:: Mr & Mrs Ee ::

Monday, June 30, 2014

Sendu

As salam..

Amacam puasa? Harap semuanya ok! Semalam berbuka sendu je menunye.. kahh . Menu bujang je. Maklom la mak sakit. Takde air tangan mak la kann.. Semalam laki aku balik rumah arwah mak dia and berbuka dengan kakak2 dia. Adik bongsu pergi print assignment dia then terus singgah PARAM beli kuih muih. Kitorang ni memang jenis berbuka jarang makan nasi. So menu gini je la pon dah alhamdulillah....

Banyak kuih lembut sebab mak yang request. Semua sedap kecuali popia tu kureng sket  Apapun syukur rezeki berbuka 1st day puasa.
Nasi Goreng Sutun for Sahur

Tengahari tu masak untuk mak (mak tengah kimo. keadaan lemah tak di galakkan berpuasa) so masak nasik lebih sebab memang plan nak goreng tuk sahur. Tengok ada sotong. Lets perabihkan binatang lam petiais.. Kul 10:30 mlm aku  dah masak and terus makan. Laki and adik2 tak sure derang makan pukul bape sbb melayan bola kan.

Ni tadi tengahari dah siap masak lauk Ikan Bilis Kicap. Mak makan lauk tu je. Malam kang pas berbuka ingat nak g Jusco jab beli binatang2 dan tumbuh tumbuhan sket. Balik tu ingat nk tambah lauk telur dadar + egg tofu. Jadik la yang simple2 kan. 

Sekian dari Dapur Aellynn Suri Rumah!

Sunday, June 29, 2014

Eid Mubarak!

As salam... Ramadhan Day 01

Eceh siap mcm counting je.. day 01 katanya! Aku nak ucapkan pada semua yang singgah blog ni SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT di bulan penuh barakath ini. Semoga segala pengampunan dan amalan kita di terima olehNya. In sha Allah.

Jangan lupa niat puasa okeh! Bek pasan g niat puasa tuk sebulan terusss!
Salam ramadhan untuk semua
Sharing!

- Bubye

Thursday, June 26, 2014

Habang Korea

As salam semua

Korang dah lunch? Aku tengah bako ayam. Kelmarin check freezer kemain banyak binatang yang dah kene frozen dengan Elsa. kahhh.. nampak ada ayam, sotong, isi2 ayam, kepala ikan, ikan2 ntah bila kurun. Lets la bakar ayam.

Kemain rajin aku arini. kul 6:30pagi dah bangun goreng nasi. Demi habang Korea. sapo laeiii? Shuben kesayangan den laaa... Pagi tadi dia g keje lewat sket. Tanya nak nasi goreng tak? Jawabnye boleh ajerrr. Baiklah dinda ke dapor sekarang ye kanda..

Semalam dia touchdown KL dari Korea. Flight delayed sket. So sampai KLIA 2 dah kul 10:30mlm. dan dan gelupur cakap 3 hari tak makan nasik! poyo la ko bang. Dia g meeting 3 hari je kat sana.. fly Isnin, meeting Selasa and Rabu dah balik. pakkallah keadaan aku tak mengizinkan untuk fly buat masa ni. kalo tak sure aku extend 3-4 hari jalan2 kt sana.
Shuben whatsapp gambar kat sana. Ni kat Insadong... ada tempat gantung2 kunci katanya. Ape ke ruginya laki aku ni g Seoul tak mo jalan langsung. Sedeyh idop laki mak nok. dia meeting half day je Selasa tu.. leh je Isnin malam tu g Myeong-dong ke? Namdae-mon ke? Dongdae-mon ke kannn? dari hotel dia stay tu naik cab like ₩3,000 - 5,000 je pon. lepas meeting leh je g kejab naik Namsan Tower tempat kunci2 tu. APTB la laki aku neh. Dia tak tau bini dia punya la terkinja2 feeling moment masa kat sana.

Haaa.. ni bini Habang Korea! nak jugak selit! kihkih...  InsyaAllah bila aku dah fulky recover and Ee ada meeting kat sana lagi aku nak ikot! kahh dasar gedik. kihkih.. 

Ni nak cerita sket. Laki aku ni selalu outstation tp dalam Malaysia je. Meeting pon kalo oversea Singapore je pon. Ni la pestime paling jauh aku rase  dia  kene kerja. Sebelum ni trip paling jauj dia fly g Umrah la tahun 2007. Kalo sape yang rajin baca blog aku ( eh ada ke?) aku ngan hubby tak pernah travel nek katebang sama2. Kesian kan? sepangjang kawen dah 5 tahun ni tak pernah fly somewhere over the rainbow jah! Tau tak sebab apa? Laki aku tak suka travel sebab selalu sgt outstation.. tak suka naik flight lama2.. and tak bole idop tanpa nasik!!

ha kawwwww! Dia fly g Korea ni aku punya la risau dia lapar. siap suh dia g makannkat muslim Restauran kt area Itaewon tu. Agak jauh dari Hotel dia dlm 40minit camtu naik teksi. Naik Tren lagi la harommmm dia nak try. So dia bawak bekal meggi. Kat sana ada fastfood leh je makan. Maybe laki aku ni jenis tak biasa. Poyo je bila dia touch down cakap LAPAR NASIK DAH 3 HARI TAK JUMPA NASIK! chaittt. Isnin pagi fly to Incheon dalam flihht dah makan NASI LEMAK. Selasa tak jumpa nasik. Rabu balik Mesia makan NASI AYAM. Touchdownn je ckp gelupor nasik. Astagaaaaa... baru 3 hari je away kot! next time kalo travel ngan dia aku kene bawak periok nasi, beras skalik! haihhh.. mengalahkan aku yanh travel 2 minggu ke Korea last year tu. Dia ckp..ei tobat la nak g sini.. carik makan susah. Kahhhhhh

Tuesday, June 17, 2014

PapaRich

As salam

Lama tak update. Kekangan keadaan katanya.. ok la saje nak citer pasal makan. hahaha nampak sangat macam takde xtvt melainkan makan, makan & makan!

Tiap kali nak makan mesti nak gaduh ngan laki. Padahal nak decide makan je kot. Kadang tak tau nak makan apa kan? lagi la condition aku sekarang ni kena pilih2 makan. Susah jugak la bagi aku. Fikir fikir.. aku ajak laki pegi ke area Prima Sri Gombak srbab situ macam2 kedai makan ada.. sampai sana baru decide.
Merah Mak Ngah.. tapi lipstik tak berapa nak merah. Rase segan plak nak merah bagai.. hihi

ke PapaRich kita! musim El Nina melanda! bak ang panas.. time ni dah pukul 5 ptg baru hegeh nak makan tengahari. Mana la perut ko tak bocor! Lemon honey for me.. watermelon cocktail for my laki.. 

Superlove! Tak sangka sini ada jual dim.sum! Sian aku baru tau kannnnn!! Mana la tak kegirangan.. makanan kesukaan ada di sini. Each flavour tu ada 3 ketul berharga RM6.90...makan 6 ketul tu and ada 1 plate lagi dimsum hat goreng tapi rasa tak kenyang plak. kahhhh tapi lepas ngidam jadik laaaa. Unsangkarable dapat makan dim sum petang tu.. Next !!
Laki aku makan nasi goreng siap ada chiken wings and 2 cucuk satay. Pon sedapppp! Aku plak macam tak kenyang.. dim sum tu pon sambil makan sambil suap laki gak. Macam mana la aku rase tak cukup?  So order Garlic Nan & kuah kari tu. ya tuhannnn sedapppp sangat nape nihhh??!!! yang butter peaut tu so yummylicious sbb kacang dia kasar2 atas tuh. Aku dah macam pompuan saiko sambil makan sambil cakap sedap. Sambil paksa laki aku makan skalik. hihihi... bersyukur sangat hari tu aku berselera makan sampai laki aku pon terkujat tengok bini makan macam antu raya!


Di akhiri dengan ini. Actually aku order air kosong sejuk. Tetibe datang air ni. Aku ingat dia salah anta. Rupanya aku silap code order. Bismillah je laaa...  Laki plak cakap aku sengaja tersilap code. Kalau aku saja baek aku mintak air yang palinh mahal! 

ok la.. panjang berjela entry ni. Padahal citer makanan je pon. Pasal makan punua la girang gumbira!

-Bubye-

Friday, June 6, 2014

Ngidam

Salam Jumaat

Wahh tajuk nak top je.. hihi.. lately ni kan tak sihat so tekak ni mcm nak mcm2 je. Tapi ngidam bulan puasa lagi tak leh blah.. Since sekarang kene soft diet so makan pon tak berapa lalu.. tekak mulut rasa payauuu je.. tu yang terngidam2 bagai.

SKITTLES HUJAU penyelamat bumi!

Since sekarang macam terajin muntah meloya.. maka ni yang terpaling best aku ghase. Nak makan mangga masam tu cicah kicap pedas a very big No No No! makan benda ni pon jadik laaa..

TAUHU SUMBAT

Tauhu kan lembut.. oh nyumss! tp buh cili sket laaa... mana sedap makan telanjang gitu je kan. Super sedap!


eh actually byk benda laaa.. tapi ada yg aku makan gak pastu bluwerkkk semua! huhu... Tapiiii!! semalam pas anta mak g check up kt spital aku balik umah nenek aku. Siap request kt makcik aku nak French Toast! Simple je.. tp kalo ko dah teringin memang nak sangat la kannnn? Apatah lagi dpt makan. Alhamdulillahhhh.. nikmatnye rase!


ok tu je nak citer. Pehal ntah arini nak update mcm tunggang langgang je ghase. 

- Bubye -

Wednesday, June 4, 2014

Belated celebrations!

As salam semuaaa

Haihh lama tak update. Bukan apa... sebulan ni kesihatan sangat tak mengizinkan. Dalam seminggu tu 2 hari je yang aku larat bangun. Selebihnya banyak rehat. Hari ni nak update makan2 dengan family sempena mother's day and meraikan keputusan adik bongsu aku dapat sambung Diploma kat Uitm Alor Gajah. Previous dia buat pre-commerce kat Uitm Jengka.

Me and beloved mom. Mak sekarang rak berapa sihat. Mana nak jaga diri lagi.. nak jaga aku.. jaga adik adik... blessed mak sentiasa kuat semangat walaupon pelbagai dugaan yang sedang kami lalui. Kalau tak de mak.. aku mungkin tak kuat semangat and jadi manusia rapuh... :(

Yang di raikan.. MOM & si Bongsu... Aku proud adik aku dapat masuk UiTM. maklum laa legasi dari kakak dia... harap adik belajar sungguh2 k. 
Anyonyonyo... Mr Shuben shaye...suka je photobomb gambar2 aku amik. kedengki sgt kannnnn!!... Tapi comel kan laki aku pakai baju Pink. namoak Jambuuuuu je. hikhikhik
Appetizer... this time makan kat Penang Village Great Eastern Mall je. Weekend senang parking sebab office mostly tutup. Nak makan kt Cozy House tapi cam biasa tempat tu jenuh nak beratur.. So 2nd choice Penang Village je laa. Makanan pon ok ok je kan. Ni je gambar yang ada. Handphone S3 ku ini nampak mcm dah tak gojes dah kalo snap. Sadisss
Eh ada sekeping.. ni yang aku order. Aku sekarang langsung tak boleh makan pedas.. so makan Wantan Dry Mee ni... tp rase tak kick la sbb x leh balun ngan cili potong kan. tsk tsk sadeyyyy hidop ko! Sekarang ni aku on Soft diet je.. huhuhu
Last.. of coz la gambar pompuan rambut umpama jerami gitew.. haihh macam hape je rhope aku ngan rambut gini. tapi tetap nak feeling gojes.

ok then

- Bubye -