:: Mr & Mrs Ee ::

Tuesday, September 9, 2014

Kuching Trip - Day 2, Part 02

Kan aku dah cakap.. Day 2 ni banyak gambar sket.. Sampai sambung ke Part 02 bagai.

Lepas lunch and chitchat lebih kurang aku pun call la agent aku kat Sarawak. Aku kenal dia masa TeamBuilding kat Thistle Port Dickson 2012. Pastu ada laa several course lagi meet up.So jadik sangat close jugak. Kebetulan dia memang takde husiness trip minggu tu so bole la jumpa.. Maka kakak datang laa kutip kitorang kat office.

Jom ke Kubah Ria!

We at Kubah Ria.. katanya lokasi baru untuk peniaga dari Pasar Satok tu.
Mari mengenal buah buahan dan sayuran tempatan. Fresh2 mende ni semua. Kagum tengok buah yang tak pernah jumpa. Eh ke kat KL ada je cuma ko je tak penah pergi Pasar neh. Buah SETOMPOK tu diorang cakap campur dalam asam pedas sedap. Mungkin rasa dia masam barangkali.
Lada hitam trademark negeri Sarawak. 1st time tengok yang mentah.
ASAM KELUBI... bukan laici yea! Kemain masam menjerut buah ni. Lyana ada beli sket buat makan Kat hotel. Merembesss ailior aku menaip ni heyyy..
Antara aktiviti masyarakat setempat.
PERTANDINGAN MEMAKAN BUAH-BUAHAN
PERTANDINGAN MEWARNA
Ko mampu? bersungguh2 pakcik ni mewarna... kikkikiki
KARAOKE pun hader... pakcik ni nyanyi ntah brp album dah. Asik dia jer.. End up tak beli apa2 pun.. Balik tu ajak kakak tu g makan. Lapor hujan hujan tuh
Makan untuk kali ke dua? RUMAH HIJAU CAFE... cozy je susana dalam cafe ni. Suram2 gitu. Cuaca plak hujan.. damai sungguh
Sementara tunggu makanan tiba.. kakak hulur candy ni. Cotton Candy tradisional.. sedap jugak. Rasa macam cotton candy perisa sagu.
Lunch/Tea time... kita bertiga makan Ayam Penyet. Arill la rekemen. Ok jugak, biasalah ayam penyet rasa gitu lah.. bezanya sambal dia sedap ke tidhok?
Mee Rebus. Kakak punya.. sporting gila bila kita mintak nak snap. Memahami sangat jiwa remaja purba kami neh.
Ini lah KAKAK. Nama dia Liza. Aku biasa panggil dia Kakak je. Thanks kakak bawak kami jalan kejab and belanja us makan.. Now dia dah duduk Miri, kalau ada rezeki boleh ke Miri pulak lepas ni.

Lepas kakak hantar we all balik hotel. Kita rehat2 kejab. Aku malas nak mandi sebab dinner malam tu berkonsepkan BBQ + Steamboat. Kompem bau asappp! 

BBQ & STEAMBOAT DINNER @D11, JALAN LEE BAN HOCK
RM18 nett/person (price May 13 ye).. drink RM2 per glass
Ya Allah sedap giler makan kat sini and sangat berbaloi dengan harganya!! Banyak choice! Terpaling win KAMBING dia.. aku selalu kurang sket makan BBQ. Tapi malam tu aku sendawa kambing wehhhh... 
Chef of the day! Yang Lyana tu tak abis2 dgn handphone. Rasa nak rendam je hp dia and kalau boleh dengan dia skali aku nak humban dalam periuk steamboat tu.
Umi, Me, Beatrice, Lyana & Masha. Arill si tukang amik gambar..
oh my!! Rase nak terbang pergi Kuching sekarang! Merembess ailior baq ang!
Perempuan kekenyangan Kambing... yang berbau asap BBQ! Nasib petang tu aku malas nak mandi. Sebab dah tauuuuu sure bau asapppp balik nanti and nak kene mandi lagik. Dasar kambeng!

Balik tu singgah Irene Spa.. dekat kawasan situ gak. G urut kaki.. murah giler RM20 untuk 1 jam.. perghhh! Paling tak menahan si Arill and Lyana terjerit2 sakit and duk burping.. kitorang tukang gelak je lah. Sedap hoi dia urut, sampai lenaaaa!

Abis mengurut pergi lagi ke Raja Ayam Penyet. Minum2 and hunting for Banana Cheese... gambar yilek laa, sebab bateri handphone and owner dia skalik dah flat. kosser dah hey.. dari pagi keluar sampai larut malam

Sampai hotel kul 12 mlm kot terus g kaunter, aku amik service aircond tambah RM16, aku tak bole tidur takde aircond. Mengada sangat kan?.. Lyana aku paksa dia beli siaran tv. Bosan kot kat bilik... lepas mandi , pillow talk sampai kul 3pagi..  pastu tidur. Memang habit aku ngan lyana kalo tidur hotel mesti ada pillow talk session.. rabak mata menahan mata , koyak mulut dok menguap lapan ploh kali till Zzzzzzz

No comments: