Assalamualaikum
wahh.. muslimah tak iolss? ok foine ni gambar lama. Kat Pusat Islam nak buat kad kawen tak silap. Comel kan ahkak? *tepuk bahu sendiri*
Gambar atas: Tudung RM20 (kot)
Gambar bawah: Tudung Ariani (Rege tak tahu sbb makcik sponsor)
Sekarangkan isu Tudung FAREEDA.
Tak menahan yang dok komen kebanyakan kemain pelbagai kejian. Tak baik tawww takkk?..Basic nye.. dia ada hak utk patten kan design dia.. cuma yg di cetak rompak memang tak boleh control lah. Tapi serius tak paham yang maki hamum ni. Ko dah kenapa? Sakit ati sgt sampai doa yang tidak baik. Kang merankak ko nak mintak maap kat si Mawar.
Pada pendapat aku laa... kalo rase tudung brand Fareeda ni mahal. Jangan beli! Banyak lagi pilihan kat luar tu. Sekarang ni banyak fesyen tudung. Ko pakai bawal RM 5 hengget pon tetap leh bergaya and nampak jelita nak mampos kalo pandai gayakan. Betul tak?
Orang yang sanggup beratur kt butik Fareeda ni adalah peminat design Fareeda. Memang beratus.. tapi tak salah utk org yang mampu beli. Golongan yang benar2 mampu.. or yang sanggup simpan duit and rewards diri utk kepuasan. tak salah kan?
Yang di jual mahal mmg beza kot! yang aku pasan la.. dari segi kualiti kain and jahitan. Brooch design ekslusif la.. aku mmg belum berhijab. Tapi ada la g butik tudung and belikan mak aku.. memang la beza. Jangan ko compare kualiti butik dgn pasar malam ye kak jaj!
So isu sebegini tak perlu la sampai nak caci maki. Kalo tak mampi brand FAREEDA.. ko beli la brand PARIDOH! Kalau kat butik rege selai RM200.. ko beli la kat pasar malam RM20. Pastu ko boleh beli 10 helai pakai sedondon dgn uniform office. Pastu leh perform as kumpulan "Marhaban ya Marhaban" .. boley tubuh kumpulan nasyid El Paridoh! Giteww kak jah!
So.. TEPOK NAFSU TANYA POKET!
Renung renungkan .. Selamat beramal!
Wassalam!
1 comment:
Gitewwwww....
mcm kenal je ngan tudung doploh hengget tu. kahhhhhhhh
Post a Comment