:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label my ohana. Show all posts
Showing posts with label my ohana. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Happy Birthday MOM!

Salam Ramadhan

Hari ni birthday my mum yang ke 56 tahun. Happy birthday Mak. InsyaALlah Sabtu ni kita buat makan2 skit ye.

Mother & Dotter

Gambar ni betul2 sebelum mak sakit balik. Mak sekarang memang betul betul tak sihat. Kesian sangat kat dia. Ramadan kali ni ujian sekali lagi untuk kami sekeluarga. Terima Kasih ya Allah, berikan ujian ini untuk kami. Besar rahmatnya atas dugaan yang sedang kau berikan. 

Lama aku tak kongsi cerita pasal mak kan? Aku sangat2 serabut, tak tau nak mula macam mana. Keadaan aku sekarang pun belum pulih sepenuhnya dan mak pulak di uji dengan kesihatan dia. Ye.. kanser mak is getting worse. Sebagai anak aku berusaha untuk mencari supplements yang sesuai untuk dia. Hiba hati tak tau nak cakap macam mana tapi aku percaya ada hikmah senalik ujian ini.


Keadaan ,mak 3 minggu lepas. Actually mak buat kimo lagi untuk new cycle. Kali ni ubat kimo yang diberikan ubat baru. Kira mak orang pertama pakai. Mak warded hari Rabu and kene stay untuk 3-4 hari kat wad. Masa nak kimo ni keadaan mak memang tak berapa sihat. So faham je la bila badan tak sihat and tambah pulak ubat kimo, maka bertambah tambah la lagi kesakitan yang dia tanggung.

Hari ke 4, Sabtu malam tu dah boleh discharge. Petang masa aku call nurse cakap dengan aku.

"mak awak ni memang pelupa ke? Dia cakap macam berulang ulang."

Aku macam pelik la kan? Hmmm tak pe lah.. aku ckp kul 8:30 mlm aku dtg amik. Malam tu aku tunggu kat kereta, hubby ngan adik yg bongsu je naik amik mak. Dekat 1/2 jam tunggu.. aih.. pesal lama sangat nih? Then laki aku call suruh naik. 

Masa aku dah kat wad tu macam ni la keadaan dia. Masa kat wad ni nurse tak bagi mak balik sebab keadaan mak tak stabil. Tiba tiba je jadi macam tu lepas abis kimo. Tangan mak kiri kanan bengkak. Cakap pun meracau racau... this time memang fikir bukan bukan dah. Aku call family lain. Semua datang malam tu jugak tengok mak. Dekat pukul 2 pagi jugak la aku baru balik. Keadaan aku tak mengizinkan untuk jaga mak. Nasiblah nurse bagi kelonggaran untuk adik aku yang lelaki tu jaga.

Mak jadi macam ni sebab kesan ubat kimo tu. And bacaan gula dia sangat tinggi malam tu. So malam tu nurse pantau setiap 1 jam. Esoknya mak dah stabil sikit tapi percakapan dia kadang2 ke laut. Lepas stay beberapa hari mak dah boleh balik tapi keadaan mak sangat sangat lemah. Bangun dan berjalan pon dia tak berdaya.

Itulah serba sedikit kisah mak yang dapat aku share. Bersangka baik dengan Allah. Dia tidak menguji hambanya yang di luar kemampuan kita. Rabu lepas mal patutnya kene kimo lagi tapi mak mintak tangguh sampai dia betul2 sihat semula. And doctor pon setuju untuk cutikan kimo buat semenyatara waktu ni.


Mak, Selamat Hari Lahir... Semoga mak terus kuat untuk berjuang melawan kanser. Mak lah kekuatan kami sekeliarga. Mak terbaik untuk kami semua. Moga Allah panjangkan usia Mak, meringankan kesakitan yang Mak lalui dan permudahkan ujian yang sedang kami lalui. Selagi ada hayat insyaallah kakak akan sentiasa jaga mak macam mana Mak jaga kakak selama ini.

"Sekaya mana pun kita di dunia Ini... apa yang kita nak mungkin kita boleh perolehi. Tapi kita kena ingat IBU & AYAH memang tiada galang gantinya di muka bumi ini. Jika tiada lagi jasad mereka di depan mata kita, betapa tidak berpenghujungnya kerinduan kita pada mereka"

Al-fatihah untuk Abah.




Wednesday, June 4, 2014

Belated celebrations!

As salam semuaaa

Haihh lama tak update. Bukan apa... sebulan ni kesihatan sangat tak mengizinkan. Dalam seminggu tu 2 hari je yang aku larat bangun. Selebihnya banyak rehat. Hari ni nak update makan2 dengan family sempena mother's day and meraikan keputusan adik bongsu aku dapat sambung Diploma kat Uitm Alor Gajah. Previous dia buat pre-commerce kat Uitm Jengka.

Me and beloved mom. Mak sekarang rak berapa sihat. Mana nak jaga diri lagi.. nak jaga aku.. jaga adik adik... blessed mak sentiasa kuat semangat walaupon pelbagai dugaan yang sedang kami lalui. Kalau tak de mak.. aku mungkin tak kuat semangat and jadi manusia rapuh... :(

Yang di raikan.. MOM & si Bongsu... Aku proud adik aku dapat masuk UiTM. maklum laa legasi dari kakak dia... harap adik belajar sungguh2 k. 
Anyonyonyo... Mr Shuben shaye...suka je photobomb gambar2 aku amik. kedengki sgt kannnnn!!... Tapi comel kan laki aku pakai baju Pink. namoak Jambuuuuu je. hikhikhik
Appetizer... this time makan kat Penang Village Great Eastern Mall je. Weekend senang parking sebab office mostly tutup. Nak makan kt Cozy House tapi cam biasa tempat tu jenuh nak beratur.. So 2nd choice Penang Village je laa. Makanan pon ok ok je kan. Ni je gambar yang ada. Handphone S3 ku ini nampak mcm dah tak gojes dah kalo snap. Sadisss
Eh ada sekeping.. ni yang aku order. Aku sekarang langsung tak boleh makan pedas.. so makan Wantan Dry Mee ni... tp rase tak kick la sbb x leh balun ngan cili potong kan. tsk tsk sadeyyyy hidop ko! Sekarang ni aku on Soft diet je.. huhuhu
Last.. of coz la gambar pompuan rambut umpama jerami gitew.. haihh macam hape je rhope aku ngan rambut gini. tapi tetap nak feeling gojes.

ok then

- Bubye -

Thursday, April 17, 2014

Seoul Garden

Assalamualaikum

Wahh rajin tak iols update? Kalau boleh nak update selalu.. last year sikit sangat entry aku update. Padahal byk je story nak coret kat sini. Maybe last year terlalu busy.. now bila tgk gmbr2 dalam folder kemain banyak! Now rase rugi tak update. Sebab apa tau? Gambar2 kat blog sendu ni sync kat folder gallery handphone aku.. so bila kebek balik gmbr2 tu ada la kenangann.. pastu kebek balik cerita yang aku up tu.. oh manisnya untuk di kenang. Walau pon orang yang singgah blog tak ler riban sehari.. tak kisahlaa.. janji untuk kenangan aku masa depan. Ye tak?

Aku dgn pompuan kesayangan.

Isnin aritu nak g Pejabat Pos. Malam sebelum tu masa nak enter parking mcm ternmpak Pejabat Pos kt basement parking. So ajak la mom and adik again ke KL Festival Mall. Dengan misi nak g makan SEOUL GARDEN! Hhahahah motip sangat ko pompuan!

Tengok kt fesbuk pompuan ni update tgh makan coklat atas katil. Whatsapp dia tanya nape x kerja? Dia kata MC. Ok set..Lets lunch together bebeh! So kutip la dia di tepi jalanan tuh.. hahhaha kalo dia baca ni mau kene carut aku ni!


Adik aku tengah coti sekarang sementara tunggu result pre-diploma dia. So dia ada senang sket. Dia je la yang drive. Di sebabkan dia je yang dah pernah makan kat sini.. kena la bawak dia supaya iolss tidak kelihatan very the village people. haahahahha


Steamboat and Grill... okey2 je la. takde la sedap sangat bagi aku. AtLeast dah cobaa.. pricey gak la.. aku rase makan kt Chilis 4 org pon lagi muran and food kualiti lagi bagus. Kitorang makan semangkuk steamboat and sepiring grill2 tu dah kenyang. Kalo org jenis leh sumbat makan berulang2 mmg berbaloi laa.. 


Perempuan ni memang jadi assistant aku sampai bila2. Tu la motip ajak dia. Dia la tukang jaga aku kalau kita travel. aku nak makan apa semua dia la bantu. Love you kesayangan.. Dia kalo datang rumah aku pon dah macam rumah sendiri. Kira dia Executive Bibik aku la.. nak makan? g la goreng karipap ke.. nugget ke.. nak minum? bancuh la sendiri. amik je la apa2 yang ada lam esbok kt dapor.



EMAK kesayangan saya! Mak sekrng tengah kimo lagi.. biase la bila kimo effect kimo tu x menentu. Now rambut start nak gugur. Pastu lidah dia langsung x leh makan pedas2. Pity her. Sebelum ni tangan dia bengkak. Memula kanan.. pastu kiri macam tangan Popeye dah. Tapi masa kitorang makan kt sini, tetibe mak boleh makan pedas. Alhamdulillah sgt.. mak happy dapat makan pedas. Tapi esoknya backto normal. Alah pedas. Tkpe mak.. syukur dapat makan sedap kejab. Nikmat! Kita kalo makan tak pedas confirm payau je mulut. Selera pon leh hilang.

Ok laa.. tu je nk cerita. Korang lunch apa hari ni?



Tuesday, August 23, 2011

Iftar & Sopping Rayaaaa

Semalam Iftar di luar bersama ‘Ohana’ terchenta. Ohana means FAMILY la.. just me, mum and adik je. So lepas amika dik tuition g la ke Jusco Wangsa Maju. Sampai dah kul 6.45ptg so tempat pon penuh. Plan B, beli kaya ball ngan air botol so sambil shopping dgr azan terus berbuka seringkasnyer. Shopping pon laju2 je. Aku sorang2 ke Giordano, adik ngan mum ke Padini.


Dalam kul 8 baru g foodcourt. Org pon dah takde. Heheheh… makanan pon panas2 dari dok beli awal2, pehtu nak tunggu berbuka mknn pon dah sejuk. Foodcourt kat sini food dia sedap2. dari Jusco kat umah aku, bek ko katup je kedai2 kat situ. bad quality!


Selera mak makan. Alhamdulillah


Makanan org tamak yakni aku ler...


So ni la hasil2 aku sopping smlm.

Ni je pony g tinggal nak di beli. Aku beli jeans ngan baby T sehelai then beli handbeg! Try2 then rase ok, price pon ‘ehem’ terus bbm Ee. Dia kata ok, aku pon amik ler… (T_T) handbeg hantaran pon tak semahal ni… salesgirl tu asik Tanya aku nak letak atas dulang hantaran ke? Dok rekemen ni kalo barang hantaran mmg cantik terletak . Hello, ahkak dah kahwin ok!


Handbeg raya ahkak .. santek tak??


Yg best dapat Free gift! Berbunge2 hati aku dpt beg free ni. Purple gitew! I loikeee. Korang dah sopping?`