eh tapi mmg tau.. mostly kawan2 opis aku mmg bwh meja mmg ada lebey dari 5 pasang! bos pon dah sound awal2! kahhhhh well...pompuan kan?
Friday, April 29, 2011
Tak abes kemas lagi!
eh tapi mmg tau.. mostly kawan2 opis aku mmg bwh meja mmg ada lebey dari 5 pasang! bos pon dah sound awal2! kahhhhh well...pompuan kan?
Thursday, April 28, 2011
Durian Drive-Thru
Semalam balik dr tgk umah nak kuar simpang UKay Perdana ada doyan baru turun lorry. Cecepat aku benti tepi and arah laki + adik aku g beli.
Beli 3 bijik je besar godang size bola netball. Ee ckp Durian Tembaga. Huh!! Sekilo RM12. Aku ckp nape tak Musang King? Dia ckp MK RM30 sekilo. Ni 3 bijik pon "RinggitMalaysiaSembilanPuluhLima"!!
Terus kene marah. Sbb aku rase mahal! Dah la mahal bijik doyan besor!! Rase tak sedap sgt. Balik rumah makan 3 org, abis sebijik je. Lagi 2 bijik sapa nak makan bang oiiiii??!!
*jgn bazir makan slow2 ok*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Cuti tp keje
Hari ni cuti tp dtg opis gak sbb nak settle hal2 pindah ni. Esok last day kat 5th floor. Sabtu pindah ke 12th floor. Building yg sama. Semangat ke keje pas ni??
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dah 7th floor
Block F ada la progress walaupon slow. Now dah tkt 7. Tp rasenye tak la siap mcm yg di laporkan aritu. Next year la kot. Hopefully!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, April 27, 2011
Favorites Dia
Sedang minum petang. Kami panggil gegetas. Kowang panggil ape ek? Ni bukan keria tauuuu. Mase kecik2 dulu arwah nenek selalu buat kuih ni. Sebelum2 ni kalau g rumah dia and terjumpa kueh ni mesti beli tuk dia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Perjalanan terakhir...
Alhamdulillah selesai urusan pengebumian arwah nenek kira-kira jam 12 tgh hari tadi. Semoga tenang di sana. Amin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kau pergi jua..
Hiba sgt hati ni di subuh hari... Semalam tak terasa sgt. Tapi pagi ni betul2 menyentuh perasaan. Insan yg kami syg pergi mengadap ilahi buat selama-lamanya.
Rasa kosong sgt. Apa la aktiviti kami semua lepas ni. Setiap minggu selalunya berkumpul dgn nenek. Menyambut syawal dgn nenek. Lepas ni tiada lagi. Kosong!
Ya Allah.. Rindu sgt kat nenek! Aku sempat jumpa nenek 3 kali je sebelum ni. Sehari sebelum dia jatuh, dan di wad 2 hari sbb sblm tu aku tak jenguk dia hampir sebulan lebih di sebabkan kesuntukan waltu. Siapa sangka, kejadian nenek jatuh di bilik air pada ptg Sabtu 16 April lalu penyebab untuk dia pergi selamanya.
Itu perjanjiannya.. Nenek pergi buat selamanya... Jenazah akan di semadikan sebelum Zohor di Tanah Perkuburan Dato Keramat. Semoga rohnya di cucuri rahmatNya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Insya'allah.
AL-FATIHAH
Hajjah Halipah bt Mahawa
(20 Julai 1928 - 26 April 2011)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, April 26, 2011
AL-Fatihah
Tepat jam 5.33pm tadi, my nenda tercinta Hajjah Halipah telah kembali ke rahmatullah di kediamannya Kg Dato Keramat. Jenazah akan dikebumikan pada hari esok.
Semoga rohnya di tempatkan di kalangan org yg berman.
P/S: sayu hiba sgt hati ni. Alfatihah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pray for her
Just update for nenek.
Smlm dia dah discharged and selamat sampai di rumah malam tadi.
BUT . . . just now my kazen call ckp one of my aunty call her mom bg tau kondisi nenek. Terus aku call makcik aku yg duduk serumah ngan nenek. Sedih… makcik ckp malam dia dia ok lagi. Start malam dia dah gelisah2. about 5.30am my aunty test darah dia takut gula dia rendah ke hapa ke kan. Tapi semua ok. Makcik ckp derang panggil2 nenek tp tak response. Pagi tadi try bagi aor guna straw tp air tu meleleh keluar. No response at all!!
So makcik aku call anak2 dia… now tengah baca yassin kat rumah nenek. Kawan2 semua harap dapat doakan kesejahteraan nenek bertambah baik.
Friday, April 22, 2011
Kesinambungan Citer Weekend lepas
Actually weekend lepas adik beradik and kazen2 blah mak aku ada wat small gathering la. So awal2 aku dha byr duit penginapan and duit makan sekeluarga. Tup2 Jumaat dlm kul 10pagi laki aku ckp ada dinner kat Marriot Putrajaya. Ahhh sudahhhh! Kacau ana punye program lahhh. Sebagai isteri yg “TO’AT” harus la ikut somi kan?
Maka agenda pagi Sabtu adalah tergendala sbb hujan lebat pagi tuh. So, lepas lunch larik g Carrefour carik baju tuk dinner. Pilih2 beh kurang, zas balik sbb nak kemas baju, gosok baju, masak pre dinner tuk Ee. Maklom je la kalo dinner ni selalu kul 9 mlm baru makan. Lepas maghrib laju2 bersiap. Kul 8.45pm baru sampai marriot putrajaya. Masuk berjemaah dgn ketibaan para VVIP. Kahhhh…
Ni je sekeping gambar untuk orang. Eh ada ke korang kesah? Kahhh perasan je. Ehem.. ada bau kedai tak? Mak pakai baju baru u ollss.. aka baju raya sekali. Jgn bazir2, ko tu bukan bini Perdana Menteri!! Cantek tak? Cantek tak?
Eceli dinner ni anjuran Institution of Engineer Malaysia (IEM) for 52nd Annual Dinner & Awards Night 2011.Grand giler, tapi aku tak ler bergambar2 amende pon kan. Makan pon out! Abis dinner kul 11 terus zass ke PD. Singgah dulu Petronas Seremban beli dunkin donut. Lapar deh.. tak tenang aku mase kat dinner tuh. Kejab2 adik aku call, kejab2 kazen aku call, kejab2 mak aku plak call tanya bila nak sampai PD. Terbayang2 derang tgh berproject bako bako kat situ!! Mase otw.. dpt sms dari adik aku...
"Kak, ko cepat sikit, jalan nak masuk banglow ni dah la gelap. Kang Kak Limah tumpang kat belakang plak“
Cis!!! biadap ok sms ko tuh! Akhirnya Kak Limah sampai gak kat banglow tepat jam 12.30malam! Kelihatan para jemaah dah berkumpul... nangessss (T_T)
Bersambung…
Thursday, April 21, 2011
Shuz perap!!
Nape aku tak pakai? Sbb sblm kawen aku naik pub. transport, then bila dah drive park jauh. Koser aku nak pakai high heels. Now dah parking lam building office and... Skrg aku byk jumpa dgn client, so kene la semenggah sikit. Tapi cumel kan shuz ni? Tau dek Ee mesti sentapppppp!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Salahkan diri sendirik!
Hambekkk!! Pagi2 tadi aku rase dah 2 bulan tak check air kete. Ye la lately ni asik travel je and jalan hari2 jem sesado kan? Sbb jiran aku ada pesan yg kete KIA ni kene check air selalu. (uncle ni pakai kia carnival 10 thn dulu!). so ckp org2 tua kene la ikut kan? So aku jatuh level menggelabah gaban! Selama ni setiap 1hb aku akan pastikan laki aku check semua tu. Tapi dah 2 bulan lebih aku rase laki aku wat derk je. Mak takut hokey!! Ye la dia tak pakai kete ni boleh la dia ckp tak de apa2. dah ler dia keje nun kat penchala, kang ape2 tgh jalan aku risau tahap hover2 walaupon kete mak baru lagi.
Selalu dia check aku dok diam2 lam kete. Haaa... sebab hati tak sedap pepagi tadi aku try la nak buat sendiri. Ok memula bukak bonet. Eh bonet ke? Kahhh.. apa2 je la.. dah bukak, then aku carik stand tuh.. mak aih!! Mane celah plak stand mende alah ni.. sengal dah! So katup balik! Tepon laki aku.. TAK JAWAB!! Aih… try lagi bukak.. ok dah jumpa! Dah elok stand, nampak tube washer… ok, isi air washer. Done! Then aku carik tempat buh air… tak jumpa. Call lagi laki aku. TAK JAWAB! Aih.. naik hangen dah bini ko ni Ee! Yang aku nampak.. COOLEN! Ahh sudah.. takkan la coolen plak kan? Dah.. dah.. menggelabah la pepagi wat semak otak! Tutup bonet tu, berdesup g keje ngan air mata nak tumpah sbb laki aku tak jawab tepon tatkala bini dia cuba untuk buat sendiri! *emosi*
Semalam balik keje g pump minyak, nasib tau isi minyak. Hahhahaha… tgh2 pump baru aku pasan tayar belakang blah kiri dah botak abis! Grhhhh… tu la kan? Laki aku mmg wat derk je, aku plak harap laki buat semua. Ni ler padahnye… Moral of da story “belajar la handle kete sendiri”. Sekian.
Wednesday, April 20, 2011
Morning Glory!
Pepagi dah dating kat simpang! Si Nik neh! Ngeeeee.. Tak sempat aku nak check air kete pagi td taw! Tp bagus kul 8am aku dh check in office.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Update Nenek
Tuesday, April 19, 2011
Kasih pada dia...
Nenek dah pindah ke wad 2nd class. Baru la nyenyak dia tidur. And mungkin jugak sbb injection tahan sakit tu dia jadi mamai. Kami dtg dah petang. My kazen ckp BP nenek naik + demam lepas doktor ckp nak kene operate pasang besi esok (hari ni).
Time makan mak suapkan nenek. Touching kan? Walaupon hanya mak mertua.. Kasih mak pada nenek macam mak kandung dia sendiri. ( Ouhhh.. Aku dah lelehhh sob.. Sob..)
Kitorang ckp "nenek kene makan byk2 tau. Malam ni kene puasa". Alhamdulillah.. Byk nenek makan smlm.
Pagi td my uncle dah call bg tau nenek dah tolak masuk OT kul 7.30am. Proses dalam 2-3 jam camtu. Semoga semuanya berjalan lancar. Insya'allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, April 18, 2011
Kesian nenek...
Pagi-pagi ni ujan. Korang dah masuk keje? Aku memula ingat nak masuk lambat, pastu rase badan panas + pening + ujan... Tetibe feeling nak MC pulak. So now masih berguling2 atas katil. Heheehehhehe
Owh ni nenek saya. Nenek belah abah. Cian nenek. Sabtu tu keluarga belah mak ada wat gathering kat PD. Aku masih kat KL sbb malam tu aku ada dinner kat Marriot Putrajaya. Mase aku shopping mak call ckp makcik aku bg tau nenek jatuh bilik air! Allahuakbar!
So aku call makcik aku, dia kata rasenyaa ada part yg patah sbb nenek dah tak leh bergerak. Kuat kudrat makcik aku angkat nenek sbb pakcik aku keje. Lepas dia sampai call ambulance and mintak hantar Hospital Ampang.
Now dh hari ke 3 kat sana. And makcik ckp akan buat operation masukkan besi kat tulang pinggul sebelah kanan. Uishhhh..
Ni 2nd time dia jatuh and patah bahagian pinggul jugak. Cuma dulu kami tak recall blah mana patah and dulu tak pasang besi. But alhamdulillah dulu nenek cepat recover dlm masa 2 bulan dah boleh jalan tanpa simen bhgn yg patah tu. Macam mana la keadaan dia nanti kalau masuk besi tu eh?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, April 15, 2011
Brunch + Dinner Buffet
So Sabtu tu, dah plan… nak kuar bekpes then terus ke Kenanga office kat PJ, saje nak usha kat mana tempatnye sbb aku ada training next week, then nak ke Sunway Pyramid, then petang leh terus ke gathering opis lama. Lepas kejadian hempas2 pintu, so terus ke PJ. Then terus la ke Sunway Pyramid. Sbb dah kul 12.30, kita Brunch ajer ler ye. So, makan kat HArtz Chicken buffet. Udeh mahal la nok. Memula aku start makan sini, zaman tu kita makan leh view Sunway Lagoon baru RM13.90++ kot. Sekarg RM24 nett sekepala!! Makan sampai tersangkak perot.
Lepas makan, nak jalan pon tak larat. Perot terik! Ekekekke.. padan muka laki bini! Jalan stock tolak-tolak je kaki. Naik atas nak tgk wayang kekonon, sekali panjang giler beratur, ok cancel. Masuk jusco, tgk ada diskaun 20%. Soping 2 helai je. Then jalan2 lagi, Ee beli jam.. jalan dan jalan lagi. SESAT cari jalan keluar nak ke parking. Sbb park kete kat wing baru, so sesat sampai mulut aku muncung! Hahahahahaaa…
Buffet sini RM23.90+ . Tapi sgt2 berbaloiiiii!!! Binatang2 diaaaa byk giler! Balls2 lagik… ada gak mihun , nasi goreng , kueh2 sket. Dessert pon ada. Berbaloi!! Kalo korang jenis pemakan, elok la dtg sini. Aku laki bini dah kekenyangan brunch masih bersisa. Makan lite2 je pon. Sangkak lagi la perot kami.
Tuesday, April 12, 2011
Setambun!!
Sunday, April 10, 2011
Awak pon nak jugak!
Ok smlm g sunway pyramid, jalan-jalan je. Terjumpa kedai peberet aku DAISO. Gelojos terus g cari FELT. Murah! Segulung besar tu RM5. Fibre pon RM5 je. Eh mmg semua mende RM5!!
So sementelah kawan2 aku semua sibuk berfelt2 bagai. Awak pon nak ler jugers. Awak beli starter pack je. Idak ler beriye aku nk beli bergulung2 tu sbb bkn nak wat business pon kan?m hehehehe nanti aku RAJiN aku jait ye. Now aku dah campak mendelah ni dalam tong. Hahahahahah.. Ater, orang lain ada awak pon nak ader jugak!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, April 8, 2011
Wedding Nana + Qayyum
Me and mum with Nana + Qayyum Owh.. ni pon “Pengantin Baru” gak!
Ee merasmikan baju raya! Nak matching nyer pasal! Teradvance baju raya ko bangggg!! Ingat nak pakai baju nikah je, tp cam hover plakkan? hehehehehe.... wei wei.. muat algi okeh!!
Ok last posing!!
Thursday, April 7, 2011
Pergi keje je dah stress!!
Sebelah impiana dah 2 bulan tutup, so kene lalu novotel. Skrg ni polis tutup jalan tu plak!! Huru hara okeh!! Pusing depan Pavi-Lot10 jammer! Lalu Saloma-Concorde pon jammed!! Tensi jerrr!!
Before jalan2 ni tutup, setengah jam dah sampai. Sekarang 1 jam! Tu pon aku kuar rumah kul 7.20! Sampai opis ngam2 8.30! Tensi weiiii!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, April 6, 2011
Ujan lebatsssssss!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rumah Kaca AF9
Balik singgah cuci kete jab. Then terus ke Jusco Aeon Au2 Setiawangsa. Kekonon nak g wat rambut. Tapi mahal bebenor! Dulu buat rebond + color br RM230. Td aku tanya dia charge RM430!! Ok blah!
Ke depan sket. Jenguk student AF nye rumah kaca. Tadi mase aku lalu derang tgh berlatih ngan cikgu Ning Baizura. Segan amik dekat2. Tp siyess sian derang belajar kat tempat sesak camtu! Cuma untungnya kurang la camera yg tertutup!
"Update dr Wangsa Walk - Hujan tgj lebat giler!"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, April 5, 2011
BeeZee
So di awal2 purnama ni busy la ngan report kerepot kan? Masuk si dia ni bertambahhhhhhh. Ko tgk jam tu. Baru kuar opis, and jem depan opis aku ni haaa. Dah la g pon jem, balik time camni pon jemmmm. Stress tak life camni? Balik umah tuk tidur je kan?
"KISAH MiSTERi"
Chop chopp! Nak citer kisah misteri sket. Seram sket tadi wehhhh.. Lately ni kan aku selalu balik lepas2 maghrib nak ke Isyak baru kuar opiskan? Cer citer..! Cer citer !
Last week kot, salah satu toilet blah ujung sekali kat opis aku (toilet luar) lampu tu nak mampus dah. So berkelip2 la kan. Time tu dlm 7.30mlm kot. Aku masuk tp pelik sbb toilet yg part lampu berkelip2 tu bertutup. Aku dh masuk toilet pintu sebelah, tp tetibe "berimaginasi"... Terus tak jadi aku melepas hajat. Terus balikkkk.. Hahahha .. Bengong!
Ok2 ni kul 8 lebey tadi. Semua lampu dh ok. Aku masuk ngan kwn aku. Tp salah 1 toilet tu dok katup macam ada org.(Bkn toilet yg last week tu). So lepas kami settle hajat masing2, kuar laaa.. Aku belakang sekali!
Mase nak kuar tu aku dgr bunyi2 cam ada pergerakan org lam tu. Tp kwn aku ckp mmg takde org tp "mcm ada org". Uiksss?? Mase dekat nak tutup pintu, bulu roma aku dah meremang rase cam ada benda "follow". Owhhh apakah?? Gigil2 aku jalan ke lift!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, April 4, 2011
Map ke Fareed Line Clear
Sila Click untuk tumbesaran
Nasi Kandar Fareed Line Clear!
Beef Pie yg menyeramkan!
Hahahaha.. Dah nama pon serem, terus opening dia background Hantu Kak Limah Balik Rumah!
Cer citer Cer citer.. Awak nak citer la ni.. Last week sangap2 takde koje aku g la bertandang umah En Mat Gebu. Aku ni suka makan pastry2 neh. So kebek2 nampak le corak pastry yg menawan. Maka berkobar2 la smgt aku nak buat corak pastry tu. Balik terus zass beli 4 peket pastry b rand Kawan. Ngam2 je abis aku rembat!
Tapi Sabtu baru buat. Lepas balik JJCM Nasi Kandar Fareed Line Clear BRP tu (next next N3) , cuaca terik balik terus pengsan tidur. Bgn2 terus cam org kene sampuk, terus g dapor prepare wat pie. Laki aku ingat aku ngigau tetiba bgn terus kupas kentang! Hahahahah.. Kalau aura masak tetibe dtg mmg camtu! Kahhhh
Dah siap berkungfu wat inti, try ler buat corak cam mat gebu tu.. Maybe terlebih toreh and malas nk sapu kuning telur atas pastry , mak terus bakar je. Tgk2.. Uiskkk! Macam roper Hantu je pie aku neh! Hahhaha... Layan je. Rupa hanyalah penyeri, yg penting rasenya sgt mantopppppp!! Yummy!!
*nak resepi? Sila kebek n3 masakan yg dedulu*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, April 2, 2011
Live: CUN
Happy Weekend u olss!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.