:: Mr & Mrs Ee ::

Thursday, January 8, 2015

Rancang percutian 2015

Salam.. selamat tengah hari!

Dah lunch ke? Aku belum.. biase la dok umah bermalasan nak masak. Bukan lapar sangat pon. Bising laki aku sebab makan tak on yime. Pastu gastrik manjang. Insyaallah dah keje akan makan secara teratur. Azam 2015 nih...

Selain azam, impian, matlamat, cita-cita... what so ever lah kannn... CUTI pun agenda penting kan? Hahaha.. orang ada kampung leh la balik jengah family.. yang berduit leh la g bercuti cuti malaysia or ke luar negera. Orang berkeadaan macam aku ni g Port Dickson sudahhhhh... hahaha. Eh Melaka pun ok. So meh la kita share cuti cuti yang menguntung kan bagi sessi 2015.


==============================================


Rancang CUTI anda 2015

Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. 


Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti

Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Slot #10 ( #10 ) : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.

Jimat cuti tahunan!!


Baru je nak start keje 12/01/2015.. dah dapat email 3 minggu lepas boss aku mintak tentative planned leave untuk 1st quater. Terus lemah longlai je lutut aku. Kahhhhhh.. calendar ni aku forward ke whatsapp group office terus kene carut. Ye laaa lom masuk keje dah cakap pasal CUTI. Eh lantaklah.. job scope baru aku nanti salah satunya APPROVED kan cuti staff. Hagaga.. #GelakSetan

So rancang percutian anda. Rancang kewangan pon sempat. Kalo tak pergi Pprt Dickson je laa.. tak pon Sungai Congkak sudahhh. Pun syiok jugak. Bersyukurlahhh

2 comments:

Unknown said...

Dah plan dah hehhe...
Best jer kan.. tak sabarrr bulan 5 ei ei mak yang ober kan

Alyn Aellynn said...

Hehe lemau cuti panjanggg