Assalamualaikum
Selamat pagi Khamis!
Wah pepagi dah hapdet belog ... (draft malam tadi lol). Ni dinner malam tadi. Semalam kemain brunch kul 11:30pagi. Dengan cekodok sayurnye.. abis makan cekodok elok plak mak siap masak. lets makan tengah hari terus.. kekenyangan la iolss .. Ayam masak merah ngan kobis goreng. nyumss!
Petang semalam plak hujan. Mendayu2 perut ni.. Mak offer nak goreng cekodok sayuran (alaa buh kentang, togeh, kuchai ngan carrot). belasah lagi.. Amboi overdose tepung gamaknya aku ni. Kang timbang menangis la ko di situ!
So malam makan wrap sajork k.
Resepi (tetibe buh resepi ;p )
- 3 pcs nugget ayam di goreng (potong ikut suka)
- 3 pcs sosej > goreng or toast kt oven. (hiris)
- tomato & timun jepun > potong dadu
- bawang > hiris
- avacado > hiris or dadu (optional)
- mayonis, thousand island, mustard, cili sos > sukati tokak korang la
Sumbat la segala ingrediant ikut kegemaran korang.. Nak buh cheese ke. bebola ketam ke, soft shell crab ke, lebihan satay semalam ke.. ikut suka.. pastu gulung boleh.. lipat pon boleh.. ikut suka.
Resepi campak2 and mudahkan? Aku buat lebih semalam pastu simpan fridge.. So pagi ni toast kt oven 5 minit camtu. Pagi ni aku toast utk breakfast laki. ewah!
Sejak tak keje ni.. Sejak elaun laki kasi dah naik kemain rajin ko yeh!! eh tak! bkn gitu... dulu masa keje laki aku g keje kul 7 pagi dah kuar. Lebih byk tak rajin dari rajin. So sekarang dah tak keje.. Berusaha la sikit nak rajin kan jugak at least buatkan milo campur nestum or oats kan.
Niat pon dapat pahala.. menrealisasikan niat apatah lagi... Bila laki g keje kuar rumah siap dah makan or pack makan lam kete pon aku happy. Effort tuu.. kalo x laki aku tiap hari makan nasi lemak. Bini mana la tak risau kesihatan suami kan? Hopefully semangat mcm ni berterusan hendaknya.
korang dah breakfast?? breakfast apa pagi ni?
Love,
♥ Aellynn ♥