:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Rancang percutian 2015

Salam.. selamat tengah hari!

Dah lunch ke? Aku belum.. biase la dok umah bermalasan nak masak. Bukan lapar sangat pon. Bising laki aku sebab makan tak on yime. Pastu gastrik manjang. Insyaallah dah keje akan makan secara teratur. Azam 2015 nih...

Selain azam, impian, matlamat, cita-cita... what so ever lah kannn... CUTI pun agenda penting kan? Hahaha.. orang ada kampung leh la balik jengah family.. yang berduit leh la g bercuti cuti malaysia or ke luar negera. Orang berkeadaan macam aku ni g Port Dickson sudahhhhh... hahaha. Eh Melaka pun ok. So meh la kita share cuti cuti yang menguntung kan bagi sessi 2015.


==============================================


Rancang CUTI anda 2015

Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. 


Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti

Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Slot #10 ( #10 ) : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.

Jimat cuti tahunan!!


Baru je nak start keje 12/01/2015.. dah dapat email 3 minggu lepas boss aku mintak tentative planned leave untuk 1st quater. Terus lemah longlai je lutut aku. Kahhhhhh.. calendar ni aku forward ke whatsapp group office terus kene carut. Ye laaa lom masuk keje dah cakap pasal CUTI. Eh lantaklah.. job scope baru aku nanti salah satunya APPROVED kan cuti staff. Hagaga.. #GelakSetan

So rancang percutian anda. Rancang kewangan pon sempat. Kalo tak pergi Pprt Dickson je laa.. tak pon Sungai Congkak sudahhh. Pun syiok jugak. Bersyukurlahhh

Wednesday, April 9, 2014

Catuan Air

Salam.. 

Korang dah lunch? Hari ni pepagi kul 6:30 pagi dah breakfast. Semalam pagi tak breakfasr. Brunch makan tortilla wrap je.. Ptg mkn mihunsikit. Malam makan chicken wrap. subuh tadi kebuluq laa.. so pagi tadi dpt la breakfast and siapkan breakfast untuk laki sblm kuar g keje. mithali sangat bunyik nyerr.. kahhhh

Takungan air rumah ahkak Aellynn

Dah masuk bulan ke 2 kan catuan air ni. alhamdulillah x la memudaratkan sangat. rumah aku so far 1 hari tak da air.. 3-4 hari ada air. maybe tangki besar air byk kot. rumah aku takat sehari x de air cukup la seperti gambaran di atas. 4 baldi (semua x sama saiz) ngan besen. tong air 5 gallone ada 3. tapi selalu x sempat abis pon air dah ada balik. untuk wudhuk guna tangki air. so no big issue la takat kami 5 orang dewasa. 

Tapi sian yg ada anak kecik kan? mn nk tadah rumah sendiri.. anta pengasuh lagi.. And latelyni hujan je kan.. bagus la .. harap dapat penuhkan empangan yang kritikal.

ok laa.. jimatkan air ye semua. Awasi anak anak anda!

sekian!
Aellynn Zack

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

"Sungguh cantik kain pelekat
Dipakai orang pergi ke pekan
Puasa Ramadhan semakin dekat
Silap dan salah mohon dimaafkan"


Malam ni kita akan start bertarawikh, dan esok kita akan mula berpose. Dengan ini, secara jujur & ikhlas nyerr aku memohon ampon dan maaf sekiranya ada kesilapan dan tutur kata pada kowang semuaaa.. ye la mane nak tau kan korang terase ngan baris2 ayat dlm blog aku nii kannn.. so kita ZERO sesama okehh??
Ramadhan Ini
Tahun ni merupakan tahun ke-3 kami sekeluarga menyambut pose tanpa Arwah Abah (Al-fatihah). 15 Ramadhan kali ni juga, genap la 3 tahun Arwah meninggalkan kami semua..
Tahun ni merupakan tahun pertama kami akan berkumpul berbuka pose tanpa Arwah Anjang ... (sedih mengingatinyaaa.. sian anak bini dia kan?) Pertama kali mereka bersahur + berbuka tanpa "suami & Abah" ... (sedeyyy.. aku dah rase dulu... buka pose sambil mengalir air mata) :( aku harap mereka tabah...
Tahun ini jugakk... aku berpose bersama SUAMI... hehehhe.. "syg makan je simple2 okehhh?!!"... bukan ape... family aku ni buka simple je.. beli kuih sket, then mak aku akan masak 1 dish cam mee goreng ke, mihun ke, kuetiaw ke... camtu je kan.. TP.. Laki aku suka NASI okehhhh... camne tu.. kene adjust lah yeaaa
okey la...
Selamat berpuase semuaaaaa

Tuesday, July 21, 2009

Bunga2 Chenta

2 minggu berturut2 aku gigih ke Pasar Jumaat... semata2 kerana mende alah ni.. ye la... sekarang ni korank kan sibuk bercucuk tanam kat FB, so aku pon tanam pokok bunga dlm kete aje udahhh!!

Ni tuk kete Cik Puan aku... (mak haku ler nih)
kete sebelah ada, dia pon nk ada jugakk
Ni pulak tuk En Hubby hakuuu
Mak aku ada, dia pon nak jugakkk...

Monday, April 20, 2009

Nak Try Test

huhuhuhuuuuu... setelah dipromote habis-habisan oleh mak mak ayam kat karpet cipet, akhirnya aku gedik jugak nak try test EUMORA neh...
Regenyer RM95 untuk size besau sabun hotel tu (patut la mahal sbb size level2 bilik mandi hotel ko!) wakakaakka!! marah kang tokey sabun ni kat aku...
so far aku dok try cam ok je... ok la tu kannn.. baru few days.. lom seminggu lagi. lom nampak ape yg ajaib sgt la.. ada la sket2, takkan aku nk stori, janji mak pueh ati yea noks!
segala khasiat EUMORA neh...
Sila click untuk tumbesaran yea
Kalo korang berminat untuk mendapatkan kulit yg halus mulus gebuss sila la ke Kedai Kak Ai

Wednesday, December 31, 2008

Happy Nee Year 2009

Happy New Year Uollss,

May the whole new year brings you luck, joys, and fortune & the most important best of health!!!

Kad Ucapan Dr Kak Fiza. Thanks!!

Sunday, December 28, 2008

Verangannn Wow!!







Entry gedik2 jer nih...
Tp mmg suka sgt time X'mas..
feeling2 dok oversea la konon.
Dush! Dush! Dushhhhh!!

Friday, December 19, 2008

Saya Cuti hari ni ^-^


Salam Pagi Jumaat
Hi Uols... saya cuti hari ni.. nak layan mum & adik pergi beli buku sekolah, baju sekolah, kelengkapan sekolah.. pastu nak layan derang nak tgk wayang... x tau ler derang nk tgk Cicak Man II or Los & Faun...
Okey ler... Get lost dulu yea... callooooo!!!

Tuesday, December 16, 2008

Mum g New Castle

Pagi 7.50am...

"Lin, aku OTW balik kelantan. Nenek aku dah tenat. Ape2 hal aku roger"-SMS, TieTot

Beh kurang camtu ler bunyi sms nyer. Saya terus bagi tau mum. Saya x cerita pon nenek dia sakit ptg smlm. Terus, mak melompat ckp nak ikut Kak Tie. Saya ckp call la dia, mane tau dia baru gerak dari Cheras. Ok, saya pun terus je keluar g keje.

kul 12pm, adik saya call bg tau mum dah g kelantan ngan Kak Tie. hrmmm.. x pe lah..
* Mereka sampai dalam tengahari camtu... Nenek yg tenat dah di bawak pulang ke rumah. Sampai saje di rumah, beberape ketika kemuadian Nenek menghembuskan nafasnya yg terakhir. Al-Fatihah buat arwah Nenek Jenab.
** Nenek Jenab adalah ibu mertua kepada arwah Mak Ngah saya (kakak mak).
---------------------------------------------------------------
Saya balik rumah.. selalunya bila mum x de kat rumah mula la AURA rajin tu datang. Saya masak & kemas2 rumah tau.. hehheheheh..
Dinner: Pie Sardin & jejari tempe goreng
Pastu gedik g Jusco beli brg sket
Jom gedik Cik Ann!

Friday, December 5, 2008

Salam

Hi U olss...

Saya sgt busy sepanjang minggu ni. Broadband kat rumah pulak ada problem. So, tak boleh & tak sempat nak update. Tambahan pulak, tunang saya dah balik Rabu aritu, so agak busy mendating jugak la. (kalau time dia tak de, waktu dating tu la saya meng-update blog =P)

Before that... Saya nak ucapkan SALAM AIDILADHA buat semua. Insya'allah, ada kelapangan cuti raya ni, saya try update k. (byk dah piccas, yea.. saya cobaaaa )

Gtg, saya nak ke Impiana KLCC , ada meeting. Bubyeeee sume...

** Balik meeting saya nak ke KLCC, survey untuk barang hantaran. Tunang saya tunggu kat sana (Sesi melenjan duit dia lagi!!) hiksss larikkkkkkkssss laju-lajuuuuuu **

Saturday, November 22, 2008

Aktiviti di hari Sabtu

Pagi ni saya SGT RAJIN ok! pagi2 saya dah bangun. Kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, sidai kain, basuh semua cadar + sarung bantal, goreng karipap, buat breakfast.... Sila Kagum!! urat rajin tetiba timbul!!!! Makcik saya dtg siap terperanjat perli2 saya.. hampes la korang... So lepas siap menjalankan urusan "Rumah Tangga", saya pun keluar ngan my muchukkk.

Memula pergi sini.. Kolam Ikan Sentul

Dok lepak sini giler lama. Tengok Tok Penghulu naikkan ikan Siakap 8 ekor. Besar bapak... cam Tok Penghuklu gaks,.,.,.,. hiksss.. Sambil tunggu si Bedul. Dah 2 jam, angin satu badan dah dtg, saya amik kunci, beli aiskrim, dok dlm kete...
Saya yg hangat hati tgk perangai manusia sengal!
pesal buat Aircond senget neh?? Beli kete lain plissss...
Dah la panas.. Lama saya dok dlm kete, x sabar sy call my muchukk.. abis saya ngamuk2 bebel2 pasal org yg tak tau nak pikir pasal org lain tu. Bangang!!!!! Lepas kene bebel semua terus angkat bontot beredar ke restoran kat Damansara untuk masak ikan siakap tu. Dlm kete saya bebel2 pasal sorang geng diorang ni sengal. bengap tahap gaban... mana tak nyer.. we all tunggu almost 2 hours kat Kolam pancing tu, sbb nak g mkn sama. Dia dr Cyberjaya... ckp sejam nak sampai... masuk 2 jam Mak bebel panjang la noks. (sian org2 tua kene bebel ngan saya). For me la.. if you really can't make it, bg je la tau x dpt nak join, so x buang masa org lain kan. BE PUNCTUAL! otak kat kepala lutut ke apa. saya marah sgt, sbb dah beberapa kali org lain dok tunggu dia selesaikan masalah dia yg budak darjah 1 pon tau selesaikan.
Ok smbung balik pasal ikan siakap, di sebabkan ikan siakap tu terlalu byk.. so, Tok PEnghulu nk anta p masak kat Thai Based, Sri Damansara... sekali... hampes, sbb tukang masak ada sampai pukul 2 je. dah start balik kul 6 ptg. tu la.. kalau x tunggu si sengal tu, mesti dpt mkn siakap puas2! Sabar..Sabar... So mkn je biase2 sajork. Alhamdulillah kenyang...

Sblm ke Thai Based, simpat singgah kat kedai pancing

Thai Based, Sri Damansara.
Picas mknn x sempat la nak snap. lapar dah, sampai sana dah kul 4ptg.
Di sebabkan siakap2 tu x berjaya di masak... maka ikan2 tu dibahagikan sesama ahli. saya dapat 2 ekor. so, terus balik rumah anta ikan dulu... hanyir.. pening saya tau!

Ikan Siakap -
Ok... skrg ke MBO, Ampang. nak tgk muvee plaks

- OTW @ MRR2 -

- Fish SPA -


- Tapau waffles + jagung = dinner -

- Jommmmm layannnn-


- Selamat Pagi Cinta -
Muvee ni ok jugak.. saya mmg layan je... sbb freee..

Aktiviti Semalam

Hari pertama mum x de kat umah, biase2 sajork. lepas balik keje, lepas maghrib saya tunggu tunang saya balik dr Melaka. Kena la tahan lapar sket, sbb nak mkn ngan dia. Lepas mkn, saya dok umah jer.. layan "Ayat-Ayat Cinta & Madagascar 2",. Lepas abis klyn DVD, saya layan tenet la... saje nak kebak2 blog. walaupun saya awal2 dah siap buat auto-publish untuk 2 hari..


2 adik ni melayan pc yg baru "discharge" dr spital,.