:: Mr & Mrs Ee ::

Monday, January 5, 2015

SENJYU Japanese Restaurant

Sabtu - 3 Januari 2015

As salam..

Hari tu laki aku cakap ada supplier nak bagi voucher Japanese food. Tunggu punya tunggu last week baru dapat voucher tu. Bila Ee cakap restaurant SENJYU terus aku gigih la menggoogle lokasi dan food review kat sini. Siap2 jot down nak order apa nanti supaya tak nampak macam #VillagePeople kekdahnye. Kihkihkih

So Sabtu tu we all ke Senjyu Bangsar Village 2. Ada outlet satu lagi kt eCurve.. kang jenuh nak cari. Alhamdulillah walau leh tahan hazabedah nak dapat parking kat area #OrangKayaKaya ni tapi rezeki #RakyatMarhaen senang pulak time kitorang sampai. Pastu naik je lift terus jumpa Senjyu ni.

Voucher dalam ada RM300++

Masuk2 Senjyu ni cosy je.. lampu pun romantic gitew. Ala ala Watami Jepanese Restaurant kat Pavi. Tapi ni lagi ekslusif la.. selain yang aku dah jot down nak order apa... bila tengok menu semua macam nakkkk. Maklom la makan free *LibasTudung*. Sini kene order.. tak de conveyer tray yang kita leh panjang kan leher sambil jeling sushi yang bergerak atas tu.


Being laki aku perut melayu of coz nak makan nasik! Masa kitorang sampai pun dah kul 5 petang kot, lunch pun belum lagi. Lapar weh..

CHICKEN TERRIYAKI SET
Ini memang sesuai tuk laki iolss. Sebab dia memang tak minat makanan Jepun. Kalo aku nak makan memang dia tak layannn. Tapi sebab restaurant ni macam best dia pergi la. Kang supplier tanya ape dia jawab plak kan? Ee cakap ayam dia sedap lembut sangat. Bole pulaak dia komen.. "ayang sedap ayam ni. Ala macam AYAM MASAK KICAP versi Jepun"'. Pesal #VillagePeople sangat ni B?! Hahahah.. Aku pun tak de plak heran nak rasa.

CHAWANMUSHI
Cilok dari set terriyaki Ee. Dia tu mana gheti. Ya allah sedappppnyee.. laju je aku menyudu slurpp slurppp abesss!

AGADESHII TOFU
Soft tofu yang digoreng dan di hidang dengan soya sos kot. Siap ada cendawan dalam tu dan bahan2 lain. Sangat sedap! Ee pun makan dengan nasik. Melayu sangat tekak laki aku

SOFT SHELL KANI KARAAGE
Gemok ketam kulit lembut ni. Aku suka kurus2.. sebab kalo kurus goreng tempura sedap krup krap crunchy. Yang ni aku makan agak lewat, barangkali bila hidang kene terus makan panas2 kot. Tapi oklah.. sebab Ee tak pernah makan soft shell crab ni. Dia suka je.

SALMON TEMAKI
Hoi ni pon sedappp! Masa memula gigit salmon dia.. mak aihhh fresh giler! Terbaiklahhhh compare dengan raw salmon yang lain. Pejam2 mata makan, pastu dalam tu ada telur2 ikan. Oh maiiiiii... letop2 dalam mulut. Sampai la ni terasa2 fresh salmon dengan telur letop2 tu.. next time aku pegi makan lagi aku close up gambar eh!

SHAKE (SALMON) SASHIMI
Ya Allah.. sedap sangat. Fresh gilaaaa! HERO OF THE DAY!! Sumpah sedap! Sejuk je lalu kat tekak ni. Makan pejam2 mata okeh! 5 slices yang leh tahan gemok. Kalo kat tempat lain nipis je sampai aku panggil 5 helai sashimi instead 5 ketul! Ini memang betul2 puas hati sampai ada baki 2 slices aku dah tak larat nak abiskan tapi sebabkan sayang aku gagah kan jugak!

VANILLA ICE CREAM
cehh ingat Green tea ais krim. Yang ni include dalam set teppanyaki tadi. Nak order lain pun ada, tapi aku tak leh masuk dah. Kenyang sangat. So kita share makan suap2 la eh, baru la romantic!

SUMMARY OF THE DAY
Hehehhe... Menu2 yang kami makan.. Ee minum watermelon juice, aku minum bottomless hot green tea. Total bill RM 122.55 sahaja. Guna voucher RM100, just bayar RM22.55 ajer.. reasonable price dengan kualiti food terbaik! Ambience restaurant yang ekslusif.. portion yang tak kedekut. Next month datang lagi. Ada balance voucher tuu #DasarNakMakanMurahTapiSedap! Lolz
Perempuan kekenyangan dengan suami yang berpura pura kenyang. Haha sebab lepas makan jalan jalan dia nak Starbucks plak. Layannnn... alhamdulillah rezeki.

No comments: