Wahhhhh
Ini gambar baru amik tadi. Saya perasan saya dah selim sikit!
Dan saya merasakan saya perlu beli jeans baru.
Dari size 27 ke size 26! Vavavaaaaa
Saya perlukan krim PENGKURUS MUKA!
Muka lebarrrrrrrrrrr sgt!
Badan kurus muka lebar = efek gagal
Happy New Year uolssss!
Friday, December 30, 2011
Wish 2012
Breakfast yok!
Salam pagi jumaat 2011 uolss
Me hari tak drive, tuan punye Forte nk pinjam ke Melaka gari ni. So i tumpang mkcik i saje. Dari opis dia kt MenaracPrudential aku kene jln sikit k opis aku, lalu plak depan Subway Plaza MBF so singgah jembeli brekfast. First time beli breakfast kt Subway maka kejanggalan berlaku di mana air free aku tolak menyebabkan cashier tu berkedut berkerut seribu.
Mane la ku ketahuan yg air percuma. Hot Milo pleaseeeee! Jemput makan uols. Bismillahirrahmanirrohimmmmmmmm
Thursday, December 29, 2011
Memori 2011
Pemergian… Al-fatihah
1. March - Pemergian Arwah Cousin sulung (sebelah arwah abah)
2. April - Permergian Arwah Nenek (Sebelah arwah abah)
3. May - Aku keguguran kali ke 3
4. July - Permergian Arwah anak saudara (sebelah arwah abah)
Kerjaya
1. Pindah ke office baru (bkn kerja baru ye)
2. Naik gaji 3 kali tahun ni!! ~ alhamdulillah
3. Dapat bonus 3 bulan (suka!!)
Holiday
1. Melaka – follow urusan kerja Ee
2. Kemaman - follow urusan kerja Ee
3. Port Dickson – family gathering
4. Teluk Intan – menziarah maklong & kenduri kahwin anak dia
5. Pangkor – sport club company
6. Lumut – Team building company
7. Singapore – wedding & Holiday with Family
8. Guilin, China -> postponed 19 Jan 2012
Mom
Alhamdulillah, keadaan mak semakin pulih and mudah mudahan pulih sepenuhnya dari cancer,
Harapan 2012
1. Semoga mak dapat pergi menunaikan Haji
2. Semoga rumah kami siap sepenuhnya and dapat pindah ke rumah sendiri
3. Di kurniakan zuriat hendaknya.. Amin
4. Nak pergi honeymoon lagi (eh gedik!)
5. More holiday trip . . .KOREA? heheheh
6. Semoga Ee dapat job yg lebih baik and gaji byk (sbb aku nak duit belanja lebihhhhhhhh lagik!)
7. Nak holiday ke Pulau2 tp nak g ngan kawan2 bujang, nak tinggal Ee (kahhhh)
8. Semoga birthday aku pada 4 March, umur aku tak berginjakkk. Senantiasa 21 forever! Boleh?
9. Many moreeeeee… Insya’Allah.
Bila aku kebek2 entry lepas2 for year 2011 Alhamdulillah… byk plak tempat yang aku berjalan. Berjalan luar KL ler, sama ada bercuti ngan laki, kawan2 or family... semoga tahun baru memberi lembaran baru dan lebih baek dari sebelumnya.
Wednesday, December 28, 2011
Merempan!
Tuesday, December 27, 2011
Paksa2 berjaga
Kelassssss! Camewhore pakai baju kelawar, muka tanpa mekap. Ayu ke tidok?
Lately ni kan, aku cepat ngantuk. Rajin layan tv tapi kejab2 tertidur, kejab terjaga. Aihhh tak tau la kannn dah tau ngantuk tidur la jah. Ni lawan2 mata. Esok g keje ngantuk. Tapi kat opis tak de plak aku curuk2 tidur ke haper. Elok je steady walau pepagi merempan2 nk bgn g keje.
Mungkin aku perlu check in di hotel selalu? Or mungkin perlu renovate rumah UK Bistari ala2 resort? Baru lena tidur kotM hurmm mudah mudahan siap la rumah kami next year. Can't wait our home sweet home!
Nite everyone!!
Satu malam di malam X’mas
Balik hotel makan and makan ubat, main tab terus tertidur. Sedar2 dah subuh kawan aku tgh siap2 nak balik dah. Lepas dia pergi aku sambung tidur, malas nak turun breakfast. Kul 11.30 aku check out and terus g MV nak carik present.
His 38th Birthday!
Kul 9.00pm camtu tuju ke WW. Ya rabbiiii as usual giler pack. Nak masuk parking Q punye ler panjang, apetah lagi nak cari2 parking mgmg malas nak hadap! So aku ckp kita g tempat lain and aku ajak ke Chillis Bangsar or KLCC. Tapi Ee malas, so kami ke Rodeo steak Haus je kat Sri Gombak. Ralat je rase tak dpt lakukan seperti yg di rancang.
Thursday, December 22, 2011
Wednesday, December 21, 2011
1st day ke office
Hari ni hari pertama g office lepas 10hari bercuti. Malam td jenuh aku paksa diri tuk tidur. Kul 10pm aku dah get ready nk tidur tp dok pusing sana sini sambil browse tablet sana sini. End up battery tab ngan bb kaput. Mata aku tak lelap2. Kul 3am kut aku baru dpt tidur.
6.30am dpt bgn dgn segarrrrr bersiap2 ke opis. Kul 8 am aku dh sampai. Sorang pun lom sampai. Huh legaaaa... Entah apehal hari ni rase berdegup2 jantung nk sampai opis harini. Sebab? Sebab aku rase bersalah cuti tak prgi mana2 tp tak masuk opis. Boleyh? Who cares kan? Mcm ape je rase bersalah padahal mmg cuti aku kan. Ke aku obses kerja? Puiii ahhh
Pagi2 dtg kerje terus bancuh air, terus check email. Jenuh aku nk perabih satu satu email tu. Tak abis baca masuk meeting, abis meeting kul 11am, check email, call client, call branch.. Pastu masuk meeting ngan trustee pulak.
Hoiiiii masuk opis semua keje melimpah2!
G tapau, mkn sambil begosipan selama ketiadaan aku. Feeling duta opis! Puiii ahhhh.... Ok pas mkn relax tp start org handover keje kt aku sebab esok dah start org lain cuti. Giler bab derang ni, next week aku sorang je kt dept. aku! Heaven wat keje sorang2...
Iklan: masa meeting ada rest kejab, Mr.E roger broker nk open session kt Redbox Pavi 30hb. Mode adalah gedik di situ!
Teruskan kerja, siapkan presentation tuk projek mid january kt KL Convention Centre. Tup tup dah kul 5.30ptg. Giler segan nk balik on time. Tapi terpaksa balik... Bos dok lalu lalang belakang aku. *bos, tumpang lalu. Nak balik*
Gagagaaaaaaa........
Shopping Curtain 50%!
Tuesday, December 20, 2011
Supplement
Vavavavaaaaaa
Muda2 dah telan macam macam dek non! Ni la nutrisi tambahan yg aku amik hari2. Kalau tak amik aku jadik lemah longlai! Dah amalkan semua ni kuat la sikit dari badang! Wawakaaaa
1. Monavie red : 60ml pagi
2. Lactolite : sepeket pagi & malam. Utk kebaikah usus.
3. Pil Maharani : pagi 15 biji, mlm 10 biji utk kesihatan dalaman.
4. GLA shaklee : 2-3 biji sehari lepas makan
5. Monavie purple : 60ml malam
Besides, aku mmg pakai korset PREMIUM BEAUTIFUL tuk maintainkan figure aku dari membongkok and of coz la nk badan get in shape. Aiyohhhh kang belum beranak pinak lemak tepu berkoyan2. Malu la laki aku kalo bini dah mcm tempayans! Nak bwk g majlis pun malu weiiii. *ingatan untu diri sendiri*
Korang mkn supplement apa2 tak? Meh la kongsi. Leh gak la aku try jugak.
Teringat seorang teman, aku dok puji kulit dia halus mulus. Sekqliiiiiiii
"ko nak ke lin? Nanti aku jumpa kau yeh tunjuk benda tu. Kalau nak murah ko beli 10 botol terus. Aku amk brg ni dari Thailand. Nanti aku ajar ko CUCUK eh"
Omaigodddd! Cucuk2 ni mak seremmmmm! Made in Thailand plak tuh! Kang muka aku herot berottttt kang nok!
ADA BERANIIIII?
Monday, December 19, 2011
ASB 2011
Agihan pendapatan: 7.65 sen seunit
Bonus : 1.15 sen seunit
ALHAMDULILLAH... Syukur
Gegirls day out! ouchhhh!
Last Friday, kali ke 3 aku jejak Redbox Plus, Pavillion dlm seminggu tu! Muka kau je la menebeng kat situ! Hahaha... Hari Snin dgn lesbo2, Khamis dgn budak2 trainee ofis and lastly dgn cousin2 aku plak. Phewwwwww! Boco poket!
Keluar dgn bebudak ni terus feeling remaja purba! Aqilah 15 y.o, Ain 18 y.o, Amira 20 y.o, and me? Sweet 19 29 lahhhh! Aiyohhh kalau mak mertua aku tgk lagak menantu hantu dia ni mau pitammmm bgn balik and pitam lagik! Laki aku tgk jeling2 buntang bijik mata! But have fun je la!
Memula budak2 ni kontrol2 jiwa je, bila aku start derang lg hover seh! Layan kan je la and yg penting kita enjoice!!
Sunday, December 18, 2011
Back to normal!
Syukur alhamdulillah!
Blackberry masih dapat di selamatkan! Ptg kejadian tu aku g anta ke Celcom branch menara atlan tu. Derang kata kene ahta g Menara Celcom plak. Dah ler hujan, situ payah parking so aku terus balik antw cousin aku balik kosas.
Balik kasik Ee BB tu, dia kata esok nk g collect handphone kakak dia and dia nk try tanya bleh repair ke tak. Masa aku tgh shopping kat Jalan TAR laki aku call beriye ckp phone dh ok. Kene RM230 je.
Phewww lega selamat poket aku wakakaaaaa!
Saturday, December 17, 2011
Ombak Rindu
Hebaaaaaaatttttttt mmg terbaeK!!
Dah 2 weeks tayangan citer ni baru berkesempatan tgk! Actually Rabu kan aku dah frust konon2 nk belanja mak tgk citer ni, tp ticket sold out and siap2 beli tuk midnight. Walaupun dah 2 weeks, hall still full hse!
Semua cakap cerita ni sedih. Yeszaaaaa mmg sedih tp tak de la nangis menggilaaaaa! Part sedih time mak si Hariz halau si Izzah ni and masa hariz warded tu. Huhuhu *tetiba menjiwai watak Izzah time tu*
Komen sku citer ni best tp kureng umphhh sbb scene tu terlalu vepat. Patutnya jadikan 3 jam cam hindustan baru la cukup rempahhhhhh!
Apepun standing ovation tuk citer Ombak Rindu!
Ok nk tidur, kul 3am dah ni. Mimpi nan indahhhhh!
Friday, December 16, 2011
Tsk tsk tsk!
Huarghhhhhhhhhh...
Malam tadi elok je BB ni Ee letak kt meja mekap. Ntah macam mana aku angkat BB ni alih kt almari baju yg 4 tier tu. Just BB je! Walhal Ee selalu letak rokok, kunci kete , wallet and BB kt situ. Yg aku kalih BB je, yg lain kat meja mekap.
Pagi tadi dgr phone dia berbunyi berkali2. *MiL ler call tu*. Sekaliiiii "Paaaapppppppppp". Terus aku bgn kutip BB. Screen dah mcm ni! Huarghhhhhhhh!!!
*Nangis2 ala drama queen* tunjuk kt Ee sambil cakap sorry sorry sorry! Ee ckp "sorry sorry mende. Sorry naik lorry lahhh". *muncung2 mulot*. Bini ckp "tak mau naik lorry, nak naik forte". Hahahaha pepagi drama laki bini. Bluwerrkkkkk!
Hadoiii ralat betul. Kalau aku tak kalih BB ni malam td sure tak jadi camni. Dah la ni hadiah masa birthday dia last year. Aihhh kene la belikan BB baru tuk dia sbb birthday dia Sabtu depan!
Eh kene betul timing birthday kan?
Whylahhhhhhhhh!!!
Thursday, December 15, 2011
Tai Tai Wannabe!
Walaupun trip ke China tu postpone tp cuti aku tetap amik cuma next monday and tuesday je aku call off. Nan hado cuti ni aku dok tersadai kt rumah, selasa aritu je melepek kat rumah sbb kene gastrik!. Nama je coti seminggu, tup tup arini dah khamis. Kejab jerrrrr!
Isnin aritu berjimba jimba ngan lesbo2. Lama tak bersidang kat redbox pavi. Dpt la berkumpul2, bergosipannnn opsss! Selasa tu dah tersadai je kt rumah. Semalam pqgi keluar g rumah nenek then g jusco wangsa maju for lunch and nai anta borang bantuan RM500 tu kat LHDN depan tu. Yarabbiiii giler ramai, terus balik.
Tak kuasa nk Q sbb aku nk kejar muvee Ombak Rindu kat Wangsa Walk. Sampai sana berpusing pusing carik parking!! Ramai giler org! Agaknyer derwng pun perabih cuti cam haku jugekkkk! Sampi2 TGV ticket SOLD OUT! Baru je nk belanja mak tgk citer OR ni. So aku beli siap2 utuk midnight Jumaat nanti.
Ok la, nk bersiap nk g cuci kete pastu nk zassss ke Redbox Pavillion lagi! Best kan kalo tak keje, duit masuk je. Pastu hari2 leh kuar g movie, karok, shoping, hangout with friend, lepaking.... Vavava *pangggggggggg*. Ko hingat laki ko gaji sebulan RM 50k? Dah dahhhhh g cuci kain cepat sebelum keluar rumah tu!
Lots of love,
Tai Tai Wannabe
Tuesday, December 13, 2011
KL banjir kilat!
Tadi hujan sgt sgt lebat.
Gambar dari FB kawn2.
Nasib la sy sdg bercuti sbb laluan ni dah tentu sangkut sbb nak balik mmg aku ikut Akleh. Kalau camni gaya, ntah pukul berapa la aku sampai eh?
Trip di tunda :(
Nak bagi tauuuuuuu yg trip ke Guilin, China on 15-20 Dec ni terpaksa di tunda ke 18-22 Jan. Huhuhuuu.. Aku dah start coti dari semalam kan.
Actually last Friday cousin aku dah cakap yg travel agent dah hint trip di kene postpone sbb salji terlalu tebal kat sana. And semalam official surat dari Kedutaan China dah keluarkan larangan memasuki Guilin sebab salji terlalu tebal dan berkemungkinan mengalami ribut salji.
Huhuhu.. Dari Jumaat tu dah dpt rase mcm trip ni postponed. Kitorang pun mmg tak kemas beg langsung, tak convert lagi duit. So selamat laa.. Aku tetap cuti this week nak berehat2. Next week aku cancelkan cuti tu and cf balance leave tuk next trip.
Alang2 dah camni. Travel agent bg option nak ke SEOUL tak tarikh yg sama? Akan ku pikirin dong! Guilin tu ada apa laaaa sgt kan? Kan? Kan?
Ada hikmah jugak trip ni di tunda. Aku dok kene muntah2, cery bery since Sabtu. Aihhhh asik sakit je aku ni. Pehtu kazen aku pak mertua ngan nenek mertua dia masuk spital. Still warded. So kalau pergi sape pulak nak jaga anak2 dia kan. So redha je lahhh...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, December 9, 2011
Esya turn 2 y.o!
Wednesday, December 7, 2011
Teranjat Gegurl!
Pagi td topik kt Hot.fm pasal Cemburu Buta. Sorang minah ni citer bf dia dok call dia sehari byk2 kali and lunch pon mesti makan sama2. Kinda kontrol giler babes kt awek dia ni.
Sambil bersiap mekap2 tu aku tersengih2 je dgr. Aku rase ramai yg lalui benda ni. Mcm aku ngan Ee dulu. Masa bercinta kan that time aku masih belajar lagi. Ee kan dah keje. Dia akan call aku tiap 2 jam kot! Hahahahah takut kot awek dia kene ngorat or ada bf lain kt UiTM. Ala standard la bergayut time bercinta.
Bila aku dah keje.. Call pepagi sbb nk bg tau dia dah nak sampai rumah aku. That time g keje berhantar and beramik. Call waktu lunch,, waktu nak balik.
Sekarang dh kawen tk denye dia nk call aku ok! Dah la dia tu out station memanjang. Dah la g keje pun sendiri.( Eh jgn gedik laluan kita g opis dh tak sama. Lempang laju2 kang.) walhal dh ada bb leh je ko ym or bbm. Nan hadoooo. Dulu2 zaman aku bz balik mlm2 dia takde pun call aku kat mana? Dah balik ke belum? Dah sampai ke belum? Eh tak herannnn ok kt bini dia!
Resultnye aku merajukkkkk! Esoknye tak mo tepon dia. Tp tau pulak tuuuuu.. Dia perasan kot kalo aku tak call dia. Baru ler dia berusaha sket nk call aku. Choi ah B!
Sambil dgr radio tu aku dalam hati aku ckp "kalau laki aku dgr ni bagus gak". Tup tup laki mak call. Teranjattttt Gegurl! Rupanya dia pun tgh dgr radio hot.fm. Sbb selalu dia bukak radio Era. Elok la dia dgr... Sbb formula laki aku camni:
Bercinta call 20 kali
Bertunang 10 kali call
Berkawen? Jarang sekali nk call kowt!
Hahaha.. Ape2 jelahhhh. Janji ko bahagia. Janji jgn buat scandal belakang2!
Sudi2kan..
Salam uolsss
BERIKANLAH by FiQue
Sudi2 kan mendengar lagu yg berunsurkan ketuhanan hasil karya my cousin and his friend.
Enjoy ya!
Monday, December 5, 2011
Kudap2
Lately ni asek entry makanan jer kan?
Aisehhh maner tak momokkkk
Mamam sesadoooo!
Pastu jerit2 kt penimbang
Saiko!
Korang dh minum ptg?
Eh dah kul 7!
Got to go.. Ada date ngan Zikir....
Bubye!
Serem sejook!
"Nama Tuan/Puan TIDAK termasuk di dalam senarai hitam peminjam ingkar PTPTN yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara"
Phewww lega! Takut jugak tak lepas kan? but still risau gak. mana lah tau kan. Dapat dividen ASB nanti nak byr lelelebih la pasni. Lebih la sangat kan baki gaji bulanan ko pompuan?!! Byk sgt ke dividen ASB ko dpt tuuuu? Hahahahha… takper janji byr la kan? Dah berhutang kene la langsaikan. Nanti sian adik2 di luar sana nak apply tak dpt sbb hakak2 abang2 tak byr2 utang lagi. Huhuhu…
Korang dah bayar PTPTN?
“Garrett”
Ohoihoiiii.. belum delayed “P” lagi yer
Kasik aku jimba2 ke china dulu yeh
Really want this yummylicious!!
Damn… laki aku malas nak layan tekak haku!
Korang leh beli kat outlet KLCC or One Utama
Saturday, December 3, 2011
Dumpling / Gyoza
Ok kompius!
Malam ni makan ni saje. Tadi g beli brg dapur. Nampak ada bendalah ni. Terus amik ayam ngan udang. Balik terus campak kiub ikan bilis and didihkan. Campak garam and lada hitam. Then campak dumpling/gyoza ni. Wallahhhhh! Sedappppp!
Mak aku makan pun dia cakap sedap!
Dasar feremfuan 'rajin' harus la masak campak2 kekdahnyeeee!
Janji kenyang sudahhhhhhh.
Friday, December 2, 2011
Salak Surabaya
Uolss makan tak buah ni? Aku tak suka sbb masam2 kelat. Tp masa aku g Bali try makan sedap giler! Pehtu beli 2 kg bwk balik KL. Mmg manis.
Ni buah tgn dari tealady aku, baru balik dr kampung dia kat Surabaya nun.. Manissss betul buah ni. Sedap sedap sedap!!
Testing Testing
Ehemmmm bersiaran dgn gadjet baru!
Later later i story k
Da malam ni, gud nite u olssss!
Thursday, December 1, 2011
Daftar bantuan RM500, 10 Dis.
Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.
Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Ahmad Husni.
Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. - BERNAMA
6 pesakit terima sumbangan
Timbalan Presiden UMNO itu yang hadir bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kemudian menyampaikan bantuan kepada enam pesakit termasuk warga emas yang menderita penyakit buah pinggang dan angin ahmar.
Pesakit tersebut adalah Mohd. Aimi Mohd. Bukhari, 34, yang menderita penyakit buah pinggang; Mohamed Razali Abdul Karim, 67, (angin ahmar); Saamah Saad, 53, (kanser payu dara); Mohd. Nor Abdul Hamid, 64, (kencing manis); Mohd. Supie Ismail, 57, (kencing manis) dan Maarif Mabol, 50 (buah pinggang).
Setiap pesakit tersebut menerima sumbangan RM100 daripada Yayasan Angin Ahmar Melaka dan sumbangan iringan.
Eh baru perasan!
So now on, apabila birthday kene la camni…. “Asal birthday je, renew lesen. Asal kene renew lesen je, it’s my birthday!”. Lucky la roadtax kete + insurans tak renew ikut birthday owner. Kalau tak pengsannnnn la kan? Eh aku untung sbb kereta bukan nama aku. Kehkehkeh
Semalam punya semalam
Ni semalam punya baju. Semalam punya cerita. Alkisahnyaaaa... Semalam sgt2 malas nak bersiap. Selak2 almari... Ok cantekkk! Zass Zass! Siapppp! Baju, seluar semua sarung je tak yah gosok! Ape pemalas nyer feremfuannnnn!
Eh dah December. Hello sweet Decembar! Counting days to Guilin, China! It's 14 days to goooooo!! Lalalallalalaaa..