:: Mr & Mrs Ee ::

Sunday, October 4, 2015

Hello!

Assalamualaikum

Hai.. tetibe je terajin. Bukan apa, blog owner sakit lama. That's why la blog x berupdate. Hopefully lepas2 ni rajin la membebel balik. Or else tunggu la tuan tanah pencen tahun depan baru la mungkiAlhamdulillahnnnnn sedikit.

Ramai yang tak tahu.. esoecially yang bukan dr FB or my IG listed friends. Aku sakit sampai terpaksa di KOMA kan few days.. hurmmm

6th June 2016 @ 3:00am Columbia Hospital Setapak

Bermula kisah aku sebagai PESAKIT BUAH PINGGANG. Actually mmg dah setahun doctor detect tp belum tahap yg perlu dialisis. Awal tahun aku kembali bekerja, dtg lagi 1 ujian yang aku kene bisul kat atas kepala sedalam 3 cm. Doktor tebuk and dressing selama sebulan. 

Sejak sakit tu melarat aku hilang selera makan, hidang la apa jenis makanan memang aku takde selera lansung. Berlarutan badan makin susut, tenaga pun tak ada... kemudian kene serang sesak nafas (Sign of kidney failure). Doktor tegur ckp nampak aku pucat sangat, kemungkinan HB aku low. Dia advised aku g hospital. 

Satu malam tu aku rase sesak nafas tersangat sangat. Sebelum tu selalu je semput tapi bila puff ok balik, malam tu memang rasa mencungap sangat. Aku surrender! Mcm seorang racer laki aku drive g Columbia Setapak,aku rase macam berjam jam nak sampai. Sampai je emergency boleh plak doktor ngan nurse tu lekat paper beg (Mcm buh fries mcD tu) suh aku bernafas elok2. Aku positif je memula.. lelama mcm nak mati je rase, ye la aku dah tercungap2 bagi je la oksigen. Kannn.. finally 3 kali neb pun x leh go jugak. Darah dah ambil, then result keluar and bacaan Kidney aku dah overdose. Aku terus suh doktor tu refer kat HKL. Sebab aku tak yakin dengan cara derang handle kes aku. So better laa kita ke HKL kan. Maka berambulance la aku ke emergency HKL pagi tu.

Sampai je HKL terus segerombolan doktor hurung aku based on report dari doktor (kene ucap terima kasih doktor kt Columbia sbb membantu jugak). Tak sampai 10minit, dorang KOMA kan aku. Eh tp sblm tu sempat aku jerit "kejab doktor, saya nak mengucap dulu!"... 

Masa ni dah sedar. Dah transfer wad dari ICU ke wad biasa. Tengah buat dialisis...

Aku koma 4 hari rasanya.. masa tube semua dah cabut aku tanya nurse sekarang pukul berapa? Nurse jawab "sekarang pukul 5 petang hari Selasa  9 June ".... haa kauuuu! Terpinga2 aku. Aku sedar mamai2.macam orang tidur tapi ngantuk sangat bukak mara tutup balik, buat stage koma aku masih boleh cam orang lagi dan ingatan aku masih ok.

Hari ke 5 mlm aku dah transfer wad biasa... aku discaj lps berbuka first day puasa. 3 minggu gak la dok sepital. Dan bermula la rutin kehidupan aku sebagai pesakit dialisis dengan rawatan cuci darah seminggu 3kali. Alhamdulillah... dengan ujian ini, Allah juga yang membantu dengan inzinNya...

Ini gambar 1st day aku g keje. Drive sendiri macam sebelum sakit. 1st day g kerja lepas 3 minggu dok hospital. Syukur dengan izinNya aku kembali sihat dan jalani kehidupan normal.

Oklahhh later2 kita sharing story lagi k. Bubye!

2 comments:

A.I said...

welcome to the club..ngeeee. semoga kita sesama akan terus lebih kuat & bersemangat. lebiu!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)