:: Mr & Mrs Ee ::

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Serem sejook!

15hb ni nak fly berholi-holiday kata kawwwww! Preparation semua almost done. just nak beli mknn sket and nak packing baju and tukar duit je. BUT lately ni kan dok kuar iklan pasal PTPTN je kan? Takut hakak kaw ni hah dik! Lagi2 di gerunkan ngan laki aku sendirik. Mencik gaban! Iklan sejibun plak ngan situasi skrg ni. So makanya tadi aku check la status aku.


"Nama Tuan/Puan TIDAK termasuk di dalam senarai hitam peminjam ingkar PTPTN yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara"


Phewww lega! Takut jugak tak lepas kan? but still risau gak. mana lah tau kan. Dapat dividen ASB nanti nak byr lelelebih la pasni. Lebih la sangat kan baki gaji bulanan ko pompuan?!! Byk sgt ke dividen ASB ko dpt tuuuu? Hahahahha… takper janji byr la kan? Dah berhutang kene la langsaikan. Nanti sian adik2 di luar sana nak apply tak dpt sbb hakak2 abang2 tak byr2 utang lagi. Huhuhu…


Korang dah bayar PTPTN?

Thursday, December 1, 2011

Daftar bantuan RM500, 10 Dis.

di petik dari Utusan online . Jom apply! eh aku tak layak. tapi nak apply tuk my mum. ibu tunggal la katakannnnn

----------------------------------------------



KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.


Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.


''Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.


"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya.


Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.


"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Ahmad Husni.


Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.


Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.


Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. - BERNAMA

Eh baru perasan!

Masa aku MC aritu sempat la renew lesen setahun. Dedulu aku kaya sket, so selalu renew 3 tahun sekali. ni kali ke 2 aku renew for setahun je.* Budget larik *. Semalam aku kemas2 wallet, baru aku pasan aku nyer lesen expired date nye masa BIRTHDAY. Memula macam WHAT?? “Bulan 3 nanti nak kene renew lagikk??”. Sekali tgk tahun 2013 baru kene renew. So agak untung di situ.


Ye la kan derang dah umum yg lesen kita akan ikut tarikh birthday. Sebab ramai sgt LUPA nak renew lesen. Pelik ahhh org2 camni. Aku tak pernah pun lupa renew, kalau terlewat hari tu pon sbb tak sempat nak g pos opis. Kalau ikutkan aku renew 21 Nov 2011 and sepatutnya 21 Nov 2012 la kene renew kan? So sejak kuat kuase dapat la kita extra few months. Ok la tu… follow jerr

So now on, apabila birthday kene la camni…. “Asal birthday je, renew lesen. Asal kene renew lesen je, it’s my birthday!”. Lucky la roadtax kete + insurans tak renew ikut birthday owner. Kalau tak pengsannnnn la kan? Eh aku untung sbb kereta bukan nama aku. Kehkehkeh

Tuesday, November 15, 2011

Panic attack pepagi!


Pagi2 ni dah lencun mak berfeloh-feloh! Mana taknye, pagi tadi aku nak start kete kenot go! Memula aku ingat bateri kong, ye la bulan depan genap 2 thn aku pakai kete ni. Maybe sbb bateri, tapi takde kuar kat dashboard pon tunjuk bateri. Pijak brek pad then kuar kat dash board “Press brake pedal to start engine”. Hahhh sudahhhhh! Pedal brake tu dah terlock sendiri. Ni perkara biase ye uolsss. Tp jarang lah berlaku.



Lepas kuar camni, nanti kene tekan kuat2 sket pedal tu tuk releasekan lock tu. Takyah la raba2 pedal tu mmg takde lock nya. Cuma mmg brake system forte ni camnih ye. Naik berpeloh2 mak sambil berfikir2. NAK EL? NAK HALF DAY? NAK TUMPANG MAKCIK? Dekat 10 minit! aku call Ee dia suh try itu ini. Yg tak leh blah “cuba ayg tolak kete tu ke depan sket. “ pale otak la B! giler nak tolak kete tu. Ingat bini awak hulk ogen ke? Aku dah tak kuase nak try, aku call je makcik aku nak tumpang dia sbb aku tgk kete dia tak jalan lagi. Sambil kemas2 balik beg, saje je aku letak kaki kat pedal tu. Haihh elok plak kasik signal suh tekan push button suh start enjin. Wallaweiiiii… lega! Terus gerak g keje sbb dah kul 8 lebih time tu. But syukur sgt perjalanan ke office tak jam hari ni. Di permudahkan perjalanan ke office walaupon terlewat. Ngam2 sampai parking 8.30am.




Huhuhu… sape drive kete Kia Forte ni yg tak pernah kene insiden camni, one day kalau terkena jgn panic ye. Sbb aku dah terkena 3 kali, Ee kene sekali. hahahah memula gabra, dah ada experience releks je. Cuma pagi tadi sbb nak g keje kan. Panic la di situ. Pestime kat Kia service, masa collect kete. Terus panggil budak Kia. Dia ajar la camne nak handle. Dia kata perkara ni normal, sbb kita start kete ni guna pedal brake. Dia kata memula dulu owner kereta call panggil towing sbb tak leh start, actually masalah pedal brake ter lock je pon. Hahhahaha




Sampai2 office, bos aku tanya nape ngan kete aku. Aku pon explain la kete ni “keyless system”. Start kete kene tekan pedal brake & “push button” serentak baru enjin leh hidup. Dia kata naper camtu? Sebab kete ni tak de tempat cucuh kunci tu, sbb tu ler “keyless system”. Nak bukak pintu and nak start enjin main tekan2 je. Remote dok diam2 lam handbeg ye. Sangat mudah bukan? Takdelah hegeh2 carik kunci dalam handbeg yg bersepah cam reban ayam tuh. Yang ada anak mana nak dukung anak, nak bukak pintu, nak pegang barang, and kalau hujan semua nak di pegang. Inilah jawapannye. Sgt membantu para ibu2 yg berdikari! Heheheh.. Hadoii tetibe jadik salesman plak kat dia explain features kete haku neh.





Amacam? Korang minat? Gosok2 la laki korang suh beli kete macam aku. Ajak laki korang pergi Kia Showroom. Highly recommended! Features BMW beb!! sorry dah termelalut plaks. hiksss!



Tuesday, June 28, 2011

Driving in Singapore

Kali ni aku tak byk shopping walaupon aku paling byk bawak duit! Sbb kali ni bawak kete aku, and Ee tak pergi so aku takut apa2 hal berlaku kat sana. Bukan la ape. Ko tau je la Singapore ni strict sket. Aku takut kene saman ke hape kan?


Lepas je check in kat checkpoint imigresen Malaysia and Singapore… kita kene g LTA office nk beli Passcard. Korang park je situ, nanti ada staff akan tolong isikan form korang. Then korang preoceed byr card tu. Adik aku sengal g byr S$10 je. Mane cukup. Kad ni cam touch n go la.. sbb kat laluan Bandar pon korang kene tol tau. Charge ikut time. Kalo peak hour mahal. Aku byk jalan time cuti so tak brp mahal la.. tp mase masuk vivo tu nak touch keluar tak cukup 20sen. Terus carik top up lagi S$20. Ishhh rugi! Tp kad tu valid sampai 2016. Maknanye pasni masuk tak yah top up dah, leh terus guna.



TQ google


Sebelum lalu sini, dah ada infos la.. so ko leh tau jalan ni dia charge brp , ada time sekali situ.so makesure card korang penuh eh. Kad ni dasyat la.. ko simpan celah mana pon tiang ERP (tol derang) tetap leh detect and charge tau! hanya dgn “cip” tu tanpa reader pon leh detect and charge tiap kali korang lalu ERP. Dasattttt.. tu yg mek serammmm nok. Nasib masa kat Vivo top up S$20 dollar. Mase touch passcard kat imigresen S’pore kene kene charge lagi. So, balance card aku ada beh kurang S$16 gitu.





Parking Infos
Charge seperti berikut
S$0.50 – 30minit – harga kad S$0.50.


S$4.00 – per night, 10.30pm – 7.00am.
So kalo korang nak duk situ 4 jam kene ada 8 keping laaa. Tp ni jenis parking kat luar cam kat Jln TAR tu la.. coupon parking leh beli kat 7eleven.


Ni korang park kat kediaman pon kene charge tau. ni yg malam, siang aku tak buh kad parking ni sbb byk berjalan. Huhu.. mahal gak. Tp 2 malam dh di subsidies oleh cik ameng, hahhahahah… eh parking pakai kupon semua di tanggung berehhhh… not even us la.. org sana pon camtu. Kata kan la ko dtg umah aku pon ko kene buh coupon gaks. Aih.. semua duit kan? Ok. Abis dah citer Singapore! Hope info nil eh la bantu u olss yg nak g bercuti.



Dalam Terowong.... sebelum masuk terowong dah ada amaran had kelajuan 70km je.. so korang akan nampak semua kete bawak kelajuan yg sama. awas ya! jgn cuba lebih laju kerana CAMERA sentiasa mangawasi dan akan menyaman anda!! maybe tak mau tragedi Lady diana berulang kembali. tapi syabas lahhh pemandu sana semua ikut peraturan!

Monday, January 17, 2011

Hotel Abadi Info

Sharing info:
HOTEL ABADI MELAKA
Jalan Melaka Raya 6
75000 Malacca Town, Melaka
Tel: 06-2848000
Hotel Lobby
Superior Room
RM120 nett + Breakfast for 2 pax
Toilet
LCD TV (not included my Ee :P)
Husband checking the work progress
Facing shop lots
Nearby fish pond tempat Ee selalu pergi
patut la offer aku nk g Melaka lagi next week!
Kalau nk stay sekarang terpulang la.. tp nak lebeh selesa maybe March onwards la kowang stay kan. aku pon akan pergi lagi stay sini. sbb walking distance tu dataran pahlawan.



Wednesday, December 22, 2010

Dividen ASB 2010

ASB AGIHKAN PENDAPATAN

DIVIDEN 7.50 SEN SEUNIT

DAN

BONUS 1.25 SEN SEUNIT

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak dividen 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
** bukan ler 20% yek? keh2.. ape pon.. syukur alhamdulillah.

Tuesday, October 5, 2010

S.h.a.k.e.S

Good Morning u olsssssss!!!
Ni ler bekpes aku ari2. (during office hour laaa) tp kalo kowang lalu laa… ni shakes dr Herbal Life nutrition club. Kat lobi opis aku neh ada satu.. nama nyer SHAKESBERRY, GROUND FLOOR, MENARA STANDARD CHARTERED, JALAN SULTAN ISMAIL, KL. . So, setiap pagi aku dah siap2 order aku nk flavour ape. Skrg ni aku giler ngan Carrot.

Shakes ni selain dr F1 Herbalife, derang blend ngan carrot, halia, peria, steam pumpkin, oats, orange jus, air soya and plain water.. sedappp… atas dia ada buh black sesame yg dah di goreng then di blend halus.. leh gak buh oreo.. Rasenyer?? Sedap la weiii.. sape2 nk berdiet, leh la try.. takde beli produk Helbalife tu pon ok jer. Kalo kat opis, shakesberry yg sediakan.. kalo dinner, aku blend sendiri je! Try la.. healthy breakfast!


Bukan bermakna aku x mkn nasik lemak or roti canai.. tp monday - friday mmg amik shakes ni tuk breakfast & dinner.. lunch aku mkn cam biase. mmg ler x kuwus mana pon kan, tp inisiatifnya.. sbg mknn kesihatan. sabtu ahad je aku mkn cam biase. sayangilah usus anda. hehehehe...

Thursday, March 18, 2010

Hati-hati

Last week mak aku ckp ada 1 call masuk (tepon umah ler) ckp nak ckp ngan aku. Katanya dr pusat service Aircond. Mak aku ckp dah bg no hp aku kat org. then few days later… ada 1 call dr sorang pompuan KAP-LAM-YA-NGA , Minah ni ckp dia dr Aircond service kekonon.

Dia: Boleh bercakap dgn cik Mazlin. Saya dr Aircond service nk bg tau yg aircond di rumah Cik Mazlin dah sampai masa untuk servis.
Aku: Ok. But ur company kat mane eh? (aku confused gak ni)
Dia: Kita call dr Gombak.
Aku: huh? Ye ke? Bila last I servis my aircond? (sambil duga minah ni)
Dia: Dalam record kami last servie May 2009
Aku: May 2009?? Are sure?? Setahu I dah 2 tahun I x service my aircond
Dia: Sorry ye Cik, saya salah tgk.. ini record kat wangsa ukay punya rumah.
Aku: U mane dpt my contact & record of my service nie?
Dia: kami dpt record mase u purchased u punya aircond. Itu kedai yg hantar pada kita Aircond Service Centre.
Aku: Alamat mane mase I beli aircond ni?
Dia: X-X-X Manara Rajawali (dia bg alamat umah aku skrg okeh! Padahal mase arwah abah aku beli aircond ni kami dok floor lain)
Aku: owh.. ok. Ape brand eh my aircond?
Dia: Cik punya aircond brand National
Aku: APE??? NATIONAL??? I mane ada Aircond brand tu (aku dah naik hangin dah time ni)
Dia: Maaf Cik, saya silap tgk. Bukan sebenrnya, sy call mau bagi tau syarikat kami ada promotion bla.. bla.. bla… RM100 only untuk customer yg terpilih.
Aku: (aku dah marah time ni…) Eh… sorry yea, I x pernah hire your company to service my aircond. All the info semua nye salah. Mcm mane I nak percaya u pernah Service my aircond? Bla.. bla… bla…
Dia: terus letak tepon.

Geram tau aku. Ni kali ke 2 aku dpt call camni. Aku rase dr nombor yg sama… tp aku try trace balik dlm phone aku , x jumpa plak.. tp nombor dia start ngan “016”…. Ape yg dpt aku rungkai kan kat sini…

- Dia dapat nombor rumah aku dr Telekom Phione Directory yg di daftar atas nama aku.
Dia buat marketing la aku rase
- kita mungkin terpedaya dgn promotion yg di beri
- Bila terpedaya, bygkan dia dtg umah kita… pastu.. pastu… dia rompak umah kita ke hapa ke kan??? Nauzubillah…
- Korang bygkan kemungkinan lain….

So berhati2 dgn org2 mcm ni. Fikirkan keselamatan kita sekeluarga.

Friday, July 24, 2009

RM50

gaji dayyyyyyyy!!!

Kelmarin aku withdraw duit dapat duit ni. Semalam collegue aku suh tolong byr kan CC dia pon dia bg aku duit ni... adusss... sonok mmg la sonok, tp aku riso kalo x leh masuk cash deposit machines. Tapi aku rase this week notes RM50 baru ni dah di perluas kan.. aku harap machine tu leh ler terima duit ni. kalau idak, jenuh arr nk beratur nk byr mcm2. ape tah lagi Bank Kampong aka BANK RAKYAT yg mesin dia byk songeh tuu



Hari ni pay day aku... konfem2 la kuar semua duit baru kan? haihhhh

Thursday, July 23, 2009

Jerebussss

lately ni jerebu kan??
semalam lagi teruk, tp aku lupa nk amik gambar. smlm plak ujan kan? so lega sekt ari ni... harap2 makin ok la kan... meh tgk perbezaan jerebu kat area opis aku ni, Jln Sultan Ismail.
[ KLCC - taken 15/07/2009 ]

[ KLCC - taken 23/07/2009 ]
Semalam mmg terok giler... opis dajs yapa tu mmg kabur2... terlupa betul nk snap pixie tuh...

Monday, May 18, 2009

ALERT: H1N1



Sekarang kecoh wabak INFLUANZA A @ H1N1
So, bos aku kepochi suh aku beli mende alah ni
Sekarang masuk je opis or balik dr toilet,
kene ler pakai menda alah ni
Office aku dah cam spital dah.. bau dettol siot!
aku suh cleaner aku bancuh pekat2 dettol liquid tu
bior 1 opis bau spital haahhahaha
kalo tak kang bos aku menyalak2 ckp cleaner aku x cuci bersih
(tu la mkn lagi ba alif ba ya)
pastu soh org lain lak jaga kebersihan.. coiiiii!!
aku pon skrg dah jadik pelik jugak..
sbb kt workstation aku, dlm kete hubby, dlm handbeg,
dlm umah, dlm bilik tidur aku pon ada
HAND SANITISER brand DETTOL nie
Aku rase dettol je best sbb ada moisturiser
ada gak aku try brand lain.. tp kulit tangan jadik kering
So, sesapa yg nk beli yg brand dettol, harganye...

Dettol
RM4.80 ~ 50ml (value pack: RM10.80 untuk 3 botol 50ml)
RM 13.80 ~ 200ml
Guardian - RM3.80 (50ml)
Eskulin - RM2.80 (50ml)


P/s: baru balik dr Jusco, for Dettol 50ml skrg dah RM5.30

Wednesday, August 13, 2008

Friday, August 8, 2008

08-08-08

Hari ni 8hb Aug 2008... nak nampak meriah, kita letak la 08-08-08.. manyak ong tau org cina ckp...

  • Siapa punya birthday hari ni? best ooo ~ 08-08-08
  • Kawan saya wife dia due bersalin hari ni ~ 08-08-08
  • Mlm ni kawan sekolah saya, Salmi Suhana nikah ~ 08-08-08 (dulu tunang 07-07-07)
  • Maybe ada yg nikah dgn hantaran RM8,888 dgn mas kahwinnyer RM88
  • saya verangan nak ada nombor plat kete 888
  • Saya penah verangan nak kahwin tarikh ni tau!! ~ 08-08-08 **hiks**

Ape lagi yea? apepon, nombor hanyalah angka dlm kehidupan. x boleh la taksub sgt kan? kan?

Thursday, August 7, 2008

SGD vs MYR

sejak balik dr s'pore ni... saya asik pikir2 je la... sbb kan cam best jer bergaji matawang SGD. klau kita nak compare mmg la S$ lagi tinggi dr RM. tp... cuba bygkan nilai SGD & MYR. cam best je kan? tp... x kan saya nak merantau ke S'pore!

contoh2 nye la kan...

Potong rambut
"kak alin nak potong rambut? kat saloon baru tu ada promotion. potong w/out cuci S$2.80. hambek ko! murah kan? tp x sempat nak per wooo...
~ mak aku potong rambut w/out cuci kat sini pon RM15 tau!

Bonia H/beg - gold edition (same pattern)
S'pore = S$150 (if convert m'sia = RM 360 je baru)
M' sia = RM 680

Tambang bas
S'pore town : S$ 0.55 - 1.20
Kl Town : RM 2.00 - max RM7.00

airport
singapore via MRT = S$ 2.70 / Taxi = S$17
KL to LCCT via bus = RM9.00
KL to KLIA via ERL = RM 35.00

bestkan? NAMPAK nilai cam kecil je...