:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label mum. Show all posts
Showing posts with label mum. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

1/2 kg Karipap Rindu

Salam semua.

Selamat Pagi!

Awal aku bebel pagi. Sebabnye.. perut pepagi dah mintak di isi. So pagi ni breakfast Karipap Terlanjur Rangup. Actually aku dah taip resepi separuh tadi. tetibe hang plak. Kalau rajin aku buh lagi skali eh

Actually ni 1st time aku buat karipap dari scratch. Harini hari ke 40 arwah mak. RINDU sgt! Al fatihah.... Sambil buat kelim karipap tu teringat moment bersama2 arwah. Selama ni nak makan apa semua arwah mak sediakan. Sekarang dah takde kene la usaha sendiri kan.

INTI KENTANG & DAGING

DOH KULIT KARIPAP TERLAJAK RAPUH

Hasil seni gentelan kelim Karipap

My morning Breakfast!

"Karipap Terlanjur Rapuh"

Perut sudah kenyang.. Miam!! 

Nanti i share resepi k!

Tuesday, August 26, 2014

Al-fatihah untukmu Bonda

Salam semua

Hari ni hari terakhir Syawal.. Syawal yang pilu untuk aku sekeluargal.. Beberapa kali aku cuba update pasal hal ni, tapi tumpaini sudi menedeka dgn air mata. Seriusly aku benar2 tak rasa apa itu SYAWAL untuk tahun ni.

RABU - 30 July 2014, 3 Syawal jam 10:05 pagi...

Perginya bonda tercinta mengadap penciptanya.. Sudah sampai perjanjiannya, meninggalkan kami semua.. meninggalkan segala kesakitan yang dia tanggung selama ini. Berakhirnya perjuangan dia melawan Kanser Payudara.

AL FATIHAH buat Bondaku... Damailah engkau di sana. 

40 hari sebelum... 

Entry2 sebelum ni aku ada update pasal.

Maaf.. aku tak boleh nak teruskan entry ni. Hiba dan sedih masih terasa. Mohon yang membaca entry Ini menyedekahkan surah Al Fatihah buat arwah bonda.

Salam

Al-Fatihah

Tuesday, July 8, 2014

Happy Birthday MOM!

Salam Ramadhan

Hari ni birthday my mum yang ke 56 tahun. Happy birthday Mak. InsyaALlah Sabtu ni kita buat makan2 skit ye.

Mother & Dotter

Gambar ni betul2 sebelum mak sakit balik. Mak sekarang memang betul betul tak sihat. Kesian sangat kat dia. Ramadan kali ni ujian sekali lagi untuk kami sekeluarga. Terima Kasih ya Allah, berikan ujian ini untuk kami. Besar rahmatnya atas dugaan yang sedang kau berikan. 

Lama aku tak kongsi cerita pasal mak kan? Aku sangat2 serabut, tak tau nak mula macam mana. Keadaan aku sekarang pun belum pulih sepenuhnya dan mak pulak di uji dengan kesihatan dia. Ye.. kanser mak is getting worse. Sebagai anak aku berusaha untuk mencari supplements yang sesuai untuk dia. Hiba hati tak tau nak cakap macam mana tapi aku percaya ada hikmah senalik ujian ini.


Keadaan ,mak 3 minggu lepas. Actually mak buat kimo lagi untuk new cycle. Kali ni ubat kimo yang diberikan ubat baru. Kira mak orang pertama pakai. Mak warded hari Rabu and kene stay untuk 3-4 hari kat wad. Masa nak kimo ni keadaan mak memang tak berapa sihat. So faham je la bila badan tak sihat and tambah pulak ubat kimo, maka bertambah tambah la lagi kesakitan yang dia tanggung.

Hari ke 4, Sabtu malam tu dah boleh discharge. Petang masa aku call nurse cakap dengan aku.

"mak awak ni memang pelupa ke? Dia cakap macam berulang ulang."

Aku macam pelik la kan? Hmmm tak pe lah.. aku ckp kul 8:30 mlm aku dtg amik. Malam tu aku tunggu kat kereta, hubby ngan adik yg bongsu je naik amik mak. Dekat 1/2 jam tunggu.. aih.. pesal lama sangat nih? Then laki aku call suruh naik. 

Masa aku dah kat wad tu macam ni la keadaan dia. Masa kat wad ni nurse tak bagi mak balik sebab keadaan mak tak stabil. Tiba tiba je jadi macam tu lepas abis kimo. Tangan mak kiri kanan bengkak. Cakap pun meracau racau... this time memang fikir bukan bukan dah. Aku call family lain. Semua datang malam tu jugak tengok mak. Dekat pukul 2 pagi jugak la aku baru balik. Keadaan aku tak mengizinkan untuk jaga mak. Nasiblah nurse bagi kelonggaran untuk adik aku yang lelaki tu jaga.

Mak jadi macam ni sebab kesan ubat kimo tu. And bacaan gula dia sangat tinggi malam tu. So malam tu nurse pantau setiap 1 jam. Esoknya mak dah stabil sikit tapi percakapan dia kadang2 ke laut. Lepas stay beberapa hari mak dah boleh balik tapi keadaan mak sangat sangat lemah. Bangun dan berjalan pon dia tak berdaya.

Itulah serba sedikit kisah mak yang dapat aku share. Bersangka baik dengan Allah. Dia tidak menguji hambanya yang di luar kemampuan kita. Rabu lepas mal patutnya kene kimo lagi tapi mak mintak tangguh sampai dia betul2 sihat semula. And doctor pon setuju untuk cutikan kimo buat semenyatara waktu ni.


Mak, Selamat Hari Lahir... Semoga mak terus kuat untuk berjuang melawan kanser. Mak lah kekuatan kami sekeliarga. Mak terbaik untuk kami semua. Moga Allah panjangkan usia Mak, meringankan kesakitan yang Mak lalui dan permudahkan ujian yang sedang kami lalui. Selagi ada hayat insyaallah kakak akan sentiasa jaga mak macam mana Mak jaga kakak selama ini.

"Sekaya mana pun kita di dunia Ini... apa yang kita nak mungkin kita boleh perolehi. Tapi kita kena ingat IBU & AYAH memang tiada galang gantinya di muka bumi ini. Jika tiada lagi jasad mereka di depan mata kita, betapa tidak berpenghujungnya kerinduan kita pada mereka"

Al-fatihah untuk Abah.




Wednesday, June 4, 2014

Belated celebrations!

As salam semuaaa

Haihh lama tak update. Bukan apa... sebulan ni kesihatan sangat tak mengizinkan. Dalam seminggu tu 2 hari je yang aku larat bangun. Selebihnya banyak rehat. Hari ni nak update makan2 dengan family sempena mother's day and meraikan keputusan adik bongsu aku dapat sambung Diploma kat Uitm Alor Gajah. Previous dia buat pre-commerce kat Uitm Jengka.

Me and beloved mom. Mak sekarang rak berapa sihat. Mana nak jaga diri lagi.. nak jaga aku.. jaga adik adik... blessed mak sentiasa kuat semangat walaupon pelbagai dugaan yang sedang kami lalui. Kalau tak de mak.. aku mungkin tak kuat semangat and jadi manusia rapuh... :(

Yang di raikan.. MOM & si Bongsu... Aku proud adik aku dapat masuk UiTM. maklum laa legasi dari kakak dia... harap adik belajar sungguh2 k. 
Anyonyonyo... Mr Shuben shaye...suka je photobomb gambar2 aku amik. kedengki sgt kannnnn!!... Tapi comel kan laki aku pakai baju Pink. namoak Jambuuuuu je. hikhikhik
Appetizer... this time makan kat Penang Village Great Eastern Mall je. Weekend senang parking sebab office mostly tutup. Nak makan kt Cozy House tapi cam biasa tempat tu jenuh nak beratur.. So 2nd choice Penang Village je laa. Makanan pon ok ok je kan. Ni je gambar yang ada. Handphone S3 ku ini nampak mcm dah tak gojes dah kalo snap. Sadisss
Eh ada sekeping.. ni yang aku order. Aku sekarang langsung tak boleh makan pedas.. so makan Wantan Dry Mee ni... tp rase tak kick la sbb x leh balun ngan cili potong kan. tsk tsk sadeyyyy hidop ko! Sekarang ni aku on Soft diet je.. huhuhu
Last.. of coz la gambar pompuan rambut umpama jerami gitew.. haihh macam hape je rhope aku ngan rambut gini. tapi tetap nak feeling gojes.

ok then

- Bubye -

Thursday, April 17, 2014

Seoul Garden

Assalamualaikum

Wahh rajin tak iols update? Kalau boleh nak update selalu.. last year sikit sangat entry aku update. Padahal byk je story nak coret kat sini. Maybe last year terlalu busy.. now bila tgk gmbr2 dalam folder kemain banyak! Now rase rugi tak update. Sebab apa tau? Gambar2 kat blog sendu ni sync kat folder gallery handphone aku.. so bila kebek balik gmbr2 tu ada la kenangann.. pastu kebek balik cerita yang aku up tu.. oh manisnya untuk di kenang. Walau pon orang yang singgah blog tak ler riban sehari.. tak kisahlaa.. janji untuk kenangan aku masa depan. Ye tak?

Aku dgn pompuan kesayangan.

Isnin aritu nak g Pejabat Pos. Malam sebelum tu masa nak enter parking mcm ternmpak Pejabat Pos kt basement parking. So ajak la mom and adik again ke KL Festival Mall. Dengan misi nak g makan SEOUL GARDEN! Hhahahah motip sangat ko pompuan!

Tengok kt fesbuk pompuan ni update tgh makan coklat atas katil. Whatsapp dia tanya nape x kerja? Dia kata MC. Ok set..Lets lunch together bebeh! So kutip la dia di tepi jalanan tuh.. hahhaha kalo dia baca ni mau kene carut aku ni!


Adik aku tengah coti sekarang sementara tunggu result pre-diploma dia. So dia ada senang sket. Dia je la yang drive. Di sebabkan dia je yang dah pernah makan kat sini.. kena la bawak dia supaya iolss tidak kelihatan very the village people. haahahahha


Steamboat and Grill... okey2 je la. takde la sedap sangat bagi aku. AtLeast dah cobaa.. pricey gak la.. aku rase makan kt Chilis 4 org pon lagi muran and food kualiti lagi bagus. Kitorang makan semangkuk steamboat and sepiring grill2 tu dah kenyang. Kalo org jenis leh sumbat makan berulang2 mmg berbaloi laa.. 


Perempuan ni memang jadi assistant aku sampai bila2. Tu la motip ajak dia. Dia la tukang jaga aku kalau kita travel. aku nak makan apa semua dia la bantu. Love you kesayangan.. Dia kalo datang rumah aku pon dah macam rumah sendiri. Kira dia Executive Bibik aku la.. nak makan? g la goreng karipap ke.. nugget ke.. nak minum? bancuh la sendiri. amik je la apa2 yang ada lam esbok kt dapor.



EMAK kesayangan saya! Mak sekrng tengah kimo lagi.. biase la bila kimo effect kimo tu x menentu. Now rambut start nak gugur. Pastu lidah dia langsung x leh makan pedas2. Pity her. Sebelum ni tangan dia bengkak. Memula kanan.. pastu kiri macam tangan Popeye dah. Tapi masa kitorang makan kt sini, tetibe mak boleh makan pedas. Alhamdulillah sgt.. mak happy dapat makan pedas. Tapi esoknya backto normal. Alah pedas. Tkpe mak.. syukur dapat makan sedap kejab. Nikmat! Kita kalo makan tak pedas confirm payau je mulut. Selera pon leh hilang.

Ok laa.. tu je nk cerita. Korang lunch apa hari ni?



Sunday, February 2, 2014

Happy CNY!

As salam semua..

Xin Nian Kuai Ler! (Selamat Tahun Baru)

Wah cuti panjang ni for sure ramai yg bercuti sakan. Aku mmg hado la nk berjalan.. mcm2 berlaku few months ni. Bermula dgn keadaan aku sendiri.. kendian mak mertua sakit tua.. awal tahun aritu 6/1/2014 mak mertua meninggal... then lepas tu adik  no. 2 mcm2 hal. Baru reda dia and mak masuk hospital pd hari yg sama. Kelam kabut aku laki bini,

Mak last kimo 2 minggu lepas.. time last ni pulak kene effect naw naw! Memula demam.. pastu tetibe tgn kanan x bole gerak. Takut aku! Dia x nk masuk hospital sbb mase tu adik aku x bole berjalan. Tetibe kaki kanan bengkak. Yg adik x nk msk spital sbb mak tgh sakit.

Ko x pening jahh?

Laki aku pun serba salah nk g keje n segan dia nk cuti. Ye laa since aku sakit bulan November last year.. then arwah mil sakit.. mmg dia selalu cuti, aku pon risau la kan? Tp dia terpaksa cuti sbb aku pun tgh demam teruk time tu... mmg aku paksa both msk spital. Mak wad kt HKL, adik kt Spital Ampang. Ye laa sakit kt dlm kita tak tau kan? Mana la aku laki binimx serabut. Next day result, doctor ckp adik just kene infection & mom effect kimo tu kacau saraf dia.

Jumaat baru ni adik discharge. Then terus mkn besar kononnye.. adik bongsu pon blk cuti.. mom pulak sbb KL cuti,so doctor dia nk tgk progress Selasa ni. Maybe paling cepat discharge Selasa or Rabu. Suppose Khamis aku bwk mom holiday g Kuching. Tp terpaksa la cancel sbb aku pon blom ready to fly and keadaan x mengizinkan buat masa ni.. insyaAllah ada rezeki kami di lain waktu.

Eh terpanjang plak bebel...

Xoxo
Aellynn

Thursday, December 1, 2011

6 pesakit terima sumbangan

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa melawat Karnival Kesihatan Sekretariat Kebajian, Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Timbalan Presiden UMNO itu yang hadir bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kemudian menyampaikan bantuan kepada enam pesakit termasuk warga emas yang menderita penyakit buah pinggang dan angin ahmar.

Pesakit tersebut adalah Mohd. Aimi Mohd. Bukhari, 34, yang menderita penyakit buah pinggang; Mohamed Razali Abdul Karim, 67, (angin ahmar); Saamah Saad, 53, (kanser payu dara); Mohd. Nor Abdul Hamid, 64, (kencing manis); Mohd. Supie Ismail, 57, (kencing manis) dan Maarif Mabol, 50 (buah pinggang).

Setiap pesakit tersebut menerima sumbangan RM100 daripada Yayasan Angin Ahmar Melaka dan sumbangan iringan.


-----------------------------------------------------------


Semalam mak aku g PWTC. terima sumbangan dari pihak di atas.

heheheheh - sumber: Utusan online

Thursday, November 10, 2011

Alhamdulillah.. selepas setahun


Alhamdulillah..ni la mak aku hari ni. Sihat kan dia? Syukur sgt mak sihat seperti sedia kala. 2-3 hari lepas, aku kebek entry setahun yg lalu.. sedih sgt sbb keadaan mak sgt teruk masa buat kimo. But Alhamdulillah, lepas setahun ni la keadaan mak aku.

Mak banyak rehat sampai dia boring. Raya baru ni dia amik balik tempahan jahitan. But only for close relative and yg senang2 je la.. baju kurung, kurung moden, kurung Pahang sudahhh… no lining2 yer! Hahahha

Tak pernah seumur hidup mak jaga anak org, and haritu dia tlg jaga cucu sedara dia for about 2 weeks. Owh Aqil kamoo sgt bertuah nenek jaga kamoo. Kahhhh… pastu dah rindu kat Aqil plak dia, huhuh… mummy pon rindu Aqil jugak!

Aktiviti terbaru dia siapkan 9 hantaran kazen aku tuk bertunang last week. Siap gubah fresh flower bagai. Haaa kooo! Mak aku tu mmg tak reti duk diam. Ada je benda dia nak buat. Biase la dia dah biase busy, dok2 saje memula dia suka lelama buhsan!. Dia ckp nak keje kedai cina buat gubahan la.. ada2 je mak aku neh.

Actually, mak skrg tgh buat kimo lagi. Dia kene buat another 17 sesi kimo. Tapi aku tak sure kimo ni panggil ape la. Tapi mmg takde effect ape pon. Mak still drive pergi and balik sendiri. Now ada balance dalam 7 kali kot. Ni doctor yg rekemen. Kimo ni ala2 pencegahan katanya. Memula aku takut jugak kalau2 mak tak kuat macam sessi terapi dulu. So far Alhamdulillah. Mak masih kuat.

Happy kan bila rase org yg kita sayang sihat dan ceria seperti biase. Mid of December ni, aku ngan mak akan fly berholiday berwinter2 ke Guilin, China. Musim sejuk okeh! Memula aku takmo pergi, tapi mak beriye nak sgt pergi. Sbb dulu dah janji kalau mak dah sihat mmg nak g jalan2. Heheheh… mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Insya’allah…

“Dugaan Allah SWT terlalu hebat, sama seperti nikmat yang di berikannya... “

Friday, January 7, 2011

Itulah Mum!

Salam Pagi Jumaat semua!
Aku x de tujuan nak aibkan mak aku. sekadar berkongsi pengalaman. ini lah keadaan mak sekarang. Rambut mak mula gugur selepas kimo kali ke 2. kira2 pertengahan puasa yg lalu. Gamabr kat bawah ni, menunjukkan rambut mak yg mula tumbuh berbanding beberapa bulan lalu. ini la perubahan ketara fizikal yg mak alami.

Selain rambut gugur, kuku mak pon jadik lebam cam ni. tp kalo korang tgk, ada pergerakan pada pangkal kuku tu seperti nk tumbuh baru. perubahan tu berlaku sejak mak buat rawatan kat Ceragem tu. alhamdulillah nampak mak ada perubahan.

oh yea.. kelmarin mak dah start rawatan Radiotherapi kat HKL. Rawatan ni selama 15 hari berturut2 kecuali sabtu ahad coti la kan.... anak2 x teman pon. alhamdulillah setakat ni x de ape la.. mak leh memandu pergi dan balik sendiri. Mudah-mudahan semangat mak kuat meniti hari2 berikutnya. Insya'allah.

Tuesday, January 4, 2011

Tq Mum!

Di sebabkan mata ku rabun gaban, maka ibu tersayang telah membantu anak nye yg manja memotong kuku kaki. hehehhe... macih mum!

Thursday, December 30, 2010

Mak Saya!

Update pasal mak saya!
Alhamdulillah.. mak is getting better. Sejak makan pil hormon, selera mak adalah sgt.. sgt.. okeh! Dia selera tul makan. Kalo dulu dia x kisah nak makan sgt, skrg ni dia order aku makan saki baki dia je. Cery berry pon dah x de. syukur sgt.

Kisahnye... Sekarang ni mak pergi treatment kat CERAGEM . lepas 3 kali buat treatment ni, nampak kesannyer. Mak makin sihat, x de cery bery, kaki mulai surut... much much better. and mak ckp kat centre ni ramai org sakit dgn pelbagai penyakit dtg buat treatment dan ada kesan yg memberangsangkan.

Sebagai mana mak citer, ada sorang budak muda ni kene pukul dan paralyse.. lepas setahun buat treatment, now dah bleh berjalan. dan... perkhidmatan ini adalah PERCUMA! aku encourage mak untuk pergi, sblm rawatan radiotherapi bermula bulan depan. aku nampak mak happy. setiap pagi semangat tul dia nk g CERAGEM ni. kul 7 pagi tiap hari dia drive sendiri g ke Ampang. Rawatan ni mengambil mase selama 45minit. aku x pernah tgk ad insyaallah... mmg aku nk g try rawatan ni. nanti ada info aku letak sini eh. mane la tau kot2 ada kalangan keluarga kita yg sihat dan perlukan rawatan alternatif, leh la cuba. lagi pon FREE. jom kita!

Monday, December 6, 2010

Sudah Discharged!


Alhamdulillah… mak dah discharge Jumaat lepas. Kemain kul 8.30 dah call aku ckp dah discharge. Nasib baik aku malas nk g keje jumaat tu.. ekekekeke… malas memanjangggggg ajer kan?.. mmg pg tu malas giler nk g keje, sbb khamis dah tau mak discharge ari jumaat. Tp aku budget2 petang la.. sekali pepagi mak dah call. Terus tepok2 laki aku suh tidur jgn g keje jugak. Kah3.. jgn fikir lain.. haipp haippp …

So, aku bermalas2 la duk umah kan. Eh, tak malas.. tp RAJIN okeh! Terus kemas2 umah, cuci piring, cuci toilet, dan.. MASAK. Mak masak okeh! Masak tom yam Seafood & telur dadar ajer. Kembang2 jari jemari aku kopek kulit udang & siang sotong. Kahhhh…

Lepas masak2, sambung keje secretary to encek hubby. Membooking tiket kapal tobang + Hotel. Dia ada meeting kat KK. Arghh mencik x leh ikut! Leh je ikut, tp tiket sgt2 mahal. Maklom ler fly hari ahad balik ari isnin. (balik mlm kang yeayyyyy!!)

Ko tauuu?? Tunggu punye tunggu… dr kul 8.30pagi dah bg tau leh discharge, kul 3pm aku call mak, dia kata ubat lom dapat lagik. Hahahaha.. cargas! Nasib aku lom mandi nk kuar. So dahs ettle semua, aku bersiap2. kul 4pm baru gerak g spital.. cun2 je aku sampai kat wad, mak pon tgh amik ubat kat kaunter, huhu cargasss!! Mari kita pulang!!

Keadaan mak mase balik tu.. kasian mak. Perot dia kembong & kaki membengkak. Risau aku.. bagi minum air halia.. urut2… lambat surut. Sampai ahri ni masih mcm tu lagi.. Selera makan mak pon nampak ok. Tp kadang x ok.. biase la sihat2 org sakit kan? Setakat smlm dia lalu la mkn 2 ketul kueh, mlm mkn ciken wing 2 ketul… byk jugakkan? Alhamdulillahh.. dah ada selera. Cirit birit tu pon dah kurang..tu pon lepas aku bg dia minum air aloe vera. Nampak ada kesan yg memberangsangkan. Mudah – mudahan.. lepas ni kesihatan mak bertambah baik.

Wednesday, December 1, 2010

Update mak

Smlm ptg jenguk mak. Alhamdulillah.. nampak mak sihat sket. Suara pond ah kuat. Keh3… Cuma masalah cery bery masih melanda. Mkn pon dah ok sket. Tp still mkn bubur je laa… Tgh hari smlm makcik2 aku dtg bwk mknn. Ada yg bawak nasik + sup sayur + ikan goring.. mak ngah aku plak bwk tomyam seafood dgn bubur… ptg tu kemain je semua dia nak. Aku dah budget2 nk bwk balik kot2 x yah masak . (mmg x masak punyer keh3). NAsib dia makan bubur, so ptg smlm dinner kat spital adalah nasik ayam. Laju je aku mkn.. keh3

Malam aku call mak, dia kata sakit perut. Nak memerut mega2. hummm.. sian gak. Tp nampak dia dah lalu nk makan tu. Kira ok la kan…

Kali ni doctor ckp, mak kene tahan lama sket, sbb nk pastikan dia betul2 fully recover. Sbb mase before kimo aritu, dia kan warded gak, tp sbb dia warded kat spital yg bukan sepatutnya.. so x recover sepenuhnya la..

Apepun. Cycle kimo sebanyak 6 kali dah settle. Lepas ni kene buat 15 kali radioterapi setiap ahri selama 3 minggu berturut2/ Harap2 kesihatan mak terus baik lepas ni. Insya’allah.

Terima kasih atas doa dan kata2 semangat korang semua. Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua.

Sayang kowang! Muaahhhsssss!!

Next: esok try upload gmbr mak terkini k.

Tuesday, November 30, 2010

Tak mampu

September 2003 - Mase tu aku di tahun akhur. suddenly abah kene attack effect dr penyakit dia. abah koma 10 hari. doktor jangkakan hayat arwah abah 30% je lagi, mase tu, adik kecik lagi.. aku peluk adik sambil nangis2. adik time tu pon nangis, yg dia tau x mau abah pergi... sian adik sbb masa tu dia kecik lagi.

Mak pulak setia tunggu abah kat luar wad icu. walaupon kita x leh jaga, tp mak tetap tunggu kat ruang menunggu tanpa jemu. aku pulak berulang alik dr sepital dtg tgk abah dan bwk keperluan untuk mak. Tiap2 hari aku mesti nk tgk abah. brcakap2 dgn abah. kdang aku nangis, kadang aku ketawa. sbb sambil tgk abah, aku bercerita. kadang aku tgk ada air mata abah menitis, kadang ada gerak mata...dgn harapan, abah mendengar stiap kata2 aku. semoga smgt abah kuat untuk terus hidup. Lepas 10 hari, abah sedar dr koma dan selepas 23 hri abh dh di transfer ke wd biase.
bermula la kehidupan kami dgn wad dlah rumah ke dua kami. selama 8 bulan mak berulang alik jaga abah kat hospitl. selepas tempoh tu, abah jalani rawatan dialisis selama 3 thn sblm meninggal dunia. setia nya mak menjaga abah hingga ke hjung nyawa.
sebulan lepas abah meninggal, aku pulak sakit dan duduk di wad sampi 24 hari. setiap hari mak dtg anta mknn kat aku. setiap hari mak dtg tgk aku. dr pukul 1 tgh hari sampai la ke ptg. berulang alik dr keramat ke selayang setiap hari without fail. kesian mak kan? kesedihan kehilangan abah pon x abis lagi, dah menjaga aku pulak.
Sekarang, mak pulak sakit. aku sedih. bukan sedih sbb penyakit dia. tp sedih sbb aku TAK MAMPU NAK JAGA MAK macam mana mak jaga abah, jaga aku, jaga adik2. aku sedihhhhh... aku rase mcm anak x guna je. x berjasa pada mak. aku dah cuba jadik yg terbaik, tp x mampu. x setaraf dgn apa yg mak dah lakukan. Acap kali mak ckp, dia perlukan aku.. aku lagi x kuat kalau tanpa mak. Ya allah.. berikan kekuatan, kesabaran dan kecekalan dlm mengharungi dugaan ini...

Monday, November 29, 2010

Mum admitted

Salam semua.

Hari ni kebetulan EL. entry lepas ada bg tau mak mintak hantar masuk wad. keaadaan maktgh hari semalam makin x ok. dia masih cery bery. sian mak. lucky kali ni masih boleh mkn walaupon sikit.
kali ni mak serah diri. aku rase dia x mo sampai jdi vege cam aritu kot. ok jugak, sbb dia sendiri tahu keadaan dia kan. kali ni nta mak ke HKL je. sbb x mo jadi cm sebelum ni. anta sepital ampang, tp doktor sana x berni nak buat ape2. kene refer dgn hkl. so kali ni, awal2 terus hantar ke Institut Radiologi & Onkologi, HKL. sebelum ke sana, aku call dulu then derang kata terus hantar sini instead anta ke emergency. (kejung kalo anta emergency hkl dek nonn!!).
Lucky awal kami g sini, kalo leps kul 5 kene g emergncy dulu...hazabbbbb. so sampai hkl, terus jumpa doktor then di sebabkan suhu badan mak 38' so terus kene tahan. tadi sebelum balik mak dah kene drip, and esok pagi resullt darah dia kuar and doktor akan review. hopefully mak cepat revover. insya'allah

Again

i'm on EL today
Pagi tadi dah siap mandi nk g keje
pehtu mak plak kelam kabut nk masuk toilet
terus aku zzzzz.. ekekekke
now, mak mintak aku anta g HKL
dia x larat dah tu...
masih cery bery
walaupon dah telan ubat tahan berak
masih lagi macam tu
gtg yeaa
doakan keadaan mak makin stabil
salam.

Saturday, November 13, 2010

Terima Kasih semua

Salam semua.
hari ni update kejab dr office. smlm ambil EL memandangkan keadaan mak yg x berapa ok. Terima kasih kepada yg sudi membaca luahan aku smlm. mmg sebak untuk di kongsikan. tiap kali aku ulang baca entry yg lepas, aku menangis lagi. benar2 menyentuh perasaan.
Smlm siangyer, mak nampak ok. dia bgn masak bubur kosong dgn sup sayur. aku bairkan dia masak, sbb ikut ape yg dia bygkan. kami mkn sendiri2. alhamdulillah, mak boleh mkn bubur nasik dgn sup sayur. cery bery masih algi tp x sekerab subuh sebelumnya.
Malam tadi mak maasih makan bubur dgn sup. kami makan satay. dapat jugak mak abiskan secucuk sate ayam. malam tu aku tidur awal dari mak. siangnyer dr jam 4.00am aku terjaga dan kemas sebuah rumah langsung tetidur awal. hehehehhe...
Kul 6.30am aku bangun terus meluru bilik mak. alhamdulillah.. mak tidur lena rupanya. dia bgn mase subuh tu dan sambung tidur. pagi ni mak nampak ok. dia dah bgn dan masak untuk dia makan. bkn aku x mo masak untuk dia, tp dlm fikiran dia tu, dia ada "RASA" ape yg dia nak. so ikut cuitarasa dia.
hari ni aku kat opis. next friday last aku kat menara standard chartered. dalam keadaan mak x sihat ni, aku agak kelam kabut. ye la saat2 akhir kat siini macam2 nak kene settle kan. hopefully this week mak sihat la hendaknyer.

Friday, November 12, 2010

Mak Pesan...

Alhamdulillah, mak dah discharged mlm tadi kul 7.30mlm
Keadaan dia ok, cuma masih cery bery
Terima kasih yg mendoakan kesejahteraan mak.
-----------------------------------------------------
Salam Semua,
Pagi ni aku nk berkongsi rase. Hiba masih di dada, tangis masih bersisa... sob.. sob..
Jam 4.00am
Tetiba aku tersedar, aku nampak ma berdiri kat pintu bilik aku. dalam kesamaran aku tanya mak.
aku: kenapa mak?
mak: x de ape. saje tgk ko
aku: ooo... mak ok ke?
mak: baru je lepas g toilet. kul 3 tadi mak dah bgn berak2.
aku: ye ke? sakit perut lagi ke mak? ingat mak ok. mlm td kakak tgk mak tido lena je.
mak: a'ah lena tul tidur. mak rase macam mak nak mati je ni kakak
aku: (terus hibaa).. nape mak cakap camni?
mak: x de la.. mane la tau mak mati. mak nk cakap ngan ko kak.
aku: mak jgn ckp camni. kakak x kuat nk hadapi semua ni mak
mak: bukanla..mak imikain batik panjang, mak mimpi arwah pak long
aku: makjgn cakap camni. kakak nak ada mak, kakak syg mak. kakak ada mak je skrg ni.
mak: mak pesan .. ko jaga diri, jaga suami, jaga adik2, jaga semua mcm selalu kakak urus.
aku: mak jgn tinggalkan kakak. kakak x kuat mak. sian adik tu. kecik2 dh x de abah. kalo mak pergi.. sian adik makk..kitorang sayang mak. (time ni akudah nangis giler2)
mak: iye mak pon sayang anak2 mak. sbb tu mak ckp ngan kakak. sbb kaka je yg mak leh harap. adik2 tu bukan faham pon.
aku: mak kakak mntk maaf mak. kakak selalu buat mak marah. kakak syg mak!
mak: mak dah maafkan kakak. mak maafkan semua. mak bukan ape. kalo mak pergi. tu mak pesan siap2 ni.
aku: (dah nangis x leh nk becakap dah)
mak: ni mak pesan, klo mk x de nanti, tlg hajikan mak. kakak g g hajikan mak kat tabung haji. duit mak semua dah cukup.
sob... sob,.. sob,... sedey. aku x dpt bygkan..."kalaulah...."...
mak: mak naktidur ngan kau la kakak
aku: ye la mak. meh la tidur ngan kakak
aku x leh lelap mata... aku takut sgt "kalaulahhh".......
tp x tidur pon, sbb mak nk mkn. aku buatkan oats, buatkan susu, buatkan nestum, buatkan air nescafe cich roti... mak mkn sikit je. mak lapar sbb dia cirit birit sblm tu. pagi ni mak nk maka lontong. dah bg mak mkn kul 9 tadi. ni mak tgh tgk tv.
harap kwan2 di luar sana mendoakan kesihatan untuk mak aku. aku syg mak aku sgt2. kowang pon berbaktilah pada kedua ibu bapa sementara masih ada. ibu bapa kita tiada galang ganti. pergi dan x akan kembali....
Salam syahdu.

Thursday, November 11, 2010

Banyak Kuman!!!!

Rentetan kes mak cery bery tu of coz mengundang rase kurang selesa kat pesakit lain kan? Kat deret katil mak aritu ada 3 melayu, 3 cina. 3 cina ni smeua nyer mmg dah vege. So pakai pampers la.. tup2 smlm pagi ada sorang makcik melayu masuk. Masuk sbb asthma attack.

Makcik ni pon sama naik ngan indon tu. Marah2 sbb keadaan toilet tu. (cian mak aku). Lucky makcik katil sebelah tu jadi peguam bela mak aku. Terus kene sekolahkan jugak ngan makcik sebelah, thank you makcik RASMAH, ayat makcik Rasmah adalah…

“Kenapa nak marah2? Kalo dia ni (mak aku la tu ) ada kudrat nak ke dia saje2 berak kat depan pintu tu? Dia nak ke mintak keadaan dia camni? Korang x fikir ke kalo benda ni jadik kat korang?”…

huhuhu.. tersentuh aku ngan pembelaan makcik ni. Mekasih makcik! Ptg smlm, nurse dah alih mak ke 2nd class kan? Mase aku balik ptg smlm, bertembung ngan makcik asthma attack ni kat lobi lift. Tetiba…

Makcik : Kenapa mak awak pindah bilik belakang?
Aku: ooo.. mak saya mmg dok 2nd class. Tp aritu x stabil doctor alih katil situ sbb nk pantau keadaan dia yg x berapa stabil tu. Lagipon doctor cakap, kalo dok luar ni x elok untuk mak sbb org ramai.. pehtu banyak kuman kat luar ni"

Hahahah.. kene seDASSSS ko makcik! Tu laaa len kali fikir sket. Ko tu dah kene asthma attack pon lagi nk attack2 org. aku dgr dia borak ngan anak dia lagi sian… masuk wad tp anak2 x sediakan kelengkapan secukupnya.. amik ko, muntahhh satu badan. Tu la dah dapat CASH!


P/s: GTG… time off @4.30pm - yok visit mak!

Alahai..bukan sengaja

Alahai … sian mak aku. Smlm mase otw nk g tgk dia, mak call. Suh belikan disposable panties ngan pad. Aku Tanya kenapa. Dia ckp dia cery bery.. aduhh sian mak. Aku nk beli pampers dia ckp x payah. Lucky kat spital ada kedai jual mende2 tu semua, kalo x mane la aku nk cakau carik mende tu.

Sampai je spital, makcik katil sebelah cerita. Mlm td mak aku mmg cery bery, sampai tercicir2 kat tandas. Sian mak. Sob.. sob,, aku x tau pon, sbb pagi tu aku call mak x cakap ape pon. Sedih aku tau,, pehtu kan makcik tu citer, indon cleaner tu marah2 mak aku. Cleaner shift malam tu leh plak pas story tu kat shift pagi. Apgi tu cleaner indon pagi tu pon pergi kat katil mak aku marah2 sbb najis bertabur. Sedih je, kalo aku tau, mesti la aku dok spital jaga mak… huaaaaaa… kuang ajaq nyer indon!

Makcik sebelah tu tolong maki indon tu, marah betul makcik tu. Suh aku carik no tepon redicare nk report benda tu. Huhuhu… masih ada insane yg membantu. Mak aku mmg buat derk je. Ye la dah x de kudrat, dia pon bkn nk tabur merata2 kan? Kalo kita ada kudrat yg sihat mesti x akan jadik camtu kan? Mekasih makcik sebelah. Makcuik tu plak sampai nangis2 bela mak aku.

Mlm td aku call mak, pagi ni pon.. alhamdulillah.. dia masih cery bery tp manage to pergi toilet. Oh yea, ptg smlm mak dah tukar ke 2nd class. Selesa la untuk mak, sbb toilet sebelah katil je. Then nurse ckp pon mmg kene alihkan mak, sbb kat wad kelas 3 tu terlalu ramai pesakit, takut kuman pada mak.mmg dr hari memula masuk tu nk masukkan 2nd class, tp atas nasihat doctor keadaan mak x brp stabil kene pemantauan dr nurse. Skrg dah ok sket. Dah selera makan. Cery bery tu effect dr ubat kimo tu. Ni ok lagi.. sbb before this siap berak berdarah, huhuhuuuu

P/s: pagi td mak aku ckp, si indon tu dtg mintak maaf kat mak aku. TAU PON KO KAN??