:: Mr & Mrs Ee ::

Tuesday, August 24, 2010

MAK & ABAH

Salam Ramadhan semua…

Lama sgt x menulis. Tetiba hari ni nak tulis. Curik masa gak. Pagi td tetibe rase sebak, hiba… teringat
MAK & ABAH.

EMAK
3 minggu lepas, mak dah buat 1st KIMO... Nampak mak ok. Cuma dia ckp ubat tu mmg kuat sampai menangkap kat otak kata dia. So lepas balik kimo, dia masih ok and sempat abiskan sebungkus nasik paprik. Petang tu dia dah start muntah. 3 hari dia camtu.. lepas tu dia ok, sihat .. dia pon happy jugak. Aku suh dia minum air byk2, aku suggest dia minum air ECPI je. Minum banyak2 selagi dia mampu.

Seminggu lepas kimo kita dah start puasa, Mak semangat tul nk puasa. Masak tuk sahur, tuk berbuka, g terawikh. Maklom la thn ni dia dah x sibuk mcm thn2 sebelumnya. Dulu2 dia sibuk dgn tempahan jahitan dia, thn ni dia spend byk masa ngan anak2 dan hal2 rumah. Punya la smgt kan… Tpi tewas, esoknya mak dah mula demam sampai seminggu. Sampai dia mandi sehari 7-8 kali sehari. Sian mak.. so aku ckp, x perlu la puasa. Minum air byk2, rehat byk.. dia perlu sihat sebelum next kimo. Dan dlm 3-4 hari ni, rambut dia dah mula gugur… huhuhuuu..

Hari ni mak g Kimo untuk kali ke 2 kat Radiologi, HKL. Kali ni adik aku plak anta. Kene la take turn kan jaga mak.. Mudah-mudahan… hmmm… ada another 4 times to go.. L Semoga Mak terus kuat jalani treatment ni. Insya’allah


ABAH
Esok, 15 Ramadhan… dah 4 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga. Sebak, hiba, sayu je hati ni. Al Fatihah buat arwah abah. Semoga rohnya di cucuri rahmatNya.


Semoga di berikan kekuatan buat kami sekeluarga untuk harungi semuanya. Amin.

3 comments:

Lyana said...

alyn..dulu arwah mak aku kene kimo pun camtu gak..ni blom radiologi lg...ko kene kasi support banyak2 kat mak...nanti sume bulu yg ade kat badan akan gugur, bulu roma, bulu mata, kening, rambut....kene kasi semangat kat mak... pastu panas..rase cam tebako...

1st ko kene kuat untuk kasi mak ko kuat k...

A.I said...

:( semoga mak kau tabah ngan dugaan ni + kuat semangat. kau pon kene kuat gak tau alien..

Al-fatihah utk Arwah abah2 kita.. :(

nome said...

Al-Fatihah tuk arwah abah aellyn...semoga rohnyer dicucuri rahmat...

to auntie, mie hope auntie get well soon...semoga ko tabah aellyn...dugaan tuk ko sekeluarga...