:: Mr & Mrs Ee ::

Saturday, December 27, 2014

Bantuan Banjir

As salam

Sedih and amat menyedihkan. Pilu sebak baca berita rasmi dan keratan text dari mangsa atau waris mangsa yang terlibat. Tak terbayang keadaan mereka yang melalui saat getir beberapa hari ni.. Bayangkan di saat ini mereka hanya perlu memikirkan keselamatan ahli keluarga.. harta benda memang langsung lenyap punah. Hanyut bersama bah..

Tak terbayanv sengsara yang mereka hadapi. Menghadap banjir berhari hari... bila banjir dah surut nak bersihkan rumah. Selut pasir lumpur kesan banjir. Perabot dan pekakas habis rosak. Bagaimana mereka hendak mulakan kembali kehidupan seperti sediakala? Ya allah.. tak tertanggung rasanya dugaan hebat yang mereka lalui...

Kejadian macam ni masih ada yang nak.menuding jari... kita perlu bersatu untuk bantu semua mangsa. Mulut bercakap lebih tajam dari mata pisau. Ada yang kecam cakap "Dah tau banjir tiap tahun.. bersedialah simpan stok makanan dan keperluan lain. Jangan la harap orang bantu..."

Ye kata kau! Aku rase diorang yang saban tahun hadap banjir memang dah bersedia. Takkan bodoh benar nak nganga.. nak kebuluran kan? Tapi kali ni memang banjir besar yang tak di sangka2 melibatkan lebih 100,000 mangsa. Penempatan mangsa banjir pun hampir tenggelam. Air naik begitu cepat. Allahuakhbar!!

Serius aku tak bleh blah dengan orang yang cakap tak fikir panjang ni. Ok laa.. aku tau bulan Disember memang musim hujan and banjir tahap2 betis je. So sebelum tu aku dah load brg makanan dan keperluan 3 troli. Tup tup hujan mencurah curah and cukup3 hari banjir naik paras dada. Boat penyelamat datang nak selamatkan aku dan keluarga. Kau ghaserrr ada masa tak aku nak pack angkut skali brg 3 troli yang aku dah beli tu naik boat pindah ke pusat pemindahan??

So please la jangan cakap apa2. Kita tak lalui apa yang mangsa3 hadapi jangan cakap sesuka hati je. Even.ada kes yang kaum keluarga mati lemas depan mata. Kita doakan supaya mereka tabah dan sabar dengan dugaan ni. Marilah sama sama hulurkan bantuan untuk semua mangsa banjir yang sedang melanda negara kita ni.

Thursday, December 18, 2014

Sakit!

As Salam

Menggigih nak hapdet. jab lagi pening.. yapuddaaa.. sebebarnye aku ni sakit tetibe je bisul kt kepala! Sakit hoii... serius sakit sampai bengkak kelenjar sebelah muka. Muka bengkak kalah pakai botox. Sakit ya rabbi.. menahan dgn air mata wehhh... selagi tak betul2 naik masak selagi tu  la berdenyut denyut! Hazabedahhhhh!!


Naik tercekik makan ubat ni. Tapi nak baik punya pasal hadappp!

:: Menangis ::


Sakit2 tapi suka je nak anje anje kat fesbuk kannnn.. but seriuosly sejak.arwah mak meninggal ni la first time aku nangis tersangat sangat rindukan MAK !.. yelaaa selama hidup sejak lahir smpi la akhir nafas arwah mmg aku depan mata dia je. Tak pernah pisah.. so kalo aku sakit dia yg akan tlg masakkan tolong bagi ubat.

Malam tu rase sakit sangat. Aku menangis tahan sakit and tetibe teringat arwah mak. Terbayang kalaulah beliau masih ada mesti dia akan bantu aku. Aku nangis semahu mahunya kat laki aku.. laki aku tanya sakit ke?

Aku jawab.. "nak makkk!! Ayg nak makkk!"

Laki aku takleh buat apa laa.. terus tlg sapu ubat kt kepala aku. Pastu aku peluk dia. Huh lega dah nangis. Pastu konon masuk bilik mak kejab. Tetibe rase nak carik mak nak suh mak buhkan ubat. Huhu.. merembes lagi aku nangiss.. lepas tu legaaa.. 

Maaf ye.. aku bukan meratap pemergian arwah MAK atau ABAH. Sungguh pun aku dah tak ada kedua ibu bapa lagi waima makpak mertua pun.. belum pernah la nak meratap pemergian.mereka. sesekali akan rase sendu..rindu sangat. Tapi tak terluah.. rindu yang tak berpenghujung...

Tapikannn.. sebalik status yang aku up kan tempoh hari.. ada sape2 penah ke buat or dgr ritual mcm ni??


Speechless!!


Monday, December 15, 2014

Hijab

Salam and good day peeps!

Lama tak bersiaran.. cam malas je nak menaip.. tp nak bebel jugak.

Alhamdullah.. sejak aku mulakan fasa kehidupan baru dan semperna kedatangan Maal hijrah aku dah mula berimej baru. Yang aku sendiri tak jangka untuk pakai terus. Tapi mungkin ini hidayah yang Allah beri untuk aku.


Dan insyaallah.. tahun 2015 aku akan mula bertugas semula seperti biasa. Mohon korang semua yang sudi singgah di sini mendoakan kesihatan aku bertambah baik hendaknya. Insyaallah.