:: Mr & Mrs Ee ::

Friday, March 30, 2012

1st Giveaway untuk kamooo!

Assalamualaikum semuaaaa
Mai mai rapat! Aku ada special untuk kamoo, kamoo dan kamoo!! Sempena meraikan hari lahir aku yang masuk 3series and wedding anniversary yang ke 3, maka aku nak buat Giveaway untuk korang… suka tak? suka tak? suka tak?


Korang stay tune ye. Next week aku akan publish kan entry. So rajin2 la jenguk blog aku! Antara hadiah yang aku nak bagi – Voucher Jusco RM20.00, Body Wash (Body Shop), Beg Hanger (S’pore), Fridge magnet from Singapore & Vietnam and beg mekap blink blik.


Amacam? Menarik? Pemberian adalah berdasarkan “First come , First serve” gitew!


So stay tune eh?

Ikhlas dari Puan Belog yang chumel & baik ati!

Happy weekend yuholss!

Pavlova for Love!

Semalam kan.. semalam kan… kan Anibeseri wedding aku laki bini. Semalam jugak ½ hari aku sentap. Sbb malam sebelum tu, tepat kul 12 malam aku bbm la kat laki aku. Wish eppy anibeseri bagai. Sekali tak reply! Sentap la aku kan.. dah sampai tgh hari dia tak call. Sentap! Sentap! Sentap! Dah la takde disisiku, leh tak balas bbm. Tak call aku kan?

Tak leh tahan, lepas lunch aku call la… sambil berjijiran air mata ckp dia tak ingat la, tak balas laa… dia ckp dia reply, huh bbm problem la tu! *rugi aku sentap ½ hari* . pastu dia pujuk bla..bla.. bla… pastu janji malam nak dinner sama, sampai rumah kul 6.30ptg la apa bagai. Balik2 tgk laki lom sampai. Sentap lagi! Sentap adalah sebati dalam jiwa aku eh! aku bbm, & sms sentap2. Dan dan ckp otw! Sampai2 aku buat derk je layan tab. Ye la sentapkan tajuknye. Pastu dia hulur paper beg Alexis.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


PAVLOVA!!!!! Suka! Suka! Suka!

Bapak sodap! Tapi konon nak makan ngan laki, tp laki aku dah siap sental Wagyu steak bagai! Huh nak sentap gak boleh? Tak pe.. takpe… janji dapat makan Pavlova yg diidam2 kan.. so yummehhhhhhhh. Aku makan dgn mak ngan adik aku. Alhamdulillah.. dapat gak menikmati Pavlova! TQ Bobot! *hugs & Kisses*
 
Kul 9.30mlm konon nak keluar makan , tp kenyang. Terus ke TGV Wangsa Walk tgk muvee “Jangan Pandang Pandang”. Sumpah kelakar abisssssssss!

Sekian, itu saje cerita ulang tahun perkahwinan aku yang sempoiiii. Eh ada makan2 dah last week, tu aku update later2 la eh.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, March 29, 2012

3rd Wedding Anniversary!

29.03.2009 - 29.03.2012
3rd Wedding Anniversary
Alyn & Ee

Sanding - 5th April 2009

Semoga berkekalan ke hujung nyawa! amin!!
Lots of Love! Muahss!!
psst: credit to Kak Moon! & Cyberphotog!

Saturday, March 24, 2012

Last call harga runtuh Corelle, Pyrex, Vision etc...


29.03.2012
KEDAI DAH DI TUTUP!
BARANG SEMUA DAH SOLD OUT!
TERIMA KASIH KEPADA READERS YANG SUDI DTG MEMBELI.

salam uols!

 quick updatw. patut nk update awak tp bz sgt this week. jualan masih berlangsung hingga hujung bulan ni. kira last call dah ni. siapa dah gaji meh la mai. last for this week and mana tau lg murahhhhhhh kan? ada yg dah Bonus kan? kan? kan? hahaha aku ler tewwwww!


haaaaa ko tgk masih byk lg brg untuk di grab! cepat pulun, mmmg murah! mana ko nk dpt pyrex for pie tu RM10? yg depan ni range harga RM 20-50 je. Corning ware ok! putih mata kalau tak grab!


selain pinggan mangkuk ada jugak jual baju baju, kain ela,branded tshirt,and mcm mcm lg la.....  kt dlm gmbr tu semua family members aku je. hahaha

ko tgk tu byk lg kan! cepat grab! ni minggu minggu terakhir, kalau nk tau lanjut call the owner Kak Suzana eh. refer previous entry ada no. hp kak sue.

ok la, dh kul 3.30 pagi ni. entry pun bersepah sbb pki tab je. terkial kial aku menaip menggigih pagi pagi buta.
Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, March 17, 2012

Jualan LELONG Corelle, Pyrex, Corning Ware etc

29.03.2012
KEDAI DAH DI TUTUP!
BARANG SEMUA DAH SOLD OUT!
TERIMA KASIH KEPADA READERS YANG SUDI DTG MEMBELI.



(Sticky post until 17 March 2012. New entry please scroll down)

Berita baik buat anda!

JUALAN LELONG
Corelle, Pyrex, Corning Ware etc

Bakal berlangsung pada
SABTU, 17 MARCH 2012
10.00am - 7.00pm

Address:
Shoplots Jalan Rasmi Jaya 7, Taman Rasmi Jaya,
Taman Kosas, Ampang, Selangor
(landmark ada kedai mamak, kedai ni no 3 dr kedai mamak ni)

Sebarang pertanyaan, kot korang nak tanya brg apa lagi jual kat situ
or kalo sesat tak jumpa tempat ni boleh call the owner
SUZANA 012-9101897

boleh refer "SINI" for previous entry/offer


Jom kita serbu!!

Thursday, March 15, 2012

Sabtu di Midvalley!

Sabtu lepas,aku laki bini pagi2 dah keluar. Aku ke Midvalley, dia ke Nilai for meeting. Aku whole day dah planned nak berjimba dgn kawan2 opis.  Patutnya ada Bowling Tournament anjuran Group of Company. Perghh semangat nak main. Kul 9am dah sampai MV. Game start kul 10am. Sampai2 terus breakfast kat Mc Donalds. Lepas breakfast berkumpul la kat Cosmic Bowl, Mid Valley. Ceh buang duit je bf kat Mekdi, sbb ada di sediakan breakfast. Lepas settle registration, semua dah siap pakai kasut, pilih bola bagai. Dalam kul 10 pagi urusetia bg sket kata2 aluan… “selamat pagi semua.. sebentar lagi kita akan mulakan permainan bowling kita. Sekiranya terdapat pertukaran para pemain, sila berhubung dgn pihak urusetia…”. Then senyappp… lampu terpadam! Aku plak “wahhh giler gempak siap surprised2 tutup2 lampu bagai”.
 Sekali…  rupanya black out !! puiiii. Satu Midvalley katanya.. sampai jem la kat luar tu sbb palang parking tak berfungsi. Lepas2 tu dah ok, but kat area Cosmic Bowl ngan tempat game masih blackout. At last.. lepas sejam setengah keep waiting, urusetia buat announcement bowling game ni tunda ke 11 April, cuti pertabalan nanti.
Mampu bergambar dalam gelap!
Posing kat GSC
Setelah pengumuman di buat, lantas kami terus beli tix citer “SEEFOOD”. Nasib ptg sebelumnya Sofea dah booking. Arill dgn Zue dtg tuk support bowling and lepas tu join tgk muvee bersama. So lepas amik ticket, terus g Food Junction for lunch. Aku makan chawanmushi je. Yg lain2 makan mknn Korea. Tgh2 makan, plan nak g RedBox The Garden plak. Sambil2 lunch aku call and book.
Kami berENAM jahanam beronok-ronok
 Muvee kul 1.15pm, abis dlm kul 3. So aku booked karok sessi 3-7mlm. Kalo tak jadik leh je cancel kan. Laki aku plak BBM ckp meeting dah abis, so bininya yg comel terus ckp “B, ayang tgh tgk movie ni, B g la mancing eh” cewahhhh baik ati eh bini dia? kehkehkehSEEFOOD Time!!

So menonton la kami movie buatan Malaysia” SeeFood” tu… malangnya, kami “tumpas” semasa menonton citer tu. Memula aku dulu yg Zzzz, pastu Sofea, then Liza, then Lyana.. berganti2 kami duk bgn tisur bgn tidur. Citer tu tak la buhsan… maybe sbb sabtu tu kami bgn awal and terkocoh2 nak g Midvalley, so ngantuk la agaknye kan? Dgn cuaca sejuknye lagi.. Cuma Zue and Arill je bersungguh menontonnya.. actually takde la boring sgt, Cuma pendapat aku 1st half tu bit slow la.. tp lepas tu dah ok. Takde la aku tidur sepanjang movie tu. Ape pun, SEEFOOD mmg best!
.
Abis je SEEFOOD, Arill ngan Zue pun balik, kami meneruskan aktiviti dgn melalak! Ke RedBox ler kiter! Elok la aku tgh ahri tu pun tak makan lagi, just mkn chawanmushi je. So balunnnn la makan. Amik pakej makan dan melalak from 3-7mlm, RM35++, Sofea ngan Liza untung la tunjuk student kan dpt RM24++ ajer. Maka bernyanyi dan bergumbira la kami2 semua.
Kul 4 my laki BBM ckp dah on the way ke kolam pancing kat Klang. Yihaaa! Bergumbira la sang bini! Puas kami melalak kali ni. Sampai serak2 suara! Budget2 kul 7 dah stop nyanyi, sekali kul 7.30malam pun masih boleh teruskan nyanyian!! Giler generous la RB Garden ni, kalo RB Plus nan hado, even ko masuk lambat, ko tetap kene berambus kul 7 malam!
Feeling sgt mak kau nih!
terasa macam rakan sebaya bila bersama mereka!
Hei Sofea, dah macam nenek Amir Khan!

Wednesday, March 14, 2012

Monday, March 12, 2012

Vietnam - Day 4

Finally, Dapat jugak aku siapkan Travelogue ke Ho Chi Minh, Vietnam 2012 ni. Untuk full catatan perjalanan boleh click "Travelogue Ho Chi Minh, Vietnam 2012" .

Lepas breakfast. Naik bilik lagi melepak sampai check out. Beg semua mak yg kemas, hehehehhe…. tgk tu sebahagian beg group kami! takut je over limit! Sementara tunggu yg lain2 , kami bergambar2 sekitar hotel as kenangan kan?
Bergambar di Lobby Hotel
Kenangan bersama tour guide. Sebelah kanan aku dari Malaysia Encik Izan, Kiri Si Malik dr Vietnam
Amboi.... comel nyer gadis itew. hiks hiks hiks!
Mak dia pun chomel jugaks! posing tiru anak dara dia jugak!
Good Bye Ho Chi Minh City!!
Kul12.00 check out and pergi makan kat KEDAI SHAMSUDIN. Lunch kali ni rase cam best sket. Entah apa yg best pun aku tak paham. Maybe sbb lapar! Pagi tu makan pon tak lalu. So lunch ni dpt makan nasi goreng + telur mata + Vietnam Coffee Ice vvavavvavav terbaek wokkk!! Korang kalau g Vietnam MUST TRY KOPI VIETNAM!!
Sedapppp sgt nasik goreng ni and kopi vietnam yg malatopsss tuh!

Mase nak naik bas, ada sorang pompuan ni bwk 2 bundle plastic. Jual beg comel2 sulam2 ! Sekalik dia open “10 BEG RM50”. Terus kene serang! Menggelupur pompuan ni takut kita terambil lebih! Giler murah!!! Senyum labor la dah semua org beli kat dia.. abis 1 bundle brg dia kami sapu! Sure dia terus balik nak beraya sbb jualan sekejapan dah laku!Giler dah last minit still nak grab jugak!
Then kita teruskan perjalanan ke City Tour je la… tapi di sbb kan last kami ni, kebanyakan tempat dah tutup tuk sambut perayaan, maka dapat ke Post Office je. The rest semua tutup.
Keadaan dalam post ofis. masa ni masih ada kaunter post yg bukak.
maklom la gomen kan?
Rombongan Pak Jusoh ke Ho Chi Minh City! Tq Pak Ngah!
Then Izan our tour guide dr Malaysia ajak g Hard Rock. Kat sini la baru betul2 jumpa Bandar! Area sini je cantik. Actually HRC ni belakang bangunan Post Office ni. Sampai sini, belikan Ee cap je. Tu pun dah USD17. Tak la mahal sgt. Kak Tie pun belikan hubby dia cap sbb masa sampai Vietnam tu birthday laki dia. Aku pun jadikan cap tu hadah birthday Ee. Aci tak?

Lega dapat aircond! sejukkkkk!!
Alololo... cian ko Kak Tie, terjerumus ke kancah kegedikkan!!Jom balik! sobs... sobs,,,,Lepas tu berangkat la kami ke Airport. Awal kami ke airport sbb kesian kat Malik and driver sbb derang nak balik kampong. Malik nak balik kampong dgn 6 jam perjalanan naik motor. 
Kenangan bersama Malik!


Muka Happy lepas call laki. Tak sabar nak peluk laki! hehehehehhe


Tu Pak Ngah aku. Ketua rombongan!
Siap2 order food by Tour agent ni, baek punya Nasi Beryani.
Bau- bau Malayasia semakin dekat!
Seyes sedap!!
Eley2 ibu Esya.. "i know what you did last journey" hahahha... "hi Pak Teh!"


Syabas untuk diri ini sbb dpt abiskan Travelogue HCM, Vietnam 2012!
 Flight kul 9 malam waktu Malaysia. Kul 10.30mlm camtu dah sampai KL. giler cepat flight ni! turun Flight laju2 jalan. sumpah jauh dari flight nak ke terminal. biaselah AA kan? tak sabar nak jumpa laki mak ... macam la laki mak tu rindu kan bini dia yg comel ni kan?? hahahahhahah...

Friday, March 9, 2012

30th Birthday Treat!

Salam Jumaat yuholss!

Matik la tak abis citer birthday aku lagik. Sila la katup blog ni kalo menyamfah. Well ni kan blog mak, harus melebeh2 di sitew.
"Gegurl Big 30 today!"

Ok ni cerita birthday aku dgn yg tersayang. Harus la aku abadikan di blog aku. Ahad tu dah suam2 kan sbb kan aku ala2 boring tunggu Ee yg duk tidur je tu. Oh yea, masa birthday aku tu pepagi aku buat coklat kek, masa aku g wedding tu mak masak nasik tomato, ayam masak merah & kari daging for my birthday treat, Thank you mom! Tu pon kul 6 ptg baru makan sbb tunggu PUTERA RAJA bangkit dari beradu. Aku saji then Eel eh ckp “uhhh sedapnye.Yang nil lauk pengantin kawan awak ke tadi?”. Amboi, berpeluh ketiak mak mertua masak leh kata tapau dari umah panten? Ish ish ish! Nak harap bini MMG TAK la kannnn? Hehehehhee *bini comel mmg camni kan?*



Lepas Maghrib aku dah monyok2 tergolek2 atas katil. Pastu encek suami ajak keluar. Bincang punya bincang… aku ckp Let’s go to BSC. (again!.. last year pun sini!). nasib la.. malas nak sesak2 g shopping mall yg besaq2. G sini je sbb tak yah shopping2, terus g makan je. This time aku pilih Alexis. First time makan sini. So tgk menu.. adus, matik la very the kampong dot com!



Masa tgh2 order, ada plak geng memancing Ee. So dia la suggest makan apa. So kami makan yang ini la…
Calamari Rings - sos cicah tu mmg sedap! 
Beef Pepperoni + Mushroom 
Mashed Potato - gatei nak jugak kan?!!
Carrot Juice for me & Watermelon for him
and of course la mesti ada kek kan?
so Ee pilih Walnut Choclate Cakes with Ice Cream!
mmg sedap sgt! ni paling sedap! Ee yg tak suka kek pun leh abis  makan.
Eh kek adalah budget Sharing is Caring is Loving 
ok ini gegurls manyakkk happy lorh! Sebab dapat makan2 sama hubby dia. Tapi sebenarnya nak PAVLOVA. tapi dah abis, kwn Ee suh booking nanti simpankan and collect je. hurm hurm hurmmm.. gitew lah! Bila la eh nak layan Pavlova?

Hadiah dari Mr Hubby? Tahun ni Ee kasik aku cash je. suh beli sendirik, sbb bini dia yg comel lagik manje ni mengades. Kalau Ee belikan mesti byk cengkadak. So sudahnya dia bg cash 2 weeks ago! giler awal kan? so sbb kasik cash awal, awal2 la aku dah beli ape je aku nak!! hahhahaha nanti aku tunjuk sini ye! bukan nak menunjuk kat korang, tp nak kene la buh sini, supaya thn depan aku leh la ingat bahawasanya this year laki aku bg duit and aku beli apa ngan duit yg laki kasik tu kan? heheheh.. thank you B!

*cium banyak-banyak!*