Aritu mase otw mak nak anta aku amik kete kat Kia Service Centre kat area setapak, selisih ngan bas Len Seng ni. Skrg dah jarang nampak bas ni. Eh, ke aku yg dah lama tak naik bas?
Ni citer dolu2. Awal 90an. Family aku mmg x berkereta. So kemana2 naik bas je. Naik teksi pon x mampu. Padahal dulu naik je teksi meter start 70sen je time tu. Sungguh x mampu kan dulu2?
Masih aku ingat kalau jalan2 ngan arwah abah, mak and adik (time tu kami 2 beradik je) kalo balik jalan mesti mintak naik teksi, tp abah ckp naik bas! Kalo dr bas stand klang naik bas ni kene benti kat tepi sungai belakang kilang panadol tu.
Aku mesti nangis sbb takut naik bas 'cina' ni. Lagipun takut turun tepi hutan kat sungai tu. Skrg dah jadi MRR2. Dh turun situ baru leh tahan teksi sbb dh dkt ngan rumah. Nak jimat punya pasal. Kita mane tau mak pak ada duit ke tak kan? Main mintak jeee! Huhuhu.. Nostalgia sungguh!
Aku darjah 1 dah naik bas awam. Mase tu 20sen je naik bas Sri Jaya. Balik sekolah, nak balik kedai jahit atok aku sbb mak tunggu situ. Kadang2 balik Keramat umah nenek aku. Berani sungguhkan? Maybe parents aku x ada pilihan lain. Maklom la x de kenderaan. Sob.. Sob..
Pastukan semua kawan2 aka jiran sepermainan aku family derang ada kete. Family aku je takde. Sedih kan? Tapi derang baik, kalo g beli brg kat Giant mesti ajak aku ikut.
Tp... Nasib masing2 kan? Ada yg dah x berkereta skrg. Bila aku nampak derang kat bus stop aku sure benti and tanya derang nak g mane. Sure aku hantarkan. Sampai pakcik tu ckp " dulu2 korang susah. Kereta pon x de. Pakcik selalu bawak korang jalan. Hari ni ayin bawak pakcik plak".. Huhuhu... Sedey kan?
Lama x naik bas awam. Bila kenang2 balik dulu2 bersusah payah turun naik bas. Zaman sekolah, zaman uitm, zaman bekerja... Phewwww!! Syukur sgt2 skrg dah berkereta. Tak perlu berkejar2. Alhamdulillah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
2 comments:
Bagus tu...memori kamu ada persamaan dengan saya...cuma bab tumpang pakcik saje yang tak wujud kat aku...yang lain tu 80% serupa....aku harap bas Len Seng akan berkekalan selamanya.....yang anehnya,,,sekarang aku bekerja kat syarikat yang membekal bas tersebut...
Bagus tu...memori kamu ada persamaan dengan saya...cuma bab tumpang pakcik saje yang tak wujud kat aku...yang lain tu 80% serupa....aku harap bas Len Seng akan berkekalan selamanya.....yang anehnya,,,sekarang aku bekerja kat syarikat yang membekal bas tersebut...
Post a Comment