:: Mr & Mrs Ee ::

Monday, February 28, 2011

Resepi plak

Strawberry cheese kek
Bahan Based25 keping biskut marie
- ramas / blend hingga halus and gaul dgn butter hingga boleh kepal. Then terap/tekan2 dalam loyang. Bakar dlm 10 minit. Than keluarkan, bubuh filling yg dah di blend

Bahan Filling250 gram Cream cheese (brand tartura RM 6.00+ / Philadelphia RM10+)
135 ml yogurt brand dutch Lady berperisa strawberry
100 gram gula halus
2 biji telur
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastad
*Blend semua sampai sebati*

Cara-caraPanaskan oven 160 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas keliling dgn aluminium foil
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang and marblekan dgn filling strawberry (sukati ikut creative.
bakar selama 30 minit
Setelah hampir masak atau selepas 20 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan merekah
6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Nota chekgu alyn:

1. Kalau tak de strawberry leh tukar ke Oreo
2. Yogurt strawberry – tukar ke yogurt perisa asli
3. Oreo tu potong dadu or memanjang and tabur dalam adunan sebelum bakar.
4. Base leh tukar biskut oreo gak

SELAMAT MENCOBA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pre-Birthday

Honeymooners ... :P

Chicken crispers for him

Mushroom Swiss Burger for Me

Arghhh mengada je ko! Ye.. Ye.. Jumaat ni kan.. JUMAAT, 4th MARCH birthday aku yg ke ujung 20'an.. Pasni makin naik la saham mak dek non! Maklom la feeling2 BMW 3 series! Kahhhhhhhhhhh

Lately ni kalo nak keluar berchenta sungguh nak bersiap! Padahal semua dah tersedia! Keje aku weekend cuci baju and kemas bilik kami yg sekangkang kera je. Tu pon liat nak bersiap.

Kul 3 br kuar umah. G bank byr itu ini, singgah kedai bakery Bagus kat melawati then terus tuju ke Curve. Tp sepanjang jalan jammed! Sampai aku tertidur laaa.. Tau2 dah nak sampai BSC. So mkn kat Chili's je laa. Makan secara tanpa membazir sbb kelaparan yg hamat!

Pre-birthday la kekonon mkn sini, x birthday pon ley makan la jahhhh! Next week nk g sini gak tp birthday girl nak order jagung, full loaded mashed potato nganm chips je. Hahahaah... Ngades. Mkn je jagung abg pasar jumaat je noks!

So birthday yg akan dtg ni patutnya laki aku tanya nak apa2 kan? Tapi dia tanya camni " yang.. Birthday abg tahun ni ayg nak belikan ape?"... BOLEH?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 27, 2011

Hj. Sharin Low Restaurant

1. Nestum Butter Prawn
2. Kangkong grg Belachan
3. Chicken Lemon
4. Asam boi kedondong - paling mabeles!

Ini review jalan2 carik makan. Laki aku tetibe ckp nak makan kat sini. Sebab dia ckp leh bwk ikan or udang tuk masak kat sini. Kan laki aku giler pancing. So kekonon nak bwk ikan or udang fresh2 masak sini laaaa..

Kami mkn berempat ngan mum and adik aku la. restaurant ni ada few cwgn, and kami terjah ke Bkt Antarabangsa. Berpusing2 gak carik, rupanya dkt Athenium Tower. So layannn.. Mknn sedap gak... Butter prawn tu best. Nak order ikan tp Ee x mo sbb dia tak mkn ikan. Adei leleh teringat air Asam Boi Kedondong tuhhhhhh...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 25, 2011

Jammed sedonia!!

Hari ni kuar awal. Kul 5.45 dah chow.. Giler okeh! Jalan jammed x hengat! Sampai umah 7.30! Eiii eiiii eiiiii!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Projek Malam Jumaat


Kita BAKO ! Kita BAKO!

Hahahahhaha…. Mula la nak jadi Usin Weecha! Kahhhh… Dari kelmarin aku dok teringin nak buar cheese kek sbb masa pastime aku buat aritu si tukang kasik resepi lupa tulis bubuh GULA. Kahhh… tawaq hebehhhhhh naaaaa

Kelmarin and semalam rajin plak kengkawan mengomen pasal cheese kek kat FB aku, membuak2 aku nak buat. Semalam balik awal so sempat la zasss g Hero beli bahan. Maka balik terus bersilat buat cheese kek ni. Kali ni berperasaan Strawberry. Sbb aku rase best plak, maybe sbb dah boring ngan blueberry la kowt.


Ni la ropenyer ciskek akak ko neh… lepas kuar oven, ngan gelojos aku gatal bukak spring form tu.. haaaa merekah cam gempa bumi ciskek mak nok! Kekonon nak masuk fridge la dulu esok baru potong. Tak sempat-sempat okeh! Adik aku selamba je potong sambil nyanyi HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU USOP versi Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lempanggg kangg!!

Wednesday, February 23, 2011

Masam masam manjeee

amacam? ada gelagat cam anak banak tak?

hehheheh... sweet je tgk 2 kechentaan aku neh.....

Nak ikut yerrr?? Ibu nunye pon wat tataw jeee.. terus ilang ingatan eh Esya? Nanti ibu g Bandung Esya x yah la ikut ye.. tinggal ngan mummy je boley??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thank you u ollsss!

Saya adalah busy lately ni. Mmg super dupper busy! 2 hari ni makan pon sambil berlari! Bukan la berlariiii. Makan berkejar2. Sambil makan, tgn buat keje, mata tengok monitor. Arghhhh..

Seyes x dan nak g melawat jiran tetangga. Ini perkara seyes okeh! Kalo malam baca blog via BB pon tertidur !

Apepon, sbnrnya nak ucap TERIMA KASIH kat korang yg sudi bertandang kat sini. Sbb aku tgk visitor yg menjenguk dah lebih 150 org sehari berbanding 30 org je dulu. Hehehehe.. Kira byk la tu bg blogger celop-celop cam aku.

Thanks a lot! Salam perkenalan buat pengunjung baru! Kalo sudi tinggal la jejak ye! Love kowang so much!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 22, 2011

Memori Bas Len Seng

Aritu mase otw mak nak anta aku amik kete kat Kia Service Centre kat area setapak, selisih ngan bas Len Seng ni. Skrg dah jarang nampak bas ni. Eh, ke aku yg dah lama tak naik bas?

Ni citer dolu2. Awal 90an. Family aku mmg x berkereta. So kemana2 naik bas je. Naik teksi pon x mampu. Padahal dulu naik je teksi meter start 70sen je time tu. Sungguh x mampu kan dulu2?

Masih aku ingat kalau jalan2 ngan arwah abah, mak and adik (time tu kami 2 beradik je) kalo balik jalan mesti mintak naik teksi, tp abah ckp naik bas! Kalo dr bas stand klang naik bas ni kene benti kat tepi sungai belakang kilang panadol tu.

Aku mesti nangis sbb takut naik bas 'cina' ni. Lagipun takut turun tepi hutan kat sungai tu. Skrg dah jadi MRR2. Dh turun situ baru leh tahan teksi sbb dh dkt ngan rumah. Nak jimat punya pasal. Kita mane tau mak pak ada duit ke tak kan? Main mintak jeee! Huhuhu.. Nostalgia sungguh!

Aku darjah 1 dah naik bas awam. Mase tu 20sen je naik bas Sri Jaya. Balik sekolah, nak balik kedai jahit atok aku sbb mak tunggu situ. Kadang2 balik Keramat umah nenek aku. Berani sungguhkan? Maybe parents aku x ada pilihan lain. Maklom la x de kenderaan. Sob.. Sob..

Pastukan semua kawan2 aka jiran sepermainan aku family derang ada kete. Family aku je takde. Sedih kan? Tapi derang baik, kalo g beli brg kat Giant mesti ajak aku ikut.

Tp... Nasib masing2 kan? Ada yg dah x berkereta skrg. Bila aku nampak derang kat bus stop aku sure benti and tanya derang nak g mane. Sure aku hantarkan. Sampai pakcik tu ckp " dulu2 korang susah. Kereta pon x de. Pakcik selalu bawak korang jalan. Hari ni ayin bawak pakcik plak".. Huhuhu... Sedey kan?

Lama x naik bas awam. Bila kenang2 balik dulu2 bersusah payah turun naik bas. Zaman sekolah, zaman uitm, zaman bekerja... Phewwww!! Syukur sgt2 skrg dah berkereta. Tak perlu berkejar2. Alhamdulillah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 21, 2011

Segera!

Pagi td kuar awal kengkonon, dah sampai basement tertinggal pas kerja. Mencik! Kene lari lagi naik umah. Berpeloh2! Dgn tak cukup tidur nye..

Pagi ni siapkan report2. Aih.. Tak abes2 lagi. Sampai opiis, "kak intan" yg jual kueh ta de plakkkkk! Dah la smlm last mkn kul 5ptg. Gegel2 lutut ahkak ko neh. Damnnnnn.. Minum susu je 1 mug.

Dah la pagi ni ada meeting. Mak kene buat air 4 teko nyahhh. Siap repeat2 lagi. Giler ke sedap air kopi yg mak buat gamaknye. Heheheheh

Report harus di segerakan. Maka makan harus segera juga donk! Kul 12 order McD je. Pehtu suh tunggu 45 minit. Ok mak sabar mmg standard arr peak hour. Sekali 10 minit dah ding dong depan opis. Cargasssss!!

Jemput makan semuaaaaa =). Kalo terliur sila orfer 1300-1313-00.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 20, 2011

Mintak Nyawa!!

Adushhh.. Kepala aku dah sengal dah ni. Dok semak report and key in je inflow outflow. Tp leh plak excel ni kejab2 error!!

Tekanan ok! Dah la esok ada audit dr Securities Commission! Arghhhhhh...

*eh bz pon sempat update blog?* - IKLAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 19, 2011

Umpan si tecik!

Bersiaran dr teratak nenda...

Since smlm pas maghrib x de air. Cuci tangki bangunan katanya.. X agak2 je nak cuci tank time cuti ni. Kasik susahhhhh okeyh!

So berangkat la kami pulang ke "kampung". Kampung la sgt! Heheheh.. Bawak lauk siap2, nak tumpang mandi and makan tgh hari.

Kalo kat sini, remote astro si tecik ni je pegang. Org lain nak tgk drama ke hape mmg hampes. So kene tgk kartun sesado. Nak dpt remote tu kene lalaikan dia keja or offer lain barang.

Aku umpan dia tgk Upin Ipin pakai BB laki aku. Suka la diaaa.. Maka dpt la kami tgk hindustan!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 18, 2011

Mihun Sup Delivery

Hahahah.. X de nye deliver2. Kirim kat Sya. Nasib dia main check in2 kat "foursquare". Dia balik pasar Jumaat pon aku tauuuu. Makanya aku kirim aje Mihun sup. Jemput makan semuaaaa.

"Tq Sya! X sia2 ko check in via FourSquare!"... Heheheheh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kiri Kanan!

Ni la meja aku skrg! Sepahhhhhh!! Kanan Admin & HR matters, depan AUM report, kiri client's transaction.. Bijik mata cam nak terkoyak, kepala berat sudah!

Gtg, mek mok polah report agik ney. Bubyeeee! *meroyan dah*

Salam Jumaat u ollsss. Have a nice weekend!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 16, 2011

Info: Bayu Beach Resort (BBR)

Alhamdulillah selesai program Family Day belah arwah ayahanda tercenta yg julung kali di adakan.. meriah sungguh! yang tak dapat di jual beli nilai kekeluargaan kita. huhuhu touching. blessed sgt di kelilingi keluarga yg saling sayang menyayangi.
Mengumpulkan seluruh kaum keluarga dalam satu2 masa adalah sukar. waima mase time raya pon x berkumpul serentak. jadi majlis camni la kita ambil peluang. so far yang duduk jauh dr kami Abg Ngah nye keluarga duduk di JB. yang lain semua di KL . yg further study kat oversea of course la x balik. selain tu, time kenduri kahwin la baru leh berkumpul.
Family Day ni julung kali di adakah. eceli 5 tahun lepas dah pernah buat majlis perjumpaan keluarga. tapi tu paling besar la... sbb perjumpaan blah moyang aku. Moyang plak byk cawangan, anak berpuluh2.. fikirkan bila semua keluarga berkembang. macam family bleh nenek aku ni je, kaum kerabat kami dah mencecah 85 org! alhamdulillah.. kurnia dariNya...
eh panjang plak melalut. aku nak share infor pasal BBR ni. bilik kira ok. kami amik Pakej je..
Accomodation
1 Bedroom : RM190.00 nett (1 quuen + 1 single)
2 Bedroom : RM300.00 nett
3 Bedroom : RM430.00
Meal Pakej (Hi Tea, BBQ Dinner, Brekfast, Lunch)
Adult - RM110 nett
Kids - RM75 nett (5 yrs above)
Sgt recomended kalo korang nak buat family day sendiri or company. kalo nak berkumpul adik badik, aku suggest amik yg 3 bilik + 3 bilik air tu, sbb 2 tingkat tau. semua ruang berAircond. tkt atas ada 1 hall, bilik twin bed tp kowang leh bentang 2 toto lagik! kat bawah plak kat hall and dining hall pon besar leh je kowang bentang lagi 2 toto. mmg jimat la kalo kowang x kesah nak berlonggok. ada kitchen, tp x leh masak. unless kowang bawak makan yg leh panas2kan laa. dapor adalah x di sediakan. so kot2 kowang nak buat steamboat ke, kene la import brg2 and bahan sendiri2 ye... kihkih...

Tuesday, February 15, 2011

Bawang Goreng

Hari ni mak masak bubur. Sedap makan bubuh bawang goreng. Wangi gitew. Malangnya bawang goreng cap maju limbat brand peberet abis.

Jenuh suh adik aku g beli. Dr pagi nyuruh sampai la ptg x pergi2 beli. Jadi aku terus la hiris bwg kecik ni. Hurmmmm harum satu rumah. Adik aku dok kecek2 bwg goreng aku, kompem la aku kedekut. Hahahahah..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Stim plak

Assalam Maulidur Rasul semua...

Hari xtvt hanya dirumah. Menyiapkan kerja2 office je. Sambil ilangkan bosann buat kek choc moist versi kukus plak. Kali ni try buh ganache. Cam biase wat half adunan je. Tuk makan anak banak sudah.

First time buat kek kukus. Berjasa sungguh steamer yg aku beli mase dpt bonus last year. Nak buat ganache tu cam x reti je.. Tp timbul plak idea guna steamer. Hahahaha .. Perfecto!! X yah susah2.

Aku potong kecik2 coklat masakan tu, pehtu buh butter, buh susu pekat sesudu lam mangkuk kaca. Then tutup ngan aluminium foil. Set 10 minit. Try test je ni. Settle 10minit aku tgk dah cair terus aku gaul rata2. Cantek!! Leh terus tuang. Heheheh...

Kek tu aku buh lam tupperware then baru tuang ganache. Tu yg melempah2 lam tu. Makanya.. Projek stim2 aku adalah sukses! Layannnnzzz

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 14, 2011

Lepas jumpa doktor terus ...

*chiken n beef penyetz*
*jus alpokat*
*sambal chili mabeles + ketchup ABC*
*jalan2 kat Ikea*

Live:
SEHAT okeh! Lepas jumpa doktor, terus aku ngan mak g The Curve. Dating ngan Ee makan ayam penyet. Budak kat cashier tu pon terbeliak bijik mata nampak aku. Hahahah.. Dok merepeat mkn sini byk kali.

Lepas lunch terus tuju ke Ikea, Ee plak terus balik opis. Ilang saket kaki ko kan? Of course la berjalan adalah terapi yg terbaek! Kihkih...

Gossip: selisih ngan awal & scha beli brg kat ikea and now I'm sitting next to parent sharifah amani. Gtg.. Daaaaaa

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari ni saya ...

"Posing dgn baju opis - pic. last Friday"

Semalam lepas tamat family day, kuar tol je terus Zzzzz sampai umah. Kehkehkeh.. Sampai je letak brg smbg Zzzz sampai kul 7pm. Giler pengsan kepenatan.

Malam td tapak kaki, satu badan sakit2. Pagi tadi cery bery plak. Ada2 je sebab musabab yg nak mendorong aku MC hari ni. Ye kawan2 saya adalah MC hari ni. Chaiyok2!

Pagi tadi sblm Ee g keje, dia bg duit suh aku g Waroeng Ayam Penyet ngan mak suh lunch ngan dia tghari2 ni. Hahaah.. X ley blah *mummy alyn, x leh ckp X BOLE BLAH nanti kene geget hanjeng*

Gtg, aku ni dr td dok vomit and cerbir je neh. Yuk g clinic!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 13, 2011

PD - Last Day Event

Pagi ni dimulakan dgn breakfast sampai lebam. Aku turun2 tgk2 kaum kerabat kami dah memenuhi cafe BBR. Hahahaha.. Not bad gak la stay sini.

Lepas makan kita berkumpul lagi untuk acara sukaneka kanak2. Gmbar sukaneka kanak2 adalah x sempat snap sbb aku coordinator game kanak2. Camera dh bg kat laki aku tp tgk2 dia dah join main bola tampar plak. Hampesss.

Game sonang yo acik ko kasik. Kacang kudo eh. Isi air lam botol, bwk bola ping pong, and junjung buku atas kepala. Tu pon kerek je memasing. Luku kang!

Yang remaja purba plak game dah abis, tp ntah ape ke best sgt berset2 game plak main bola tampar. Beriya2 benar, termasuk la laki mak tu. Padahal kaki dah start nak kene gout tu.

Pagi ni byk free xtvt. Dr smlm abis je games ada yg main kat pantai, yg mandi kolam, and layanan banana boat. Yg cekik darah mase sabtu tu naik banana boay sekepala RM15!! Tp pagi td siap RM10 je sekepala. RM15 tu amik kesempatan agaknye.

Yang kelakar tu anak2 sedara aku ni main belasah je. Bygkan anak2 sedara ada 18 org, yg kazen lagi berbelas gak. Ber'round2 la naik. Tebal poket abg tu smlm. X puas smlm hari ni repeat balik. Yg kecik2 berani betul. X dpt naik banana tu,derang lompat naik boat org tu plak. Ish ish ish...

Aku mmg x join xtvt pantai. Takut mak tenggelam kang! So kita g pool je. Mak ko neh layan jakuzi sudahhh. Kul 11 naik, kemas2 kul 12 check out and lunch bersama2. Sblm balik bergambar kenangan. Tamatlah acara yg julung kali di adakan Family Day Hjh Halipah @ Bayu Beach Resort, Port Dickson. Jumpa lagi di tahun2 berikutnya...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PD - BBQ Dinner!

Xtvt malam di teruskan of course la dinner time! Woahhhh mknn byk and sedap2 plak tu. BBQ malam tu mcm2 adaaaaa. Of course la kambeng sold out dulu kan?!! Ape pon mmg puas ati BBQ dinner tu.

Acara malam ni penyampaian hadiah untuk para pemenang games tuk kategori Remaja Purba *dewasa*. Hadiah2 adalah inisiatif masing2. Di mana setiap keluarga harus menyediakan 2 hadiah bernilai RM10, dan 2 hadiah bernilai RM5 setiap satu. Tapi di sebabkan semuanya eksited, maka hadiah tu semua bernilai RM10 dan sampai terlebeh2 hadiah!

Di sebabkan hadiah2 terlebeih, maka di putuskan ada plak LUCKY DRAW. Alhamdulillah mewah dgn hadiah2 malam tu. Semua hadiah sama nilai. So semua dpt hadiah sama je nilainye. Tak de kecik2 ati. Hehehhehe

Lepas dinner, pe lagi karok time laaa. Aku ngan kazen2 aku je kat tempat tu. Layan sampai kul 1pagi. Naik bilik, pengsann! Dah kebek nak update blog mlm tu jugak tp mata bagai di gam2. Tertidur sambil pegang BB. Hahahaha teruk bebenor!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 12, 2011

PD - Mari Main Sukan!

Ok acara bermula jam 4 ptg ye. Di mulakan dgn sesi bergambar beramai2. Gmbr adalah yilek sbb ada photog khas tuk family day ni. Later2 kita jaja. Seterusnya sesi minum petang sblm bersokan!

Saya adalah bercanda di pasiran pantai je. Main pasir. Kahkahkah.. Bila ramai2 ni mcm2 peel. Yg syiok baru kita tau masing2 nye skil. Apepun nak gak riak laki aku main handal. Muaahhahahah..

Ptg td games dewasa je. Bola Tampar, tarik tali and lari dlm guni. Phew penat mak nok. Dok tepi pon penat. Aku bukan ley panas2 ni. Abis energy! Tamat game lam kul 6 pehtu memasing meroyan nak naik banana.boat. Anje x naik sbb takut la u olssss.*menggelabah!*. Lepas tu berkubang berjemaah kat pool plak. Kowang layan je eh xtvt pantai td. Gtg, BBQ dinner plaks!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PD - Percutian Bermula @ BBR

Alhamdulillah segala yg di rancang berlansung hari ni. Kami selamat tiba jam 1230pm td, and terus check in. Cuaca sgt cantek , panas berbahang.. Heheheheh

Anak2 sedara dah mula mengecohkan pool BBR. Gasak korang x menyempat2! Memang kowang Dashaaattttt! Makcik ko neh x gheti berenang. Masuk air paras pinggang pon menggelupor. T_T

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DuReeYan!

Kelmarin tgk channel 703, Rancangan Coffee Talk jalan2 cari makan kat Singapore. Denmmmmmm tetibe ada plak sesi makan DURIAN! Adoi terus terliur sbb gebus2 isinyaaaaa!! *pengaruh telibesennn*

Aku pon bbm laki aku ckp nak mkn doyan isi tebal, bijik kecik... *ngadessss la ko!* ... Jgn x ikotkan, nanti bini dia murka, sentap n terus delete laki dr bbm list. Eh?

Di sbbkan skrg bukan musim durian runtuh, maka x bersepah la org jual durian ni. Tadi balik dr umah nenek lalu sini terus singgah. Yg best org ni jual Musang King sekilo RM28(sedap nak mampos!!!), D24 sekilo RM24 (sedap sket) and Durian Pahang sekilo RM12.

So kita amek yg paling murah! Ikut ati nk Musang King, tp sebijun berat dkt 4kg! Pitammmm.. Amik 2 bijik je RM29. Sedap okeh! Rase DUREEYAN. Aku ni x leh kalo tingin tp tak p turut. Jadilah wat melampias nafsu makan. Ekekekeke...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 11, 2011

Macam2 nak story

Tadi amik kete kat pusat service Kia kat Setapak nun.. Kali ni (T_T) byr duit service. Ahahahaha... Tak maheiii, sikit lagi nak RM500.

Di sebabkan tayar kete adalah jenis nipis, maka setahun je dah motak! Huh.. Maka buat alignment, balancing and ada pasang 1 alat bg mengelakkan tayar cepat botak tu yg jadik sampai RM500. Selalu service RM200+ untuk setiap 10km. Still murah la sbb last service 8 bln yg lalu.

Di sbbkan MJ smlm aku mogok kat laki aku, maka bg menunjukkan yg kekonon aku leh berdikari maka ku byr sendiri laaaa.. (Dah bebaik nanti aku anta claim laaaaa!!). Tu yg lepas anta kete kat sini mak aku berhantr berambik. Laki aku dah gelabah2 bini dia sbb hp aku off! Kahhhh . Berdikari la sgt kan?

Mase byr org tu siap kasi hadiah sbb kete ni pki minyak syntium mende ntah. Mau ko x kasik kan? Rege rm209.. Ngeee.. Buat2 tabah!!

Hadiahnye ada lah "BOWLS SET".. Boleh la wat tambah2 brg rumah katanyaaaa. Eh kowang, td mase otw nak g amik kete kan lalu mrr2 usha umah kami.. Wahhhh dah naik byk tkt! Syiokkk! Harap2 la siap dlm thn ni. Aminnnnn

Hapdet forte:
Tadi salesman Kia bg tau yg Forte baru iaitu Forte Kaup (2 doors type) & Forte sedan (mcm kete aku) wif SunRoof dah nak masuk Malaysia. Me geget jari!!! Whatever, syukur still ada kete untuk bergerak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.