Ahad - 4 Januari 2015
Salam..
Dah lunch? Cehh tanya orang. Aku pon kat katil golek2 lagi ni. Menghabiskan my sweet time sebelum na e Isnin depan. Hehe.. plannye hari ni nak kutip baju2 keje nak di gosok siap2. Malasss betul! Aihh semua malassss..
Sabtu lepas makan n jalan jalan kat Bangsar village malam tu singgah Jusco nak beli rack gantung baju keje. Sebelum tu cam biase laki aku nak makan nasik.. (makanan Jepun tidak membahagiakan perut dia). Tetibe adik aku call ckp pakcik aku ajak g PD. Tapi kete x muat sebab anak2 dia je dah 4 orang. So terus aku call pakcik aku cakap nak follow. Dia plak risau aku leh travel jauh ke PD. InsyaAllah kita cuba...
Lain dah PD skrg.. dah tambak pasir.. bersih je. Berbeza dengan last visit dengan arwah mak dulu... tapi kali ni aku dah tak mampu untuk jejak ke pantai. Gigi air pon aku tak mampu dah..
Pakcik & makcik yang terlalu banyak membantu family aku. Yang sentiasa ambil berat ... *mata masuk habuk*.
Aku beli nasik lemak, kuih muih, jajan2, cheese kek ngan air. Makcik aku bawak sandwiches, nasi goreng, buah2an, and air bandung. #Usapperut
Laki aku ngades tak mo mandi. Makan tidur je. Elok plak cuaca redup, angin kuat.. perghh betul betul leisure. Aku plak dok bergosip catch up session dengan makcik aku. Sambil makan sambil gosip *bunyi petir berdentum*
Adik adik aku... Sibuk cari anak ketam
Abis mandi dalam pukul 3 kot, baru la sibuk carik makanan. Lapor la tu...
Lepak2 sambil tunggu bebudak abis makan.
Oh yea kalo payung and kerusi kat port aku tu SEWA tau RM20. Kalo nak jenis khemah (ala x amik.gmbr plak) besar org niaga pasar malam tu.. khemah size 10x10 tu kot RM40 siap kosi meja. Kalo x rajin nak bwk bekal, kot2 tetibe bgn pagi "eh nak pergi Port Dickson lah" '.. bole je order dr gerai belakang tu. Sedap or tak aku x tau. Tapi kitorang order air panas, ABC ngan air kelapa je. Sewa payung/khemah owner dia org kedai ni jugak. Tapi kot x sempat pon takkan x leh singgah beli nasi lemak , piknik katanya..
Kul 4 balik KL, kat roundabout Pekan PD tu aku dah tidur. Sedar2 dah sampai basement parking. Letih betul macam la masak nasi lemak 20 bungkus.. hahahha
Apepon enjoy.. walaupun terkenang betapa seronoknyaa kalau arwah mak ada. Last visit dulu dengan arwah. Semua tu tinggal kenangan manis untuk kami kenang. Al fatihah
No comments:
Post a Comment