Sabtu - 10 January 2015
Salam semua
Saje nak abadikan gambar lepak2 Sabtu lepas dengan kengkawan kakak. (Kakak tu iolss lew). Payah nak janji. Kejab org ni free, kejab sorang ni balik kampung, kejab sorang tak berapa sihat.. kita hanua merancang, Allah yang mengizinkannya..
Ke mana kita?? Ke Festival Mall ajer. Aku plak lama gila tak drive cuak sket, tapi sebab Isnin dah start keje so better laa aku kuatkan semangat cuba drive balik. Alhamdulillah ok walaupun 5 minit pertama agak tak janggal sket. Terus pegi kutip Lyana and terus g ke mall. Arill plak 1st time sampai sini..
Masa sampai kat Sakae Sushi ni.. belum bukak kot. Lampu masih tutup. Pastu kitorang terjah je.. terus Manager on Duty dia arahkan kitchen ready to open! Gila kauuu.. baru kul 11:30 pagi kot dah gigih nak makan Sushi segalakkk!
Arill teruja dengan handphone OppoChot aku. Cantik katanya.. cantik la jugek dari Note 3 ngan Sony Z1 derang tuuu khennn.. saje carut. So since Arill dah berhijrah kerja baru, kami berjanji nak gather sebulan sekali. Macamkan jauh je opis baru Arill. Padahal dia still merempat parking kete dia kat opis kitorang.
Lama tak gather.. eh maksud aku gather bertiga. We all mmg close tahap carut camne takde nak kecik ati. No heart feeling. Bergosip tanpa henti. Nasib la laki aku keje halfday aritu, so kene la aku balik awal. Kalo rak jangan harapppp wehhh!
Me and my sweet cake, my bff, my PA.. she help me a lot! Love you sweet cake!
====================
Jumaat - 9 January 2015
Makan makan dengan shuben and adik adik.. makan kat Chillis BSC je. Kalo KLCC jenuhh nak Q. Sini Q pon kejab sangat. Pastu mall x brp besar, datang tuk dinner je memang x sempat nak shopping. Sekarang memang konsepnye jalan ke mall yang tak besar sangat, kalo besar like Pavi tu mmg pergi ke tempat makan je. Tak mampu nyahhh heyyy nak ukur shopping mall macam dolu2.
Dah jadi rutin aku sejak arwah mak ada lagi... sebelum adik balik U aku akan bawak makan. Since aku lom trear birthday Ee Krismas aritu, marilah kita treat orang2 tersayang. Laki aku bukan seorang yang suka makan kek So tak payah la gigih nak sebesday kek bagai.
Malam tu perut aku meragam, sudahnya aku makan sebatang jagung dengan sepotong roti je.. curik steam brokoli ngan mashed potato 2-3 suap kat pinggan Ee sket. Kenyang sudah. Erk camne nak makan buffet ni??
Abang K (Khairin) - sem 2 kat UiTM Tapah
Adik aku Azwan - sem 2 kat UiTM Alor Gajah
Untung bebudak ni... tertempias extend coti di sebabkan bencana banjir yang melanda negara kita. Harap korang balik ni belajar sungguh2 k, dapatkan result yang cemerlang.
Mode: Feeling mak mak sangat *KesatAirMata*
No comments:
Post a Comment