:: Mr & Mrs Ee ::

Sunday, August 28, 2011

Isi Ketupat!

Seperti tahun2 terdahulu.. 2 mlm sebelum raya acara isi ketupat. Tgk la si kecik tu bersungguh2 nak tlg isi ketupat. Cuma.. Ternampak2 arwah nenek isi ketupat. Uhh.. Kenangan. Tsk tsk tsk... Makin nak dekat raya makin terasa rinduuu kat arwah nenek, arwah abah... Al-fatihah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Choc Chips Crunchy

Baru selesai baking biskut raya. Thn ni tak de kuih yg aku tempah semua tak dan nak siap. So aku buat ler sikit2. Resepi asal dr dapur Kak Hanieliza, tp aku godek ikut cita rasa aku la. Mmg crunchy! Sbb last week dah buat tp dah abesss. Kene ler merepeat hari ni. Sat lg sambung sarang semut plak. Nak rehat jab.

Choc Chips Crunchy
(lebih kurang 120-150pcs)

Bahan A:
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
150 g gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230g tepung gandum - ayakkan
2 sudu serbuk koko - ayakkan
1/2 sudu kecil soda bikabonat - ayakkan bersama tepung td
100 g coklat cips
100 g cornflakes - ramas hancur kasar2
50 g kacang shantung - di panggang
50 g kacang cashewnut - di panggang
50 g almond flakes - di panggang
50 g nestum or oats

Cara
1. Pukul butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
3. Masukkan bahan B perlahan dan gaul rata.
4. Sudukan adunan ke atas tray.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 25, 2011

Mak nenek to be!

Hello semua...

Lama Esya tak enterprem kat sini. Comel tak saya??

Huhuhu ini budak debab sudah mcm2 perangai! Geram sgt kat dia! Kalo nak main dgn dia kene umpan gula2 or ais krim baru dia syg kita ketat2. Heheheh.. Notty tau debab mummy neh!

Baru ni Esya dpt kazen baru. mummy mula la nak poyokan Esya. Bergenang2 air mata! Then bila dia dah ok mummy peluk2 dia cam baby terus feeling peel cam baby. Ni sure jeles ngan baby Aqil! Sampai minum susu and nak tidur pon nak mummy peluk. Ngada tau budak uchuk ni.

Skrg dah paham dan pandai ckp skit2. Tp ujung2 la. Kalau tanya dah makan ke belum, dah minum susu ke, pandai dah jawab. Pandai bebel pon ye. Asik2 "ya allahhhhhh", "tak dapattttt". Kejenye asik mengerjakan abg n kakak dia je, kuat menyibuk dannnn kuat makan! Yg penting dia dah pandai panggil "mummy"! Ok syg Esya ketat2! Muahhhhhhhhhssss!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 23, 2011

Saiz baru u olssss

Hari ni nak meriak sikit. sikit je tak byk. heheheh kan aritu aku ckp part kronik nak kene beli Jeans baru kan? whoaaaaaahhhhh... smlm mak terkesima u olssss.. memula try size 28. ok2 je tapi pinggang cam longgar sket. then mase try skinny Jeans pon ok size 28 jugak tapi mak tak kasik aku pakai skinny jeans tu, dia suh pakai legging je.


Raya 2010 - SIZE 30


So mase dok pilih2 kaler, ada la plak tak kenan kat mata aku. then budak tu tanya last year pakai size apa? aku cakap 30" , dia suh aku try size 27". di ulangi 27"!!!! ha mak g la sarung.... eheemmmmm muat u olsss!


Terkini... Raya 2011 - Size 27


Size seluar jeans mak dari size 30" ke size 27"!! saiz 27"!! hahahahahah... bangga terbaek lahhh! Alhamdulillah setelah memakai Premium Beautiful selama 3 bulan ni, inilah hasilnya...


Size lama dan baruuu... i loke!!


i tell youuuu it's worth buying!!

Iftar & Sopping Rayaaaa

Semalam Iftar di luar bersama ‘Ohana’ terchenta. Ohana means FAMILY la.. just me, mum and adik je. So lepas amika dik tuition g la ke Jusco Wangsa Maju. Sampai dah kul 6.45ptg so tempat pon penuh. Plan B, beli kaya ball ngan air botol so sambil shopping dgr azan terus berbuka seringkasnyer. Shopping pon laju2 je. Aku sorang2 ke Giordano, adik ngan mum ke Padini.


Dalam kul 8 baru g foodcourt. Org pon dah takde. Heheheh… makanan pon panas2 dari dok beli awal2, pehtu nak tunggu berbuka mknn pon dah sejuk. Foodcourt kat sini food dia sedap2. dari Jusco kat umah aku, bek ko katup je kedai2 kat situ. bad quality!


Selera mak makan. Alhamdulillah


Makanan org tamak yakni aku ler...


So ni la hasil2 aku sopping smlm.

Ni je pony g tinggal nak di beli. Aku beli jeans ngan baby T sehelai then beli handbeg! Try2 then rase ok, price pon ‘ehem’ terus bbm Ee. Dia kata ok, aku pon amik ler… (T_T) handbeg hantaran pon tak semahal ni… salesgirl tu asik Tanya aku nak letak atas dulang hantaran ke? Dok rekemen ni kalo barang hantaran mmg cantik terletak . Hello, ahkak dah kahwin ok!


Handbeg raya ahkak .. santek tak??


Yg best dapat Free gift! Berbunge2 hati aku dpt beg free ni. Purple gitew! I loikeee. Korang dah sopping?`




Monday, August 22, 2011

Jgn ambil kesempatan!!

Baca update pasal Norma kat blog kak moon, happy sbb Norma dah tunjukkan perubahan yg positif. TAPI sedih sebab ada jugak yg amik kesempatan dgn menukar nombor akaun Norma. Bulan-bulan puasa camni pon ada yg ambil kesempatan. For those yg nak hulurkan bantuan, boleh la berbuat demikian.



Aku attachedkan copy of CIMB akaun Norma. Those yg sangsi betul ke tak nombor akaun Norma. THIS IS THE REAL ONE! Please jgn tertipu and musibat2 kat luar yg cuba ambil kesempatan, korang tanggung la sendiri.

Friday, August 19, 2011

Mee Cina aka Mee Sup

Hari ni dah Jumaat. Another 1 week je nak keje. Pehtu cotiiiiii! Sepanjang aku bekerja, tahun ni la pestime aku cuti raya sampai 9 hari! Whole week cuti! Best giler! Sbb thn ni aku pekerja yg rajin so kurang cuti. Maka cuti berlambak2 plak.

Ok hari ni mak nak share resepi simple untuk uolss! MEE CINA aka mee sup simple.

Bahan2:
Bwg putih - hiris
Bwg merah - hiris
Cili merah - hiris
Air rebusan ikan bilis (segengam  bilis)
Sawi
Telur
Mee di celur

Cara2:
Panaskan Planta 1 sudu + minyak sikit
Tumis bwg putih + bwg merah + cili merah
Masukkan air rebusan ikan bilis sampai menggelegak.
Masukkan garam + ajinomoto secukup rasa
Masukkan sawi
Pecahkan telur (sebiji2)

Curah kuah atas mee dan tabur bwg goreng. Dah siap! Sila la coba ya!

Tips: guna la mee buatan org melayu kita. Asli rasanya and sedap!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 17, 2011

Nutella Butterscotch!


Perghhh tukar nama siot! Padahal "Bread Butter Pudding" je ponnnn. Hahahah.. Lepas sahur td menggigih buat sbb dah janji ngan dak opis nak buka sama. Derang request puding roti. Kali ni aku pakai roti Gardenia Butterscotch tu and sapu ngan Nutella cekelat tu. Urmmm dapnyeeee. (Cer korang bygkan.. Sedap di makan begitu sahaja!)


NUTELLA BUTTERSCOTCH


Bahan2 (untuk 4-5 org makan)
5-6 kpg roti butterscotch (di sapu nutella)
6 sudu gula/setengah cawan gula
1 cawan susu UHT
1 cawan susu sejat
1 biji telur
1 sk esen vanilla
Kismis
Choc Chips

Cara2nya:
- Roti yg dah di sapu dgn nutella tu di potong 4
- Susun dalam loyang (size comel)
- Selang selikan dgn kismis
- Pukul telur + gula + Susu UHT + Susu sejat & esen Vanilla
- Tuang adunan dalam susunan roti tadi
- Biarkan sampai roti betul2 kembang (dlm 15 miinit)
- Sebelum kukus/ bakar boleh taburkan kismis & choc chips.

* kukus - 30 minit or hingga elok masaknye (I pakai steamer letrik 45minit)

Sekian resepi campak2 dari ahkak chef diva! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 16, 2011

After 3 month with PB

PB – Premium Beautiful

Today dha genap 3 bulan aku pakai PB. Semalam baru aku pakai balik sbb 2 weeks puasa tak pakai sbb saiko kalo pakai korset aku lapar kpt. Hahahhaa… gatal. Padahal kalo pakai lagi rase selesa, badan tak letih, kurang ngantuk, badan segar… Tapi aku nak kongsikan apa yg buat aku rajin pakai balik PB aku mulai semalam?


Aku timbang and berat aku menurun uolsssss!! Dari 65kg (naik sekilo aritu before puasa sbb enjoy makan sbb nak puasa kekononnye), and Ahad tu aku timbang dah 61.5kg! vavavvavavaaaa (walaupon aku culas pakai PB). Ala mesti korang ckp. Standard la puasa mmg la turunnnnn!! Ahhhh 3.5kg dah lost!! Yippieee happy dek non!! Terus rase rugi tak pakai PB since 1st day puasa. kalo tak raya ni lebih mabelossss! #saiko




PB adalah 30% kecantikan dan 70% kesihatan. Yesss!! Baru aku perasan… yes aku admit! Sblm ni posture badan aku bongkok sket tau. so faham2 je la kalo figure bongkok camne kan. And Ee selalu urut aku and paling aku tak tahan tulang belikat aku ni ada mcm tersembul tau. bila Ee urut situ aku rase NGERI sgt!! Bila aku rase tersembul tu cepat2 aku betulkan posture badan aku. Amazing sgt Ahad baru ni aku raba2 tulang belikat tu, skali “eh dah tak tersembullahh!!”… aku suh ee pegang gak dia pon kata dah tak rase tulang yg tersembul tu Alhamdulillah.. syukur sgt. Selama ni dok risau tau!!


So kawan2 di luar sana yg masih dok fikir2 lagi nak beli PB ni ke tak.. better korang fikir panjang. Pejam mata..AKU NAK KURUS? AKU NAK GEMOK? NAK KURUS? NAK GEMUK? Tapi tak de duit… berusahalah.. aku pon tak berduit, ape lagi kad plastic la mak pakai dek non! No spedo spedo by laki den! Laki mak ckp bazir je beli korset PB ni ribu2. Sentap mak! Tapi takkan nak biar badan gelebeh sana gelebeh sini kan? So tekad beli senyap2. Byr la bulan2 kat kad plastic tu.



Kalo korang tak de kad plastic, buat je loan ngan RHB Easy tu. Ape salah nye korang invest tuk diri sendiri kan? Apa yg aku boleh katakan...


PB is worth buying!

Believe me!!

Contact Me: 019 - 2525 267


Email: e_ellaine@yahoo.com


Monday, August 15, 2011

Ceciter Raya

AsSalam 15 Ramadhan u olss!

Alhamdulillah dah setengah bulan kita berpuasa. Kejab je kan? Persiapan raya mcm mana? Persiapan aku laki bini biasa je la. Tak de bizi cam korang. Maklom la masih 'honeymooners' lagi and still duk ngan family lagi kan. So sederhana je la.. Bg yg dpt durian runtuh sure meriah careyyy u olss bersoping. Yg tak de tu jgn la sedih2 ye, apa yg ada pon dah bersyukur.

Untuk rumah aku just order kueh Tart dr Sg. Buloh and kerepek ubi dr Kuala Pilah! Giler jauh aku mengorder! Aku ni susah sket nk tukar brand. Once dh sedap kt tekak mmg tak tukar! Selain tu aku just bg mak duit tuk tukar langsir and maybe buat kuih samperit je kot. Skrg ni org dtg umah pon bkn nye pandang kuih2 raya ni kan? Semua tunggu open hse! Senang sekali ambush sekali hidang. Hahaahahaha...

Baju raya plak alhamdulillah tahun ni mak dah sihat dia yg beriye suh aku beli kain nak jahitkan baju aku. Hambiikkkk 5 psg terus! Dah siap ponnn. Jenuh aku menerai! Baju melayu Ee last year lepas je raya aku tempah 3 psg terus, haaaa kauuuu! So thn2 berikut tak la fening nak mikir. Cuma baju berjalan tu je nak beli sehelai dua. Yg kritikal skrg aku nak seluar JEANS baru sbb sudah londeh2 aku memakai nye!!

Thn ni dah tak de festive bonus since kami dah sign dgn Kenanga. So nan hado ye dek non! Lucky la aku berdikit guna duit bonus bulan April aritu so dpt la aku guna tuk sediakan duit raya thn ni. TAPI... Rase kosong je sbb terkenangkan raya ni arwah Nenek dah tak de... Mcm mana la agaknya raya kali ni eh? Takde lagi pipi untuk aku kucup di pagi syawal. :(
#sedihhibasebakdada

Hari ni 15 Ramadhan... Genap 5 thn pemergian arwah ABAH aku. AL-FATIHAH.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 14, 2011

Sahur western food!

# Chicken Mandy - Mushroom Soup - Chicken Chop - pompuan meroyan nak mkn western #

Salamm u olss...

Ni cerita malam td. Smlm lepas berbuka Ee kuar dgn org Petronas and pergi site kt Ampang. So kul 1am baru balik and amik aku zas aku meroyan nak makan western. So cari punya carik area umah aku ni semua tutup! Demmmm.. Muncung dah aku! Then nak g Kg Baru tp otw tu nampak satu western station kt Jalan Gurney nun. Minnie Chop namanye.

So aku pon order ler. Lepas order toleh belakang ada jual mcm2 sup! Adeii terus rase nak order sup perut! Nafsu.. Nafsu.. Next week kita repeat mkn sini eh B! Rase nak mkn kambing, tp aku takut tapak kaki aku sakit kang tak pasal nak carik ubat! Lupakan jer okeh.

Actually cerita sahur ni dah cam kronik je sbb mak aku dah sound suh kitorang sahur sblm tidur. Kalo kejut sahur semua tak lalu makan so mak penat je masak! Sedap camne pon semua cam tak pandang je lauk2 tu. Mmg betul jugak kan? So gigih aku laki bini keluar bersahur. Semua kes kene paksa. Senang jugak camni kan?

Lepas kenyang aku ingat nak round ke Jalan TAR and nak cari Musang King tapi Ee dah jeling tanpa berkata apa2. Ok, pasrah. Jom balik!

Hari ni buka mak masak soto. Aku nak buat kueh apa eh arini? Selamat berbuka u olsss!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 13, 2011

Popia Kentang

Hello readers!

Wah feeling blogger hebat kejab! Hari ni ahkak nak share resepi POPIA KENTANG. Aceli last week 2 hari berturut aku buat kuih kegemaran arwah abah ngan nenek. One of ni popia ni la. And 1 lg wedges blackpepper.

Senang je nak buat. Cam buat begedil. Hheeheheh

Bahan 2 (40-50pcs):
- 1 kilo kentang : direbus dan dilenyekkan (goreng pon boleh)
- Daging (goreng and kisar kasar)
- Bwg goreng
- Daun sup
- Blackpepper
- Garam
(Semua di atas di gaul sebati)
- Kulit popia size kecil (50pcs)

Cara:
Kentang yg dah di gaul sebati tu kowang balut la dgn kulit popia.

Hahaha... Ok itu jeeee...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Owh Terima Kasih!

* Hamper dari client *

Alhamdulillah rejeki! Lama tak dpt hamper dr client. Heheheh.. Since aku dah naik jadi "Client Services" ni rase best plak. Ada je yg belanja makan, belanja karoks.. Hahahaha #takdekeje!

Masa dpt mendelah ni aku bygkan ada kukis TAT NENAS boleh? Sekali bukak2 ada "wajik sirat" ngan "choc chips" . Jadilah wat makan2 pas bukak. Tp mabeles choc chips dia. Ada pecan, cashewnuts bagai. Lepak2 ngan mak kat luar umah sambil gosip2 sambil makan2 sambil tunggu Ee amik adik dari tuition.

Korang dah buat cookies?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 12, 2011

Sahur & Berbuka

As- salam.

Dah 12 hari kita berpuasa. Alhamdulillah so far semuanya ok. Bila puasa ni yg paling merunsingkan aku ialah bab SAHUR. Sbb bulan puasa aku tak makan nasi berlauk for sahur or berbuka. Time sahur je mula la termenung nak sahur apa. Aku tak leh makan nasi nanti pagi mula la perut pedih. Aihh.. awal2 puasa ok lagi, leh makan roti. Sekarang ni tak tau nak fikir sahur apa yg the best tuk my perut.

Kadang makan drummet 3 ketul je sambil pikir2 esok sure aku tak tahan mesti aku terbuka puasa. #mengada2. But amzing aku tahan je.. hahahha.. kadang diri sendiri yg tak konfiden kan?! Just wonder dedulu kalo aku dgr org sahur before tidur (lam kul 12 gitu) aku pelik! And org tak bgn sahur pon aku pelik. TAK KE KORANG LAPAR??? Tp now rasa sendir, owhhh FINE aku boleh!!

Aku bukan diet sbb avoid nasik. Kalo ikutkan kalori iontake tu sama je cam aku makan nasik. Ye la goreng nugget, goreng drummet, makan karipap bagai tu even 3 ketul pon kalori dia beh kurang je ngan makan nasi. Haaaa pagi tadi aku sahur sepotong kek doyan! Mampuuuuu??



Aihh macam2 la dugaan time puasa ni kan? Bab berbuka rumah aku jaranga ada nasik berlauk. Kalo ada pon mmg aku tak reti la berbuka dgn nasik dan lauk2. TAPI kalo nasik cam Nasi Lemak, Nasi Ayam or nasi Tomato aku leh je. Rugi ok kalo tak jamah! Hari2 lain selalu atas meja mak aku masak mcm mee, mihun, ketiau or macaroni je. Kuih pon aku sanggup buat. Buat byk2 then frozen kan. Tp takde la ko nak hadap seminggu kuih yg sama je! Wakakaka… kadang buat caramel, kadang buat bread butter pudding.. yg frozen cam karipap, puff, popia gitu. Yangs enang2 la.. so far aku lom jejak ke PARAM.

Tahun ni mmg malas nk g PARAM. Tahun ni berazam nak berjimat. So far jimat la .. heheeee. Maybe dah ujung2 nanti baru g kot sbb dah tak de idea nak masak! Wakakaka… Tp rasenye masak sendiri lebih jimat and puas. Kalo nak beli kuih pon, beli bwh rumah je . beli dgn makcik2 yg kita dah biase beli kuih pada hari biase. Tak ler rambang mata!! Best part ko masak2 pehtu publish. Pehtu kazen2 ko meroyannnnnn!! Best best! Sbb kazen aku preggy tgk aku buat popiah kentang terus rikues kat mak dia. Then mak dia komplen sbb aku publish kat Fb then anak dia mintakkkk!!! Hahahhahaha

Eh esok nak buat murtabak kentang lah! Nyummy yummy yummyyyy!!! Lalalalalalaaaa

Happy wikend u olssss!!

Tuesday, August 9, 2011

Terbaek utk bibir!

* Gmbr blur *

Bulan2 puasa ni part bibir la yg selalu kering. Mcm aku yg mmg jaraaannngggg sgt pakai lipstick ni aka malas! Aku pakai lipstick pon kadang2. Kalo pakai pon pucat2 smpai mak aku tegur la pesal pusat lesi neh.

Dedulu aku pakai "magic tint" brand skinfood. Tp tu pon bukan lipstick, stock lip balm yg bila ko sapu akan bertukar jadik kaler ikut suhu badan ko. Kalo ko suhu ko panas, maka merah ler bibir ko. Kalo ko cool. So pinkish or natural beauty la bibir ko. Ni mmg I like tp lama dah tak beli sbb tak mampu nak spend RM27 hengget! Sengkek betul penceritaan aku kan?

Aritu masa kat g S'pore kan aku pegi tempat wajib bg kalangan org kurang mampu mcm aku ni layak g "Mustafa Centre" je. Hahahahha... So aku grab mende alah ni. SGD2.90 je pon. Sbb murah of coz la haku beli sbb lupa bwk liptik. Kahhh.. Bila dah pakai, mak jatuh chenta sbb bila pakai bibir rase best giler!

Of coz la bibir tu moist je, then bertukar kaler la bibir ahkak jd pinkish2 gitew. Whoahhh.. Best2! Nyesal tak beli harga borang 4 ketul SGD10 ! (Mula la tamak!!). So bulan puasa ni bibir akak sentiasa la gebus2 gitu tak de la kering dek non! So ahkak suggest uolss g la beli mendalah ni.. Aku rase ada jual kat pharmacy, rege tak sure lah!

Selamat berpuasa uolss. Ada sape yg dah "off day"? Heheheeee

p/s: Entry Team Building lom abis tau.. Ngada je

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 8, 2011

Habit puasa

Salamm semua.. Selamat Pagi!

Haih... Me dlm kete skrg ni. Bln2 puasa ni lepas sahur tak tidur terus siap2 g keje sbb bulan puasa ni amik duty mom anta adik sekolah. So by 730 dh masuk parking. Apa lagi layan mata la dulu...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 7, 2011

Memory

Tadi belek2 album FB, nak tukar profile picture.. Sampai album kawen terjumpa gmbr ni. Touching sgt! Bulan2 puasa ni .. Nak raya nanti lagi la kan?...

Al-fatihah..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 4, 2011

Team Building – Day 2 (Part 1)


LOVELY MORNING


Kul 6.30 dah bangun… huarghhh nantokkkk! Bila 2 pompuan ni bersiap harus la lama2 kan? Pompuan yg rambut panjang ni lagi laaaa… saket jiwa aku tunggu dia. Semua lotion dia duk angkut, dari ujung rambut sampai ujung kaki! Sudah nya kul 8.15am baru terhegeh2 nak g bekpes.



WE LOVE OUR 'SWEET CAKE' !!


Makanan kat sini so so je la… tak la byk option sgt. Lepas makan naik ke Ballroom for another session. Kat sini kene duduk berpecah2, maksudnya kene la campur2 ngan staff dr KK and kuching. Aku pon gedik2 nak duk ngan bebudak kuching. Hahahhaa… rindu kamek org semuaaa!!





Di mulakan dgn icebreaking and director’s briefing. then pembahagian kumpulan. More on strategi of the company la.. Misi visi company gitu. Bila dah capai target, baru la naik gaji byk2, dpt bonus bulan bintang, segala mak datok naik la kan. Kalo hancus korang dok la situ menlangut sampai lebam! Hahhahahaaaaaa Sempot!!… punya la lamaaa sampai dekat kul 2 ptg baru lunch!! Eh sebelum tu amik group foto! Yeppieeee!!!



YEAYYYYY!!!



KELAPARANNNSSSS


Wednesday, August 3, 2011

Team Building – Day 1

Terhegeh2 nak update cerita Team building hari tu. busy ler kan, but curik masa tepek kat blog sbb nak kenang2 kendian hari. hehehhe... layan...

---------------------------------------------------------


Hari Jumaat (22 July 2011) tu kami keje mcm tak keje la. Aku pon masuk lambat. Kul 9.30 baru sampai opis. Kawan2 dr Kuching ngan KK pon dah sampai. So bila dah sampai, aku pon sibuk la nak berpeluk ciom ngan kengkawan. Me buat2 sibuk je lah. Hahahhaaa… lepas makan kami bertolak dr KL office lebih kurang jam 2.30ptg.


Suasana di opis sblm bertolak



Perjalanan kali ni sgt mencabar. Bas yg sepatutnya selesa seperti yg kami naik ke trip Pangkor hari tu tapi bertukar jadi bas yg tak best! Dengan driver tak tau jalan, asik borak kat telefon, ngan ngantuknyaa… seremmmm. Akhirnya tiba di Swiss Garden Damai Laut pukul 7.30mlm! 5 jam okeh!! Kami yg dari KL ni penat, apatah lagi kawan2 dr Kuching ngan KK tu.

So sampai2 terus check in, mandi2 siap2 then turun dinner. Lepas makan ada la aktiviti sampai kul 11.30mlm. perghhh penat seyh!! Lucky la xtvt malam tu fun jugak. Abis aktiviti balik bilik terus zzzzzz.



ada Magic show.. boring!!



aktiviti berkumpulan


aktiviti gedik santai


Lepas dinner and aktiviti berkumpulan, sambung layan Live Band plak sampai kul 2.00am. letih siot!! but Fun!!

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan.

As-Salam semua.

Alhamdulillah selesai puasa kita hari ni. Berbuka apa hari ni? Me hari ni semua home made, air tgn ibunda terchenta! So yummylicious!!

Bila puasa ni di bulan ramadhan ni, memacam la nafsu nafsi dtg menjelma! Semalam teringin Bakso. So dah siap2 mkn petang tu. So takde la gedik nak itu ini hari ni. Tp kenot la dear.. Memcam benda dtg.

"Air Assam Boi kaler oren!"

Ok tu je gedik2 aku nak 1st day puasa neh.. Tp arinii berbuka Mee Cina, bubur jagung and hot lemon tea. Alhamdulilah as at 1st day of ramadhan...

Selamat menunaikah ibadah puasa pada korang semua yea! Salam ramadhan from me sekeluarga! Xoxo


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.