:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label nenek. Show all posts
Showing posts with label nenek. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Hari ni terasa kosong

Hari ni Jumaat.. kebiasaannye lepas keje and hantar adik tuition kul 8 then terus aku ngan mak balik rumah nenek. Tadi tetibe aku teringat rutin aku setiap Jumaat. Ya Allah!! terasa sepiiiii! Kosong! Malam2 sebegini tak sama dengan minggu2 yg lalu...


Tak ada lagi borak2 nenek, tak de lagi selit2 atas katil ngan nenek...


Kami dan nenek di hari pernikahan aku.


Accoding to my aunty, malam sebelum and pagi sebelum dia tiba di rumah aku.. nenek menangis berkali2. Selamat je aku di nikahkan, nenek menangis semasa berpelukan dgn aku.dan juga sebelum ke dewan di hari aku bersanding pon dia masih menangis. Mudah mudahan itu tangisan gembira yg nenek hadiahkan untuk aku.


Rindu nenek sgt2... Terima kasih nenek kerana memberi kami sekeluarga kekuatan selepas pemergian abah. dan sekarang nenek pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah

Thursday, May 5, 2011

Aku rindukan dia


Al- Fatihah


Malam tadi aku mimpikan nenek. Rase sangat bertuah di pertemukan dalam mimpi. Ya allah, rase RINDU sangat. tiap kali teringat kan dia, sendu je rase hati. Semoga nenek tenang di sana.


Wednesday, April 20, 2011

Update Nenek

Salam semua...


Actually nak update semalam. tp tak kesempatan. Dalam tghari semalam aku call kazen aku. rupanya nenek tak jadik operate smlm due to dia punya paru-paru ada infection. ye la nenek pon dah 82 thn. risk tu tetap ada. sama jugak kes mase nenek kene kanser pankreas 4 thn lepas. nak operate buang tak leh, very high risk and nenek pilih untuk tak di bedah, alhamdulillah, bbrp hari sblm aku nikah doktor dah sahkan nenek punya cancer dah clear. Alhamdulillah..


Sblm nak buat operation masukkan besi ni pon, mmg doktor dah ckp faktor usia nenek. Doktor cakap mase bedah nanti, tak boleh bius penuh kene bius half body je sbb condition paru-paru and jantung nenek tak berapa kuat. aih... sian nenek. and operation tu di tunda pada hari Jumaat. Semoga semuanya berjalan lancar and nenek stabil hendaknya...