:: Mr & Mrs Ee ::

Friday, July 20, 2012

Cerita sedih menjelang ramadhan

Salam Jumaat.

Esok insyaAllah kita akan mula berpuasa...

Ada cerita sedih nak aku share ngan korang. Pasal MAK. Mak kan kene breast cancer 2 thn lepas. Dia dah lalui KIMO 6 sessi, 27 sesi Radioterapi and 17 sesi Kimoseptik 2 bln lepas. Since last year mak mmg sihat, cergas and ceria.

Ada 2-3 lepas mak ngadu bahagian breast yg kene cancer tu panas. Aku suh dia rest sbb mungkin byk activity dia buat. Dia pun busy ke hulu ke hilir dgn persatuan wanita block umah aku tu. Then last week dia ckp bahagian bedah tu berNANAH. Dah g clinic biasa, and cuci bgn tu. Doktor bekalkan antibiotik.

Semalam mak g HKL, check up.

Mlm td aku tgk wyg citer BATMAN @ KLCC. smpi umah kul 12 lebey, tgk bilik mak psg lampu sikit. Mak dh tidur, adik lom lg. Pastu aku mandi, pas mandi mak panggil. Mak cite mak g spital HKL pg smlm. Kat bahagian operation tu ada nanah and dh merah. Hari ni kene g spital ampang nk kene Doktor HKL buat surat ke spital Ampang suh buat test amik cell bagai..

Mak berceriter nangis2. Aku sedih sgt. Sayu je dgr suara mak. Masa memula mak dpt tau dia kene cancer, mak tak nangis pun. But this time mak nangis.

Kesian kt mak kan? Mudah2an result test tu nanti tak memudaratkan kesihatan mak. Mohon doakan mak ye semua.

Salam Ramadhan and Selamat Berpuasa!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

Sue said...

salam..

sedih la.. apa pun harap kesihatan mak awak btambah baik....

Syafa said...

sebak jugak aku alyn..nasib mak kita sama..Allah nak uji mak2 kita..sbb Allah sayang kan dorang..kita doakan dorang cepat sembuh..berkat bulan ramadhan yg mulia ni..sama2 kita bykkan doa ye alyn..insyaallah..semuanya ok

EjaLeeza said...

salam lyn. Aku silent reader ko. Tp ble terbaca post ko ni aku terasa nk comment. Sian kat mak ko btw ada ko try buat rwtn ozone x utk mak ko..rwtn tu x guna sbrg ubt juz cuci darah..kalau blm cuba why not try..bukan nk promote ke apa hanya bg cdgn je..smga mak ko cpt sembuh ameen..

nome said...

semoga mak ko sehat dear....semoga takde apa2 pada mak ko...insyAllah...amin