:: Mr & Mrs Ee ::

Thursday, August 16, 2012

Hoyeahhh hoyeahhhh

Salam u olsss!

Mek dah start cuti katanyaaa.. Tp bukan pulang ke kampung halamannnn. Malam td lepak umah nenek aku kt tkt 5 smpi kul 12mlm. Balik tu segar bugar plak mata and badan tak letih. Selalu kalau lepas buka mesti dah layu. Hambikkk berkemas till 6.30am baru aku tidur.

Kul 9 pagi bgn. Sambung kemas lagi. Mcm kemas 1 buah umah bunyiknyee.. Pdhal kemas bilik aku je pun. Tp macam2 khazanahhhh ko! Ater kawen dah 3yrs plus, mana laaa rete tak bykkan? Dok bilik besaq tu je. Haihhh.. Hopefully Residensi Bistaria cepat la siap! Letih dah mek terperap dlm bilik ni.

Now aku kat luar. Dgn mem besar lerrr! Kene anta dia g hantar baju2 customer dia, g bank, g kedai emas, g bank. Huhuhu.. Mcm2 la urusannye.

Ok la uolsss.. Yg balik kg have a safe journey, drive carefully and send my regards to your Ketua Kampung eh! Hahahha panggg sedassss kang!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 14, 2012

Result "Biopsy" Mak

Pagi tadi mak pergi Hospital Ampang. G amik result test haritu.
Kejab tadi call mak, mak kat Tesco tgh beli barang sket untuk masak minggu.


Me: Mak, camne result test?
Mak: Hmmm KANSER tu dtg balik. Confirm
Me: owh.. bistu camne?
Mak: entah. Next week kene g HKL plak. Nak serah result kat doctor sana

Nanah dkt tempat bekas operation yang aku mention aritu still mcm tu, tp kurang sikit la epas makan monavie tu.

Mak: tempat yg bernanah tu doctor kata tak leh wat apa. Kene cuci selalu sampai dia kering sendiri
Aku: larhhh ye ke? Ermmm mak minum lebih la dosage Monavie tu.
Mak: ha ok la.. ni hati dgn daging je ada. Limpa ngan paru tak de la... (tetibe citer ayam daging plak)
Me: hmm ok la. Nanti kita g sama2.


Huhuhuhu... sgt tak best nak dgr berita camhi. Tapi ape boleh buat, dah suratan begini.

Sebagai ahli keluarga yang mempunyai pesakit kanser, perkara macam ni mmg tak boleh nak di elakkan. Sentiasa bersedia dgn apa juga keadaan. Hmmm.. sama2 kita doakan semoga keadaan mak bertambah baik dari masa ke semasa. As for now, kita happykan diri untuk raya. Lepas raya, aku akan follow mak pergi jumpa doctor tu nanti. Nanti aku update korang eh.

Aku start cuti patutnya Minggu ni, tp fikir2 balik mak bukan boleh renyah sgt, so aku decide nak cuti start Khamis. Uh la la la...

Raya kali ni hati bercampur baur. Happy, sedih, hiba, risau, sayu.. semua ada dalam satu. Apapun, doakan yang terbaik. Insya’allah..

Sunday, August 12, 2012

Seminggu sebelum raya

Salam semua.

Alhamdulillah lebih kurang seminggu lagi kita nak berhari raya. Dah hari ke 23 kita berpuasa, unfortunately.. Hari ni hari pertama aku tewas di sebabkan gastrik. Oh yeah smlm 1st time g PARAM ram ram tara kutchaaa! Hambik, terus sakit perut. Aku syak sbb smlm minum air asam boi, makan cucuk2 paru, hati, limpa dgn kuah kacang tu kot. Perut aku alah asid gamaknye. Sedih tak dpt teruskan puasa. :(

Hari ni aku buat biskut Choc. Chips. Ko tgk gigih print skrin resepi. 1st time pakai resepi Kak Fiza Nordin. Jenuh gak nk adjust sbb resepi ni pakai self raising flour. 1st time bakar, hambikkk biler besau cam biskut kat Subway tu. 2-3 adjust gak la.. At last aku rase "OK" je laaahhh.

Yg besar2 tu mmg rase biskut kt Subway sbb chewy2 gitew. Tu aku dah suh adik aku anta umah makcik aku sbb kazen aku sorang kecik tu kompem tak puasa. Yg aku terpaksa berbuka sejurus adunan pertama tu di keluarkan. Bismillah makan biskut je lah. Kalau aku teruskan puasa, mmg esok jwbnye MC la kang.

Jumaat tu aku dah buat semperit. Ok la dah 2 jenis ni siap. Cuma aku beli almond london 50pcs ngan rempenyek 8 botol utk rumah and letak kt rumah arwah nenek. Yg lain buat sendiri la. Dlm this week try nk buat tart nenas ngan Chewy Cornflakes. Huhuhu.. Feeling cam mak2 sgt dah kannnn?

Baju raya korang dh siap? Mak aku thn ni 1st time join tadarus. So baru abis khatam semalam. Ni dia try jahit baju aku this week. Kalau takde, pakai baju raya tahun lepas je laaa.

Jumaat ni dah start cuti. Korang cuti lama? This year thn ke 2 aku cuti seminggu raya. Kalau tak dulu2 raya ke 4 dah keje. Korang mcm mana?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 8, 2012

WW - Kasih

Windu sama ini budak
Kenapa comel sgt ni?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 6, 2012

One year oledi !

Jumaat, 3 August...15 Ramadhan

Muhammad Aqil Haiqal...mommy's lil munchkin turn one year old!!

Bila kenang2, mommy plak sebak sbb gembira Aqil dah umur setahun! Mummy ko mmg poyo kan Aqil? Hahahahaaaa mcm laaa aku bela dia lama. Bukan apa, syg berlebihannnn sket kt Aqil sbb masa lepas pantang kan mak aku jaga Aqil kejab. Pastu kalau bbsit dia cuti, ibu dia hantar sini. Kdg kalau aku cuti, aku mintak kt ibu dia nk jaga. Mana laaa aku tak syg dia lebih sket kan?

So Sabtu kami ajak buka puasa sama2. Mak masak nasik minyak sempena Birthday Aqil! Then mak suap nasi yg super duper sodap tu kt Aqil. Kemain suka la si debab ni mkn! Mak suap puding roti yg dia buat tuk Aqil mkn. Aqil mmg semangat kalau mkn! Bising mulut dia kalau tak dpt mkn! Aku acah2 suap tembikai, kemain mengamuk dia sampai nk korek mulut mommy nih! Amboi! Amboi! Amboi!

Aqil dah pandai few words like... bak (mintak brg or food), tepuk dahi kalau kita sebut adoi, pandai salam, bye bye, flying kiss, panggil Achu (mak su dia la), abah..erk tu je kot! Haaaaa dah pandai jerit2 marah kalau org cerita pasal dia! Tak sempat aku record time dia marah masa ayah ibu dia cerita dia tak mo duduk walker and car seat. Mmg kelakar!

Ape pun, mommy really looking forward for this coming raya sbb semua munckin mummy akan raya umah kami rite after umah nanny! Aqil cepat2 pandai jalan eh, pakai baju raya nanti mesti encem! Mummy bought 2 kemeja as a birthday present for Aqil!

Happy Birthday Aqil... mummy cayang Aqil ketat2! (Kak Nana, Abg Eein, Kak Esya, Abg Adam and baby Kasih too!)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 2, 2012

Bukan robot lah!

Aku kannn... menyampah time nk komen blog org nk kene verify ape jadah bagai ni! Menyampah sebab menyusahkan! So sape yg ada add on verification ni sila la REMOVED!!!!

Ewah byk cantik haku nk arah2. Tapi seyes aku nyampah !

Kemon lahhhhh! Kita bkn robot!

Published with Blogger-droid v2.0.6