:: Mr & Mrs Ee ::

Tuesday, November 15, 2011

Panic attack pepagi!


Pagi2 ni dah lencun mak berfeloh-feloh! Mana taknye, pagi tadi aku nak start kete kenot go! Memula aku ingat bateri kong, ye la bulan depan genap 2 thn aku pakai kete ni. Maybe sbb bateri, tapi takde kuar kat dashboard pon tunjuk bateri. Pijak brek pad then kuar kat dash board “Press brake pedal to start engine”. Hahhh sudahhhhh! Pedal brake tu dah terlock sendiri. Ni perkara biase ye uolsss. Tp jarang lah berlaku.



Lepas kuar camni, nanti kene tekan kuat2 sket pedal tu tuk releasekan lock tu. Takyah la raba2 pedal tu mmg takde lock nya. Cuma mmg brake system forte ni camnih ye. Naik berpeloh2 mak sambil berfikir2. NAK EL? NAK HALF DAY? NAK TUMPANG MAKCIK? Dekat 10 minit! aku call Ee dia suh try itu ini. Yg tak leh blah “cuba ayg tolak kete tu ke depan sket. “ pale otak la B! giler nak tolak kete tu. Ingat bini awak hulk ogen ke? Aku dah tak kuase nak try, aku call je makcik aku nak tumpang dia sbb aku tgk kete dia tak jalan lagi. Sambil kemas2 balik beg, saje je aku letak kaki kat pedal tu. Haihh elok plak kasik signal suh tekan push button suh start enjin. Wallaweiiiii… lega! Terus gerak g keje sbb dah kul 8 lebih time tu. But syukur sgt perjalanan ke office tak jam hari ni. Di permudahkan perjalanan ke office walaupon terlewat. Ngam2 sampai parking 8.30am.




Huhuhu… sape drive kete Kia Forte ni yg tak pernah kene insiden camni, one day kalau terkena jgn panic ye. Sbb aku dah terkena 3 kali, Ee kene sekali. hahahah memula gabra, dah ada experience releks je. Cuma pagi tadi sbb nak g keje kan. Panic la di situ. Pestime kat Kia service, masa collect kete. Terus panggil budak Kia. Dia ajar la camne nak handle. Dia kata perkara ni normal, sbb kita start kete ni guna pedal brake. Dia kata memula dulu owner kereta call panggil towing sbb tak leh start, actually masalah pedal brake ter lock je pon. Hahhahaha




Sampai2 office, bos aku tanya nape ngan kete aku. Aku pon explain la kete ni “keyless system”. Start kete kene tekan pedal brake & “push button” serentak baru enjin leh hidup. Dia kata naper camtu? Sebab kete ni tak de tempat cucuh kunci tu, sbb tu ler “keyless system”. Nak bukak pintu and nak start enjin main tekan2 je. Remote dok diam2 lam handbeg ye. Sangat mudah bukan? Takdelah hegeh2 carik kunci dalam handbeg yg bersepah cam reban ayam tuh. Yang ada anak mana nak dukung anak, nak bukak pintu, nak pegang barang, and kalau hujan semua nak di pegang. Inilah jawapannye. Sgt membantu para ibu2 yg berdikari! Heheheh.. Hadoii tetibe jadik salesman plak kat dia explain features kete haku neh.





Amacam? Korang minat? Gosok2 la laki korang suh beli kete macam aku. Ajak laki korang pergi Kia Showroom. Highly recommended! Features BMW beb!! sorry dah termelalut plaks. hiksss!



1 comment:

Munnafendy said...

eh yeke tak pakai kunci? erm..bgus la..sy ni pun spesies mggagau cari kunci dlm handbag =P

kena pjuk enche laki ni..eh..silap enche tunang...haha