:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label Oakleaf Park Condo. Show all posts
Showing posts with label Oakleaf Park Condo. Show all posts

Wednesday, December 10, 2008

Punah Ranap

Terlebih dahulu.. salam Takziah buat mangsa2 tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Sangat menggemparkan!! Seperti yg uolss tau, pada entry lepas my fiancee ada beli rumah kat Oakleaf Park, BA. Deposit 2% sudah dibayar. Kesibukan tunang saya menyebabkan dokumen2 baru sahaja selesai diserahkan pada agent pada Jumaat lepas 5-Dec.

6 Dec, Kita semua maklum kajadian tanah runtuh di 14 unit banglo di BA. 2 org rakan ofis, 1 kazen + family yg tinggal di oakleaf terputus hubungan akibat kejadian tersebut. Saya x sangka, sbb keadaan kawasan tersebut nampak ok je. tapi saya syukur sgt2 rupanya urusan pembelian yg dilengah2kan selama ini mempunyai hikmah yg tersembunyi...Syukur Alhamdulillah.

Walaupun sedikit terkilan sbb impian kami untuk menduduki rumah yg kami idam kan tidak menjadi kenyataan. Mungkin ada rezeki lain di masa akan datang.... Deposit RM3k++ tu, kalau x dpat pun x pe la.. bukan rezeki kami. Tp sekurang2nya... urusan pembelian tidak terus berlaku & kami tidak terus menggadai nyawa walaupun umum tau ajal tu di mana saja.

Selamat tinggal OAKLEAF PARK! (sedihnyerrr....)

Wednesday, November 19, 2008

Ni la rumah kami ^ - ^

Ingat N3 Oakleaf ari tu? ni la umah nyer.... tp kan, ni unit lain. sbb unit yg memula (2nd Floor) my syg beli hari tu owner dia tetiba je naikkan harga setelah pembayaran deposit di buat. Tak bagus camtu kan! Tp lucky la si Francis (agent) ni manage to get another unit (8th Floor) dgn harga yg sama yg telah di persetujui.. alhamdulillah... Insya'allah, kat sini la kami akan tinggal selepas kahwin nanti.





- Living & Dining Hall -

Ni je gambar yg ado. Nanti dah duduk saya tunjuk la rumah yg saya dah duduk nanti k. Nanti saya jemput uolls berjimba2 kat umah saya. (Insya'allah kalau ada rezeki). Umah ni tingkat 8, skrg ni owner masih sewakan. nak tau sape duduk? skrg umah ni Cico & Uji Rashid yg duduk... Auwww... umah artis youuuu... "Cicoooo... nak sainnnn(sign).. ".

Umah ni ada 4 bilik semua nya.. ok lah kan.. walaupun jauh nun atas Bukit Antarabangsa, tp facilities nye ok. cuma Bila dah ada anak & mula bersekolah mungkin kene la carik rumah lain ko kan?

Saturday, October 25, 2008

Oakleaf



See.... urusan pembelian sedang di jalankan.
Agent + My fiancee baru je settle sign something.

I likeeeeeeeeee... Thank you sayang!

Wednesday, September 17, 2008

Oakleaf Park Condo

Hari ni kan saya mc. my fiancee pulak mmg cuti sempena nuzul quran. pagi2 dia dah call nk ajak tgk rumah ni. saya memula ok. pastu fikir2 balik cam x nak. dia rasa cam x best je bila saya membangkang. bukan ape, kan service apartment yg di beli 5 tahun lagi tu dah nak siap (sebenarnya tidak!!!!). di fikir2kan balik, at last saya mengalah... ape salahnyer tgk dulu rumah ni kan. (gambar dibwah bukan rumah sebenar yg kami view, saya cilok dr rumah org lain). Jom tengok!!
** Dining hall & Bahagian Dapur **

** Swimming Pool **
Price: RM 135 000 No of rooms: 3 Size: 856 Square feet
Resort Feeled Condominium
Large Build up - 856 sq ft (Type D)
Beautiful Scenery
Low maintenance fee
Good for investment
Good for own stay
Convenient transportation10-minute drive to KL city centre
Facilities:
-> 1 dedicated Car Park
-> 24 hours Guarded Security
-> Swimming Pool
-> Gynasium
-> Tennis Court
-> Children Playground
-> BBQ pit
-> Landscape Garden
-> Laundry
-> Kindergarden
-> Near Giant, Petrol Station, Shops, Restaurant
Rumusannye:
En Tunang ckp terserah pada saya nak atau tidak. pada saya rumah ni ok. x berapa besar la kan.. tp cukup la untuk kami berdua memulakan kehidupan nanti. saya x berapa berkenan dgn konsep open space ni, sbb nampak dapur. gambar yg saya tunjuk di atas ni saya copy dr rumah org lain. sebijik dgn rumah yg saya tengok td. tp saya sgt x berkenan dgn dapur itew.
So, Jawapan kepada urusan membeli rumah ini adalah YES. Saya harap urusan rumah ini selesai sbelum kami kawin. hopefully, ada rezeki lebih sebelum masuk dapat la rumah ni di renovate seperti contoh di bawah yea En Darling...

Cuma pada masa akan dtg x tau la mcm mana. uols tau je la kan area Bukit Antarabangsa tu... susah public transport, x de sekolah, akan dtg la nanti kita fikir2kan... doakan perancangan ini berjalan lancar. Insya'allah...