Salam Pagi Jumaat semua!
Aku x de tujuan nak aibkan mak aku. sekadar berkongsi pengalaman. ini lah keadaan mak sekarang. Rambut mak mula gugur selepas kimo kali ke 2. kira2 pertengahan puasa yg lalu. Gamabr kat bawah ni, menunjukkan rambut mak yg mula tumbuh berbanding beberapa bulan lalu. ini la perubahan ketara fizikal yg mak alami.
Selain rambut gugur, kuku mak pon jadik lebam cam ni. tp kalo korang tgk, ada pergerakan pada pangkal kuku tu seperti nk tumbuh baru. perubahan tu berlaku sejak mak buat rawatan kat Ceragem tu. alhamdulillah nampak mak ada perubahan.
oh yea.. kelmarin mak dah start rawatan Radiotherapi kat HKL. Rawatan ni selama 15 hari berturut2 kecuali sabtu ahad coti la kan.... anak2 x teman pon. alhamdulillah setakat ni x de ape la.. mak leh memandu pergi dan balik sendiri. Mudah-mudahan semangat mak kuat meniti hari2 berikutnya. Insya'allah.