:: Mr & Mrs Ee ::

Monday, May 30, 2011

Test aje

Salam..

Mau test ajer. Lama tak update coz email yahoo aku tetibe je wat hal tak leh login. Aku login email and YMsgr kat tab aku ok je. Kat BB plak problem. Ni aku try guna gmail id plak. Harap2 ok!

Aku rindu sgt nak update. Aku tgk walaupon dah 2 weeks+ tak berhapdet tp aku tgk visitor ada je yg dtg jenguk. Tq ye korang. Byk menda nak hapdet tp selain problem login yahoo, soooooo many2 things nak update.

Skrg sgt2 busy! Super dupper busy till aku stress bertambah stress!! 2-3 hari ni rase DOWN sgt. Last night I was crying.. Sgt2 sensitive, sgt2 emotional.. Haihhhh...

Monday, May 16, 2011

Takde rezeki lagi..

As salam semua.

Just nak share story ngan korang. Ada yg dah tau dan ada yg belum. Aku KEGUGURAN lagi buat kali ke 3! Mesti korang pon pelik, aku takde bg tau aku preggy and now aku miscarriage plak kan?

Meh story sket. Since awal thn ni mmg period aku tunggang langgang. Kadang 35days, kadang 40+ days. Aku rase sbb aku stress since aku start buat report2 office ni. Nampak gaya aku cam stress di situ.

last aku period awal march exact date tak pasti. And that time aku dah start bz ngan urusan pindah office, few project on unitholders report and so on. Mmg sgt2 busy + stress + tak cukup rehat!

Awal minggu aritu aku pasan 3-4 hari ada stain coklat sket until Friday aku 'dtg' period. Legaaaaa sgt sbb period dah dtg. Walaupon aku sedar lama tak period tp aku tak check sbb aku 'tak rase aku preggy' pon. And fikir sbb stress so period aku delay lama kali ni.

Ahad tu dah hari ke 3 aku 'period' kan? So tgh hari tu g wedding kat Cheras. Mase nak kuar tu tetiba 'ari2' aku cam sakit. Sampai kat padang parking PDRM Cheras tu aku nak turun tangga dah rase pitam!! Tp continue gak la g wedding tu. Walaupon sakit2 camtu...

Balik wedding otw g rumah Cikgu aku kat Langat rase sakit giler laaa. Aku ckp kat Ee, sakit ni mcm rase sakit time nak gugur aritu. Ee diam je (malas nak layan la tuuuu). Aku dh fikir2 cam nak terus g spital Ampang je balik dr Langat.

Sambil borak2, sambil makan tu tetibe rase ada 'benda' turun. Cepat2 aku bgn sbb takut bocor coz heavy period kan? G toiler masya'allah.. Ada seketul darah beku!! Panties and girdle dah penuh darah. Terkedu aku time tuh! "Ya Allah! Aku preggy ke?!!"

Terus panggil Ee. Dia muka blur. Mau tak blurrrr.. Tak tau bini preggy tup2 gugur! Terus bersihkan diri then balik rumah dulu kekonon nak amik kad spital dulu. Sampai rumah makan painkiller, tertidur! Bgn2 tu rase ok, tp pad byk kali la tukar sbb byk bleeding.

Kul 10 decide pergi private spital je. Then check and scan tgk rahim dah clear, doktor ckp biar je darah tu keluar 2-3 hari ni. Legaaaa.. Tak perlu wat DnC. Aihhhh.. Tatau pon preggy kan? Tau tau gugur.

Pasni nak g beli UPT test byk2. Hahahaha.. Kalo boleh pasni tak nak la lalui benda camni lagi.. Bukannya serik, tp emosi lagi perit tuk dilalui dr kesakitan ni. Mudah-mudahan ada rezeki kami. Insya'allah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 9, 2011

Nak muntah hokey!

Nenonenonenoooooo!!

Aku dah nak muntah hadap mendelah ni! Awal2 bulan gini laaa.. Start arini partner aku long holiday ke Taiwan. Bijak kan? Ngam2 dpt bonus terus g holiday. Makin tak cukup kaki tgn la aku.

Best part, dia tender resignation sblm fly Jumaat aritu. Huhuhu.. Sedey aku tau sbb aku baru je take over few report dr dia and still in learning process. Balik dr holiday ada beh kurang 2 weeks je lagi. Aihhhh..

BAD news sbb aku tak de partner! She's so perfect.. GOOD news of course la fikir positive and percaya peluang untuk develop kerjaya ada. Mungkin ini rezeki untuk aku. Siapa tau kan?

Ok sambung wat report k.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 6, 2011

Hari ni terasa kosong

Hari ni Jumaat.. kebiasaannye lepas keje and hantar adik tuition kul 8 then terus aku ngan mak balik rumah nenek. Tadi tetibe aku teringat rutin aku setiap Jumaat. Ya Allah!! terasa sepiiiii! Kosong! Malam2 sebegini tak sama dengan minggu2 yg lalu...


Tak ada lagi borak2 nenek, tak de lagi selit2 atas katil ngan nenek...


Kami dan nenek di hari pernikahan aku.


Accoding to my aunty, malam sebelum and pagi sebelum dia tiba di rumah aku.. nenek menangis berkali2. Selamat je aku di nikahkan, nenek menangis semasa berpelukan dgn aku.dan juga sebelum ke dewan di hari aku bersanding pon dia masih menangis. Mudah mudahan itu tangisan gembira yg nenek hadiahkan untuk aku.


Rindu nenek sgt2... Terima kasih nenek kerana memberi kami sekeluarga kekuatan selepas pemergian abah. dan sekarang nenek pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah

Thursday, May 5, 2011

"Luliyan Luntuh"

Selasa aritu, start keje di ofis baru. Bukan keje baru ye. Ofis je yg baru. Office yg menelan belanja hampir 1 mil! Huhuhu..

So setelah berpenat lelah mengorbankan cuti weekend aritu, makaaaaaa... Bos panggey sambil menyerahkan sampul berkaler putih suci. Hahahaha.. TQ ye bos!

Bos ckp " wah Mazlin.. You dpt durian runtuh haaa.. Baru je dpt salary adjustment, backdated payment and now bonus lagi.. Ni duit jgn borus. Simpan tau ".

Tergelak aku. Boleh ye bos bg nasihat gitew? Ye bos, mmg duit tu I bg pada mum, adik and 'nenek' (TAPI??? ... ), top up unit trust investment and ASB. Tp malam tadi jenuh aku carik buku ASB tp tak jumpa!! How??


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aku rindukan dia


Al- Fatihah


Malam tadi aku mimpikan nenek. Rase sangat bertuah di pertemukan dalam mimpi. Ya allah, rase RINDU sangat. tiap kali teringat kan dia, sendu je rase hati. Semoga nenek tenang di sana.


Monday, May 2, 2011

Tahlil hari ke 7

Selesai membaking Blueberry Cheese Tart for tahlil arwah nenek. Actually jatuh malam esok, di awalkan sehari sbb esok semua dah start keje.

As request from aunty2 and cousin, me volunteer nak baking BB cistart. Actually derang mintak kek choc moist, tp bahan tak cukup so buat ni je la..

This week so bz. I really need a rest!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja!

Best la korang. Cuti panjang leh rest, ley jalan2, ley holidayyyyyy!! Ahkak?? Berkojo la yeaaaa!!

Semalam berpindah la kami dr 2 ofis now duduk 1 ofis. Senang sikit. Selama aku keje 4 thn ngan co. ni.. Ni la baru nak duk 1 tempat. Dulu satu sinun satu sini. Letihhhh!

Hari ni nak ke ofis lagi. Bos tak mow Selasa nanti masih ada kotak2 bersepah dlm ofis. Dia nak Selasa je terus leh beroperasi mcm biase. Aihhh boss.. ARAH je kan? Ok takpe.. Penat weekend ni berbaloi dgn 'B' yg di byr on Tues. Yeayyyy.. Alhamdulillah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.