain. Macamkan kitorang pergi berbulan kekdahnya.

Berkejaran dari office ke Monorel Raja Chulan then turun KL Sentral. Dah ler ujan renyai time tu... Nak kejar ERL transit kul 5.00 ptg. Semput macam marathon! Turun kat station Nilai ke ape ntah, ada bas dah tunggu. Terus ke LCCT. Sampai je terus masuk sbb mmg tak check in luggage pon. Dah siap2 Check in online.

Partner in Crime yang berlarian tempiaran mcm peserta Amazing Race!


Aku dah rase oren time ni. Sebelum kuar opis tu ada kes sket ngan agent. Pastu sebelum keluar dia sampai. Grhhh... pastu ntah apa tak puas ati dok call aku sepanjang perjalanan nk ke LCCT. Tau tak hati gua dah remukkk? Bladihellll!

Naik AirAsia sekian kalinya... last naik sblm ni ke Vietnam. And ni la last flight aku turun naik kat LCCT rupanya..alhamdulillah rezeki sangat. Kitorang ni petang2 dah abis keje suka tengok web kapalterbang, sajer tengok kot2 ada ticket murah. Kebetulan dapay for return ticket KL-Kuching-KL RM98 sahaja. Yeay lompat bintang!


Our 1st trip on board! 1st time tuk Lyana ke Kuching ni. Actually 15hb May Birthday Arill yang ke 33 tahun! Mamat ni everytime birthday je mesti nak reward naik katebang je. Mampu sangat celebrate ala2 ongkaya. Tahun2 sebelum ni pergi umrah (alhamdulillah), Bangkok and for 2014 dia pergi Hong Hong.

Mampu sangat mintak cerca dari kitorang yang marhaen ni kan? But bagus gak.Bila lagi nak rewards diri sendiri kan? At least sesuatu yang baik untuk dikenang di hari yang Istimewa kan..


Touchdown je Kuching kawan kitorang si Umi ngan Masha dah tunggu. Dalam katebang kengkonon nak mkn Nasi Lemak Pak Nasir. Takde la booking online kan.. sekali ade last sebungkus je. Share 3 orang. Sadissss... lapar kot sebab mmg dah dinner time kan? Masuk2 kete berebut semua nak bercakao. Kahhhh! Berzikir aku ajak g makan Lets eat 1st!!


Makan kat RJ Ayam Bakar! Ya ampunnn sedap nye Banana Cheese dia. Malam tu aku tak makan nasi. Makan roti je. ya allah nikmatnyee stim stim makan banana cheese jat sini!

Lepas chat lebih kurang, kul 11mlm camtu terus ke hotel. 1st time duduk TUNE HOTEL. Ok la not bad. Cuma towel and toiletries kena bwk sendiri. Malam tu tak beli servis TV and Aircond. Oklah.. sesuai tuk backpackers. Yang ada anak kecik tak suai la bagi aku sebab hanya basic je yang dia bagi. Cukup selesa and bersih sangat. 

Malam tu tak lena sangat tidur sebab takder airconD! Hahaha.. manjew sangat kitew niew! Bluwerkk! Murah je tidur Tune Hotel ni... kita amik 2 bilik untuk 2 mlm.. cuma RM135 je. So RM45 per head. Berbaloi sangat!

To be continue...

- Bubye -

No comments: