:: Mr & Mrs Ee ::

Thursday, January 6, 2011

ProSperiTY

Guruh di langit dah berdentum, Air di tempayan di curah

Haha… saje je nk berperibahasa. Ini citer last week. Maklom la bg pemilik2 ASB, kan dah umun awal2 dividen 7.50% dan bonus 1.25%. makanya… makanya…. Duit gaji aku bagi perabis, sbb nak enjoy duit ASB. Kahkahkah.. x dpt menahan duit bonus ASB tu, makanya segala kehendak dan keinginan harus di langsai segeraa!

Sepanjang minggu lepas, telah dip pau secara marabahaya.. eh, tak la.. ape salahnya treat family kita kan? Especially ibu kita. Lebih keberkatan. Seminggu lalu adalah semua di tanggung beres oleh anakanda terchenta.

Since mum dah beransur sihat, aku pon bwk la mak g makan McDonald. Skrg kan ada menu limited time PROSPERITY burger, harus tidak di lepaskan u olsss. Aku suka sgt burger nih. pehtu buh lagi black pepper atas tu,, perghh!!! Kompem pastu g jumpa Dr. Tan! Tp sedap x pe la kan…

Lepas makan, pow adik aku belanja Choco Top. Lepas pedas2, layan sweet2, sejuk2.. kasik lega.. Tapi dia ni kedekut cam tayar kete lembuuuu… at the end mum yg belanje, Sambil makan dok teringat memory mase aku kecik2. aku ckp kat mak, dulu2 g Mc’Donald kat Ampang Park, arwah abah aku mampu belanja aku ngan adik aku si Lan (time tu yg kecik ni lom ada) tu aiskrim Mc’D je. Tu pon dah cukup seronok. Tak pernah mintak makan kat dalam Mc’D tu walaupon aku suka sgt mainan2 happy meal Mc’D time tu. Tp masa tu aku x pernah mintak2. Seakan memahami yg family aku susah. Bukan susah macam mana, maksudnya byk lagi perbelanjaan yg perlu di dahulukan la. Maklom la time tu krisis kewangan ujung tahun 80’an . Tp mak cakap bless sgt sbb anak2 x meminta2. mcm tau parent x mampu.
Bila teringat, sedey kan? Ye la time tu kita kecik, tak paham mak pak kita ada duit ke tak. Seingat aku, kalo nk beli asikrim tu abah aku kasik duit syilling, time tu rege eskrim McD dlm 65sen. Tiap kali g Ampang Park, mesti makan kat food court (skrg dah jadik KFC). Nak pergi foodcourt tu kene lalu Mc’D ni, so selalu jelling je tgk Mc’D tu. Apepon, aku sempat gak belanja arwah abah aku mkn burger prosperity ni mase hayat dia dulu. Besarnyr nilai 65sen untuk abah aku melihat anak2 dia makan aiskrim time tu kan? Tapi x terbanding nilainya bila ada dia di samping kita. Al-fatihah.

Ceciter! Ceciter!

Ini kisah malam New Year. Di sebabkan Jumaat tu adalah Public Holiday, dan x semena2 mood aku merudum untuk kelaur, maka duduk di rumah saje. Jadi setelah terperap kat rumah dgn jayanye, dah malam tu aku malas nak masak, makanya makan di luar saja.

Tp bukan kira dinner la.. supper dah… sbb kul 9.30 baru terhegeh2 nak kuar. So jalan punya jalan, x tau nk g mana. Org lain dah terkinja2 sambut New Year aku laki bini jalan tanpa hala tuju. Last2 laki ckp jom makan kat Grand Season je. So, zaasss ke sana.

Balik makan, dah sampai roundabout jalan pahang nak ke Downtown terperasan ada kertas kat cermin kete. Kene SAMAN ok! Giler rajin abe misai ni. Public holiday pon bg saman, dah la time coti, time malam lak tu dlm kul 10 lebey..
Syabas Inspector Shahab! Anda hebat!




Malam new year takde la selebret bagai.. lepas makan , terus ke Downtown tp x turun sbb malas nk carik packing, terus ke NSK beli barang dapor.. dan balik terus Zzzzzz. Sekian!

Wednesday, January 5, 2011

Mentang2 la FREE ken?

Hurm.. x de rejeki aku nk g Langkawi ujung bulan ni. Gara2 travel agent ni mcm2 ntah paper je kan. Mentang2 la FREE kan? Ko nk kencing2 plak! Aku booked 26 – 28 Jan 2011… time weekdays lagik. Boleh derang repaly.. NO ROOM AVAILABLE, FULLY BOOKED okeh! Agak2 la nak tipu pon kan? Dah la kene booking awal 30 hari dr tarikh pergi, aku dah fwd booking 2 minggu lepas. Kata reply in 7 woking days, tp haram… 2 minggu baru reply… dah la voucher aku expired 21hb Feb 2011. mane sempat. Pehtu aku anya la.. mane2 yg available aku x kisah. Dia paksa2 gak aku fwd booking lain. Gilo! huhuhu.. lupa kan ajerrrr lah! Sayonara la Travel Agency SKY ENxxx! Service out!