:: Mr & Mrs Ee ::

Tuesday, May 5, 2015

Pedih... rintihan si anak kecil

AssalamuLaikum

Cuti panjang hari tu kita di kejutkab dengan berita kemalangan ngeri melibatkan Pajero Sport dan Myvi yang di katakan berlumba di highway Duke. Sangat2 terkesan sebab mangsa ada mempunyai anak2 yg masih kecil yg sekelip mata menjadi yatim piatu.


Mungkin foto di atas ini menjadi simpanan untuk kenangan mereka sekeluarga.ya allah sedih! Pilu! Terasa pedih tersiat rase hati ni membayangkan apa yang anak2 kecil ini bakal lalui...


Menangis aku tengok video budak budak ni. Serius... aku yang dah berusia 33 tahun ni pun masih rase perlukan mak ayah. Masih merindukan arwah mak dan abah aku. Masih menangis kalau teringatkan mereka. Aku tak dapat bayangkan mcm mana rase kekosongan yg adik2 ini lalui. Ya allah.. hibanyee... Tercarik2 di mana papa di mana mama? Sobbbsss


Rin
Rintihan dan harapan seorang anak kecil. Moga pemergian ahli keluarga adik2 ini di berikan pembalasan yang setimpal ke atas orang yang menyebabkan kemalangan ngeri tersebut. Moga adik2 terus cekal dan di berikan kemudahan dalam urusan kehidupan harian. AL-Fatihah...

=====================================

Kerana FMC nama.myvi semua terpalit!

Serius shit! Aku benci kete2 yang CC rendah tapi nak acah acah cucuk2 kengkonon laju nak mampos kete korang tu. Yang tak tahan modified enjin kaw kaw tp sempotttt ok enjin kete kau tu kalo nak lawan kete yang sedia ada. So please laaa..  sedara diri sket. Kalo kete ko tu dah untuk kegunaan harian tak perlu kot nak acah acah mcm nak race! Bladihelll!

Aku marah sbb aritu kat highway akleh main cucuk2. Sekali aku tiaw mencicit enjin kete kau! Nasib tak barai derrr.. so dont be so stupid! Jalanraya bukan temapt untuk.kau tunjuk handal.#eh aku pun terlumba kejab.

Yang khabarnya ANAK DARA yang racing ni APE BAHALOL SANGAT KAU NI? Mak kau tak marah ke kau berpeleseran kat luar malam malam? Tengokkk??  Anak dara race kete. Hebat sgt kan ko dik? Aku siyes tak paham, mak aku dulu paling last kul 10 aku mesti balik! Mesti ada kat rumah dah. Haihh tak pahammm la... oh lupa aku takde kete. Sbb tu aku takde berpeleseran menjalang kat luar dedulu.

Ok lahhh.. byk plak aku tercarut. Moga peristiwa ni menjadi pengaajran dan iktibar untuk kita semua.

Al fatihah buat semua mangsa korban. 

Friday, April 17, 2015

Bayaran sebuah kedukaan

Salam Jumaat!


3 hari lepas HR call nak jumpa. Aku cuak! Ye la dah la aku ni dah kategori pesakit kurang upaya. Tahun lepas setahun tiga bulan aku cuti kerja. Bila naik keje asek MC and EL je. Kau ghaserrr? Previous entry aku ada aku luahkan ape yg aku rase sejak naik keje.

Bila HR call cakap nak jumpa pagi tu kecut3 perut la.. eh nak suh aku berhenti keje ke? Naksuh amik VSS ke? Takut wehhhh.. chat punya chat lebih kurang tup tup dia kuarkan sekeping kertas dari envelope. 

Gulp! 

Telan ailior aku bila dia mention amount cheque untuk aku. Ohh rupanya dapat duhet insurance kampeni yg 6 bulan lepas aku submit.. ingat tak dapat apa2... alhamdulillah, saat aku mencari jalan keluar Allah maha mendengar. Sungguhpun amount ni cukup besar untuk aku namun tak dapat menggantikan kebahagiaan aku seperti sebelum ini. 


Bila dapat payment ni.. satu perasaan sedih aku. Selalu share dengan arwah mak.. sekarang rase kosong je. Biase mmg apa2 aku akan bagi tau arwah dulu.. sekarang suami, tapi feel tu lain! Alfatihah mak abah...

Aku plan nak berhenti kerja.. now slow2 plan settlekan semua hutang or komitment bank dulu. Then ada duit simpanan terpijak ni kita dikit2 la ye.. bulan2 laki bg duhet belanja pepandai la.. eh bole ke and cukup ke kalo dok umah dgn duhet laki je? insyaallah cukup kalau kita beringat. Ye takk? Eceh cehhhhh...


Thursday, April 9, 2015

Serba salah!

Salam

Lama tak.bergundah gulana dalam ni. Sejak kembali bekerja macam x cukup masa je rasa. Kendian kesihatan aku x berapa stabil.lately ni . Haihhhh... mc berminggu2.  Aku naik segan dah nak pergi kerja

Serius rase serba tak Kene je skrang. Dulu teamwork aku sangat memahami. Masa tu aku belum sakit. Skrg team baru dgn keadaan dah la sakit.. kerja kejab mc la EL la.. segan. Korang faham tak apa yang aku rase?

Ikutkan nak je dok umah.. benti. Tapi aku belum bole berhenti lagi. Aku tgh cari jalan camne nak settle komitment bank aku bulan2 skrg. Huhuhu... ya allah bukakan jalan pintu rezekiku.

Serius aku rase sedih.. rase letih sangat nak harung kehidupan aku skrg. Ntah ke mana perginya semangat aku yang kuat dulu...