As salam
Sedih and amat menyedihkan. Pilu sebak baca berita rasmi dan keratan text dari mangsa atau waris mangsa yang terlibat. Tak terbayang keadaan mereka yang melalui saat getir beberapa hari ni.. Bayangkan di saat ini mereka hanya perlu memikirkan keselamatan ahli keluarga.. harta benda memang langsung lenyap punah. Hanyut bersama bah..
Tak terbayanv sengsara yang mereka hadapi. Menghadap banjir berhari hari... bila banjir dah surut nak bersihkan rumah. Selut pasir lumpur kesan banjir. Perabot dan pekakas habis rosak. Bagaimana mereka hendak mulakan kembali kehidupan seperti sediakala? Ya allah.. tak tertanggung rasanya dugaan hebat yang mereka lalui...
Kejadian macam ni masih ada yang nak.menuding jari... kita perlu bersatu untuk bantu semua mangsa. Mulut bercakap lebih tajam dari mata pisau. Ada yang kecam cakap "Dah tau banjir tiap tahun.. bersedialah simpan stok makanan dan keperluan lain. Jangan la harap orang bantu..."
Ye kata kau! Aku rase diorang yang saban tahun hadap banjir memang dah bersedia. Takkan bodoh benar nak nganga.. nak kebuluran kan? Tapi kali ni memang banjir besar yang tak di sangka2 melibatkan lebih 100,000 mangsa. Penempatan mangsa banjir pun hampir tenggelam. Air naik begitu cepat. Allahuakhbar!!
Serius aku tak bleh blah dengan orang yang cakap tak fikir panjang ni. Ok laa.. aku tau bulan Disember memang musim hujan and banjir tahap2 betis je. So sebelum tu aku dah load brg makanan dan keperluan 3 troli. Tup tup hujan mencurah curah and cukup3 hari banjir naik paras dada. Boat penyelamat datang nak selamatkan aku dan keluarga. Kau ghaserrr ada masa tak aku nak pack angkut skali brg 3 troli yang aku dah beli tu naik boat pindah ke pusat pemindahan??
So please la jangan cakap apa2. Kita tak lalui apa yang mangsa3 hadapi jangan cakap sesuka hati je. Even.ada kes yang kaum keluarga mati lemas depan mata. Kita doakan supaya mereka tabah dan sabar dengan dugaan ni. Marilah sama sama hulurkan bantuan untuk semua mangsa banjir yang sedang melanda negara kita ni.
No comments:
Post a Comment